Patch Note 3.1a Wild Rift

Ada seorang bladesman telah mengganas di Rift, jadi kami melakukan sedikit perubahan balance kepadanya dan beberapa champion lain. Kami juga membuat pelarasan sistem, skin baharu yang selesa, dan masih ada beberapa hari lagi yang tinggal untuk Elemental Rift! Selamat datang ke Patch 3.1a!

Selamat datang ke Patch 3.1a! Apakah pandangan anda tentang 3.1 setakat ini? Sudahkah anda mengikuti perjalanan split push yang menyeronokkan dengan rakan-rakan minion baharu anda yang penuh buff? Atau mungkinkah memanfaatkan kuasa Elemental Dragon lebih sesuai untuk anda? Jika anda tidak berkesempatan untuk bermain dengan Dragon baharu itu, anda masih ada beberapa hari sebelum mereka terbang pulang ke sarang atau reban atau gua atau...di mana-mana sahaja mereka tinggal. Kami tidak 100% pasti dan pakar Dragon kami pula cuti sakit hari ini.

Akhir-akhir ini, kami mendengar cerita bahawa ada seorang blademaster sedang mengganas di Rift dengan clear junglenya yang sepantas kilat (awaklah orangnya, Master Yi). Jadi dalam patch ini, kami melakukan sedikit perubahan balance kepadanya dan beberapa champion lain merentasi peta. Kami juga membuat sedikit pelarasan kepada beberapa sistem, skin baharu yang selesa, dan satu event baharu yang membingungkan.

Jumpa lagi dalam 3.1b!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

MOD BAHARU

ELEMENTAL RIFT

4072022_WRPatchNotes_ER.jpg

Masih ada beberapa hari lagi untuk menguji dan memainkan versi pertama Elemental Rift kami dalam mod permainan terhad itu! Untuk maklumat lanjut tentang Elemental Rift dan semua Dragon yang ditampilkan, sila lihat Patch Note terbaharu kami.

Elemental Rift akan tersedia untuk dimainkan hingga 11 April pukul 07:59 pagi GMT+8

SKIN

4072022_WRPatch3.1a_PJLux.jpg

Akan dikeluarkan pada 14 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Pajama Guardian Lux
  • Pajama Guardian Ezreal

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori!

4072022_WRPatchNotes3.1a_Goodies.jpg

Ikon: A Puzzling Reward

Emote: Fast Asleep; Soon.

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

4072022_WRLOL_PuzzleEvent.jpg

WILD PUZZLE

bagi ganjaran yang menyeronokkan!

Event Wild Puzzle akan bermula pada 16 April pada pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

JARVAN IV

Prestasi pewaris Demacia ini agak rendah dalam kalangan fighter popular lain di Baron lane dan jungle. Kami mahu menambahkan potensi bertarung Jarvan dan meningkatkan ability untuk menyokong sekutunya, jadi kami menaikkan bonus Attack Speed yang diberikan oleh Demacian Standard.

Demacian Standard

  • Bonus Attack Speed: 15/20/25/30% → 20/25/30/35%

Karma

Balance Karma ketika dikeluarkan hampir dengan yang kami inginkan baginya untuk jangka masa panjang, tetapi dia mengenakan terlalu banyak damage dalam pertengahan permainan. Kami akan mengubah keseimbangan dengan mengurangkan damage bonus Mantra Inner Flame untuk mengurangkan ancaman damagenya kerana dia mempunyai begitu banyak utiliti berkuasa lain dalam kitnya.

INNER FLAME

  • Damage asas bonus Mantra: 70/160/250/340 → 70/150/230/310

MASTER YI

Kami mengetahui bahawa Master Yi telah mengganas di rift dan telah dilarang secara kekal oleh ramai pemain sejak kami mengemas kini Alpha Strike. Kemas kini itu membenarkannya clear jungle dalam sekelip mata, jadi kami mengurangkan damage bonus yang dikenakannya pada monster supaya Wuju Bladesman ini bukan lagi raja kelajuan clear yang tidak dapat dipertikaikan.

Alpha Strike

  • Damage bonus terhadap monster dan minion: 90/125/160/195 → 80/110/140/170
  • Ratio damage bonus terhadap monster dan minion yang terkena serangan seterusnya: 100% → 25%

Nunu & Willump

Nunu & Willump mempunyai keluk penguasaan yang agak curam; ternyata mengemudi bola salji melalui Rift tidak semudah yang dilihat. Prestasi mereka cemerlang untuk pemain yang meluangkan masa untuk menguasai mereka tetapi kami mahu semua orang berpeluang menjadi pengemudi bola salji yang mahir. Kami juga berasa build Ability Power mereka masih ada ruang untuk berkembang, jadi kami menumpukan pelarasan kami pada bahagian tersebut dalam kit pasangan berais ini.

base_stats

  • Armor setiap level: 3.5 → 3.9

CONSUME

  • Ratio AP damage: 50% → 65%

SNOWBALL BARRAGE

  • Damage setiap snowball: 7/10/13/16 (+3% AP) → 8/12/16/20 (+4% AP)

ABSOLUTE ZERO

  • Damage asas minimum: 125/190/255 → 130/190/250
  • Damage maksimum: 625/950/1275 (+250% AP) → 715/1045/1375 (+275% AP)
  • Pengubah suai charge maksimum: 5 → 5.5

OLAF

Dengan penambahan Divine Sunderer dan perubahan-perubahan lain pada sistem item fighter yang telah kami lakukan, Olaf telah mendominasi jungle dan Baron Lane. Kami mengurangkan sedikit damage asas pada Reckless Swing untuk menyukarkan Olaf menjatuhkan mana-mana sasaran yang dia temui, terutamanya pada awal perlawanan.

Reckless Swing

  • Damage asas: 70/130/190/250 → 60/120/180/240

Renekton

Akhir-akhir ini, Renekton telah bergelut dalam ranked walaupun masih merupakan pilihan yang berkuasa untuk pasukan yang diselaraskan. Kami mengurangkan sedikit pemulihan awal permainannya supaya keutamaan lanenya kurang berkuasa, tetapi sebagai balasan kami memberi buaya ini ketahanan dan pemulihan tambahan untuk peringkat permainan seterusnya. Ini sepatutnya memastikan dia masih boleh memainkan peranannya dalam teamfight dan pertarungan di luar fasa laning.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 115
    • Nyawa pada level 15: 2120 → 2260

CULL THE MEEK

  • Pemulihan setiap musuh terkena: 6/9/12/15 → 4/6/8/10 + 8% Attack Damage Bonus
  • Pemulihan dipertingkat setiap musuh terkena: 18/27/36/45 → 12/18/24/30 + 24% Attack Damage Bonus

VAYNE

Pemburuan Night Hunter sedikit terlalu lancar semasa Final Hournya, jadi kami mengurangkan bonus movement speed dan damage tambahan yang dia terima semasa ultimatenya.

passive

  • Movement speed bonus Final Hour: 90 → 70

Final Hour

  • Attack Damage bonus: 30/40/50 → 20/30/40

VEIGAR

Master of Evil kecil ini telah bergelut untuk mengejar mage lain dalam Mid Lane, terutamanya dalam permainan peringkat tinggi. Kami mengurangkan cooldown Event Horizon untuk memberi Veigar lebih banyak peluang untuk menyekat pergerakan musuhnya dan meletupkan mereka dengan magik gelap, sambil mengilai kegilaan melihat mereka.

EVENT HORIZON

  • Cooldown: 18/17/16/15s → 16/15/14/13s

VI

Fighter terbaik Piltover telah ketinggalan di belakang jungler lain dalam patch baru-baru ini. Kami ingin melihat peknya lebih berkesan dalam gank dan pertempuran awal permainannya, jadi kami meningkatkan Attack Damage asasnya.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 64

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BLADE OF THE RUINED KING

Blade of the Ruined King telah menjadi pilihan item popular sejak permulaan Wild Rift, tetapi lama-kelamaan ia menjadi item yang lebih biasa dan lebih berkuasa sebagai pembelian pertama untuk ramai fighter dan marksman. Kami meningkatkan sedikit harganya, jadi anda perlu farm beberapa minion tambahan jika anda mahu pedang ini seawal mungkin.

  • Jumlah Kos: 3100g → 3200g
  • Kos gabung: 1000g → 1100g

MONSTER

BARON NASHOR

Acid Shot Baron yang berkuasa telah menggentarkan champion di Rift untuk sekian lama. Untuk meredakan kekecewaan terhadap ability ini, kami akan rework damagenya supaya ia kurang berskala dengan Attack Damage Baron dan juga mengurangkan damage terhadap sasaran yang terkena serangan seterusnya. Disebabkan Baron akan kehilangan kuasa secara keseluruhannya, kami akan memberinya lebih nyawa asas.

  • Nyawa asas: 10800 → 11800
  • Damage Acid Shot: 20 + 120% Attack Damage → 120 + 25% Attack Damage
  • Ratio damage Acid Shot pada sasaran yang terkena serangan seterusnya: 70% → 50%

SISTEM

HOMEGUARD & MINION

Minion memainkan peranan yang agak besar pada peringkat akhir permainan, jadi kami membuat beberapa pelarasan untuk mengurangkan sedikit tekanan yang boleh ditimbulkan oleh wave minion lewat permainan. Kami meningkatkan movespeed bonus untuk Homeguard dalam pertengahan hingga lewat permainan untuk membolehkan champion masuk ke posisi yang lebih agresif dengan lebih cepat sambil mengurangkan move speed yang diperoleh minion.

Homeguard

  • Kesan movement speed: Selepas 12 minit, mendapat 30% movement speed selama 4 saat → Selepas 1 minit, mendapat 40% movement speed sehingga permainan tamat

Movement speed minion

  • Bonus movement speed pada 12 minit: 40 → 10
  • Bonus movement speed maksimum: 120 → 100

WAKTU RESPAWN

Kami membuat sedikit pelarasan pada respawn dan mengubah bilangan champion boleh diberikan penalti atau kelebihan pada waktu respawn mereka. Jika anda sedang mendahului dalam permainan anda, anda akan kurang diberikan penalti, tetapi jika anda sedang ketinggalan dalam permainan anda, anda akan kurang diberikan kelebihan.

Waktu respawn asas

  • 9 minit - 11 minit: 32 saat → 33 saat
  • 11 minit - 13 minit: 38 saat → 40 saat
  • 13 minit - 15 minit: 45 saat → 47 saat

Pengubah suai respawn

  • Pengubah suai maksimum: 25% → 15%

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

7 Apr - 14 Apr: Diana, Draven, Fizz, Jarvan IV, Jhin, Karma, Kayle, Rakan, Rengar, Shen

14 Apr - 21 Apr: Akshan, Amumu, Janna, Miss Fortune, Rammus, Riven, Sett, Sona, Tristana, Yasuo