Wild Rift Patch Note 3.3b
Bangkitlah dari kematian dan bunuh lawan anda, kali ini dengan lebih bergaya—Sion dan Samira menyertai Rift! Samira juga merupakan champion pertama yang mempunyai cemuhan, kami sudah tahu apabila kami membuat permainan gempak atau 1v5 pasukan musuh, kami akan menjadi antara yang pertama untuk melemparkan syiling kepada musuh kami untuk menunjukkan sedikit gaya tambahan.* Kami juga mempunyai kemas kini balance keseluruhan berjadual biasa anda, selamat datang ke Patch 3.3b!
*Nota pengarang: Penulis patch note ini tidak pernah melakukan “permainan gempak” mahupun pernah “1v5 pasukan musuh” selama dia bermain Wild Rift. Pernyataan yang lebih tepat di sini ialah mereka akan melemparkan syiling ke arah lawan mereka di lane dan mati serta-merta.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
SAMIRA, THE DESERT ROSE
Samira menghadapi kematian dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi, mencari keseronokan di mana-mana sahaja dia pergi. Selepas rumahnya di Shurima dimusnahkan sewaktu dia kecil, Samira menemui minat sebenarnya di Noxus, tempat dia membina reputasi sebagai daredevil bergaya yang melakukan misi berbahaya dengan kaliber tertinggi. Dengan pistol serbuk hitam dan pedang tersuai, Samira cemerlang dalam keadaan hidup atau mati, menyingkirkan sesiapa sahaja yang menghalangnya dengan pantas dan bergaya.
Samira akan dikeluarkan pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8.
SION, THE UNDEAD JUGGERNAUT
Seorang panglima perang yang kejam dari zaman dahulu, Sion dihormati di Noxus kerana mencekik seorang raja Demacia sehingga mati dengan tangan kosong—tetapi, setelah dinafikan kematian yang tenang, dia dibangkitkan untuk berkhidmat kepada empayarnya sekali lagi. Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang menghalangnya, tanpa mengira kesetiaan, membuktikan dia telah kehilangan segala sifat kemanusiaannya. Dengan perisai kasar yang dipasang pada dagingnya yang busuk, Sion terus bertempur secara bermati-matian, bergelut untuk mengingati dirinya yang sebenar antara hayunan kapaknya yang perkasa.
Sion akan dikeluarkan pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8.
EVENT
WEAPONS OF NOXUS
Lengkapkan senjata anda dan bersiap sedia untuk melawan mereka yang menentang Noxus!
Event Weapons of Noxus akan bermula pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8.
BLITZCRANK
Rocket Grab
- Cooldown: 20/19/18/17s → 18/17/16/15s
GRAGAS
passive
- Heal: 6% nyawa maksimum → 7% nyawa maksimum
Drunken Rage
- Ratio damage AP: 65% → 75%
Body Slam
- Ratio damage AP: 60% → 70%
KASSADIN
base_stats
- Nyawa: 610 → 570
- Nyawa setiap level: 115 → 105
KHA'ZIX
TASTE THEIR FEAR
- Damage sasaran terasing: 110% → 100%
Lucian
PIERCING LIGHT
- Cooldown: 8/7/6/5s → 9.5/8/6.5/5s
NAUTILUS
base_stats
- Movement Speed: 325 → 330
DREDGE LINE
- Cooldown: 13/12/11/10s → 12/11/10/9s
- Kelajuan projektil: 16 → 18
DEPTH CHARGE
- Masa mula pecutan: 2.5s → 1s
- Cooldown: 70/60/50s → 60/50/40s
SHYVANA
base_stats
- Nyawa setiap level: 115 → 105
Burnout
- Damage: 30/45/60/75 → 25/40/55/70
TRISTANA
RAPID FIRE
- Cooldown: 18/17/16/15s → 16/15/14/13s
EXPLOSIVE CHARGE
- Masa gunaan: 0.27s → 0.13s
VARUS
passive
- Tempoh: 5s → 5/6/7/8s (berdasarkan level champion)
Blighted Quiver
- Cooldown: 25s → 22/20/18/16s
Hail of Arrows
- Cooldown: 16/14/12/10s → 13/12/11/10s
Wukong
WARRIOR TRICKSTER
- Jarak dash ini boleh melepasi tembok ditingkatkan.
YUUMI
passive
- Shield: 85~435 → 60~410
ZOOMIES
- Heal: 80/120/160/200 → 60/100/140/180
PERUBAHAN GAMEPLAY
PERUBAHAN RUNE
DOMINATION: GIANT SLAYER
Giant Slayer telah dicipta sebagai pilihan untuk menentang musuh bernyawa tinggi, tetapi ia tidak berjaya dalam peranan itu. Untuk menjadikan rune ini lebih berkesan, kami meningkatkan damage minimum yang diberikannya dan mengurangkan tahap nyawa yang diperlukan musuh untuk menerima damage maksimum daripada rune ini.
- Damage bonus: 1% damage bonus setiap 100 nyawa maksimum bonus, sehingga 10% (1000 nyawa maksimum bonus) → 2% damage bonus setiap 100 nyawa maksimum bonus, sehingga 10% (500 nyawa maksimum bonus)
INSPIRATION: DEMOLISH
Sejak dikeluarkan, Demolish agak kurang berprestasi. Untuk membantu rune ini, kami meningkatkan cara damagenya berskala dengan nyawa maksimum supaya pengguna tanky boleh merempuh dan takedown struktur dengan lebih berkesan.
- Damage: 200+25% Nyawa Maksimum → 200+30% Nyawa Maksimum
INSPIRATION: NIMBUS CLOAK
Nimbus Cloak tidak memberi kesan pada Rift yang ingin kami lihat. Untuk menjadikannya pilihan load out yang lebih menarik, kami meningkatkan kedua-dua movement speed minimum dan maksimum yang diberikannya serta memanjangkan tempohnya.
- Tempoh: 2 saat → 3 saat
- Movement Speed: 5-35% → 10-40%
RESOLVE: NULLIFYING ORB
Nullifying Orb telah menjadi salah satu pilihan rune pertahanan yang paling dominan sejak ia dikeluarkan. Kami melemahkannya supaya ia kurang berkuasa pada awal permainan, tetapi terus menonjol sebagai pilihan utama untuk champion menskala.
- Kuasa shield: 80 + 50% AD bonus + 30% AP → 60 + 50% AD bonus + 30% AP
PERUBAHAN JUNGLE
ELEMENTAL DRAKE DAN ELDER DRAGON
Pada masa ini, Dragon awal lebih berkuasa daripada yang kami inginkan dan ia memberi kesan kepada kuasa individu pemain. Untuk memerangi hal ini, kami menurunkan tahap kuasa supaya Dragon awal tidak memutuskan permainan. Kami juga ingin menyentuh tentang Mountain Dragon, kerana ia menunjukkan prestasi yang sangat baik, terutamanya jika dibandingkan dengan dragon yang lain, jadi kami akan menurunkannya dengan lebih banyak. Sebagai tambahan kepada perubahan ini, kami juga merasakan bahawa Elder Dragon memerlukan rangsangan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai objektif utama akhir permainan.
Mountain Dragon
- Armor dan Magic resist: 6+3%/12+6%/18+9% → 3+2%/6+4%/12+8%
Infernal Dragon
- Ability Power dan Attack Damage: 4%/8%/12% → 3%/6%/12%
Ocean Dragon
- Memulihkan nyawa hilang setiap 5 saat: 3%/6%/9% → 2%/4%/8%
Buff Elder Dragon
- Burn damage setiap 1 saat: 60 → 100
PERUBAHAN SISTEM
EXHAUST
Exhaust telah menjadi spell terbaik untuk digunakan bagi kegunaan bertahan, menyerang dan menyokong terutamanya sejak buff terakhir yang kami berikan padanya. Kami ingin memastikan bahawa ia masih merupakan pilihan terbaik untuk pertahanan dan peel, tetapi kami mengurangkan jaraknya untuk menjadikannya kurang berkesan sebagai alat mengejar.
- Jarak: 7 → 5
TURRET PLATING
Kami telah melihat banyak maklum balas tentang turret plating dan telah mendengar betapa anda menikmatinya, tetapi juga bahawa anda ingin mempunyai lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan plate tersebut. Kami juga telah mendengar tentang sedikit kesukaran semasa menggunakan Rift Herald pertama untuk merebut plate disebabkan oleh tempoh masanya yang ketat. Kami akan menangguh masa turret plating jatuh, untuk menangani kedua-dua kebimbangan ini sekali gus.
- Masa Tamat Turret Plating: 6:30 → 7:00
PERLINDUNGAN AWAL PERMAINAN TURRET
Memandangkan turret awal permainan telah menjadi lebih tahan lama apabila anda merosakkannya disebabkan turret plating, kami melonggarkan beberapa sekatan kami sebelum ini berkaitan dengan perebutan turret awal.
- Turret Mid Lane dan Baron Lane: +50 Armor resist dan Magic resist untuk 3 minit pertama → +50 Armor resist dan Magic resist untuk 2 minit pertama
DAMAGE TURRET
Pemain berkemahiran tinggi dan pemain dalam permainan pertandingan boleh melaksanakan dive 2v1 atau 3v2 dengan lancar pada awal permainan tanpa risiko yang ketara. Walaupun kami tidak kisah permainan ini berlaku dalam beberapa kes, kami merasakan risiko tidak mencukupi semasa membuat permainan ini jadi kami meningkatkan damage awal outer turret untuk menjadikan dive dalam beberapa minit pertama permainan lebih berbahaya.
- Attack Damage Outer Turret: 182 ~ 332 → 200~325 (0~17.5 minit)
PELUPUTAN MEKANISME ANTI-SIEGE TURRET
Daripada menyegerakkan mekanik ini dengan turret plating itu sendiri, kami sebaliknya memautkannya kepada pemasa spawn bagi objektif neutral pertama. Mekanik ini direka untuk menghalang pemain daripada berkumpul semasa fasa laning, tetapi kami menggalakkan berkumpul dengan rakan sepasukan anda supaya anda boleh merebut objektif neutral awal tersebut. Oleh itu, kami ingin memastikan bahawa kami tidak secara eksplisit tidak menggalakkannya melalui turret sambil ia digalakkan untuk objektif lain pada masa yang sama.
Untuk 6:30 minit pertama → 5 minit, turret akan mendapat resistance bonus apabila terdapat berbilang champion musuh berdekatan.
- 2 Champion: 10 armor/magic resist
- 3 Champion: 50 armor/magic resist
- 4 Champion: 150 armor/magic resist
- 5 Champion: 250 armor/magic resist
SKIN
Dragon Trainer Tristana Akan dikeluarkan pada 19 Ogos pukul 08:01 GMT+8 |
PsyOps Samira Akan dikeluarkan pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8 |
PsyOps Kayle Akan dikeluarkan pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8 |
PsyOps Master Yi Akan dikeluarkan pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8 |
PsyOps Zed Akan dikeluarkan pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8 |
Warmonger Sion Akan dikeluarkan pada 26 Ogos pukul 08:01 GMT+8 |
AKSESORI
Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!
Bauble: Coin Toss, Butterfly Effect
Ikon: Weapons of Noxus
Recall: Beam Me Up
Emote: Stare
TAMBAHAN
- Membaiki pepijat yang menyebabkan serangan melee Jayce mempunyai 0.000006 peluang untuk crit.
- Ya, ini adalah pepijat sebenar, dan anda kini tidak lagi mempunyai peluang .0006% untuk crit lawan anda secara rawak dan memeranjatkan mereka sebagai Jayce.
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
18 Ogos - 24 Ogos: Brand, Evelynn, Jhin, Kennen, Lee Sin, Riven, Soraka, Thresh, Xayah, Zed
25 Ogos - 31 Ogos: Irelia, Kassadin, Kha’zix, Nami, Shen, Shyvana, Varus, Vayne, Veigar, Yuumi