Wild Rift Patch Note 3.3c

Ini merupakan balance terakhir kami sebelum Patch 3.4, dan kami menumpukan pada melakukan pelarasan kepada beberapa champion yang telah mendominasi dan bergelut di Baron Lane. Selamat datang ke Patch 3.3c!

Ini merupakan balance terakhir kami sebelum Patch 3.4, dan kami menumpukan pada melakukan pelarasan kepada beberapa champion yang telah mendominasi dan bergelut di Baron Lane. Selamat datang ke Patch 3.3c! 

Itu sahaja daripada kami buat masa ini, tetapi kami akan berjumpa anda kembali di sini pada 14 September untuk Patch note 3.4! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

PERUBAHAN CHAMPION

CAMILLE

Camille kini merupakan salah seorang champion yang paling dominan dalam permainan peringkat lebih tinggi disebabkan oleh jumlah damage dan utiliti boleh dipercayai yang dia sediakan untuk pasukannya. Kami memberinya sedikit nerf, sambil turut menambahkan satu fungsi baharu pada ability Hookshotnya untuk meletakkannya di tempat yang lebih seimbang.

Tactical Sweep

  • Slow terhadap unit musuh: 80% untuk 2 saat → 80% yang merosot selama 2 saat

Hookshot

  • Cooldown: 16/14/12/10s → 22/20/18/16s
  • [BAHARU] Jika dash mengenai champion musuh, cooldown Hookshot kini turut dikurangkan sebanyak 5 saat.

The Hextech Ultimatum

  • Cooldown: 80/70/60s → 90/80/70s

CORKI

Walaupun menjadi pilihan popular dalam permainan kompetitif, Corki telah ketinggalan jika dibandingkan dengan marksman yang lain. Kami memberi Daring Bombardier sedikit pelarasan untuk meningkatkan prestasi keseluruhannya, sambil mengurangkan kehadirannya dalam permainan kompetitif.

passive

  • Tempoh ambil pakej: 1m → 45s

VALKYRIE

  • Cooldown: 22/20/18/16s → 19/18/17/16s

GATLING GUN

  • Damage Asas: 16/24/32/40+20% Attack Damage bonus sebagai physical damage + 16/24/32/40+20% Attack Damage bonus sebagai Magic damage → 32/48/64/80+40% Attack Damage bonus sebagai Magic damage
  • Pengurangan resist: 8/12/16/20 → 10/15/20/25
  • Pengurangan resist setiap tick: 0.5/0.75/1/1.25 → 1/1.5/2/2.5

MISSILE BARRAGE

  • Cas Semula: 12/12/12s → 10/9/8s

FIORA

Prestasi pejuang bintang Demacia tidak sebaik yang kami mahukan di Baron Lane. Untuk membantunya, kami akan mempertajamkannya dengan meningkatkan ketahanan Fiora pada peringkat akhir permainan, untuk membolehkannya berkembang lebih baik semasa teamfight.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 115
    • Nyawa pada level 15: 2080 → 2220

JAX

Grandmaster kegemaran semua orang telah menjadi ancaman di Baron Lane dan jungle. Jax telah dapat mempamerkan penguasaan lorong awal sambil juga berskala lebih kuat berbanding champion seperanannya pada akhir permainan. Untuk menangani perkara ini, kami menurunkan sedikit kuasa awal Jax supaya kami boleh memberi musuhnya lebih banyak cara membalasnya pada awal perlawanan.

base_stats

  • Attack Damage asas: 64 → 58

KASSADIN

Nerf kami sebelum ini tidak berkuasa menentang Kassadin kerana dia masih berprestasi tinggi dalam tahap permainan yang lebih tinggi, jadi kami mengurangkan kekerapan dia boleh mengenakan silence dan burst musuhnya.

NULL SPHERE

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 11/10/9/8s
  • Damage asas: 80/145/210/275 → 70/135/200/265

PANTHEON

Sudah agak lama Pantheon bergelut untuk mencari kedudukannya dalam permainan peringkat lebih tinggi. Untuk membawanya lebih sejajar dengan Baron Laner yang lain, kami meningkatkan output damage keseluruhannya.

COMET SPEAR

  • Damage Empower Mortal Will: 20 - 230 + 100% Attack Damage bonus → 30 - 240 + 110% Attack Damage bonus

AEGIS ASSAULT

  • Cooldown: 22/20/18/16s → 18/16/14/12s

Renekton

Renekton tidak secergas yang kami mahukan dan masih gagal pada peringkat akhir permainan. Untuk membantunya, kami meningkatkan nyawa setiap levelnya supaya dia boleh menjadi lebih berkesan semasa teamfight-teamfight penting.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 115 → 125
    • Nyawa pada level 15: 2260 → 2400

TEEMO

Baru-baru ini, Teemo mengalami sedikit masalah di Baron Lane, terutamanya dalam tahap permainan yang lebih tinggi. Untuk menjadikan Swift Scout kegemaran kami sebagai pilihan yang lebih kompetitif, kami akan menjadikannya lebih pantas sambil juga memberi pemain lebih banyak peluang untuk memanfaatkan damage dan utiliti yang ability Guerilla Warfarenya sediakan.

MOVE QUICK

  • Move speed pasif: 10/15/20/25% → 15/20/25/30%
  • Move speed aktif: 20/30/40/50% → 30/40/50/60%

GUERILLA WARFARE

  • Cooldown: 25s → 25/23/21/19s

VEIGAR

Walaupun Tiny Master of Evil ini suka mengunci musuhnya dan menunjukkan kepada mereka definisi kesakitan, telah mengecewakan untuk bermain menentangnya sejak sekian lama. Untuk memberi lawannya ruang bernafas, kami akan mengurangkan kekerapan Veigar dapat mengunci mereka.

EVENT HORIZON

  • Cooldown: 16/15/14/13s → 18/17/16/15s

PERUBAHAN GAMEPLAY

PERUBAHAN ITEM

GARGOYLE ENCHANTMENT

Sejak rework kami kepada sistem enchantment Gargoyle telah terbukti terlalu selamat untuk diambil, tidak kira siapa yang anda hadapi atau situasinya. Kami mengurangkan sedikit kuasanya supaya ia bukan item yang jelas untuk diambil lagi dan enchantment lain boleh mempunyai sedikit ruang untuk menyerlah.

  • Shield asal: 30% nyawa maksimum → 20% nyawa maksimum
  • Nisbah shield dipertingkat: 200% → 300%
  • Cooldown: 60s → 75s

GUARDIAN ANGEL ENCHANTMENT

Guardian Angel sedang diambil sebagai item kedua atau ketiga, dan memberi fighter terlalu banyak keselamatan pada peringkat awal permainan. Kami mahu mengekalkan item ini sebagai pengambilan akhir permainan, jadi kami meningkatkan kosnya.

  • Jumlah kos: 3100g → 3400g
    • Kos gabung: 700s → 1000g

MAGNETRON ENCHANTMENT

Kami telah memerhatikan Magnetron, tetapi berasa seperti anda perlu membunuh terlalu banyak minion untuk mengambilnya, menjadikannya tidak begitu menarik jika dibandingkan dengan pilihan enchantment yang lain. Untuk menjadikan item ini lebih kompetitif, kami mengurangkan kosnya.

  • Jumlah kos: 800g → 500g

NAVORI QUICKBLADE

Prestasi Navori Quickblade adalah mengikut jangkaan kami dari segi kuasa mentah, tetapi kami mahu menjadikannya pilihan yang lebih menarik. Oleh itu, kami mengurangkan kosnya dan meningkatkan pengurangan cooldown bukan ultimate yang diperoleh pemain apabila melakukan critical attack.

  • Jumlah kos: 3100g → 2900g
  • Pasif: Critical Attack mengurangkan cooldown ability bukan ultimate daripada baki cooldownnya: 15% → 20%

SKIN

WRLunarGodessDiana.jpg

Akan dikeluarkan pada 9 September pukul 08:01 GMT+8:

  • Lunar Goddess Diana

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

1 Sept - 7 Sept: Amumu, Aurelion Sol, Corki, Diana, Jax, Pyke, Rengar, Senna, Teemo, Tristana

8 Sept - 14 Sept: Akali, Akshan, Graves, Lucian, Miss Fortune, Nautilus, Rakan, Renekton, Wukong, Xin Zhao