Wild Rift Patch Note 3.2a

Dalam patch ini, kami meninjau beberapa champion dan item yang memerlukan sedikit kasih sayang, dan membuat pelarasan kepada beberapa pesalah yang telah mendominasi dari jungle. ARURF akan membuat penampilan sulungnya bersama dengan kembalinya Elemental Rift! Selamat datang ke Patch 3.2a!

Selamat datang ke Patch 3.2a!

Dalam patch ini, kami meninjau beberapa champion dan item yang memerlukan sedikit kasih sayang, dan membuat pelarasan kepada beberapa pesalah yang telah mendominasi dari jungle.

Oh, kami tidak terlupa! All Random Ultra Rapid Fire Mode (ARURF) akan membuat penampilan sulungnya dalam patch ini, sebuah permainan pantas dan huru-hara yang sama yang anda kenali dan sukai—cuma dengan satu kelainan! Kami juga membawa kembali Elemental Rift dengan beberapa pelarasan baharu untuk anda cuba!

Itu sahaja daripada kami buat masa ini, tetapi kami akan berjumpa anda kembali di sini untuk 3.2b, penghuni daratan.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

MOD PERMAINAN

ELEMENTAL RIFT

05242022_Patch3.2aArticle_Elemental-Rift.jpg

Elemental Rift kembali dalam mod permainan terhad semasa Kemas Kini Time & Tide kami! Elemental Dragon dan buff mereka akan menjadi rebutan sekali lagi, tetapi dalam versi ini Dragon Soul yang berkuasa akan kembali! Kali ini, dengan cara baharu untuk anda dan pasukan anda mendapatkannya:

Dragon Soul:

  • Membunuh Dragon kini akan memberi anda mata untuk mendapatkan Dragon Soul.
  • Pasukan pertama yang mencapai 3 mata akan memperoleh Dragon Soul.
  • Dua Dragon pertama akan bernilai 1 mata setiap satu.
  • Setelah dua Dragon pertama dibunuh, Dragon seterusnya yang spawn akan bernilai 2 mata setiap satu, dan bukannya 1.

Dengan kembalinya Dragon Soul, kami juga telah membuat beberapa pelarasan lain pada Elder Dragon dan perubahan terrain:

  • Terrain kini akan berubah selepas Dragon kedua dibunuh.
  • Elder Dragon akan spawn selepas pasukan telah menuntut Dragon Soul dan respawn setiap 5 minit.

Kami suka mendengar semua maklum balas anda semasa ujian kami sebelum ini, jadi sila teruskan berkongsi pendapat dan VOD anda daripada Elemental Rift dengan kami!*

Elemental Dragon akan tersedia pada 26 Mei pukul 08:01 GMT+8

*Ketersediaan kandungan berbeza mengikut rantau.

MOD ALL RANDOM ULTRA RAPID FIRE (ARURF)

Sudah tiba masanya untuk memanaskan ibu jari anda dan memancarkan spatula anda, kerana keluaran Mod All Random Ultra Rapid Fire (ARURF) sudah tiba! Mod permainan berentak pantas ini kembali sekali lagi, dengan satu kelainan... champion yang anda dan rakan sepasukan main akan menjadi rawak sepenuhnya!

All Random Ultra Rapid Fire Mode (ARURF) akan tersedia pada 03 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8.

SKIN

05242022_Patch3.2aArticle_Pantheon.jpg

Akan dikeluarkan pada 26 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Cosmic Blade Master Yi
  • Cosmic Enchantress Lulu

Akan dikeluarkan pada 02 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Pulsefire Lucian
  • Pulsefire Pantheon
  • Pulsefire Shen

Akan dikeluarkan pada 07 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Majestic Empress Morgana

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori!

05242022_Patch3.2aArticle_Goodies2.jpg

Bauble: Temporal Departure

Ikon: All Tuckered Out;

Recall: Recall Chrono

Emote: What was that?; Challenge Accepted!; Finger Guns.; No, Thanks.; Oh, Come On!

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

05242022_Patch3.2aArticle_JTF.jpg

JOIN THE FLUFT! (NOXUS)

Rakan poro kami yang sangat berani sedang menuju ke empayar kuat Noxus!

Event Join the Fluft! (Noxus) akan bermula pada 26 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8

05242022_Patch3.2aArticle_cosmic.jpg

EVENT COSMIC

Semasa memerhatikan bintang-bintang, anda tidak akan tahu apa yang anda mungkin temui di galaksi ini… mungkin juga sesuatu yang smol.*

Event Cosmic akan bermula pada 26 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8

*Ketersediaan event berbeza mengikut rantau, untuk maklumat lanjut tentang event ini, sila baca di sini.

PERUBAHAN CHAMPION

ALISTAR

Alistar telah bergelut dalam peranan Support sejak sekian lama, jadi kami menguatkan pasifnya untuk meningkatkan beberapa rintangannya untuk poke dalam lane. Kami juga mengurangkan cooldown pada Headbuttnya, supaya dia boleh melakukan permainan yang besar… maksud kami peeergerakan dengan lebih dipercayai.

passive

  • Self heal: 20 - 125 (berdasarkan level) → 27 - 160 (berdasarkan level)
  • Heal untuk champion sekutu: 40 - 250 (berdasarkan level) → 54 - 320 (berdasarkan level)
  • Cooldown dikurangkan setiap control: 8s → 10s

Headbutt

  • Cooldown: 14/12.5/11/9.5s → 13.5/12/10.5/9s

CAMILLE

Camille telah menjadi salah satu pilihan Baron Lane yang paling kuat dan paling lazim, terutamanya dalam tahap permainan yang lebih tinggi, jadi kami mengurangkan sedikit kuasanya. Kami merendahkan potensi trading yang dia punyai pada peringkat awal permainan, sambil turut mengalih keluar interaksi yang paling tepat yang dapat digunakan oleh pemain Camille untuk kelebihan mereka. Camille tidak lagi boleh menggunakan stasis enchant selepas menggunakan ultimatenya untuk mengunci mana-mana musuh tanpa meletakkan dirinya dalam bahaya.

Precision Protocol

  • Ratio true damage:100%→ 40/60/80/100% (pada level 1/5/9/13)
  • Movement speed: 25%/30%/35%/40% → 15%/20%/25%/30%

The Hextech Ultimatum

  • [BAHARU] Camille menjadi tidak dapat disasarkan menyebabkan kesan Ultimatum berakhir.
  • Tempoh: 2/3/4s → 2/2.5/3s

EKKO

Sejak dia dikeluarkan, Ekko tidak menunjukkan prestasi sebaik yang kami mahukan, jadi kami memberinya dan gizmo pengubah masanya sedikit uumph tambahan. Kami juga menambahkan bonus jungle pada Timewindernya untuk membantunya mara ke hadapan dengan lebih pantas.

base_stats

  • Nyawa Asas: 570 → 610
  • Armor Asas: 35 → 40
  • Mana Asas: 345 → 390

TIMEWINDER

  • [BAHARU] Kini mengenakan 130% damage bonus pada monster

PARALLEL CONVERGENCE

  • Magic damage nyawa hilang asas pasif: (2 + 1.5% AP)% → (3 + 2% AP)%

PHASE DIVE

  • Ratio AP: 30% → 40%

FIORA

Sejak nerf kami baru-baru ini kepada jarak Lunge, Fiora telah bergelut untuk bersaing dengan rakan berlatihnya di Baron Lane. Untuk membantunya, kami meningkatkan survivability awal permainan dan damage yang dikenakannya dengan Lunge untuk mengimbangi kehilangan utilitinya.

base_stats

  • Nyawa Asas: 570 → 610

Lunge

  • Damage: 75/85/95/105 → 85/95/105/115

GRAGAS

Dengan damage dan survivability serta utiliti yang diperoleh Gragas daripada ultimate yang sangat kuat, dia boleh menyingkirkan champion musuh semasa pertarungan. Ini telah menyebabkan dia menjadi pilihan yang mendominasi, terutamanya dalam permainan pro. Untuk mengurangkan sedikit kekuatannya, kami meningkatkan kelajuan pergerakan ultimate Gragas, supaya impaknya semasa teamfight yang diselaraskan itu kurang menindas.

Explosive Cask

  • Kelajuan pergerakan: 6 frame → 8 frame

GRAVES

Graves pada masa ini merupakan salah satu jungler yang paling dominan kerana kelajuan clearnya yang pantas dan kemampuan untuk beralih menjadi raksasa akhir permainan. Kami mengurangkan kemampuannya untuk clear kem bagi memperlahankan seberapa pantas dia boleh mencapai keadaan akhir permainan yang menakutkan itu.

End of the Line

  • Damage pada monster: 150% → 120%

IRELIA

Irelia telah diam-diam mencapai prestasi yang sangat bagus di dalam jungle untuk sekian lama. Kami mengurangkan damage yang dia kenakan pada monster dengan pasifnya untuk menjadikan Blade Dancer ini lebih sejajar dengan jungler lain.

IONIAN FERVOR

  • Damage pada monster: 100% → 50%

Nunu & Willump

Berbanding dengan rakan mereka di jungle, Nunu & Willump kurang berprestasi. Untuk memberikan pasangan berais ini lebih banyak keselamatan dan kelajuan clear semasa meredah jungle, kami mengurangkan cooldown Consume.

CONSUME

  • Cooldown:12/11/10/9s → 11/10/9/8s

OLAF

Dalam permainan peringkat lebih tinggi, Olaf telah menjadi pilihan balas yang kuat apabila berhadapan pasukan yang mempunyai banyak crowd control. Kami mengurangkan damage dan slow yang diberikan oleh Undertow untuk mengurangkan kemampuannya untuk menyerang champion mobiliti rendah.

Undertow

  • Damage: 80/140/200/260 → 70/130/190/250
  • Slow: 25/30/35/40% → 20/25/30/35%

Renekton

Damage Renekton semakin berkurangan daripada yang kami mahu lihat pada peringkat akhir permainan, jadi kami meningkatkan magic damage yang dia kenakan semasa Dominusnya. Ini sepatutnya membolehkan dia terus memberi impak yang bermakna, walaupun apabila dia mencapai akhir permainan.

base_stats

  • Health regeneration: 7.5 → 9

DOMINUS

  • Damage: 40/80/120 setiap saat → 50/100/150 setiap saat

VEIGAR

Veigar telah bergelut untuk menunjukkan kepada lawannya erti sebenar kesakitan, terutamanya dalam tahap permainan yang lebih tinggi. Untuk menangani perkara ini, kami meningkatkan tempoh stun yang disediakan oleh Event Horizon, sambil turut mengurangkan cooldown Baleful Strike. Ini sepatutnya memberikan mastermind ini kemampuan untuk mengunci musuhnya lebih lama, di samping membantunya mencapai fantasi penskalaan akhir permainan.

BALEFUL STRIKE

  • Cooldown: 6.5/6/5.5/5s → 5.5/5/4.5/4s

EVENT HORIZON

  • Tempoh Crowd Control: 1.5/1.75/2/2.25s → 1.75/2/2.25/2.5s

ZIGGS

Pakar Hexplosives ini masih merupakan salah seorang mage yang paling popular, terutamanya dalam permainan peringkat lebih tinggi kerana kuasa poke dan kemampuannya mengawal kawasan semasa pertarungan. Untuk mengurangkan sedikit kuasa itu, kami mengurangkan cooldown dan tempoh Hexplosive Minefield dia.

Hexplosive Minefield

  • Cooldown: 16s → 18s
  • Tempoh Mine: 7s → 5s

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

FROZEN HEART

Frozen Heart ialah item khusus yang kami mahu tank berasa selesa untuk mengambilnya dalam situasi yang betul. Kami mengurangkan kosnya untuk menjadikan item ini pilihan yang lebih menarik apabila anda mendapati diri anda berhadapan dengan penyerang automatik yang berat itu.

Statistik

  • Ability Haste: 20 → 25

Kos

  • Jumlah Kos: 2850g → 2700g

ICEBORN GAUNTLET

Dengan pengeluaran beberapa item baharu, Iceborn Gauntlet tidak lagi menjadi pilihan seperti dahulu. Kami ingin melaraskan item ini untuk membawanya lebih sejajar dengan beberapa pilihan lain, jadi kami mengemas kini profil statistik Iceborn sambil membenarkan pasif Spellblade berskala dengan armor bonus.

Statistik

  • Mana: 450 → 250
  • Nyawa: 0 → 250

(P) Spellblade

  • Damage bonus: 100% Attack Damage → 100% Attack Damage + 25% Armor Bonus

Gabung

  • Penambahan resipi: Kindlegem
  • Jumlah kos: 2700g → 3100g

PERUBAHAN RUNE

KEYSTONE: CONQUEROR

Walaupun penambahan Lethal Tempo dan Kraken Slayer telah banyak membantu mengurangkan cengkaman Conqueror pada sistem rune, ia masih menunjukkan prestasi yang agak baik berbanding rakannya, jadi kami mengurangkannya.

  • Damage bonus stack penuh: 10% / 7% → 8% / 6%

INSPIRATION: NIMBUS CLOAK

Nimbus Cloak tidak memberikan kelajuan yang kami jangkakan dengan keluaran rune baharu kami, jadi kami meningkatkan had movement speed yang diberikannya selepas menggunakan salah satu Summoner Spell anda.

  • Movement speed: 5% - 25% → 5% - 35%

TAMBAHAN

  • Shengel atau River Shen, tidak kisahlah apa-apa nama yang anda lebih suka panggil untuk jungle Shen, kami telah menambahkan kinku tersembunyi ini pada kategori jungle.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

26 Mei - 1 Jun: Amumu, Ekko, Jhin, Kayle, Pantheon, Rakan, Shyvana, Soraka, Vayne, Yasuo

2 Jun - 8 Jun: Braum, Galio, Gragas, Lulu, Miss Fortune, Renekton, Rengar, Singed, Varus, Ziggs