Patch Note 3.0 Wild Rift

Selamat datang ke Patch 3.0, patch yang pertama untuk tahun ini! Seorang bos kaki gaduh sudah sedia untuk bertarung dan dentuman Mercun sedang kedengaran di Rift! Kita akan melihat pengembalian fungsi suara versi ujian, perubahan balance untuk beberapa champion dan item serta Wild Pass baharu. Inilah Patch 3.0!

Selamat Tahun Baru rakan-rakan!

Selamat datang ke Patch 3.0, patch yang pertama untuk tahun ini! Kami mempunyai beberapa perkara menarik yang akan datang ke Wild Rift pada tahun ini yang kami tidak sabar untuk kongsikan dengan anda, dan sesetengahnya telah diumumkan baru-baru ini. Jom tengok beberapa pengumuman ini dalam video Permulaan Musim 2022 di sini. Perhatian: patch besar balance yang seterusnya adalah pada pertengahan bulan Februari.

Sekarang, jom teroka patch ini!

Kami dengan berhati-hati memperkenalkan semula fungsi suara versi ujian bagi patch ini. Kami telah bekerja keras untuk mengembalikan fungsi suara dan kami akan memantaunya dengan teliti. Selain itu, kami berharap anda sedia untuk bertarung, kerana Sett telah tiba dan bersedia untuk membuat persembahan mengagumkan.

Tanglung telah digantung, meja telah disiapkan, dan pertunjukan Mercun akan bermula! Kami bersedia untuk meraikan Tahun Baru Cina, dan akan menyediakan beberapa kejutan dengan sedikit huru-hara. Apabila anda memuatkan Summoner's Rift, anda akan dapat melihat salah satu kejutan, dan untuk huru-hara pula? Kami fikir cara terbaik untuk membawanya ke Rift adalah dengan mengembalikan Mod Ultra Rapid Fire (URF)!

Akhirnya, Guild vs Guild M2 sudah tiba, dan kita akan menuju ke Ionia! Akan ada persaingan, ganjaran dan ciri baharu untuk anda dan rakan guild terokai dan alami bersama! Dan akhir sekali, Wild Pass baharu baru sahaja tiba!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

SETT, THE BOSS

01182022_PatchNotes300Article_WRPatch3.0_SETT.jpg

Seorang pemimpin dunia jenayah Ionia yang semakin meningkat, Sett menjadi terkenal selepas perang dengan Noxus. Walaupun dia bermula sebagai pencabar bertaraf rendah di lubang pertempuran Navori, dia dengan cepatnya mendapat kemasyhuran kerana kekuatannya yang ganas, dan keupayaannya untuk menerima hukuman yang tidak berkesudahan. Kini, setelah naik barisan pejuang tempatan, Sett telah berhempas pulas untuk mencapai puncak, dan menguasai lubang yang pernah menjadi tempat dia berlawan.

Sett akan dikeluarkan pada 26 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8.

CIRI BAHARU

GUILD VS GUILD SEASON 2

01182022_PatchNotes300Article_GVGS2_WRpatchnotes.jpg

Mahu melakukan pengembaraan baharu bersama rakan guild anda? Jika ya, masanya adalah sekarang, kerana Guild vs Guild M2 sudah tiba dan kita akan menuju ke Ionia! Kami berpendapat pemandangan lokasi baharu ini akan memukau anda, tetapi lokasi baharu bukan bermakna pemandangan baharu sahaja. Ia juga bermakna persaingan baharu untuk diterokai, Trek Trofi baharu yang dipenuhi dengan barang-barang Ionia, dan sudah tentu rakan baharu!

Bersama-sama dengan musim baharu ini, kami juga telah membuat beberapa kemas kini pada Mata Trofi, menjadikannya lebih mudah untuk diperoleh:

  • 3 misi komuniti kumpulan → 2 misi komuniti kumpulan
  • 1 misi komuniti boleh diakses solo → 2 misi komuniti boleh diakses solo
  • Trek Trofi level 1-25 diturunkan sebanyak 25%

Guild vs Guild Musim 2 akan tersedia pada 24 Januari pukul 8:01 pagi GMT +8.

PETA TAHUN BARU CINA

01182022_PatchNotes300Article_LUNYMap_WRPatch30.jpg

Bukan perayaan lah namanya jika tiada hiasan, betul tak? Kami telah menghiasi pangkalan di Summoner's Rift dengan tanglung dan panji perayaan, dan apabila permainan anda bermula, anda juga akan dapat menikmati pertunjukan mercun!

SEMBANG SUARA

Kami akan mengembalikan fungsi sembang suara versi ujian dengan pasukan tersedia anda! Jika kami mendapati ada isu timbul, kami akan membawanya semula ke makmal sebelum melancarkannya ke seluruh dunia. Kami akan bermula dengan Amerika dan diikuti oleh rantau lain. Sila baca lebih lanjut tentang pengembalian fungsi sembang suara dalam siaran kami baru-baru ini, di sini!

PERUBAHAN PEMBERIAN HADIAH

Kami baru-baru ini membuat beberapa perubahan pada cara pemberian hadiah untuk menghalang penipuan pembelian.

  • Had Pemberian Hadiah Harian: 5 sehari → 2 sehari
  • Syarat Rakan: 72 jam berkawan → 2 minggu berkawan

WILD PASS

01182022_PatchNotes300Article_WRPatchNotes3.0_HexGalio.jpg

Kami mahu Wild Pass ini mengagumkan semua orang. Kami fikir cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan sedikit aksi heroik atau mungkin juga kemasukan hebat. Syukurlah Winds of War telah membantu kami, dan telah membawa Hexplorer Galio terus ke dalam Wild Pass ini! Dia akan menjadi ganjaran anda apabila melengkapkan Wild Pass, dan terdapat banyak lagi ganjaran lain sepanjang Wild Pass ini yang kami harap dapat menggembirakan anda.

Bilakah Wild Pass ini akan tersedia? Wild Pass akan tersedia pada 19 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8.

MOD BAHARU

ULTRA RAPID FIRE (URF)

01182022_PatchNotes300Article_LUNYURF_WRPatch3.0.jpg

Sudah tiba masanya untuk mengeluarkan spatula dan memulakan senaman jari anda, kerana Mod Ultra Rapid Fire (URF) akan kembali! Peta URF juga akan dihiasi untuk meraikan Tahun Baru Cina. URF akan menampilkan tanglung, panji dan mercun yang sama pada Summoner's Rift, tetapi kami juga telah memberikan tema perayaan kepada meriam dan kesannya!

SKIN

01182022_PatchNotes300Article_WRPatch3.0_Tristana-.jpg

Akan dikeluarkan pada 19 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Firecracker Jinx
  • Hexplorer Galio
  • Radiant Wukong
  • Warring Kingdoms Garen
  • Warring Kingdoms Vi

Akan dikeluarkan pada 26 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Firecracker Diana*
  • Firecracker Sett
  • Firecracker Teemo*
  • Firecracker Tristana*
  • Firecracker Xin Zhao*

*Skin ini akan tersedia dari 26/1 hingga 1/3

AKSESORI

Anda boleh mendapat atau membeli aksesori daripada pelbagai sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

01182022_PatchNotes300Article_Goodies1_WR-Patch-3.0.jpg

01182022_PatchNotes300Article_Goodies2_WR_Patch_3.0.jpg

01182022_PatchNotes300Article_Goodies3_WRPatchNotes_3.0.jpg

01182022_PatchNotes300Article_Goodies4_WRPatchNotes_3.0.jpg

Bauble: Kunai Help You? (Onyx, Silver, Teal, Gold, Pearlescent); Gyoz-AHH!; Golden Roar; Gargoyle; Do Not Push; Ring Ring; Light ‘em Up

Ikon: Smile, It’s A New Year!; Reach For Luck; Heroic Hexploration; Master of the Sword; Cutting Looks

Emblem Rift: Ionian Standard (Amethyst, Azure, Amber, Jade); Don’t Shoot; Caution: Kraken

Emblem Pemain: Pride of Ionia (Earth, Light, Spirit, Flame)

Bingkai Ikon: King of Beasts; Hexplorer’s Wings

Bingkai Profil: Winged Protector

Emote: Need a Little Luck?; *NOM*; I’m So Pumped; OOOOOH; YOU!; This Isn’t Over; I’ll Protect You!; Twinsies; Pfffffahaha; Not.Now; KA-POW; Everything’s Ruined; Mind: Blown; You See That?; Hi Hello Hi!

Bingkai Skrin Pemuatan: Firecracker Jinx; Radiant Wukong; Warring Kingdoms Garen; Warring Kingdoms Vi; Firecracker Diana; Firecracker Sett; Firecracker Teemo; Firecracker Tristana; Firecracker Xin Zhao

Spawn Tag: Hunting Stripes

Recall Tersuai: Sparklers; Endless Fighting; Grey Skies Are Gonna Clear Up

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

NAME THAT CHAMPION!

01182022_PatchNotes300Article_WR_PatchNotes_3.0_NameChampion.jpg

Evelynn. Itu pasti Evelynn. Atau...Ahri. Eh, bukan. Olaf! Olaf ialah tekaan terakhir saya...betul tak? Walau apa pun, Name That Champion akan kembali dengan permainan mini, ganjaran dan lebih banyak tekaan untuk anda buat yang pastinya lebih baik daripada tekaan kami.

Event Name That Champion! akan bermula pada 20 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

01182022_PatchNotes300Article_WRLOL_Patch30_LunarBanquet.jpg

LUNAR BANQUET

Persembahan mercun akan bermula, cepat ambil tempat duduk anda dan nikmati sambutannya!

Event Lunar Banquet akan bermula pada 26 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

DR. MUNDO

Madman of Zaun telah terlepas di Rift, merobek lawannya di Baron Lane. Walaupun kami masih mahu Dr. Mundo pergi ke tempat yang dia suka, dia terlalu kuat untuk poke dan turut memenangi beberapa perlawanan yang tidak sepatutnya, jadi kami mengurangkan sedikit kegilaannya.

base_stats

  • Health regeneration asas: 12 → 9
  • Health regeneration setiap level: 0.81 → 0.68

EZREAL

Damage Ezreal semakin merosot. Kami mahu dia beralih semula ke tempat caster marksman utama, jadi kami memberikan lebih banyak damage pada Mystic Shotnya.

Mystic Shot

  • Ratio AD: 110% → 120%

JAX

Jax telah menguasai jungle dalam permainan berkemahiran tinggi. Untuk menangani perkara ini, kami menskalakan pasifnya secara berbeza untuk memperlahankan kelajuan clearnya, sambil memberinya beberapa health regeneration tambahan untuk membantu solo laningnya.

base_stats

  • Health regeneration asas: 9 12
  • Perkembangan health regeneration: 0.55 → 0.81

passive

  • Attack Speed setiap stack: 2.4%+ level × 0.6% → 3/5.5/8/10.5% (pada level 1/5/9/13)

KAYLE

Walaupun kami mahu Kayle mengalahkan lawannya, dia masih terlalu kuat pada late game. Kami mahu dia menjadi lebih rentan kepada burst nanti, jadi kami mengurangkan scaling durability serta beberapa damagenya.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 95

passive

  • Wave damage: 15/20/25/30 + 20% AP → 12/16/20/24 + 15% AP

STARFIRE SPELLBLADE

  • Passive damage: 15/20/25/30 + 20% AP → 12/16/20/24 + 15% AP

MISS FORTUNE

Miss Fortune telah melampaui batas dengan buff baru-baru ini, jadi kami menarik kembali beberapa kuasa yang kami berikan kepadanya apabila dia kurang berprestasi.

Strut

  • Movement speed bonus yang diperoleh dari semasa ke semasa: 45/55/65/75 → 35/45/55/65
  • Jumlah movement speed bonus: 70/80/90/100 → 60/70/80/90

MORGANA

Kami akan terus memantau adik perempuan jahat ini selepas beberapa pembetulan bug baru-baru ini. Sementara itu, kami akan membantu mempercepatkan clear junglenya untuk pemain yang mencari pilihan AP baharu.

DARK BINDING

  • [BAIKI BUG] Memperbaiki bug yang tidak mengurangkan tempoh root Dark Binding oleh tenacity.

TORMENTED SHADOW

  • Damage pada monster: 150% → 200%

RIVEN

Riven menghadapi kesukaran di semua tempat kecuali dalam level permainan tertinggi. Kami dengan berhati-hati memberi dia sedikit kelonggaran supaya tidak diasingkan daripada fasa laning selepas berlaku kesilapan.

base_stats

  • Health regeneration asas: 7.5 → 9
  • Health regeneration setiap level: 0.55 → 0.68

TRYNDAMERE

Walaupun nerf baru-baru ini, Tryndamere masih merupakan salah satu jungler yang paling dominan di semua peringkat kemahiran. Untuk mengurangkan kelajuan clearnya dan mobiliti keseluruhan di jungle, kami mengeluarkan pengurangan cooldown yang diperoleh Tryndamere kepada Spinning Slash apabila mengenakan serangan kritikal terhadap monster.

Spinning Slash

  • Serangan kritikal mengurangkan cooldown Spinning Slash sebanyak 1s, digandakan terhadap champion → Serangan kritikal terhadap minion mengurangkan cooldown Spinning Slash sebanyak 1s, digandakan terhadap champion

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

EDGE OF NIGHT

Edge of Night ialah item yang berkuasa dalam situasi ia sepatutnya kuat, tetapi ia juga sememangnya item early game yang baik untuk kebanyakan champion. Kami sedang meningkatkan jumlah kosnya untuk memerlukan lebih banyak farming jika anda ingin mengambilnya sebagai item pertama atau kedua.

  • Kos gabung: 800 → 950
    • Jumlah Kos: 3000 → 3150

ESSENCE REAVER

Sejak kebelakangan ini, Essence Reaver semakin merosot. Selalunya ia hanya sedikit lebih baik berbanding pilihan lain, walaupun untuk champion yang sepatutnya dilaburkan agak tinggi dalam statistik dan kesan unik yang diberikannya kepada mereka. Kami akan memberikannya sedikit kuasa tambahan untuk menjadikannya pilihan yang lebih menarik dalam pelbagai senario yang lebih luas.

  • Attack Damage: 40 → 45
  • Mana yang dipulihkan setiap attack: 2% mana yang hilang → 3% mana yang hilang

HEXTECH MEGADRIVE

Hextech Megadrive tidak menawarkan refund cooldown untuk enchanter sebanyak yang kami mahukan, jadi kami mengurangkan cooldown pada refund untuk membolehkan lebih banyak akses kepada mekanik ini bagi champion support dengan heal dan shield cooldown.

(P) Tinker

  • Refund cooldown untuk heal dan shield: 5s → 3s

PERUBAHAN RUNE

DOMINATION: BRUTAL

Brutal baik-baik sahaja... menguasai pokok Domination sejak kebelakangan ini. Rune menawarkan salah satu manfaat early game yang terbaik, serta banyak kuasa mid game hingga late game dengan magic penetration dan armor penetration bonus. Untuk menangani kehadirannya yang dominan, kami akan mengeluarkan sedikit kuasa mid game hingga late game itu.

  • 7 attack damage bonus dan 2% armor penetration bonus, atau 14 ability power dan 2% magic penetration bonus (adaptive) → Mendapat 7 attack damage bonus atau 14 ability power (adaptive)

JUNGLE

MONSTER JUNGLE

Pernah naik angin sebab terlepas smite kerana Baron naik level di tengah-tengah pertempuran? Kami juga pernah. Kami sedang membetulkannya.

  • Monster yang naik level dalam pertempuran tidak lagi mendapat nyawa semasa daripada naik level

TAMBAHAN

  • Set ganjaran log masuk baharu telah ditambah untuk pemain baharu
  • Untuk penganjur kejohanan, keupayaan untuk menyerahkan permainan tersuai pada 0:00 untuk menyelesaikan apa-apa masalah draf atau lobi telah ditambah
  • Ditambah dalam ability untuk menyembunyikan garis masa

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

20 Jan - 26 Jan: Akali, Evelynn, Morgana, Pantheon, Rakan, Rammus, Vayne, Veigar, Wukong, Xayah

27 Jan - 2 Feb: Alistar, Corki, Jayce, Katarina, Kennen, Nunu & Willump, Orianna, Rengar, Senna, Varus