Wild Rift Patch Note 3.1b

Patch 3.1b kini tiba dan bersamanya merupakan perubahan champion, balance item, kembalinya Elemental Rift, dan pelarasan pada Scuttle Crab. Kami juga akan bertolak untuk satu lagi pengembaraan bersama rakan poro kegemaran kami, kali ini ke Bligewater!

Patch 3.1b kini tiba dan bersamanya merupakan perubahan champion, balance item, kembalinya Elemental Rift, dan pelarasan pada Scuttle Crab. Kami juga akan bertolak untuk satu lagi pengembaraan bersama rakan poro kegemaran kami, kali ini ke Bligewater!

Ini juga merupakan patch balance terakhir kami untuk 3.1, jadi kami akan berjumpa anda kembali di sini pada 11 Mei untuk Patch 3.2!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

MOD BAHARU

ELEMENTAL RIFT 

OceanDrake.jpg

Elemental Rift akan kembali ke patch ini dalam mod permainan terhad. Sebagai peringatan, kami akan menguji versi Elemental Rift yang berbeza-beza sebelum dikeluarkan dan apa-apa yang anda mainkan dalam mod permainan ini mungkin sangat berbeza daripada apa-apa yang terdapat dalam Patch 3.2. Jika ini kali pertama anda bermain Elemental Rift, baca semua tentangnya dalam patch note kami sebelum ini!

Versi ini bukanlah versi salin tidak tumpah ujian pertama kami, tetapi ia akan kelihatan agak serupa, hanya dengan beberapa perubahan:

  • Selepas Dragon pertama dibunuh, terrain akan berubah. Ini akan memberi anda dan rakan sepasukan anda peluang gameplay yang unik dengan lebih awal.
  • Pasukan yang membunuh dua Dragon, akan diberikan salah satu daripada soul yang kuat.

Kami seronok mendengar maklum balas anda semasa ujian pertama kami, jadi sila maklumkan kepada kami pendapat anda tentang versi ini juga! Kami juga akan kembali dalam Patch 3.2 dengan satu /dev yang akan membincangkan Elemental Rift dengan lebih mendalam.

Elemental Rift akan tersedia untuk dimainkandari 29 April 08:01 GMT+8 hingga 5 Mei 08:01 GMT+8

*Ketersediaan kandungan berbeza mengikut rantau.

SKIN

WRPatchNotes3.1b_Graves-Brand.jpg

Akan dikeluarkan pada 28 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Marauder Brand*
  • Marauder Graves*

*Debut Wild Rift, ketersediaan berbeza mengikut rantau

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori!

WRPatch3.1b_Goodies1.jpg

Ikon: Captain of the Fluft

Emote: Why?; What’d You Say?

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

WRLOL_PiratePORO!!!.jpg

JOIN THE FLUFT! (BILGEWATER)

Poro-poro telah menaikkan layar mereka dan sedang dalam perjalanan ke Bilgewater!

Event Join the Fluft! (Bilgewater) akan bermula pada 29 April pada pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

BLITZCRANK

Sebelum ini, kami berhasrat untuk mengurangkan armor Blitzcrank memandangkan kami memberinya lebih banyak peluang engage dengan Overdrivenya yang dikemas kini. Walaupun termasuk dalam patch note, perubahan ini tidak dimasukkan ke dalam 3.1 secara tidak sengaja. Kami telah melihat prestasi golem pantas ini tanpa nerf armor tersebut dan kami berpendapat ia sudah tidak diperlukan, jadi kami tidak akan melaksanakannya. Berikut merupakan armor asas semasanya.

base_stats

  • Armor: 50
  • Armor setiap level: 5.1
    • Jumlah armor pada level 15: 122

DARIUS

Darius telah menjadi kuasa yang terlalu dominan di Baron Lane dan didapati terlalu mudah untuknya mencapai Noxian Might. Kami mahu dia kekal dalam pertarungan lebih lama sedikit sebelum dia mencecah lima stack bleed dan mula dunk, jadi kami mengurangkan Attack Speed yang diperoleh fighter Noxus ini semasa dia naik level.

base_stats

  • Attack Speed setiap level: 2.2% → 1.2
    • Attack Speed pada level 15: 41% → 27%

FIORA

Keupayaan Fiora untuk melakukan trade dengan selamat menggunakan Lunge dan mengabaikan damage menggunakan Riposte telah menjadi punca kekecewaan bagi seteru-seterunya. Untuk memerangi kekecewaan-kekecewaan itu, kami mengurangkan jarak Lungenya sambil turut meningkatkan kuasa pasifnya sebagai balasan.

passive

  • Damage asas Vital: 2.5% → 3%
  • Ratio AD: 4.5% setiap 100 AD bonus → 5.5% setiap 100 AD bonus

Lunge

  • Jarak dash: 4 → 3.5
  • Jarak carian: 3.5 → 3

JHIN

Malangnya bagi Jungler yang lain, sejak tembakan keempat Jhin mendapat buff yang ketara, dia menjadi terlalu hebat dalam merebut dan mencuri objektif. Jadi, kami meletakkan had pada damage ini supaya ia tidak melebihi Smite.

passive

  • Damage nyawa hilang tembakan keempat pada monster: Tiada had → Maksimum 1000 damage

KAI'SA

Stormrazor baharu telah mencipta beberapa laluan build yang menarik untuk Kai'sa, tetapi ia sebenarnya tidak membantunya memenangi lebih banyak permainan. Kami memberi damagenya sedikit konsistensi tambahan untuk memastikan dia benar-benar boleh menyerlah dalam teamfight menjelang akhir permainan.

SUPERCHARGE

  • Cooldown: 16/15/14/13s → 16/14/12/10s

Lucian

Prestasi Lucian rendah pada masa ini dan build serta gameplay semasanya berkisar pada serangan auto dan bukan abilitynya. Jadi, kami memberinya buff kecil yang bertumpukan pada buildnya yang lebih bersifat caster.

PIERCING LIGHT

  • Cooldown: 9/8/7/6s → 8/7/6/5s

MASTER YI

Meskipun nerf kami baru-baru ini, Master Yi masih menguasai jungle. Untuk mengurangkan keupayaannya clear kem jungle dengan pantas dan menumpaskan musuhnya dengan cepat dalam pertarungan, kami mengurangkan sebahagian daripada Attack Damage yang diberikan Alpha Strikenya.

Alpha Strike

  • Damage asas: 25/70/115/160 → 30/70/110/150
  • Ratio AD: 100% Attack Damage → 60% Attack Damage

OLAF

Sebelum ini, kami telah mengurangkan damage Reckless Swing Olaf tetapi tidak melaraskan kosnya dengan betul. Memandangkan kosnya merupakan 30% daripada damage, kami akan membetulkannya sekarang.

Reckless Swing

  • Kos nyawa: 21/39/57/75 + 15% AD → 18/36/54/72 + 15% AD
    • Oleh sebab terdapat hubungan 30% antara damage dengan kos

RAKAN

Walaupun Rakan menyerlah dalam permainan dalam party, terutamanya apabila digandingkan dengan pasangannya Xayah, prestasinya lebih rendah untuk kebanyakan pemain lain. Kami menambahkan mananya supaya dia tidak dihukum apabila menggunakan beberapa spell lagi.

base_stats

  • Mana setiap level: 41 → 57
    • Mana pada level 15: 1009 → 1233

SETT

Sett kini merupakan salah seorang champion fighter yang paling dominan, jadi kami mengurangkan kembali sedikit kekuatan awal hingga pertengahan permainannya supaya dia lebih sejajar dengan Baron Laner yang lain.

passive

  • Regeneration: 0.5/0.9/1.4/2 → 0.25/0.5/1/2

KNUCKLE DOWN

  • Damage asas: 10/25/40/55→ 5/20/35/50

YUUMI

Kami telah memerhatikan kucing yang sedap dipeluk ini dan dia masih bergelut untuk berjaya. Kami memberinya lebih banyak peluang untuk menggunakan pasifnya dan menerkam musuhnya.

passive

  • Shield: 60 + (22 × lvl) + 30% AP → 60 + (25 × lvl) + 35% AP
  • Mana yang dipulihkan: 20 + (5 × lvl) + 12% mana maksimum → 20 + (5 × lvl) + 15% mana maksimum

PROWLING PROJECTILE

  • Cooldown: 12/10.5/9/7.5/6s → 9/8/7/6/5s
  • Mana: 70 → 50

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BANSHEE’S VEIL

Banshee’s Veil sangat sesuai sebagai item Ability Power untuk melawan magic damage, tetapi ia masih lemah. Kami menaikkan statistiknya supaya ia menjadi item yang lebih menarik, walaupun pasukan musuh tidak mempunyai banyak ancaman magic damage.

Statistik

  • Ability Power: 70 → 75
  • Ability Haste: 10 → 15

HEXTECH MEGADRIVE

Ability aktif Hextech Megadrive boleh mencipta beberapa detik dan permainan yang hebat untuk champion seperti Morgana dan Alistar. Selain daripada ability aktif tersebut, item ini boleh memberikan champion lonjakan kuasa awal permainan yang bagus, tetapi pada masa ini ia tidak benar-benar mencapai sasaran itu. Jadi, kami mengurangkan kosnya supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal.

Statistik

  • Jumlah kos: 2700g → 2550g
  • Kos gabung: 650g → 500g

JAURIM’S FIST

Jaurim’s Fist kini boleh dibina menjadi pelbagai item yang ditujukan terutamanya kepada permainan agresif, jadi kami mengemas kini laluan binaannya untuk memanfaatkan pemain yang lebih suka permulaan yang lebih agresif.

Laluan Gabung

  • Ruby Crystal + 700g → Longsword + 700g
    • Statistik dan jumlah harga tidak berubah.

MORTAL REMINDER

Berbanding dengan pasangannya, Serylda's Grudge, prestasi Mortal Reminder lebih rendah kerana sifat debuff grievous wounds yang lebih khusus. Untuk menjadikannya pilihan damage yang lebih jelas antara kedua-dua item ini, kami meningkatkan Attack Damage yang diberikannya.

Statistik

  • Attack Damage: 40 → 45

TRINITY FORCE

Black Cleaver dan Divine Sunderer telah menjadi semakin popular sebagai pembelian awal permainan, jadi kami memberikan Trinity Force sedikit lagi statistik untuk membantunya bersaing.

Statistik

  • Attack Damage: 20 → 25
  • Nyawa: 200 → 250

YOUMUU’S GHOSTBLADE

Sejak nerf kepada Momentum, prestasi Ghostblade Youmuu tidak sebaik item Serrated Dirk yang lain. Kami menambahkan statistik tambahan untuk membantu item ini.

Statistik

  • Armor penetration: 12 → 15
  • Ability Haste: 10 → 15

JUNGLE

RIFT SCUTTLER

Untuk sebahagian besar hayat Wild Rift, meta jungle telah berkisar pada Rift Scuttler dan ganjaran besar daripada mendapatkan satu atau kedua-dua makhluk tidak berbahaya ini menjadikannya kem mesti clear untuk jungler sejak awal lagi. Untuk mengurangkan nilai keseluruhan merebut ketam ini, kami mengurangkan pengalaman yang mereka berikan. Ini sepatutnya membolehkan jungler menumpukan perhatian pada kem mereka sendiri dan bukannya hanya tertumpu pada objektif neutral ini.

  • Pengalaman diberikan: 2000 → 1200

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

21 Apr - 27 Apr: Darius, Katarina, Morgana, Olaf, Soraka, Twisted Fate, Vayne, Wukong, Xayah, Xin Zhao

28 April - 5 Mei: Akali, Corki, Gragas, Irelia, Nami, Shyvana, Teemo, Thresh, Varus, Zed