Wild Rift Patch Note 3.2b

Selamat datang ke patch 3.2b, patch pertama yang akan dimainkan dalam Wild Rift Icons Global Championship 2022! Nautilus dan Pyke akan membuat penampilan sulung mereka dan kami juga sedang menangani beberapa champion yang menjadi kuasa dominasi dalam peranan mereka. Kami juga mengkaji semula jungle untuk membuat beberapa pelarasan sistematik selepas perubahan terbaru kami.

Ahoy Orang daratan,

Selamat datang ke patch 3.2b! Ini ialah patch pertama yang akan dimainkan dalam Wild Rift Icons Global Championship 2022! Perubahan yang besar untuk satu patch, jadi mari kita dive masuk!

Kami sedang menangani beberapa champion yang menjadi kuasa dominasi dalam peranan mereka, dan juga mengkaji semula jungle untuk membuat beberapa pelarasan sistematik selepas perubahan terdahulu kami. Nautilus dan Pyke juga akan memeriahkan keadaan dalam patch ini dengan penampilan sulung mereka. Sama ada anda ingin sediakan pasukan anda untuk beberapa kombo wombo yang pelik, atau bantu mereka "dapat" kill, mereka sedia membantu anda menambah perisa ke Dragon Lane, tidak kira apa gaya anda.

Patch ini akan bertahan agak lama berbanding patch balance yang biasa, tetapi kami akan berjumpa anda kembali untuk Patch 3.2c pada 29 Jun!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

NAUTILUS, THE TITAN OF THE DEPTHS

WRPatchNotes3.2b_Naut.jpg

Legenda sepi setua dermaga pertama yang tenggelam di Bilgewater, goliath berperisai yang dikenali sebagai Nautilus ini mengembara di lautan gelap berhampiran pantai Blue Flame Isles. Didorong oleh pengkhianatan yang telah dilupakan, dia akan menyerang tanpa amaran, mengayunkan sauh besarnya untuk menyelamatkan orang yang sengsara, dan mengheret si tamak haloba menuju kecelakaan mereka. Khabarnya, dia akan mencari mereka yang lupa membayar "cukai Bilgewater", menarik mereka ke bawah ombak bersamanya—peringatan tegas bahawa yang tiada sesiapa yang dapat melarikan diri dari lautan dalam.

Nautilus akan dikeluarkan pada 21 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8.

PYKE, THE BLOODHARBOR RIPPER

WRPatchNotes3.2b_Pyke.jpg

Pakar serampang terkenal dari dok penyembelihan Bilgewater, Pyke sepatutnya sudah menemui ajalnya dalam perut ikan jaull gergasi... namun, dia kembali. Kini, dia menghendap di lorong dan laluan belakang yang lembap di kampung halamannya dahulu. Dia menggunakan kuasa ghaib barunya untuk memberikan kematian yang pantas dan mengerikan kepada mereka yang mengaut kekayaan dengan mengeksploitasi orang lain—dan bandar yang dahulunya gah memburu raksasa kini mendapati ia pula diburu raksasa.

Pyke akan dikeluarkan pada 21 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8.

CIRI BAHARU

MOD ALL RANDOM ULTRA RAPID FIRE (ARURF)

WRPatchNotes3.2b_ARURF.jpg

Jangan letak lagi spatula itu...masih ada masa lagi untuk melompat ke dalam meriam dan menikmati semua keseronokan huru-hara!

Mod All Random Ultra Rapid Fire (ARURF) akan tamat pada 21 Jun pukul 00:00 pagi GMT+8

EVENT

WRPatchNotes3.2b_icons.jpg

ICONS 2022

Penonton sedang bersorak dan pentas sudah sedia, siapakah yang akan membawa pulang trofi?

Event Icons 2022 akan bermula pada 14 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

WRPatchNotes3.2b_RiseFromTheDeep.jpg

RISE FROM THE DEEP

Anda tidak tahu apa yang bersembunyi di bawah permukaan atau mungkin juga di atasnya…

Event Rise from the Deep bermula pada21 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

DRAVEN

DRAVEN The Glorious Executioner tidak lagi memenuhi jangkaan kami kebelakangan ini, jadi kami meningkatkan Attack Speed asasnya dan buff ganjaran kill yang Draven terima untuk menjadikannya lebih mengancam apabila snowballing. Kami juga menjadikan cooldown Blood Rush lebih pendek, jadi ia tidak begitu serius apabila anda tidak sengaja menjatuhkan salah satu kapak anda (jangan risau, ini juga berlaku kepada kami).

base_stats

  • Attack Speed asas: 10% → 20%

LEAGUE OF DRAVEN

  • Ganjaran gold: 50g + 4 × stacks → 80g + 4 × stack

BLOOD RUSH

  • Cooldown: 12s → 10s

EVELYNN

Evelynn telah lama mempunyai kehadiran yang kuat di dalam jungle, terutamanya dalam permainan peringkat tinggi. Tetapi, dengan perubahan sistematik yang kami lakukan baru-baru ini, dia telah memasuki kategori yang layak untuk nerf. Kami percaya Evelynn mendapat sebahagian besar kuasa daripada abilitynya untuk invade, gank dan mendapat kill pada awal permainan, jadi kami mengurangkan beberapa kekuatannya bagi aspek tersebut.

base_stats

  • Movement speed asas: 345 → 335
  • Nyawa asas: 650 → 570
  • Nyawa setiap level: 105 → 115
    • Nyawa pada level 15: 2120 → 2180

ALLURE

  • Tempoh Slow/Charm: 1.25/1.5/1.75/2s → 1/1.25/1.5/1.75s

IRELIA

Baru-baru ini, Irelia telah menjadi pilihan yang menonjol dan berkuasa dalam pelbagai peranan dan juga sangat mengecewakan pemain yang berdepan dengannya. Kami mengurangkan burst dan tempoh soft crowd controlnya, untuk mengurangkan kuasanya dan mengubati sedikit kekecewaan yang dialami pemain ketika berdepan Blade Dancer ini.

FLAWLESS DUET

  • Damage asas: 100/150/200/250 → 80/130/180/230

VANGUARD'S EDGE

  • Tempoh slow tembok: 1.5s → 1s

LULU

Sejak penambahan keystone baharu, Lulu kembali menjadi salah satu support terkuat, terutamanya dalam permainan peringkat lebih tinggi. Untuk menangani perkara ini, kami mengurangkan jumlah ungu…maksud kami utiliti berkuasa yang dia boleh berikan kepada sekutunya.

WHIMSY

  • Movement speed: 30% + (5% per 100) → 20% + (5% per 100)

ultimate

  • Nyawa: 300/450/600 → 250/400/550

MASTER YI

Selepas nerf baru-baru ini, Master Yi telah membersihkan kem jungle dengan lebih perlahan berbanding yang kita mahu lihat. Untuk menangani perkara ini, kami meningkatkan damage bonus kepada monster yang terkena Alpha Strike Wuju Bladesman itu.

Alpha Strike

  • Damage bonus kepada monster: 80/110/140/170 → 95/125/155/185

MORGANA

Sebelum ini, kami membuat perubahan kepada Morgana untuk cuba membantunya di Dragon Lane, tetapi itu masih belum cukup. Oleh itu, sekali lagi kami memberinya boost yang akan membolehkan dia menggunakan beberapa dark binding lagi dan black shield yang lebih besar, supaya dia boleh memberikan lebih banyak support kepada sekutunya.

DARK BINDING

  • Cooldown: 10s → 9s

BLACK SHIELD

  • Magic damage diserap: 80/140/200/260 + 70% Ability Power → 80/150/220/290 + 60% Ability Power

TRISTANA

Tristana telah bergelut buat sementara, dan keystone baharu itu tidak membantunya. Untuk membantu penembak Bandle ini, kami telah boost kuasa scalingnya supaya dia lebih mudah menjadi hyper carry tanpa perlu menumpukan terlalu banyak pada snowballing di lanenya.

base_stats

  • Attack Damage setiap level: 3.6 → 4.55

Wukong

Berbanding fighter lain di Baron Lane, Wukong bergelut untuk bersaing. Untuk merapatkan jurang kuasa Monkey King dengan rakan seperjuangannya, kami meningkatkan potensi pertarungan keseluruhannya dan turut memberi Cyclone kemas kini kualiti hidup.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 64

GOLDEN STAFF

  • Ratio AD: 10/20/30/40% Attack Damage → 30/35/40/45% Attack Damage

CYCLONE

  • Cooldown bagi penggunaan kedua: 3.6s → 3s
  • Attack range: 300 → 225
  • Movement speed: Mendapat 30% dari semasa ke semasa → Mendapat 20% movement speed

XAYAH

Sejak akhir-akhir ini, Xayah berada di pihak yang lemah dengan kebanyakan kuasa semasanya terikat dengan serangan auto dan kebolehan untuk tidak disasarkan. Kami mahu melihat Rebel ini membuat kemajuan sebagai caster carry, jadi kami memberi dia lebih banyak ganjaran apabila dia berjaya menarik Bladecaller yang besar melalui musuh.

BLADECALLER

  • Damage setiap bulu pelepah: 55/65/75/85→ 60/70/80/90

YUUMI

Baru-baru ini, Yuumi telah menjadi kuasa yang ganas di Dragon Lane, jadi kami ingin mengambil kembali beberapa kuasa dan buff yang sebelum ini diberikan kepadanya yang membolehkan dia berinteraksi dan mengurangkan damage dengan lebih kerap.

passive

  • Cooldown: 10/8.5/7/5.5s → 12/10/8/6s

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BOOT

Naik taraf kepada boot peringkat satu sudah lama kurang berkuasa berbanding naik taraf daripada peringkat satu kepada peringkat dua. Walaupun kami ingin mengekalkan hakikat bahawa komponen ini lebih lemah daripada versi yang dinaik taraf, kami percaya perbezaan antara keduanya adalah terlalu ekstrem. Kami akan melaraskan kos naik taraf pertama, dan menambahkannya kepada naik taraf kedua, yang akan membuatkan anda berasa lebih senang jika memilih boot peringkat satu lebih awal dalam permainan.

  • Kos Boots of Speed: 500g → 400g
  • Kos semua boot peringkat dua yang dinaik taraf: 500g → 600g
    • Jumlah kos kekal 1000g
    • Ini termasuklah Boots of Swiftness, Gluttonous Greaves, Ionian Boots of Lucidity, Mercury’s Treads dan Plated Steelcaps

PERUBAHAN RUNE

KEYSTONE: ELECTROCUTE

Electrocute masih berprestasi rendah berbanding pilihan keystone lain, walaupun untuk champion yang ingin mengutamakan burst. Kami memberikannya lebih banyak damage asas yang akan memberikan anda lebih banyak burst dan kuasa daripada keystone ini.

  • Damage asas: 35~189 → 40~194

KEYSTONE: FONT OF LIFE

Berbanding keystone yang lain, Font of Life memberikan terlalu banyak pemulihan walaupun ia bukan satu komitmen yang tinggi, jadi kami mengurangkan sebahagian daripada kuasa itu.

  • Cooldown (melee): 8s → 10s
  • Cooldown (ranged): 12s → 15s

RUNE CLASS:BONE PLATING

Bone Plating ialah rune yang bagus dipilih untuk memberikan anda ketahanan tambahan pada peringkat awal permainan, tetapi dengan penambahan rune minor baharu, Bone Plating mula dipinggirkan. Kami memberinya boost yang besar untuk memastikan ia terus memenuhi peranan khususnya.

  • Cooldown: 35s → 30s
  • Pengurangan damage: 30~60 → 35~65

JUNGLE

RED BRAMBLEBACK DAN BLUE SENTINEL

Kami gembira kerana penyingkiran resistance berhasil untuk kem Brambleback dan Sentinel, tetapi kami percaya mereka terlalu tanky secara keseluruhan dan oleh itu, kami mengurangkan nyawa asas mereka.

  • Nyawa asas: 2800 → 2700

SMITE

Kami sebelum ini menyingkirkan health regeneration daripada Blue Buff, dan ia telah menyebabkan ramai jungler mempunyai nyawa yang lebih rendah semasa clear mereka, menjadikan mereka tiada peluang untuk gank lane atau mencabar invade awal dan objektif. Kami memberikan beberapa health regeneration tambahan semasa clear untuk boost nyawa keseluruhan jungler.

  • Health regeneration apabila damage monster jungle: 30 setiap 5s → 40 setiap 5s

SKIN

WRPatchNotes3.2b_KatarinaSplash-inline.jpg

Resistance Katarina

&

Resistance Miss Fortune

Akan dikeluarkan pada 09 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

WRPatchNotes3.2b_Jayce-inline.jpg

Forsaken Jayce



Akan dikeluarkan pada 14 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

WRPatchNotes3.2b_AstroNaut-inline.jpg

AstroNautilus

Akan dikeluarkan pada 21 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

WRPatchNotes3.2b_SandWraithPyke-inline.jpg

Sand Wraith Pyke

Akan dikeluarkan pada 21 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

WRPatchNotes3.2b_Goodies.jpg

Bauble: Hold this would you?

Ikon: A Shanty of Steel and Brine; Squidnapped; Tentangled; Shellebrate!; ICONS 2022

Emote: Foul Play; Laughing Crying; Love It!; Yes!; Lifting Anchor; Oh Vi God!; Onward

Recall: Return to Port

Bingkai Ikon: Risen From the Deep

Spawn Tag: ICONS 2022

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

09 Jun - 15 Jun: Fizz, Janna, Jarvan IV, Jayce, Katarina, Kennen, Morgana, Tristana, Xayah, Xin Zhao

16 Jun - 22 Jun: Darius, Ezreal, Kha’zix, Leona, Lucian, Olaf, Shen, Sona, Twisted Fate, Zed

23 Jun - 29 Jun: Akali, Alistar, Caitlyn, Draven, Graves, Rammus, Riven, Teemo, Thresh, Veigar