Patch Note 3.1 Wild Rift
Donut, Naga dan item baharu yang Divine. Patch 3.1 akhirnya tiba dan ia sangat besar. Karma dan Shen kini bersedia untuk membantu anda mencari keseimbangan dalaman. Tetapi jika teleport sekeliling peta untuk menyelamatkan sekutu yang berada dalam keadaan darurat dan menghentam musuh ke dalam donut kematian masih tidak membantu anda mencari keseimbangan dalaman, mungkin anda akan mencapainya apabila peta berubah dan hujan mula turun di Wild Rift.
Ya, Wild Rift akan menjadi Elemental! Mod permainan terhad dengan versi pertama Elemental Rift kami akan tersedia untuk dimainkan dalam patch ini. Infernal Dragon, Ocean Dragon, Mountain Dragon, dan Elder Dragon yang berkuasa akan membuat penampilan sulung mereka. Setiap satu akan mengubah rupa peta dari permainan ke permainan dan soul mereka yang kuat akan menjadi rebutan.
Kami juga membawakan anda sebanyak mungkin kemas kini untuk anda dengan dua item fighter baharu bersama beberapa kemas kini kepada beberapa item lain. Support telah memerlukan sedikit kasih sayang, jadi kami melakukan beberapa kemas kini kepada Summoner Spell dan Hextech Megadrive untuk membantu mereka. Kami juga mempunyai pelbagai perubahan balance, serta Wild Pass dan Musim Ranked baharu!
Nikmati kuasa baharu Naga, makan donat untuk saya, dan semoga berjaya dalam pendakian anda! Jumpa lagi dalam Patch 3.1a!
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
KARMA, THE ENLIGHTENED ONE
Tiada manusia yang mencontohi tradisi rohani Ionia lebih daripada Karma. Dia adalah penjelmaan hidup jiwa purba yang dijelmakan semula berkali-kali, membawa semua ingatan terkumpulnya ke dalam setiap kehidupan baharu, dan diberkati dengan kuasa yang hanya difahami segelintir. Dia telah melakukan yang terbaik untuk membimbing puaknya dalam saat krisis kebelakangan ini, walaupun dia tahu bahawa harga keamanan dan keharmonian itu agak besar—kepada dirinya dan juga tanah air kesayangannya.
Karma akan dikeluarkan pada 24 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.
SHEN, THE EYE OF TWILIGHT
Di kalangan pahlawan rahsia Ionia yang dikenali sebagai Kinkou, Shen bertindak sebagai ketua mereka, Eye of Twilight. Dia ingin kekal bebas daripada kekeliruan emosi, prasangka, dan ego, dan mengikuti laluan ghaib pertimbangan tidak dipengaruhi perasaan antara alam roh dan dunia fizikal. Ditugaskan untuk menguatkuasakan keseimbangan antara kedua-duanya, Shen menggunakan pedang keluli dan tenaga arcane terhadap sesiapa sahaja yang akan mengancamnya.
Shen akan dikeluarkan pada 24 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.
CIRI BAHARU
TAB BERITA
Tab Berita sudah tiba! Anda kini dapat membaca artikel, patch note (seperti ini), berita permainan, event komuniti, e-sukan dan video dalam aplikasi dengan mudah!
RANKED MUSIM 5
Musim Ranked baharu. Skin Glorious baharu. Ranked Musim 5 akan bermula pada 26 Mac 2022 pukul 7 pagi GMT+8 dan anda akan dapat memperoleh Glorious Crimson Evelynn, apa yang anda perlukan untuk mencapai puncak dengan penuh bergaya.KEDAI RANKED
Kami menambah beberapa barangan baharu di Kedai Ranked untuk anda membelanjakan Syiling Ranked hasil titik peluh anda. Bermula dengan Glorious Crimson Evelynn, anda akan dapat membeli ganjaran baharu, Ubahsuaian Senjata daripada Kedai Ranked. Ia adalah cara terbaik untuk memperagakan komitmen anda terhadap pendakian.
Terujalah! Glorious Jinx juga akan kembali ke Kedai Ranked, jadi jika anda tidak bermain semasa dia tersedia atau Wild Rift tidak tersedia di kawasan anda, kini peluang anda untuk merebutnya!
WILD PASS
Bantuan persendirian kami sudah tiba tepat pada masanya. Keadaan akhir-akhir ini sedikit...pelik. Dapatkan Psychic Detective Senna and ganjaran-ganjaran lain dalam Wild Pass yang memeningkan kepala ini!
Wild Pass baharu akan tersedia bermula 24 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8
MOD BAHARU
ELEMENTAL RIFT
Wild Rift akan menjadi Elemental! Anda akan dapat menguji dan memainkan versi pertama Elemental Rift kami dalam mod permainan terhad ini! Terdapat tiga Naga: Mountain, Infernal, dan Ocean, yang akan mengubah terrain peta dan memberi buff berkuasa. Anda mungkin sedar kami kehilangan satu elemen, Cloud Dragon. Semasa playtest kami, Cloud Dragon menawarkan kuasa tersembunyi yang menjadikannya kurang menarik untuk dikejar para pasukan dan kami mahu memberikan elemen lain ruang untuk menyerlah. Ini hanyalah versi pertama Elemental Rift kami dan apa yang anda mainkan dalam mod permainan ini mungkin sangat berbeza daripada apa yang terdapat dalam Patch 3.2 dan kami tidak sabar untuk mendengar maklum balas anda. Sekarang mari kita selami ringkasan singkat tentang apa yang boleh anda jangkakan sepanjang Elemental Rift.
Apabila naga kedua mati, peta akan berubah dan membuka peluang gameplay baharu dan unik untuk pasukan anda:
Mountain Rift
- Menempa terrain baharu dalam jungle, berserta tembok pertahanan di hadapan pit Naga.
Infernal Rift
- Membakar semak dan membuka laluan baharu ke buff merah dan biru.
Ocean Rift
- Spawn lebih banyak semak di sekitar peta berserta beberapa Honeyfruit tambahan!
Membunuh setiap Naga memberi pasukan anda beberapa bonus, tetapi sebaik sahaja anda membunuh tiga Naga, anda mendapat soul yang kuat:
Mountain Dragon:
- Meningkatkan armor dan magic resist anda
Mountain Soul:
- Memberi shield selepas tidak menerima damage buat seketika
Infernal Dragon:
- Memberi pasukan anda Attack Damage dan Ability Power bonus
Infernal Soul:
- Mencipta letupan di sekitar ability dan attack anda, mengenakan adaptive damage bonus berdekatan sasaran anda
Ocean Dragon:
- Memulihkan nyawa secara berkala
Ocean Soul:
- Memulihkan nyawa lagi apabila mengenakan damage kepada musuh
Akhir sekali kami telah merombak Elder Dragon yang berkuasa, menjadikannya lebih serupa dengan versi League PC. Selepas Dragon Soul diambil oleh satu pasukan, Elder Dragon pula boleh direbut. Ia akan menawarkan kesan true damage penamat permainan miliknya dan membunuh musuh apabila nyawa mereka terlalu rendah. Jika pasukan anda berjaya merebut Elder, bersedialah untuk berlawan.
Mod permainan Elemental Rift akan tersedia untuk dimainkan dari 1 April pukul 08:00 pagi GMT+8 hingga 11 April pukul 07:59 pagi GMT+8
*Ketersediaan kandungan berbeza mengikut rantau.
SKIN
Akan dikeluarkan pada 24 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8:
- Blood Moon Shen
- Warden Karma
- Psychic Detective Senna
Akan dikeluarkan pada 31 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8:
- Furyhorn Cosplay Veigar
- Pretty Kitty Rengar
- Renektoy
AKSESORI
Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada pelbagai sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!
Bauble: Novelty Glasses; Time’s Up; Look Closely; Classified!; A World of Hurt; Infla-Shen; Some Sweet For Your Salt; X Marks the Respawn
Ikon: The Psychic Detective; Sentinel of Flashlight; Fizz’s Big Mystery; Fluff and Steam; Ghoulish Yet Fluffy; Snaxshot; Whoopie!!; Ionian Spirit; Peaceful Balance
Emote: I Am Amused!; Reaching Enlightenment; Jeez, Really; Much Disappoint; I’m Panicking!; Hmmmm.; See Ya, Stranger; Disappearing Act; Munch Munch; I’m Out, Folks; Back Off!; Ohoho! (Iron - Challenger); Perfection; You’re So Dead
Emblem Rift: Investigation; Dream Realm; Emptiness; Shadow Isles
Bingkai Ikon: Mysterious Passage; Ionian Balance
Bingkai Profil: Evidence Locker; Glorious Lieutenant
Recall Tersuai: Rainbows And Stars, Oh My!; Reviewing the Evidence; Leaf’s Journey
Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
EVENT
PROTECTORS OF IONIA
Nikmati ketenangan sambil anda melihat daun-daun berguguran dan mencari keseimbangan dalaman anda.
Event Protectors of Ionia akan bermula pada 24 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8
SEASON OF SILLY
Em, minta maaf angin kami gila-gila sekarang ni.
Event Season Of Silly akan bermula pada 31 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8
ASHE
Volley
- Ratio AD: 110% → 100%
BLITZCRANK
base_stats
- Armor: 50 → 45
- Armor setiap level: 5.1 → 4.7
- Jumlah armor pada Level 15: 122 → 111
Overdrive
- Gunaan pertama: Mendapat 50/55/60/65% movement speed, merosot ke 10% untuk 1.5 saat, jumlah tempoh gunaan ialah 2.5 saat.
- Terdapat cooldown 1 saat sebelum anda boleh menggunakan ability ini sekali lagi
- Gunaan kedua: Mendapat 140/150/160/170% movement speed, merosot ke 25% untuk 1.5 saat. Mula merosot selepas 0.5 saat.
- Selepas overdrive berakhir, Blitzcrank akan slow sebanyak 33% selama 1.5 saat. Jika ditekan untuk kali kedua, Blitzcrank akan sebaliknya slow sebanyak 99% selama 2 saat.
FIORA
Lunge
- Damage asas: 85/95/105/115 → 75/85/95/105
GALIO
HERO'S ENTRANCE
- Damage asas: 150/250/350 → 100/175/250
- Ratio AP: 70% → 100%
GAREN
Judgment
- Damage asas: 11/14/17/20 → 9/12/15/18
- Jumlah damage asas untuk semua tick: 88/112/136/160 → 72/96/120/144
Demacian Justice
- Damage asas: 150/275/400 → 150/250/350
- Damage sasaran bukan utama: 75/137.5/200 → 75/125/175
- Ratio AD bonus: 0.08% dari nyawa sasaran yang hilang → .12% dari nyawa sasaran yang hilang
- Ratio AD bonus damage sasaran bukan utama: .04% daripada nyawa mereka yang hilang → .06% daripada nyawa mereka yang hilang
GRAVES
End of the Line
- Kini mengenakan 150% damage terhadap monster
IRELIA
IONIAN FERVOR
- Attack Speed asas: 8~15% → 5~20%
BLADESURGE
- Cooldown: 11/10/9/8s → 9/8/7/6s
JHIN
base_stats
- Nyawa asas: 610 → 570
passive
- Physical damage nyawa hilang: 15% → 15% + 1% setiap level (dihadkan kepada 25% di lvl 11)
MASTER YI
Alpha Strike
- Master Yi menjadi tidak boleh disasar dan menyerang sehingga 4 musuh berdekatan dengan sasarannya, mengenakan 25/70/115/160 + 100% AD Physical Damage kepada semua musuh yang terkena 4 serangan.
- [KESAN BAHARU]: Jika tiada sasaran lain, ability ini akan menyerang unit musuh yang sama berkali-kali, mengenakan 25% damage dengan setiap serangan berikutnya
- Attack mengurangkan cooldown Alpha Strike sebanyak 1 saat
- Mengenakan 90/125/160/195 damage bonus kepada monster dan minion
- Ability ini boleh critical strike, mengenakan 60% damage bonus
NAMI
passive
- Movement speed bonus: 60 → 50
RIVEN
VALOR
- Tempoh shield: 1.5s → 2s
XIN ZHAO
Three Talon Strike
- Damage asas: 20/25/30/35 → 20/28/36/44
- Cooldown: 9/8/7/6s → 8/7/6/5s
Wind Becomes Lightning
- Damage Thrust: 40/80/120/160 → 40/85/130/175
YASUO
Steel Tempest
- Kelajuan Whirlwind: 10 → 11.5
- Jarak Whirlwind: 8.3 → 9.3
ZED
Shadow Slash
- Damage dikenakan oleh libasan selepas libasan pertama: 100% → 60%
ZIGGS
Hexplosive Minefield
- Tempoh Mine: 10s → 7s
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
BLACK CLEAVER
Black Cleaver telah menjadi item pilihan pertama dan kedua yang dominan untuk kebanyakan fighter dan juga beberapa assassin dan marksman. Kami mengurangkan jumlah haste yang diberikannya untuk menjadikan item itu lebih menumpukan pada kuasa tempur mentah dan kurang tentang dapat menggunakan ability anda dengan lebih kerap.
Statistik
- Ability haste: 25 → 20
DEATH’S DANCE
Pada masa ini, item untuk fighter dalam Wild Rift banyak menumpukan pada item Nyawa dan Attack Damage asas yang berkuasa dalam setiap permainan tanpa mengira siapa yang anda hadapi. Kami mahu pemain mempunyai lebih banyak pilihan dan alternatif dalam binaan mereka, jadi kami menjadikan Death's Dance sebagai item yang lebih berkuasa terhadap physical damage, dan bukannya menjadi pembelian yang baik dalam setiap permainan tidak kira siapa lawan anda.
- Jumlah Kos: 3000g
- Dibina daripada Kindlegem (1000g) + Vampiric Scepter (1200g) + 800g = 3000g → Dibina daripada Chain Vest (900 g) + Caulfield’s Warhammer (1200g) + 900g = 3000g
- 300 nyawa → 40 armor
- 35 Attack Damage
- 15 Ability Haste
Pasif
- UNIK - DANCE: +10% Physical Vamp → DIBUANG
- UNIK - CAUTERIZE: 30% damage yang diterima sebaliknya dikenakan sebagai kesan bleed selama 3 saat. → DIBUANG
- [BAHARU] UNIK - CAUTERIZE DAN DANCE
- Menyimpan (35% melee / 15% ranged) semua physical damage selepasa pengurangan yang diterima, yang sebaliknya dikenakan sebagai true damage secara berturut-turut selama 3 saat, mengenakan satu pertiga daripada damage yang disimpan setiap saat.
- Takedown champion akan menghilangkan baki damage disimpan Ignore Pain, dan memulihkan 15% daripada nyawa maksimum anda untuk 2 saat.
DEAD MAN’S PLATE
Deadman’s Plate telah menjadi item ruji dalam binaan fighter dan tank sejak sekian lama. Walaupun dengan perubahan pada item lain dari semasa ke semasa, mobiliti peta dan kuasa chasing yang ditawarkan Dead Man terlalu kuat. Kami mengurangkan sedikit mobiliti yang ditawarkan oleh item ini supaya ia tidak menjadi item mesti dipilih setiap permainan.
Pasif
- Move speed pada 100 stack Momentum: 50 → 40
*Sila ambil perhatian bahawa tooltip mungkin tidak menggambarkan kemas kini ini dalam permainan, tetapi ia sudah pun dikeluarkan
DIVINE SUNDERER
Divine Sunderer merupakan alternatif baharu kepada Trinity Force yang sepatutnya menjadi pilihan menarik untuk ramai champion. Walaupun Trinity Force menawarkan lebih banyak Attack Speed dan Movement Speed, Divine Sunderer akan memberikan anda lebih banyak statistik pertahanan, pemulihan tambahan dan merupakan item yang lebih murah. Bagi pemain yang ingin mempunyai kesan Sheen dalam binaan mereka, ini sepatutnya memberi anda satu lagi alternatif yang munasabah kepada Trinity Force yang akan membolehkan anda mencapai lonjakan kuasa anda dengan lebih pantas dan memberikan lebih ketahanan.
- Jumlah Kos: 3300g
- Dibina daripada Sheen (900g) + Jaurim’s Fist (1200g) + Kindlegem (1000g) + 200g
- 20 Attack Damage
- 400 Nyawa
- 20 Ability Haste
- PASIF UNIK - SPELLBLADE:
- Selepas menggunakan ability, serangan asas anda yang seterusnya dalam 10 saat akan mengenakan (10% melee / 7% ranged) daripada nyawa maksimum sasaran sebagai physical damage bonus on-hit, dengan damage minimum bersamaan dengan 125% AD asas dan damage maksimum terhadap monster bersamaan dengan 225% AD asas.
- Jika sasaran ialah champion, heal sebanyak (7% melee / 3% ranged) daripada nyawa maksimum sasaran dan heal minimum bersamaan dengan (90% melee / 50% ranged) AD asas (cooldown 1.5 saat, bermula selepas melancarkan serangan dipertingkat)
- Had: Terhad kepada 1 item sheen
FIMBULWINTER
Winter's Approach dan bentuk evolusinya, Fimbulwinter mempunyai tempat dalam binaan untuk beberapa champion, tetapi kami ingin menjadikan item ini munasabah untuk lebih banyak champion. Kami menukar ganjaran untuk stack mana kepada Nyawa dan bukannya Ability Haste dan mengalihkan kesan shield Fimbulwinter untuk mempunyai cooldown yang lebih rendah yang boleh dicetuskan daripada slow serta immobilize.
Statistik Asas
- Ability Haste: 10 → 15
Pasif:
- UNIK - AWE: Memberikan Ability Haste bersamaan dengan 1% mana maksimum. Mengembalikan 15% daripada mana yang digunakan. → Memberikan nyawa bonus bersamaan dengan 8% mana maksimum dan memulangkan 15% daripada jumlah mana yang digunakan.
- UNIK - FROZEN COLOSSUS: Melumpuhkan champion musuh menggunakan mana dan memberi shield selama 3 saat, menyerap 150 (+ 5% mana semasa) damage untuk setiap champion musuh berdekatan (cooldown 15 saat) → Melumpuhkan atau melambatkan champion musuh menggunakan 3% mana semasa dan memberi shield selama 3 saat, menyerap 100-200 + 5% mana semasa, ditingkatkan sebanyak 80% jika terdapat lebih daripada 1 champion musuh berdekatan. (Cooldown 8 saat)
HEXTECH MEGADRIVE
Champion dengan ability crowd control berbilang sasaran dan cooldown yang lama mengalami kesukaran menggunakan Hextech Megadrive kerana pengembalian cooldownnya hanya berlaku sekali sahaja. Kini mereka akan dapat menikmati pengurangan cooldown yang sangat besar apabila mereka melumpuhkan beberapa musuh.
- Pasif: Melumpuhkan champion musuh akan mengurangkan cooldown semasa item aktif anda sebanyak 15% → Melumpuhkan champion musuh akan mengurangkan cooldown semasa item aktif anda sebanyak 15%, kesan ini akan dicetuskan beberapa kali jika kesan ini terkena beberapa champion musuh pada masa yang sama.
HULLBREAKER
Split-push bukanlah pilihan yang paling munasabah untuk pemain dalam Wild Rift, terutamanya disebabkan peta kami lebih kecil daripada League PC. Jadi kami akan membawakan Hullbreaker untuk membantu dalam perkara ini dan memberikan fighter satu cara lagi untuk memainkan permainan mereka. Jika anda sedang melepak di lane bersama rakan minion anda, dan impian anda adalah memusnahkan tower di sana sini, Hullbreaker kini tiba untuk membantu anda merealisasikannya.
- Jumlah Kos: 3000g
- Dibina daripada B.F. Sword (1500g) + Jaurim’s Fist (1200g) + 500g
- 55 Attack Damage
- 300 Nyawa
- PASIF UNIK - BOARDING PARTY
- Semasa tiada champion sekutu berada dalam jarak 1200 unit, mendapat 10 − 15 (berdasarkan level) armor bonus dan magic resistance bonus, dan mengenakan 20% damage bonus terhadap struktur. Siege minion dan super minion sekutu berdekatan mendapat 50 − 170 (berdasarkan level) armor bonus dan magic resistance bonus, +10% saiz bonus dan mengenakan 200% damage bonus terhadap struktur.
- Resistance bonus yang diberikan oleh Hullbreaker akan hilang serta-merta apabila champion sekutu berada berdekatan.
SOLARI CHARGEBLADE
Solari Chargeblade sebenarnya bertujuan sebagai item untuk merapatkan jurang antara binaan caster dan crit untuk marksman caster seperti Miss Fortune dan Lucian, tetapi jumlah critical strike chance yang diberikan menjadikannya jauh lebih berkuasa untuk merapatkan jurang antara fighter ringan dengan binaan assassin crit untuk champion seperti Riven dan Rengar. Kami membuang critical strike chance bonus itu dan sebaliknya membenarkan damage Radiance untuk critical strike bagi meletakkan kembali item ini ke tangan champion berasaskan crit.
- Menggunakan ability akan mengumpul Radiance, sehingga 3 cas, yang memberi 25% critical strike chance bonus sehingga 10 saat → Menggunakan ability akan mengumpul Radiance, sehingga 3 cas, tidak lagi memberi critical strike chance
- Serangan asas yang critical strike akan menggunakan satu cas Radiance untuk mengenakan 24 - 52 (22 + level × 2) bonus magic damage on-hit, bertambah sebanyak 0% - 150% (berdasarkan nyawa sasaran yang hilang)→ Mengenakan 33 - 75 (30 + Level × 3) magic damage bonus (damage ini boleh critical strike) (pengubah suai nyawa hilang telah dibuang)
STORMRAZOR
Laluan binaan Stormrazor bukanlah yang paling diingini untuk marksman, walaupun ketika mereka membina item Energized yang lain. Kami menggantikan Cloak of Agility dengan B.F. Sword dan memberinya sedikit lagi Attack Damage. Ini sepatutnya memberi Stormrazor lebih sinergi dengan item Energized lain yang memfokuskan pada Attack Speed.
Laluan Gabung:
- Kirchei’s Shard + Cloak of Agility + 1000g = 2900g → BF Sword (1500g) + Kirchei’s Shard (900g) + 700g = 3100g
Statistik:
- 25 Attack Damage + 25% Critical Rate + 20% attack speed → 40 Attack Damage + 25% Critical rate + 20% Attack speed
YOUMUU’S GHOSTBLADE
Ghostblade telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan item armor penetration lain, jadi kami mengurangkan sedikit mobiliti yang diberikannya. Kami akan terus memantau item armor penetration yang lain untuk memastikan bahawa terdapat pertukararn yang setimpal antara pilihan item yang berbeza, disebabkan Ghostblade kini menawarkan mobiliti yang kurang.
Pasif
- Move speed pada 100 stack Momentum: 50 → 40
*Sila ambil perhatian bahawa tooltip mungkin tidak menggambarkan kemas kini ini dalam permainan, tetapi ia sudah pun dikeluarkan
SUMMONER SPELLS
EXHAUST
Exhaust berprestasi rendah berbanding summoner spell lain, dan sukar untuk mengetahui sama ada penggunaan Exhaust itu baik atau tidak. Kami meningkatkan purata kuasa slow Exhaust dan menjadikannya lebih jelas serta memberikan pemain satu tetingkap yang jelas untuk menggunakan skillshot atau melarikan diri daripada sasaran yang Exhaust.
- Slow movement speed: 20% tetap → 60% merosot sepanjang tempoh
- Cooldown: 105s → 100s
HEAL
Heal berada di tempat yang janggal apabila tidak bersaing dalam ruang pertahanan yang mementingkan diri sendiri dengan summoner spell lain seperti Barrier atau Exhaust. Kami memindahkan lebih banyak kuasanya kepada kesan ke atas sekutu anda, dan bukannya pemain yang menggunakannya. Ini sepatutnya memberi support lebih banyak peluang untuk menggunakan Heal di saat-saat genting.
- [BAHARU] Kesan ditingkatkan sebanyak 100% pada champion sekutu terdekat yang paling cedera
- Heal sekutu: 120-484; movement speed sekutu: 40%
- Heal asas: 80-360 → 60-242 (60+20/level → 47+13/level)
- Movement speed asas: 30%→ 20%
- Cooldown: 120s → 130s
IGNITE
Ignite telah menjadi lebih berkuasa sedikit berbanding Summoner Spell yang lain, dan menjadi sangat berkuasa lewat dalam permainan. Kami telah melaraskan semula Ignite supaya menjadi lebih baik pada awalnya, dan mengurangkan sedikit damage dan cooldownnya kemudian. Ini sepatutnya memastikan ia lebih selaras dengan Summoner Spell yang lain.
- Damage asas: 60-410 → 72 - 380 (35 + 25 setiap level → 50 + 22 setiap level)
- Cooldown: 90s → 100s
SMITE
Champion yang kebanyakan damagenya datang daripada serangan auto (khususnya melee) telah menguasai jungle di Wild Rift. Kami membuang damage bonus yang diberikan oleh Smite daripada serangan auto untuk mengekalkan kuasa Smite bagi jungler berasaskan ability, sambil mengurangkan kelajuan clear jungle untuk champion seperti Jax dan Tryndamere. Penalti minion kerana mengambil Smite juga dilanjutkan sebanyak satu minit tambahan dalam permainan untuk mengurangkan keberkesanan strategi yang berkisar di sekitar clear jungle dengan cepat dan kemudian juga mengambil farm lane untuk menyalurkan kelebihan gold besar kepada seorang pemain.
- Meningkatkan damage terhadap monster sebanyak 10% → Hanya meningkatkan ability damage
- Kurang 25% gold dan XP kerana membunuh minion selama 5 minit → Kurang 25% gold dan XP kerana membunuh minion selama 6 minit
MONSTER
DRAGON SLAYER
Buff Naga yang berkuasa bertujuan untuk memacu aksi dalam Wild Rift, tetapi pada tahap kuasa ini ia sangat mempengaruhi keputusan permainan dan pertempuran awal di sekitar objektif adalah terlalu kritikal untuk menentukan sama ada sesuatu pasukan menang atau kalah. Kami mengurangkan sedikit kuasa setiap buff Naga untuk mengurangkan tekanan kepada pemain untuk merebutnya sepanjang permainan dan menjadikannya lebih munasabah untuk mengejar objektif lain.
Elemental Dragon Slayer:
- Mountain Dragon: Mendapat (6% nyawa maksimum) shield selepas tidak menerima damage daripada champion atau turret selama 5 saat → Mendapat (5% nyawa maksimum) shield selepas tidak menerima damage daripada champion atau turret selama 5 saat
- Cloud Dragon: Meningkatkan movement speed sebanyak 6%, berganda di luar pertarungan → Meningkatkan movement speed sebanyak 5%, berganda di luar pertarungan
- Ocean Dragon: Mendapat 8% physical dan magic vamp → Mendapat 7% physical dan magic vamp
- Infernal Dragon: Meningkatkan semua damage yang dikenakan sebanyak 6% → Meningkatkan semua damage yang dikenakan sebanyak 5%
Elemental Elder Dragon Slayer:
- Buff kerana membunuh versi Elder akan memberikan versi buff elemen yang lebih kuat
- 50% kesan lebih kuat → 100%
- Kesan ditingkatkan sebanyak 33% untuk setiap naga lain yang pasukan anda bunuh → 25%
- Elder Infernal: 9/12/15/18% peningkatan damage → 10/12.5/15/17.5% peningkatan damage
- Elder Cloud: 9/12/15/18% buff movement speed asas → 10/12.5/15/17.5% buff movement speed asas
- Elder Mountain: 9/12/15/18% Health Shield → 10/12.5/15/17.5% Health Shield
- Elder Ocean: 12/16/20/24% Physical dan Magic Vamp → 14/17.5/21/24.5% Physical dan Magic Vamp
BARON NASHOR
Baron Nashor mempunyai dua isu dalam permainan semasa: ia mati terlalu cepat untuk pasukan musuh bertindak balas dengan betul terhadap serangan curi atau serbuan Baron yang diselaraskan, dan Acid Shot melakukan damage yang sangat tinggi terutamanya kepada pemain yang terkena berbilang serangan daripada gunaan yang sama. Kami meningkatkan nyawa Baron untuk memberi pasukan musuh sedikit masa untuk bertindak balas, mengurangkan damage berbilang serangan Acid Shot dan meningkatkan damage serangan Baron yang lain untuk menjadikannya lebih mengancam.
Statistik asas:
- Nyawa asas Baron Nashor: 10000 → 10800
- Acid Shot: Pemain yang terkena lebih dari 1 tembakan asid, menerima 70% damage selepas tembakan pertama
- Acid Pool:
- Magic damage: 100 + 20% Attack damage → 120 +25% Attack damage
- Tentacle Knockup:
- Magic damage: 150 + 20% Attack damage → 180 + 25% Attack damage
SISTEM
PERUBAHAN PENGUBAH SUAI PENGEJAR PENGALAMAN
Kami mengurangkan sedikit jumlah pengalaman pengejar dalam permainan secara keseluruhan untuk meningkatkan keupayaan carry secara solo kerana lebih mudah untuk menjana kelebihan level yang lebih besar. Ini juga akan mengurangkan kuasa pelbagai strategi yang berkisar tentang pemain yang jauh ketinggalan untuk mendapatkan bonus besar daripada pengalaman pengejar.
Mengurangkan pengubah suai pada pengalaman yang diperoleh oleh pemain yang jauh mendahului atau ketinggalan daripada seluruh pasukan. Pemain yang mendahului akan kurang dikenakan penalti, sementara pemain yang ketinggalan akan kurang mendapat sokongan.
PERUBAHAN GOLD TURRET
Kami sedang mengagihkan semula ganjaran gold turret untuk memihak kepada pemain yang benar-benar memusnahkan turret tersebut. Ini seharusnya mengurangkan situasi pasukan menjadi semakin kuat daripada sesuatu yang mereka tidak sertai.
Kemusnahan Turret
- Gold Setempat:
- Diberikan kepada pemain yang memusnahkan turret
- Luaran: 150 → 175
- Dalaman: 125 → 150
- Inhib: 150 → 175
- Diberikan kepada pemain yang memusnahkan turret
- Gold Global:
- Diberikan kepada setiap pemain dalam pasukan
- Luaran: 100 → 75
- Dalaman: 100 → 75
- Inhib: 100 → 75
- Diberikan kepada setiap pemain dalam pasukan
TAMBAHAN
- Menambahkan pengumuman pada Guild, pentadbir kini boleh menyiarkan mesej yang dipin ke Suapan Guild
- Menambahkan resolusi 900p untuk beberapa peranti Android dan IOS
- Jika anda ditugaskan ke Jungle di pemilihan champion, Summoner Spell anda akan diubahkan kepada Smite secara automatik (tiada lagi pertempuran 1v1 sengit dengan buff merah tanpa smite)
- Menambahkan teks “Pilihan Pertama” kepada Pemilihan Champion untuk pasukan Biru
- Menambahkan Sokongan Apple Pro Motion untuk peranti iPhone 13 Pro dan ProMax
- Menambahkan tetapan untuk menyerang musuh secara automatik selepas menggunakan ability yang empower serangan, seperti Siphoning Strike Nasus
- Melakukan beberapa penambahbaikan kepada Penyasaran Buff Sekutu untuk memberi pemain lebih banyak kawalan ke atas ability tap cast peramah mereka
- Menambahkan bar sumber di bawah bar nyawa Camille untuk menunjukkan cooldown pasifnya
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
24 Mac - 30 Mac: Akshan, Ezreal, Graves, Jayce, Kha’zix, Leona, Pantheon, Senna, Veigar, Xayah
31 Mac - 6 Apr: Brand, Galio, Kai’sa, Kennen, Lee Sin, Lucian, Lulu, Nunu & Willump, Renekton, Yuumi