Patch Note 3.0a Wild Rift

Kemunculan debut Sett yang mengagumkan di Rift telah menginspirasikan kami untuk membakar semangat anda, dengan sejumlah nerf champion, sedikit buff dan dua skin baharu yang hangat membara.

Kali terakhir kami bercakap, seorang boss kaki gaduh baru sahaja membuat penampilan sulungnya, dan sejak dia menyertai kami, Sett telah menghangatkan Rift. Dia telah menjadi kuasa dominan di Baron Lane dan jungle yang memberi cabaran kepada pejuang lain.

Tumbukan Sett yang menjolok mata serta persembahan mengagumkan menentang musuhnya, telah memberi kami inspirasi untuk meningkatkan kehangatan patch ini. Terdapat sejumlah nerf champion, sedikit buff kecil, beberapa perubahan gameplay dan keluaran dua skin baharu yang hangat membara!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

SKINS

21522_WRPatchNotes_3.0a_InfernalKennen.jpg

Akan dikeluarkan pada 24 Februari @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Dragonslayer Olaf
  • Infernal Kennen
PERUBAHAN CHAMPION

AMUMU

Amumu telah bergelut dalam permainan peringkat tinggi baru-baru ini, jadi kami meningkatkan jarak Bandage Tossnya. Perubahan ini sepatutnya memberi dia keupayaan untuk melakukan aksi yang lebih berkesan di jungle, dan memberi pelukan dari jarak yang lebih jauh.

Bandage Toss

  • Jarak: 8.5 → 9

CAMILLE

Camille terlalu kuat dalam permainan peringkat tinggi, jadi kami akan mengurangkan sedikit damage dan utilitinya untuk menjadikannya setanding dengan rakan seperjuangannya.

Tactical Sweep

  • Damage bonus kon luaran: 6/7/8/9% daripada HP maksimum sasaran → 4/5/6/7% daripada HP maksimum sasaran

The Hextech Ultimatum

  • Damage: 100/150/200 + 10/15/20% daripada nyawa semasa sasaran → 30 + 15/20/25% daripada nyawa semasa sasaran
  • Tempoh zon: 2.5/3.25/4 → 2/3/4

DRAVEN

Walaupun kami tidak bersetuju dengan pendapatnya bahawa semuanya mesti berkisarkan Draven, kami bersetuju bahawa prestasinya lebih rendah berbanding marksmen lain di Dragon Lane. Kami memberi sedikit damage tambahan pada ultimatenya supaya dia dapat menghabiskan teamfight dan mendapatkan ganjaran dengan lebih mudah.

WHIRLING DEATH

  • Ratio AD bonus: 110% → 130%

GRAGAS

Sejak nerf baru-baru ini, Gragas telah bergelut untuk mencari tempatnya di jungle, jadi kami meningkatkan kelajuan clearnya. Kami berharap perubahan ini akan memberinya lebih banyak peluang untuk merempuh lane rakan sepasukannya dan memberikan mereka bantuan.

base_stats

  • Attack Damage asas: 64 → 70

JAYCE

Jayce telah mendominasi Baron lane dengan burst damage yang tinggi, mobiliti yang kuat, dan keupayaannya untuk mengenakan damage selamat dalam bentuk ranged. Kami mengurangkan kuasa early game Jayce untuk memberi lawannya peluang berlawan semasa fasa laning.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 52

passive

  • Movement speed: 40% → 30%

TO THE SKIES! / SHOCK BLAST

  • Damage bonus Acceleration Gate: 50% → 40%

KATARINA

Sehingga kini, assassin Noxus kegemaran kami sudah cukup lama bergelut untuk membunuh dan bersaing dengan mid laner lain. Kami memberi sedikit rangsangan kepada ultimate Katarina untuk membantunya memberi kesan yang lebih besar kepada teamfight dan pertempuran.

DEATH LOTUS

  • Ratio AP: 260% → 280%

LEE SIN

Mobiliti Lee Sin telah menjadi aduan biasa daripada musuhnya yang kecewa. Kami meningkatkan cooldown Safeguard untuk mengurangkan kekerapan Lee Sin boleh melompat ke seluruh peta.

Safeguard

  • Cooldown: 15s → 17s

MORGANA

Dalam patch lepas, kami berkata kami akan memerhatikan adik yang jahat ini dan sejak itu Morgana telah mengganas di Mid Lane dengan utiliti dan damage yang berguna. Kami mengurangkan wave clear serta damage pada ultimatenya, sambil meningkatkan ketahanannya supaya dia masih boleh menyeksa musuhnya di Dragon Lane.

base_stats

  • Armor: 30 → 35

TORMENTED SHADOW

  • Damage asas: 8/14/20/26 → 6/12/18/24

SOUL SHACKLES

  • Ratio AP: 2% daripada nyawa maksimum sasaran setiap 100 AP → 1.5% daripada nyawa maksimum sasaran setiap 100 AP

SETT

Biasanya saya akan katakan anda semua harus duduk dan bersettdia untuk bahagian ini, tetapi saya fikir mesti ramai yang akan berdiri dan bersorak untuk perubahan seterusnya. Kami tahu bahawa Sett telah menjadi kuasa yang mendominasi Baron Lane dan jungle, terutamanya pada early game sejak dia dikeluarkan. Kami mengurangkan sedikit kuasa early gamenya supaya dia masih boleh menjadi bos, cuma kali ini sebagai bos yang lebih setanding dengan rakan pertempurannya di Rift.

base_stats

  • Attack Damage: 58 → 52
  • Attack Speed bonus asas: 20% → 10%
  • Attack Speed setiap level: 2.2% → 1.7%

passive

  • Physical damage bonus Tumbukan Kanan: 6 × Level → 5 × Level

KNUCKLE DOWN

  • Damage bonus terhadap monster: 200 → 100

VAYNE

Vayne telah mendominasi dalam permainan tahap tinggi baru-baru ini. Kami mengurangkan sedikit sustain Vayne untuk memberi lawannya ruang untuk menghukumnya semasa fasa laning.

Silver Bolts

  • Pemulihan aktif: 60% daripada damage yang dikenakan → 40% daripada damage yang dikenakan
  • Cooldown aktif: 16/15/14/13 → 18/17/16/15

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

ARCHANGEL’S STAFF/SERAPH’S EMBRACE

Seraph’s Embrace kini merupakan item pilihan utama untuk Enchanter dan Mage. Kami ingin menyelaraskan kembali Seraph's dengan pilihan item lain, jadi kami mengurangkan sedikit ability haste yang diberikan sambil mengurangkan sedikit kuasa shieldnya.

Archangel’s Staff

  • Ability haste: 25 → 20

Seraph’s Embrace

  • Ability haste: 25 → 20
  • Nilai shield Lifeline: 15% daripada mana semasa + 150 → 15% daripada mana semasa + 100

SERRATED DIRK

Kami mengubah Serrated Dirk supaya ia memberikan kurang armor penetration pada early game, sambil menambahkan armor penetration yang diberikan oleh item yang dibina daripada Serrated Dirk. Kami percaya perubahan ini akan membantu membezakan antara item armor penetration yang digunakan untuk serangan seperti Youmuu's Ghostblade dengan pilihan pertahanan seperti Edge of Night.

Serrated Dirk

  • Armor penetration: 10 → 8

Edge of Night

  • Armor penetration: 10 → 8

Youmuu’s Ghostblade

  • Armor penetration: 10 → 12

Umbral Glaive

  • Armor penetration: 10 → 12

PERUBAHAN RUNE

INSPIRATION: MASTERMIND

Mastermind pada masa ini memberikan terlalu banyak nilai ekonomi kepada jungler, sambil meningkatkan kelajuan clear mereka. Kami mengurangkan bonus gold yang ia berikan apabila memusnahkan objektif.

  • Bonus gold pada kill objektif: 120 → 40

SUMMONER SPELL

BARRIER

Barrier telah menjadi pilihan yang kuat dan popular bagi hampir setiap peranan. Kami mengurangkan kuasa early gamenya untuk memastikan ia selaras dengan pilihan summoner spell yang lain.

  • Jumlah Shield: 115 - 465 (90+25 setiap level) → 100 - 450 (75+25 setiap level)

FREE-TO-PLAY CHAMPION ROTATION

16 Feb - 20 Feb: Akali, Evelynn, Morgana, Pantheon, Rakan, Rammus, Vayne, Veigar, Wukong, Xayah

20 Feb - 27 Feb: Alistar, Corki, Jayce, Katarina, Kennen, Nunu & Willump, Orianna, Rengar, Senna, Varus