Wild Rift Patch Note 3.4
Hai rakan-rakan! Selamat datang ke Patch 3.4!
Anda pasti dapat memotong queue apabila Gwen dan Yone menyertai Rift patch ini...berhati-hati apabila anda berlari-lari dengan gunting dan melawan syaitan dalaman anda di sana. Kami juga akan memperkenalkan Quest Support! Jika anda pernah bermain League PC ini akan kelihatan agak serupa, tetapi daripada memberikan ward, ia akan memberi anda lebih akses kepada enchantment anda. Dan bercakap mengenai itu… kami mempunyai kemas kini kepada beberapa enchantment sedia ada serta pengenalan kepada dua yang baharu. Salah satu daripadanya membolehkan anda menghantar meteor turun dari langit dan kami tidak dapat percaya betapa hebatnya itu?! Sebagai tambahan kepada enchantment baharu itu, kami juga mempunyai beberapa item baharu yang lain dan kemas kini mini kepada sistem item AP secara keseluruhan. Serta beberapa kemas kini balance merentas peta, sebagai tambahan kepada rework mini kepada kucing kegemaran semua.
Jika anda pernah mahu bertempur secara 1v1 sebenar tanpa jungler mengganggu dan merosakkan kill solo anda (ya, kami masih tidak pasti berapa kali perkara ini berlaku kepada kami), Duel kini tiba untuk masa yang terhad! Masuk dan bertempurlah di Howling Abyss. Kami juga mempunyai pelbagai kemas kini kualiti hidup untuk menjadikan pengalaman keseluruhan anda lebih baik jadi beritahulah kami pendapat anda!
Masih terdapat banyak lagi perkara yang kami belum bongkarkan, kerana kami belum mencapai Power Spike kami, tetapi untuk sekilas pandang pada perkara yang akan datang, lihatlah Pratonton Patch 3.4 kami!
P.S. Dengan keluaran item Quest Support Relic Shield, support anda kini boleh mengambil farm anda jika mereka mempunyai cas. Mereka juga akan memberi anda sedikit gold tambahan jika anda membenarkannya.
Yang ikhlas,
Pemain support utama yang hanya ingin membantu ADC mereka mendapatkan sedikit gold tambahan.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
GWEN, THE HALLOWED SEAMSTRESS
Dahulunya sebuah anak patung yang diubah dan dihidupkan dengan magik, kini Gwen menggunakan alat yang menciptanya sebagai senjata. Dia membawa bersama kasih penciptanya dalam setiap langkah, menghargai segala-galanya. Hallowed Mist, magik pelindung kuno yang telah memberkati gunting, jarum dan benang jahit Gwen, sedia menurut perintahnya. Walaupun berdepan banyak perkara baharu, namun Gwen tetap bertekad untuk berjuang demi kebaikan yang masih wujud dalam dunia yang telah rosak.
Gwen akan dikeluarkan pada 15 September pukul 08:01 GMT+8.
YONE, THE UNFORGOTTEN
Dalam kehidupan, dia adalah Yone—abang kepada Yasuo, dan pelajar terkenal di sekolah pedang kampungnya. Tetapi setelah kematiannya di tangan adiknya, dia mendapati dirinya diburu oleh entiti jahat dari alam roh, dan terpaksa membunuhnya dengan pedangnya sendiri. Kini, disumpah untuk memakai topeng demon di mukanya, Yone tanpa jemu memburu semua makhluk itu untuk memahami apa yang dia telah menjadi.
Yone akan dikeluarkan pada 22 September pukul 08:01 GMT+8.
CIRI BAHARU
MARKAH CHAMPION
Kami akan melakukan beberapa kemas kini pada Markah Champion untuk mengembangkannya! Sebelum ini anda hanya dapat memperoleh Mastery untuk champion yang anda mainkan, tetapi kini anda juga akan dapat memperoleh Mastery untuk setiap peranan yang anda mainkan! Begini caranya:
- Terdapat lima peringkat berbeza (1 - 5).
- Setiap peringkat mempunyai ikon dengan warna berbeza.
- Markah tersebut akan dipaparkan pada halaman profil anda.
- Hover di atasnya pada profil anda akan menunjukkan tiga champion teratas anda dalam peranan itu.
- Sebagai contoh, jika anda hover di atas peranan Support ia akan menunjukkan tiga champion dengan Mastery tertinggi anda di dalam Support.
- Anda boleh berkongsi markah peranan anda kepada rakan sepasukan dalam lobi-lobi anda!
KEMAS KINI GVG & GUILD
Baru-baru ini, kami mengeluarkan kemas kini tentang GvG dan guild, tetapi kami ingin menyentuhnya secara ringkas di sini juga. Selepas Musim 3, kami akan menggantikan bentuk GvG semasa dengan musim guild yang baharu. Berikut adalah beberapa kemas kini yang anda boleh nantikan apabila Musim 4 guild bermula pada 16 September pukul 08:01 GMT+8:
- Walaupun GvG akan tiada lagi, guild akan terus berada dalam permainan (anda dan rakan guild anda akan masih terus bersama antara satu sama lain).
- Trek Trofi juga akan kekal, dengan beberapa barangan yang sama sebelum ini serta beberapa yang baharu!
- Trek Trofi dan misi yang dimudahkan, agar anda dan rakan anda boleh melompat ke dalam permainan dan memperoleh ganjaran sambil melakukannya!
- Guild dan Trek Trofi akan masih mempunyai musim dan temanya sendiri.
- Sebelum GvG tamat, kami akan mengadakan satu keramaian lewat untuk meraikan semua orang yang mengambil bahagian dan memberikan maklum balas kepada kami!
- Dari 16 September - 1 Oktober anda dan rakan guild anda dapat memperoleh ganjaran sekali.
- Jika anda tidak berada dalam guild sekarang, selagi anda menyertainya sebelum 1 Oktober anda akan layak menerima ganjaran itu juga.
Terima kasih atas semua maklum balas anda tentang GvG dan guild dan sila maklumkan kepada kami pendapat anda tentang musim baharu dan kemas kini Trek Trofi yang akan datang itu!
Musim 4 Guild akan bermula pada 16 September pukul 08:01 GMT+8
KEMAS KINI KUALITI KEHIDUPAN
Patch ini kami juga mempunyai pelbagai kemas kini kualiti kehidupan untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan anda:
Sistem Ping:
- Kami telah menerima maklum balas bahawa kadangkala ping sukar digunakan, jadi kami menambahkan satu sistem pilihan baharu. Penyasarannya berbeza daripada perkara yang terdapat pada masa ini dan sistem baharu ini adalah sesuatu yang anda boleh pilih untuk ikut serta. Kami tidak sabar mendengar maklum balas anda. Sila beritahu kami jika ia menjadikan ping lebih lancar untuk digunakan!
Kemas Kini Panji Kill:
- Pada masa ini, pemain yang mendapat pukulan akhir apabila membunuh musuh mendapat penghargaan untuk kill itu dengan satu panji, tetapi selalunya rakan sepasukan mereka membantu mereka mendapatkan kill ini dengan menyediakan permainan atau membantu mereka dalam pelbagai cara. Jadi patch ini kami juga menambahkan ikon champion assist pada panji kill! Kini Leona anda yang cc musuh anda selama setahun juga akan mendapat penghargaan yang selayaknya dalam panji tersebut betul-betul di sebelah anda!
Kemas Kini Sistem Loadout:
- Kami juga telah melakukan kemas kini pada sistem loadout! Anda kini akan diberikan lebih banyak slot untuk item semasa membina loadout tersuai anda. Dalam permainan, anda akan dapat melihat loadout anda di kedai dan melihat aturan yang anda pilih untuk item-item itu. Anda juga boleh menukar sebarang item dalam loadout anda jika perlu disebabkan oleh pasukan atau champion yang anda lawan. Kami berharap hal ini memberi anda lebih banyak ruang untuk menambahkan item situasi pada loadout anda supaya anda boleh menukarnya dengan mudah apabila anda berada dalam permainan!
WILD PASS
Sebentar... apakah itu? Adakah itu burung? Kapal terbang? Bukan... itu Superhero Jayce! Terbang masuk ke Wild Pass ini bersama-sama versi Ascendednya dan banyak ganjaran lain untuk anda peroleh sepanjang Patch 3.4! Dia seorang pencipta genius pada siang hari, dan wira yang akan melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi rakyatnya pada waktu malam.
Sebagai tambahan kepada skin dan ganjaran baharu itu, kami juga mempunyai beberapa kemas kini pada Wild Pass secara keseluruhan patch ini:
- Bahagian “Ganjaran Bonus” kini merupakan “Wild Pass Emporium.”
- Anda kini tidak akan membuat kemajuan secara linear dari level 51 hingga 75 tetapi sebaliknya akan terdapat satu bursa yang anda boleh menuntut ganjaran dalam sebarang urutan yang anda inginkan.
- Augment Skin Wild Pass kini tiba dan akan diberikan jika anda menuntut ganjaran yang mencukupi dalam Emporium.
- Satu set ringkas misi boleh diulang untuk bermain perlawanan ditambahkan.
- Akan mempunyai had dan set semula setiap minggu, yang akan memberi anda momentum yang stabil untuk hanya log masuk dan bermain permainan.
- Pembeli Elite Pass akan menerima Misi Bermusim supaya anda dapat memperoleh semua ganjaran yang anda inginkan dalam Emporium baharu!
- Membeli Elite Pass akan juga memberi anda satu Peti Skin Pilihan Peranan pada level 1.
- Daripada mendapatkan sebarang skin rawak, anda boleh mengecilkan pilihan kepada satu peranan lane sahaja—Solo, mid, jungle, duo, atau support!
Wild Pass akan tersedia pada 15 September pukul 08:01 GMT+8
MOD PERMAINAN
DUEL
MASA UNTUK D-D-D-D DUEL! Untuk masa yang terhad, anda akan dapat masuk ke Howling Abyss dan bertumbuk dalam pertempuran 1v1 sebenar tanpa sebarang support menjengkelkan yang cuba mengganggu. Tetapi kami mahukan perlawanan yang seimbang, jadi kami mempunyai beberapa peraturan untuk mod ini:
- Untuk meraih kemenangan anda mesti sama ada:
- Bunuh champion musuh 2 kali sebelum bulatan mengecut muncul.
- Bunuh champion musuh 1 kali selepas bulatan mengecut muncul.
- Musnahkan turret musuh pertama.
- Akan terdapat satu bulatan mengecut:
- Spawn 8 minit selepas permainan bermula
- Jejari awal bulatan mengecut akan meliputi keseluruhan peta. Ia akan menunggu selama 30 saat, kemudian akan mula mengecut.
- Bulatan akan selesai mengecut pada minit ke-9 dan 30 saat dan jejari akhirnya ialah 5 meter.
- Terdapat damage berterusan jika anda berada di luar bulatan.
- Sebaik sahaja bulatan mengecut muncul, kematian seterusnya oleh sesuatu champion akan menamatkan permainan sebagai kemenangan pembunuhnya.
- Semua champion akan diaktifkan dalam Howling Abyss
- Omnivamp dikurangkan sebanyak 50% terhadap minion
- Recall kepada fountain akan membenarkan anda untuk membeli item
- Setiap pemain akan bermula dengan 500g
- Penjanaan gold dan pengalaman ditingkatkan
Duel akan tersedia untuk dimainkan dari 16 September pukul 08:01 GMT+8 hingga 30 September pukul 07:59 GMT+8
KEMAS KINI PADA ARAM
Patch ini kami juga melakukan sedikit kemas kini pada ARAM semasa pilihan champion. Anda kini boleh membeli reroll tambahan dalam ARAM dengan Poro Energy. Begini caranya:
- Aliran permainan ARAM sedia ada tidak berubah: anda boleh menggunakan reroll hanya dalam pilihan champion.
- Re-roll percuma masih dicas semula seperti biasa dan anda menyimpan sehingga dua reroll ARAM seperti biasa.
- Selepas anda menggunakan semua reroll percuma anda, anda akan ditawarkan pilihan untuk membeli reroll tambahan dengan Poro Energy.
- Anda tidak boleh menggunakan lebih daripada 2 reroll (termasuk percuma dan tambahan) setiap permainan, dan anda perlu menggunakan yang percuma dahulu.
- Hal ini bermakna: Jika anda memasuki lobi dengan 2 reroll percuma, anda tidak boleh membeli reroll lagi untuk permainan itu.
- Pembelian reroll tambahan adalah terhad kepada 3 setiap hari.
- Pembelian reroll akan set semula setiap hari.
- Re-roll pertama yang anda beli akan menelan kos 50 Poro Energy, yang kedua sebanyak 100 Poro Energy dan yang ketiga sebanyak 200 Poro Energy.
- Anda tidak boleh menyimpan reroll tambahan.
- Reroll tambahan adalah sama seperti reroll percuma: champion yang anda reroll masih boleh dipilih oleh sekutu.
Sebagai tambahan kepada kemas kini ini, patch sebelum ini kami melancarkan gelaran untuk musim ARAM dan kami mendengar maklum balas anda dan telah melakukan beberapa kemas kini pada nama gelaran:
- ARAM Brawler
- ARAM Warrior
- ARAM Elite
- ARAM Royalty
- ARAM Legend
EVENT
YONE’S ARRIVAL
Adik tiri Yasuo kini tiba di Rift, berhantu, dan cuba memahami apa yang dia telah jadi.
Event Yone’s Arrival akan bermula pada 22 September pukul 08:01 pagi GMT+8
AKALI
base_stats
- Nyawa asas: 570 → 600
TWILIGHT SHROUD
- Perolehan energy: 80 → 100
- Perolehan energy maksimum: 80 → 100
JAYCE
base_stats
- Pemulihan mana: 9 → 12
THUNDERING BLOW / ACCELERATION GATE
- Cooldown: 16s → 14s
JHIN
Deadly Flourish
- Masa gunaan: 11 frame → 9 frame
- Tempoh root: 1.5/1.75/2/2.25s → 1.25/1.5/1.75/2s
KAYLE
passive
- Damage serangan pasif: 12/16/20/24 + 15% Ability Power → 12/15/18/21 + 15% Ability Power
CELESTIAL BLESSING
- Heal: 60/100/140/180 → 70/110/150/190
STARFIRE SPELLBLADE
- Damage serangan pasif: 12/16/20/24 + 15% Ability Power → 12/15/18/21 + 15% Ability Power
DIVINE JUDGMENT
- Cooldown: 95/80/65s → 100/90/80s
LEONA
SOLAR FLARE
- Tempoh Slow dan Stun: 1.5s → 1.75s
SAMIRA
base_stats
- Nyawa asas: 570 → 610
- Nyawa setiap level: 105 → 115
- Nyawa pada level 15: 2080 → 2220
passive
- Magic damage bonus asas: 2 - 14 (Berdasarkan level) → 6 - 20 (Berdasarkan level)
FLAIR
- Nisbah Attack Damage: 75%/85%/95%/105% → 75%/90%/105%/120%
SETT
HAYMAKER
- Nisbah Attack Damage aktif: 15% Attack Damage bonus → 20% Attack Damage bonus
SHYVANA
Dragon's Descent
- Semasa dalam Bentuk Dragon: Mendapat 100/150/200 nyawa bonus → Mendapat 15% Omnivamp
SION
passive
- Perolehan nyawa bonus daripada membunuh minion dan monster kecil: 6 → 5
- Perolehan Nyawa bonus daripada membunuh monster besar, champion, monster epik, cannon minion dan siege minion: 20 → 15
DECIMATING SMASH
- Pengubah damage monster: 150% → 120%
UNSTOPPABLE ONSLAUGHT
- Movement speed dihadkan kepada 800 semasa Unstoppable Onslaught
TRISTANA
RAPID FIRE
- Cooldown: 16/15/14/13s → 18/17/16/15s
EXPLOSIVE CHARGE
- Kawalan: Tap cast kini akan mengutamakan turret berbanding dengan minion.
- Kawalan: Tristana kini akan mengutamakan sasaran dengan bomnya.
VARUS
base_stats
- Pertumbuhan Attack Damage: 2.65 → 3.6
YASUO
base_stats
- Attack Damage setiap level: 2.65 → 3.6
- Attack Damage pada level 15: 96 → 109
YUUMI
passive
- Cooldown: 12/10/8/6s → 18/15/12/9s
- Nilai Shield: 60 - 410 + 35% Ability Power → 60 - 410 + 25% Ability Power
- [DIBUANG] Pemulihan mana
PROWLING PROJECTILE
- [DIUBAH] Projektil tidak lagi dipagarkan dengan jarak dari sekutu attached anda. Sebaliknya, ia mempunyai tempoh dipagar masa 2.25s sahaja.
- Threshold Empower: 1s → .75s
- Magic damage: 60/100/140/180/220 + 30% Ability Power → 60/100/140/180/220 + 25% Ability Power
- Magic Damage Empower: 80/130/180/230/280 + 40% Ability Power + 2/4/6/8/10% Nyawa semasa sasaran → 70/120/170/220/270 + 35% Ability Power + 1.5/3/4.5/6/7.5% Nyawa semasa sasaran
- Cooldown: 9/8/7/6/5s → 7/6.5/6/5.5/5s
YOU AND ME!
- Attack Damage bonus yang diberikan kepada Yuumi dan sekutu yang attached: 7.5/9/10.5/12+12/15/18/21% × Attack Damage bonus sekutu → 7.5/9/10.5/12+13/15/17/19% × Attack Damage bonus sekutu
- Ability Power bonus yang diberikan kepada Yuumi dan sekutu yang attached: 15/18/21/24 + 12/15/18/21% × Ability Power bonus sekutu → 15/18/21/24 + 13/15/17/19% × Ability Power bonus sekutu
ZOOMIES
- Kos mana: 40/45/50/55 + 15% mana maksimum → 80/90/100/110
- Movement speed: 15% + 10% Ability Power → 15% + 5% Ability Power
- Nilai Heal: 80/120/160/200 + 40% Ability Power → 20/30/40/50 +10% Ability Power
- [BAHARU] Pemulihan kini mengulangi kesan heal untuk 3 attack atau ability seterusnya dalam masa 5 saat. Hal ini akan memberi kesan pada Yuumi secara normal, atau sekutunya jika Yuumi adalah attached.
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
[BAHARU] SPECTRAL SICKLE, HARROWING CRESCENT, DAN BLACK MIST SCYTHE
Item Quest untuk Support kini tersedia di Wild Rift! Jika anda biasa dengan item Quest Support dalam League of Legends PC, ini akan kelihatan biasa! Item-item ini akan berubah sepanjang permainan apabila anda memperoleh gold dengannya. Spectral Sickle dibuat khusus untuk champion Support yang cemerlang dalam poke (melihat pada anda Sona). Jika pemain menyerang champion atau struktur musuh semasa satu cas aktif, pemain akan memperoleh gold bonus ke arah Quest mereka, membolehkan mereka menaik taraf Spectral Sickle kepada Harrowing Crescent dan akhirnya kepada Black Mist Scythe. Apabila item ini bertukar menjadi Black Mist Scythe, pemain mendapat akses kepada pasif Spellcraft yang berkuasa, yang akan mengurangkan cooldown enchantment pemilik item dengan banyak apabila mereka mendapat kill atau assist.
Spectral Sickle
- Kos: 500g
- PASIF - Versatile: 6 Attack Damage atau 12 Ability Power (Adaptive)
- PASIF UNIK - Tribute: Semasa berdekatan dengan champion sekutu, ability yang mengenakan damage dan attack terhadap champion atau struktur memberikan 30 gold. Kesan ini akan cas semula setiap 10 saat (maksimum 3 cas). Mendapat 50% kurang gold daripada membunuh minion dan monster, mendapat 100% gold bonus daripada minion berdekatan yang tidak dibunuh oleh sekutu anda, dan mendapat 1 gold bonus setiap 3 saat.
- PASIF UNIK - Quest: Dapatkan 500 gold daripada item ini untuk menaik tarafnya menjadi Harrowing Crescent (item ini hanya akan menaik taraf di luar pertempuran).
Harrowing Crescent
- 5 Ability Haste
- PASIF - Versatile: 12 Attack Damage atau 25 Ability Power (Adaptive)
- PASIF UNIK - Tribute: Semasa berdekatan dengan champion sekutu, ability yang mengenakan damage dan attack terhadap champion atau struktur memberikan 30 gold. Kesan ini akan cas semula setiap 10 saat (maksimum 3 cas). Mendapat 50% kurang gold daripada membunuh minion dan monster, mendapat 100% gold bonus daripada minion berdekatan yang tidak dibunuh oleh sekutu anda, dan mendapat 1 gold bonus setiap 3 saat.
- PASIF UNIK - Quest: Dapatkan 500 gold daripada item ini untuk menaik tarafnya menjadi Black Mist Scythe (item ini hanya akan menaik taraf di luar pertempuran).
Black Mist Scythe
- 10 Ability Haste
- PASIF - Versatile: 20 Attack Damage atau 40 Ability Power (Adaptive)
- PASIF UNIK - Tribute: Mendapat 2 gold setiap 3 saat.
- PASIF UNIK - Spellcraft: Kill dan assist terhadap champion musuh akan refresh jumlah cooldown enchantment anda sebanyak 40%.
Anda terhad kepada hanya 1 item Quest Support pada satu masa.
[BAHARU] RELIC SHIELD, TARGON’S BUCKLER, DAN BULWARK OF THE MOUNTAIN
Relic Shield direka untuk Support yang mahukan lebih banyak kemandirian dalam awal permainan. Sama seperti Spectral Sickle, item ini berubah sepanjang permainan apabila pemain memperoleh gold dengan quest yang berkaitan. Secara khusus, pemain boleh menggunakan cas dengan item ini untuk membunuh minion, memberi sekutu terdekat mereka gold kill sambil memberi pemilik item gold kill dan gold bonus! Setelah bertukar menjadi bentuk terakhir item ini, Bulwark of the Mountain, pemain juga mendapat akses kepada pasif Spellcraft baharu.
Relic Shield
- Kos: 500g
- 100 Nyawa
- PASIF UNIK - Spoils Of War: Semasa berdekatan dengan champion sekutu, attack menggunakan satu cas untuk membunuh minion di bawah 50% (30% jika ranged) nyawa maksimum mereka. Membunuh minion memberi anda 125% gold kill itu, memberi champion sekutu terdekat 100% gold kill itu, dan memulihkan anda sebanyak 15 - 65. 50% daripada gold minion yang diperoleh dengan cara ini akan dikira untuk Quest anda. Kesan ini akan cas semula setiap 20 saat (maksimum 3 cas). Mendapat 50% kurang gold daripada membunuh minion dan monster, mendapat 100% gold bonus daripada minion berdekatan yang tidak dibunuh oleh sekutu anda, dan mendapat 1 gold bonus setiap 3 saat.
- PASIF UNIK - Quest: Dapatkan 500 gold daripada item ini untuk menaik tarafnya menjadi Targon's Buckler (item ini hanya akan menaik taraf di luar pertempuran).
Targon’s Buckler
- 150 Nyawa
- 5 Ability Haste
- PASIF UNIK - Spoils Of War: Semasa berdekatan dengan champion sekutu, attack menggunakan satu cas untuk membunuh minion di bawah 50% (30% jika ranged) nyawa maksimum mereka. Membunuh minion memberi anda 125% gold kill itu, memberi champion sekutu terdekat 100% gold kill itu, dan memulihkan anda sebanyak 15 - 65. 50% daripada gold minion yang diperoleh dengan cara ini akan dikira untuk Quest anda. Kesan ini akan cas semula setiap 20 saat (maksimum 3 cas). Mendapat 50% kurang gold daripada membunuh minion dan monster, mendapat 100% gold bonus daripada minion berdekatan yang tidak dibunuh oleh sekutu anda, dan mendapat 1 gold bonus setiap 3 saat.
- PASIF UNIK - Quest: Dapatkan 500 gold daripada item ini untuk menaik tarafnya menjadi Bulwark of the Mountain (item ini hanya akan menaik taraf di luar pertempuran).
Bulwark of the Mountain
- 200 Nyawa
- 10 Ability Haste
- PASIF UNIK - Spoils Of War: Mendapat 2 gold setiap 3 saat.
- PASIF UNIK - Spellcraft: Kill dan assist terhadap champion musuh akan refresh jumlah cooldown enchantment anda sebanyak 40%.
Anda terhad kepada hanya 1 item Quest Support pada satu masa.
[DIBUANG] HEXTECH MEGADRIVE
Dengan pengenalan item Quest Support baharu, kami akan membuang Hextech Megadrive daripada sistem item memandangkan pasif Spellcraft yang dikaitkan dengan item Quest yang dinaik taraf sepenuhnya dan pasif Tinker yang dikaitkan dengan Hextech Megadrive mengisi peranan yang sama.
[BAHARU] METEOR ENCHANT
Sambil kami membuang damage daripada Redeeming Enchant, kami tahu bahawa sesetengah pemain menikmati permainan di sekitar serangan kawasan besar jarak jauh yang boleh mereka seru ke atas musuh mereka. Jadi kami membawa masuk Meteor, enchantment baharu yang tertumpu sepenuhnya pada aspek damage dan bukannya aspek sokongan. Kami juga berpendapat bahawa kebolehan menurunkan meteor dari langit ke atas musuh adalah sangat hebat.
Jumlah kos
- 500g
Kesan
- Sasarkan satu lokasi dalam jarak 30. Selepas delay 2.5 saat, sebiji meteor akan jatuh dari langit di lokasi sasaran, mengenakan 25% daripada nyawa setiap musuh sebagai magic damage. Cooldown 90 saat
- Terhadap monster, ini mengenakan maksimum 500 damage.
- Tidak boleh digunakan semasa mati
[BAHARU] PROTECT ENCHANT
Protect ialah enchant baharu yang direka untuk meningkatkan ability champion, dan bukannya menyediakan jalan alternatif untuk mempertahankan diri atau pasukan mereka. Dengan amplifikasi yang kuat untuk spell dengan cooldown yang rendah, ia jauh lebih berkuasa untuk melindungi sasaran tunggal dengan heal atau shield individu berbanding keseluruhan pasukan.
Jumlah kos
- 500g
Kesan:
- Berikan ability heal atau shield seterusnya yang anda gunakan dalam masa 3s 100-25% peningkatan kuasa heal dan shield (berdasarkan cooldownnya; spell dengan cooldown yang lebih pendek mendapat jumlah kuasa heal dan shield yang lebih besar). Cooldown 90 saat.
- Cooldown 0 - 20s: 100% peningkatan kuasa heal dan shield
- Cooldown 20 - 40s: 50% peningkatan kuasa heal dan shield
- Cooldown > 40s: 25% peningkatan kuasa heal dan shield
- Protect Enchant menjejaki nilai asas cooldown, bukan nilai berskala selepas Ability Haste.
[DIBUANG] ATHENE’S UNHOLY GRAIL
Athene's Unholy Grail telah menjadi item yang sangat berkuasa buat sementara waktu yang telah menawarkan beberapa enchanter cara untuk mendapatkan nilai tambahan daripada berinteraksi secara langsung dengan champion musuh. Kami menyukai idea jenis ganjaran ini, tetapi kami tidak menyukai betapa sempitnya keperluan Athene untuk mengenakan damage yang tinggi kepada lawan anda dan juga kerap heal atau shield sekutu. Oleh itu, kami akan meletakkan Imperial Mandate dalam slot ini.
[BAHARU] IMPERIAL MANDATE
Imperial Mandate akan datang untuk menambah mekanik baharu dan menarik yang akan memberi ganjaran kepada mage dan enchanter kerana berinteraksi dengan lawan mereka. Kami sedang mencari cara untuk membolehkan permainan yang lebih agresif daripada kedua-dua mage dan enchanter dalam posisi support dengan item ini.
Laluan Gabung & Kos:
- Kindlegem (1000g) + Fiendish Codex (1000g) + 500g
- Jumlah kos: 2500g
Statistik
- Ability Power: 40
- Ability Haste: 20
- Nyawa: 200
Pasif
- Coordinated Fire: Ability yang slow atau immobilize champion mengenakan 47 - 75 (berdasarkan level) magic damage bonus dan menandakan mereka selama 4 saat (cooldown 6s untuk setiap champion). Damage champion sekutu meletuskan tanda itu, mengenakan 94 - 150 (berdasarkan level sekutu) magic damage tambahan dan memberi anda berdua 20% Move speed selama 2 saat.
[DIBUANG] HEXTECH GUNBLADE
Hextech Gunblade sentiasa merupakan item yang sangat terhad, menawarkan gabungan statistik yang pelik bersama-sama kesan unik yang hanya menjadikannya boleh digunakan untuk beberapa champion sahaja. Lama kelamaan setelah kami laraskan item dan champion, kami percaya bahawa kedua-dua sistem item dan pengguna Gunblade adalah lebih sihat tanpa item ini dalam permainan, jadi kami membuangnya untuk item vamp Ability Power yang berbeza, Riftmaker.
[BAHARU] COSMIC DRIVE
Sistem AP Wild Rift telah lama kekurangan pilihan yang kukuh untuk mengambil Ability Haste di luar item mana awal, jadi kami menambah pandangan kami sendiri dengan Cosmic Drive. Item ini bukan sahaja menawarkan sejumlah besar Haste dengan sendirinya, tetapi movement speed yang diberikan apabila menyerang champion musuh juga berskala dengan Haste untuk membolehkan beberapa binaan pantas apabila anda melabur ke dalam binaan Haste maksimum yang mahu bergerak pantas.
Laluan Gabung & Kos
- Aether Wisp (950g) + Fiendish Codex (1000g) + 950g
- Jumlah Kos: 2900g
Statistik
- Ability Power: 70
- Haste: 30
- Movement speed: 5%
Pasif:
- SPELLWEAVER: Ability aktif dan attack empower yang mengenakan damage pada champion musuh memberikan (30 + 70% Haste) Movement Speed merosot dalam masa 2 saat.
- Cetusan Spellweaver berikutnya daripada sumber yang berbeza akan refresh tempoh buff dan menetapkan semula nilai movement speed kepada maksimum. Setiap sumber mempunyai cooldown 1s.
- Hanya Haste daripada item menyumbang kepada Movement Speed Spellweaver.
[BAHARU] RIFTMAKER
Riftmaker ialah item daripada sistem League of Legends PC yang kami bawa ke Wild Rift sebagai cara untuk fighter AP dan mage AP mengakses vamp dan bonus untuk pertempuran yang berterusan.
Laluan gabung & Kos
- Haunting Guise (1100g) + Fiendish Codex (1000g) + 1100g
- Jumlah kos: 3200g
Statistik
- Ability Power: 70
- Nyawa: 150
- Ability Haste: 15
- Omnivamp: 15%
Pasif:
- UNIK – VOID CORRUPTION: Untuk setiap saat dalam pertempuran dengan champion, kenakan damage bonus 3%, stack sehingga 3 kali untuk maksimum 9%. Selepas kesan ini stack sepenuhnya, tukarkan 100% damage bonus ini menjadi true damage.
[DIBUANG] UMBRAL GLAIVE
Umbral Glaive sentiasa berada di tempat yang agak pelik di kedai Wild Rift—ia direka untuk Rift berbeza yang mempunyai peraturan yang sangat berbeza dari segi penglihatan. Oleh sebab itu, ia tidak pernah dapat mencari kedudukannya di Wild Rift. Jadi, kami menggantikannya dengan item yang mempunyai niche berguna yang jelas dan berkuasa dalam Wild Rift, iaitu item anti-shield Serpent's Fang.
[BAHARU] SERPENT’S FANG
Serpent's Fang ialah ciri yang telah lama diminta yang akhirnya telah tiba: cara untuk melawan shield! Item armor penetration ini memberikan assassin AD output utiliti yang tajam yang boleh menjadikan mereka sebagai lawan yang sangat berharga kepada komposisi shield. Ini juga akan memberikan sebab situasi mengapa sesetengah kelas lain mungkin mahu menceburkan diri mereka ke dalam sistem item assassin AD.
Laluan Gabung & Kos
- Laluan binaan: Serrated Dirk (1000g) + Caulfield’s Warhammer (1200g) + 800g
- Jumlah kos: 3000g
Statistik
- Attack Damage: 50
- Armor penetration: 12
- Haste: 10
Pasif
- Shield Reaver: Mengenakan damage pada champion musuh menyuntik mereka dengan racun selama 3 saat, mengurangkan sebarang shield yang mereka peroleh dalam tempoh itu sebanyak (Melee: 50% | Ranged: 35%), dan jika sasaran belum terkena racun, mengurangkan semua shield aktif mereka dengan jumlah yang sama.
FROZEN HEART
Walaupun selepas buff kami baru-baru ini, Frozen Heart masih berprestasi rendah berbanding item seumpamanya. Oleh itu, kami memberikannya sedikit rangsangan untuk membantunya bersaing.
- Ability Haste: 25 → 30
IXTALI SEEDJAR
Kami telah mendengar maklum balas daripada pemain bahawa mereka mahu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan taktik yang lebih spontan dengan Seedjar. Jadi, kami mengurangkan masa yang diperlukan untuk benih tumbuh dengan ketara.
- Masa pertumbuhan: 3s → 1s
LOCKET ENCHANT
Untuk sekian lama, Locket adalah jauh lebih berkuasa berbanding dengan enchant lain, walaupun ia tidak digunakan secara optimum. Keupayaannya untuk memberikan ratusan atau bahkan ribuan nyawa tambahan dalam nilai shield semasa teamfight menyebabkannya jauh mengatasi enchant lain, walaupun ketika mereka memberikan nilai paling maksimum. Kami ingin menjadikan Locket kurang sesuai untuk setiap situasi, jadi ia ditukar menjadi shield magic damage untuk mengekalkan identiti utamanya sebagai alat anti-AoE sambil mengehadkan penggunaannya sebagai butang berkuasa untuk ditekan pada bila-bila masa.
- Shield: Ditukar daripada generik → Shield magic damage
PROTECTOR’S VOW
Kami mengurangkan cooldown pada Protector's Vow dengan ketara untuk mengurangkan kesannya apabila ia dibuang dengan poke rawak. Kami juga akan lebih mengkhususkan item ini dengan membuang nisbah Ability Power dan Movement Speed yang mempunyai kesan rendah. Sebagai balasan, kami meningkatkan nisbah nyawanya untuk menjadikan item itu pilihan yang lebih menarik untuk tank.
- Cooldown: 30s → 20s
- Shield: (125 + 20% Nyawa Bonus +15% Ability Power) selama 1.5s → (125 + 30% Nyawa Bonus) selama 1.5s
- Keutamaan shield: Sekutu terdekat → Sekutu dengan Nyawa terendah
- Movement speed: 20% selama 1.5s → Dibuang
REDEMPTION ENCHANT
Redeeming Enchant telah menjadi alat yang berkuasa untuk membalikkan pertempuran buat sekian lama, tetapi ia boleh menjadi sukar untuk digunakan atau dihargai dengan betul kerana masa pelancaran yang panjang semasa digunakan. Kami menghapuskan aspek damagenya dan mencipta Meteor dan meningkatkan kelajuannya dengan ketara supaya impaknya lebih segera dirasai.
- [DIBUANG] Damage pada musuh
- Delay: 2.5s → 1.5s
REPULSOR ENCHANT
Repulsor tidak memenuhi tujuan yang dimaksudkan untuk menentang diver melee, dan ia hanya biasa-biasa sahaja bagi tujuan keduanya untuk memecah belah pasukan musuh. Untuk membantu item ini, kami menambahkan satu burst movement speed pada Repulsor untuk menjadikannya lebih berguna untuk kiting dan melarikan diri.
- [BAHARU] Selepas menghentam champion ke belakang, mendapat 30% Movement Speed selama 3s.
- Cooldown: 90s → 60s
SUNFIRE CAPE
Sunfire Cape telah menjadi pilihan yang dominan di antara item tank yang lain, jadi kami mengurangkan keupayaannya untuk mengosongkan minion dan kem jungle.
- Damage bonus terhadap minion dan monster: 25% → 15%
PERUBAHAN SISTEM ITEM ABILITY POWER
Item AP Wild Rift telah terbantut ke arah laluan binaan yang lebih mudah yang berkisar tentang mendapatkan Deathcap awal dan mempunyai jumlah nyawa yang bermakna. Kami mahu adanya pilihan yang lebih berdaya maju dalam beberapa slot item pertama untuk kedua-dua mage dan assassin AP dan kami juga mahu memilih statistik pertahanan untuk menjadi lebih kepada pilihan yang disengajakan dan bukannya kesan sampingan dalam setiap binaan. Dengan mengambil kira perkara ini, kami mengalih beberapa statistik, laluan binaan dan pasif supaya kami boleh mencapai matlamat ini.
HAUNTING GUISE
Jumlah kos
- 1300g → 1100g
Statistik
- Ability Power: 25 → 30
- Nyawa: 200 → 150
Pasif
- UNIK – MADNESS: Berada dalam pertempuran dengan champion musuh menjana satu stack setiap saat untuk 4 saat seterusnya. Mengenakan 1.2% damage dipertingkatkan untuk setiap stack, sehingga nilai maksimum 6% → DIBUANG
INFINITY ORB
Jumlah kos
- 3150g → 2900g
Statistik
- Ability Power: 65 → 85
- Nyawa: 200 → 0
- Statistik lain kekal sama
LIANDRY’S TORMENT
Laluan Gabung & Kos
- Laluan Binaan: Haunting Guise (1100g) + Blasting Wand (900g + 1000g
- Jumlah kos: 3000g
Statistik
- Ability Power: 70 → 70
- Nyawa: 250 → 250
Pasif
- UNIK – MADNESS: Berada dalam pertempuran dengan champion musuh menjana satu stack setiap saat untuk 4 saat seterusnya. Mengenakan 1.2% damage dipertingkatkan untuk setiap stack, sehingga nilai maksimum 6% → DIBUANG
- UNIK – TORMENT: Ability damage mengenakan 1% nyawa maksimum sasaran sebagai magic damage dalam 3 saat. Damage ini berganda jika mereka terkena slow atau immobilize. → Mengenakan ability damage akan membakar musuh, menerima 20 + 1.5% Ability Power + 1.5% nyawa maksimum bonus sasaran sebagai magic damage setiap 1s, selama 3 saat.
MORELLONOMICON
Jumlah kos
- 3000g → 2700g
Statistik
- Ability Power: 70 → 65
- Nyawa: 300 → 150
PROPHET’S PENDANT
Jumlah kos
- 1250g → 1000g
Statistik
- Ability Power: 25 → 30
- Nyawa: 25 → 0
- Pasif: 15 Magic penetration→ 12 Magic penetration
RABADON’S DEATHCAP
Laluan Gabung & Kos
- Needlessly Large Rod (1400g) + Needlessly Large Rod (1400g) + 700g → Needlessly Large Rod (1400g) + Blasting Wand (900g) + 1100g
- Jumlah kos: 3500g → 3400g
Statistik
- Ability Power: 120 → 110
PERUBAHAN RUNE
DOMINATION: CONQUEROR
Kami sedang menyemak tooltip Conqueror supaya ia mencerminkan fungsi yang dimaksudkan rune ini
- Kemas kini tooltip: Selepas stack penuh, mendapat Physical dan Magic vamp bonus terhadap champion → Selepas stack penuh, mendapat Omnivamp bonus (terhadap sebarang sasaran yang sah).
PERUBAHAN SISTEM
MINION
Leashing sentiasa menjadi tuas yang sukar untuk diimbangi kerana jungler kekurangan kawalan ke atasnya. Kami menyasarkan untuk menjadikan leashing kurang berdaya maju dan akan mengimbangi jungler berdasarkan mereka tidak menerima leash. Semua lane akan bertembung pada masa yang sama.
- Minion wave pertama di Baron dan Dragon lane mendapat movement speed bonus
OMNIVAMP
Omnivamp kini benar-benar omni, ia akan berfungsi dengan True Damage sebagai tambahan kepada Physical dan Magic damage.
- Mendapat Nyawa apabila mengenakan Physical atau Magic damage → Mendapat Nyawa apabila mengenakan Physical, Magic atau True damage
GOLD PASIF
Graceful Charity hanyalah satu sandaran untuk membantu Support memperoleh lebih banyak gold. Memandangkan kami akan menambahkan item Quest Support, kami akan membuang sandaran ini.
- Pemain dengan gold terendah dalam pasukan mendapat 2 gold sesaat → Dibuang
SCRYER’S BLOOM
Pada masa ini, Mid Laner boleh menggunakan Scryer's Bloom untuk mendedahkan jungler pada saat-saat awal permainan. Untuk memerangi hal ini, kami menangguhkan waktu spawnnya supaya jungler boleh merancang laluan mereka pada awal permainan tanpa perlu risau tentang didedahkan pada kem pertama mereka.
- Waktu Spawn: 0:25 → 0:45
SMITE
Untuk mengelakkan dengan lebih baik senario pemain smite sasaran yang salah semasa pertempuran utama merebut objektif (tidak mengapa ini telah berlaku kepada kami terlalu banyak kali juga), kami melakukan pelarasan kawalan pada spell Smite.
- Smite akan mengutamakan monster epik apabila digunakan dengan leretan atau tekanan pantas.
SKIN
Space Groove Gwen Akan dikeluarkan pada 15 September pukul 08:01 GMT+8 |
Crystal Rose Yone Akan dikeluarkan pada 22 September pukul 08:01 GMT+8 |
AKSESORI
Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!
Bauble: Death Mask; Cerulean Concoction; Amber Concoction; Fuchsia Concoction; Super-pops!; Mask-a-Raid; To the Hextechmobile!; Hero’s Glory
Emote: Whistling; Villainous Vibes; Power Pose; Shocked; Peace Signs Up
Ikon: Wild Yone; En Garde!; Powered Up Poro; Crest of Justice; Masked Justice; Hextech Man Jayce
Bingkai Ikon: Border of Progress; Heroic; Heroic Ascension; En Garde!
Emblem Rift: Cogs & Gears; Balance & Symmetry; Unyielding Justice; Bitter Nightshade; Hexwings
Recall Tersuai: Flying High; Winged Justice
Emblem Pemain: Dedication & Innovation (Azure); Dedication & Innovation (Amethyst); Dedication & Innovation (Garnet)
Bingkai Profil: Vision of Heroes; Vision of Justice
Homeguard Trail: The Bird Signal
TAMBAHAN
- Annie kini akan bermula dengan stack penuh Pyromania pada permulaan permainan atau semasa dihidupkan semula.
- Mengemas kini VFX Starcall Empower Soraka.
- Menyelaraskan peranan dan loadout untuk beberapa champion.
- Mengemas kini pelbagai rentetan teks merentas klien dan dalam permainan.
- Perkara yang paling utama ialah anda tidak lagi dapat mengatakan, anda boleh membeli Infinity Edge anda yang tersedia untuk dibeli.
- Menyelesaikan isu apabila kombo S Samira akan hilang semasa mencetuskan GA, dia sentiasa boleh menggunakan ultimatenya.
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
15 Sept - 21 Sept: Braum, Draven, Gragas, Lulu, Malphite, Nunu & Willump, Orianna, Samira, Sion, Twisted Fate
22 Sept - 29 Sept: Corki, Galio, Jarvan IV, Karma, Kayle, Leona, Olaf, Sett, Xayah, Yasuo