Wild Rift Patch Note 3.0b

Selamat datang ke balance patch terakhir bagi kitaran 3.0! Kami ingin memberikan ganjaran kepada koleksi terbaru kami yang gebu, Yuumi, yang telah bergelut sejak dikeluarkan, serta nerf dan buff untuk rune secara keseluruhannya. Kami akan kembali pada hujung bulan ini apabila 3.1 dikeluarkan!

Selamat datang ke balance patch terakhir bagi kitaran 3.0! Kami ingin memberikan ganjaran kepada koleksi terbaru kami yang gebu, Yuumi, yang telah bergelut sejak dikeluarkan, serta nerf dan buff untuk rune secara keseluruhannya. Poro-poro kecil yang gebu itu juga akan membuat satu lagi pengembaraan, kali ini ke Ionia! 

Sebagai makluman, patch 3.0b akan aktif selama tiga minggu, diikuti dengan patch 3.1 pada 24 Mac. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang sebab dalam artikel ini, dan jika anda memerlukan peringatan tentang tarikh keluaran patch, sila rujuk Jadual Patch kami untuk tahun 2022. 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

SKIN

030122_WRPatchNotes_3_0b_FireRockMalphite.jpg

Akan dikeluarkan pada 3 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Obsidian Malphite
  • Zombie Slayer Pantheon

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada pelbagai sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

030122_Goodies_1.jpg

Bauble: In Bloom

Ikon: Wild Rift Musim 5

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

030122_WRPatch3_0b_JTFIonia.jpg

JOIN THE FLUFT (IONIA)

Sertai poro-poro untuk satu lagi pengembaraan flufftastic, kali ini ke Ionia!

Event Join the Fluft (Ionia) akan bermula pada 10 Mac pukul 08:01 GMT+8.

PERUBAHAN CHAMPION

FIZZ

Assassin yang licik ini terlalu senang membunuh lawan, jadi kami akan mengurangkan sedikit damage asasnya.

Playful / Trickster

  • Damage: 85/150/215/280 → 75/140/205/270

Chum the Waters

  • Damage asas maksimum: 350/450/550 → 300/400/500

JAX

Jax telah menjadi salah seorang fighter yang paling dominan di Baron Lane dan jungle kerana penskalaan lewat permainannya. Kami akan mengurangkan sedikit kuasa itu dengan mengurangkan attack speed yang Jax peroleh daripada setiap stack Relentless Assault.

passive

  • Attack Speed yang diperoleh setiap stack: 3/5.5/8/10.5% → 2.5/4.5/6.5/8.5%

LULU

Yordle aneh kegemaran kami ini telah menjadi support pilihan utama dalam permainan peringkat tinggi secara konsisten, jadi kami akan mengurangkan keupayaannya untuk buff sekutunya dan kekerapan dia boleh menukar musuhnya menjadi tupai kecil yang comel.

WHIMSY

  • Cooldown: 16/15/14/13s → 17/16/15/14s

HELP, PIX!

  • Nilai Shield: 70/115/160/205 → 75/110/145/180

YUUMI

Sejak dikeluarkan, kucing gebu ini menghadapi kesukaran untuk mencari tempatnya di Dragon Lane. Pada mulanya kami menangguhkan untuk memberinya buff kerana kami mahu memberi masa kepada para pemain untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainannya yang unik, tetapi kini jelas bahawa pemain Yuumi yang paling berdedikasi pun turut bergelut. Kami akan memberinya lebih banyak sebab untuk menunjukkan taringnya dan bermain-main dengan Prowling Projectile berbanding hanya fokus pada memberi sekutunya Zoomies.

base_stats

  • Perkembangan mana regeneration: 0.9 → 1.3

passive

  • Cooldown: 12/10/8/6s → 10/8.5/7/5.5s

PROWLING PROJECTILE

  • Kos mana: 90 → 70
  • Peratusan damage nyawa semasa: 2/3.5/5/6.5/8% → 2/4/6/8/10%
  • Damage asas: 40/80/120/160/200 → 60/100/140/180/220
  • Damage asas dipertingkat: 60/110/160/210/260 → 80/130/180/230/280

YOU AND ME!

  • Ratio adaptive force attached (AD:AP): 1:1.67 → 1:2

FINAL CHAPTER

  • Damage asas setiap gelombang: 60/80/100 → 80/100/120

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

MAW OF MALMORTIUS

Maw of Malmortius ialah item khusus yang sepatutnya menjadi pilihan utama apabila menghadapi pelbagai ancaman magic damage, tetapi kini ia bukan sebegitu. Kami berharap dengan mengurangkan kos Maw, ini akan membantu menjadikannya item pilihan utama apabila menghadapi berbilang musuh yang mengenakan magic damage.

  • Kos Gabung: 600g → 400g
    • Jumlah Kos: 3000g → 2800g

PERUBAHAN RUNE

KEYSTONE: ELECTROCUTE

Electrocute sepatutnya menjadi keystone untuk burst dan serangan pantas, tetapi bagi kebanyakan champion, Conqueror merupakan pilihan yang lebih baik. Kami akan memberinya beberapa buff kecil untuk membantunya bersaing dengan pilihan lain, terutamanya untuk assassin dan mage.

  • Damage asas: 30-184 → 35-189
  • Cooldown: 25s → 20s

DOMINATION: TRIUMPH

Triumph ialah rune yang membolehkan champion yang melakukan damage yang tinggi, membunuh berbilang musuh dalam teamfight dan kekal sihat semasa melakukannya. Walau bagaimanapun; sejak kebelakangan ini ia bergelut untuk mencari tempatnya dalam meta ini, jadi kami akan meningkatkan damage yang diberikannya apabila menyerang champion dengan nyawa lebih rendah supaya ia boleh bersaing lebih baik dengan rune Domination yang lain.

  • Damage bonus kepada musuh di bawah 35% nyawa: 3% → 5%

INSPIRATION: HUNTER- GENIUS

Prestasi Hunter - Genius tidak sebaik yang kami mahukan. Kami akan meningkatkan ability haste permulaannya serta ability haste yang diberikannya setiap stack untuk menjadikannya pilihan rune kecil yang lebih kompetitif.

  • Ability haste permulaan: 2.5 → 3
  • Ability haste setiap stack: 15 → 18 pada stack maksimum

KEYSTONE: PHASE RUSH

Kami tahu bahawa Phase Rush mempunyai potensi untuk membatalkan serangan balas bagi sesetengah champion, sebab itulah kami berhati-hati semasa membuat pelarasan padanya. Walau bagaimanapun; jelas bahawa keystone ini lebih lemah berbanding yang lain. Buff ini sepatutnya membantu champion yang menghargai mobiliti tambahan sepanjang pertarungan yang lebih lama, sambil mengekalkan tahap kuasa semasanya untuk champion yang hanya mahu menggunakan Phase Rush untuk melaksanakan kombo tertentu sekali-sekala.

  • Cooldown: 15s → 12s

INSPIRATION: SWEET TOOTH

Sweet Tooth telah menjadi pilihan yang dominan berbanding rune Inspiration kecil yang lain. Kami akan mengurangkan heal dan gold bonus yang diperoleh daripada Honeyfruit untuk membolehkan beberapa rune kecil lain menonjol.

  • Heal Honeyfruit bonus: 25% → 20%
  • Gold bonus setiap Honeyfruit: 20g → 15g

RESOLVE: BONE PLATING

Berbanding rune Resolve yang lain, Bone Plating telah menunjukkan prestasi yang rendah. Kami akan mengurangkan cooldownnya supaya lebih sesuai dengan permainan Wild Rift yang lebih pantas.

  • Cooldown: 45s → 35s

RESOLVE: CONDITIONING

Walaupun ia merupakan pilihan yang kompetitif, kami percaya bahawa Conditioning boleh disesuaikan lagi dengan permainan Wild Rift yang lebih pantas. Kami akan mengurangkan tempoh yang diambil untuk mengaktifkan statistik armor dan magic resist bonus rune ini, sambil turut mengurangkan resistance permulaannya supaya setanding dengan rune kecil yang lain.

  • Tempoh menunggu permulaan untuk mendapat resistance bonus: 5m → 3m
  • Armor dan magic resistance bonus permulaan: 8 → 5

RESOLVE: HUNTER - TITAN

Hunter - Titan memberikan daya tahan dan resistance yang kuat terhadap crowd control, oleh sebab itu ia dianggap sebagai rune mesti-pilih sejak kebelakangan ini. Untuk memberi ruang kepada beberapa rune Resolve yang lain untuk menonjol, kami akan mengurangkan tenacity yang diberikannya untuk setiap takedown champion unik.

  • Tenacity yang diperoleh setiap takedown champion unik: 4% → 3%
    • Stack maksimum: 20% → 15%

RESOLVE: SECOND WIND

Second Wind tidak memenuhi janjinya untuk mengurangkan poke dan gangguan lane, jadi kami akan mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk memulihkan nyawa untuk menjadikannya pilihan yang lebih kuat terhadap damage poke yang berterusan.

  • Tempoh regeneration selepas menerima damage champion: 10s → 5s

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

3 Mac - 9 Mac: Camille, Jax, Nunu & Willump, Rammus, Senna, Thresh, Tristana, Veigar, Xayah, Zed

10 Mac - 16 Mac: Evelynn, Fiora, Gragas, Katarina, Morgana, Nami, Orianna, Tryndamere, Varus, Vayne