Wild Rift Patch Note 2.6a

Cuaca di luar mengerikan, tetapi api… dibawakan dalam bentuk pedang keadilan berapi daripada tambahan terbaru kami ke Wild Rift, Kayle. Kami sudah memeriksa senarai kami dan akan membawa nerf dan kemas kini di seluruh Rift! Inilah Patch 2.6a!

Cuaca di luar mengerikan, tetapi api… dibawakan dalam bentuk pedang keadilan berapi daripada tambahan terbaru kami ke Wild Rift, Kayle. Sejak penambahannya, dia telah mengambil alih Rift dengan cara yang agak hebat, tetapi bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian. Kami telah memeriksa senarai kami, dan agak ramai champion yang memerlukan sedikit nerf. Kami tidak mahu jadi pembawa berita malang sahaja, jadi kami telah meminta bantuan beberapa poro untuk membawa sedikit ganjaran yang flufftastik. Jika anda tidak gemarkan musim sejuk, dunia sibernetik PROJECT juga akan membuat kemunculan.

Patch ini lebih panjang daripada biasa, tetapi ia adalah patch terakhir kami untuk tahun 2021. Terima kasih kerana membaca dan terhibur dengan jenaka kami sepanjang tahun ini. Boleh dikatakan agak mencabar untuk menulisnya tetapi jangan risau, kami akan kembali pada bulan Januari dengan lebih banyak kemas kini. Jadi sementara itu, jumpa anda dalam Rift!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

BAHARU

SKIN

12162021_WRPatchNotesArticle_LOLWR_Patch26a_ProjectVayne.jpg

Akan dikeluarkan pada 22 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Bad Santa Veigar
  • Santa Braum
  • Winter Wonder Lulu

Akan dikeluarkan pada 29 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • PROJECT: Akali
  • PROJECT: Fiora
  • PROJECT: Jhin
  • PROJECT: Katarina
  • PROJECT: Vayne (Legenda)

Akan dikeluarkan pada 6 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8:

  • Blood Moon Thresh
  • Dunkmaster Darius (Legenda)
  • Steel Legion Lux

AKSESORI

Anda boleh mendapat atau membeli aksesori daripada pelbagai sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

12162021_WRPatchNotesArticle_Goodies-1.jpg

12162021_WRPatchNotesArticle_Goodies-2.jpg

Bauble: Chilly Penguin; Cyblade; No Signs of Life

Ikon: Augmented Reality

Emote: Galaxy Brain; I Didn’t Mean To!; Unimpressed; Nothing Personal; We Had A Plan!; Cheers!; Mwaha-... uh, Ho Ho Ho; Ya Did Good; Sucker!

Bingkai Ikon: Reality Disruptor

Recall: Reboot Program; Upgraded Download Speed; Wintry Mix

Bingkai Skrin Pemuatan: PROJECT: Akali; PROJECT: Jhin; PROJECT: Katarina; PROJECT: Vayne; PROJECT: Fiora

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

12162021_WRPatchNotesArticle_WRLOL_Patch26a_Newyearevent.jpg

NEW YEAR’S FLUFT

Pernahkah anda teringin melepak dengan poro? Jika ya, inilah peluang anda! Bawa sedikit Poro-Snax dan bersedia untuk beberapa ganjaran yang flufftastik!

Event New Year's Fluft akan bermula pada 25 Disember pada pukul 08:01 pagi GMT+8

12162021_WRPatchNotesArticle_LOLWR_Patch26a_PROJECTevent.jpg

PROJECT

*Berbisik* Terima kasih kerana merahsiakan godaman itu antara kita. Oleh sebab ia dirahsiakan, kami berjaya membawa PROJECT dan pelbagai kejutan bersamanya!

Event PROJECT akan bermula pada 29 Disember pada pukul 08:01 pagi GMT+8

12162021_WRPatchNotesArticle_WRLOL_Patch26a_Projectboostevent.jpg

PROJECT BOOST

Anda telah berada di dunia sibernetik selama beberapa hari, dan kini tiba masanya untuk naik taraf.

Event Boost PROJECT akan bermula pada 5 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

Akshan

Pemain Akshan memahami gaya permainannya dengan baik. Dia juga boleh berayun ke beberapa lane, disebabkan waveclear dan roam mid-gamenya yang laju. Kami akan mengurangkan sedikit kuasa daripada lonjakan early game dan mid-gamenya, jadi ini menjadikan lebih sukar untuknya meraih kemenangan.

base_stats

  • Attack asas: 58 → 52

AVENGERANG

  • Damage asas: 5/35/65/95 → 5/30/55/80

AMUMU

Kami terlalu berhati-hati dengan perubahan Amumu sebelum ini, kerana kami tidak mahu membebankannya dengan terlalu ramai kawan baharu! Kami mengembalikan beberapa statistik yang kami keluarkan sebelum ini dan memberikan Bandage Tossnya sedikit boost untuk membantu mumia ini mencari rakan dan tempatnya di Rift.

base_stats

  • Nyawa asas: 570 → 650
  • Armor asas: 30 → 35

Bandage Toss

  • Waktu Cas Semula: 17/16/15/14s → 14/13.5/13/12.5s
  • Damage Asas: 60/95/130/165 → 70/105/140/175

CAMILLE

Pemain Camille yang menguasai ketepatannya boleh mendominasi fasa laning dan mengambil alih permainan dengan roam dan penskalaannya. Kami mengurangkan kekerapan pasifnya, jadi dia perlu lebih tepat dan tegas dengan serangannya di lane.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 115

passive

  • Cooldown: 10s → 18/16/14/12s pada level 1/5/9/13

FIORA

Fiora hanya mahu mencari lawan yang layak, tetapi akhir-akhir ini dia tidak memberikan lawannya peluang yang cukup untuk pertarungan yang adil. Kami meningkatkan cooldown Riposte untuk memberikan lebih banyak peluang untuk bermain menentang kelemahannya kepada mereka yang mahu mencabarnya.

Riposte

  • Cooldown: 13/12/11/10s → 18/16/14/12s

FIZZ

Fizz suka memperdayakan lawannya dengan helah liciknya. Namun begitu, mobiliti yang tinggi dan damage burst yang kuat tampak lebih mengecewakan berbanding nakal akhir-akhir ini. Untuk mengurangkan kekecewaan dalam corak permainan Fizz, kami mengurangkan kekerapan dia boleh mengerah seluruh tenaganya, membunuh sasaran dan melarikan diri tanpa kecederaan.

Chum the Waters

  • Cooldown: 80/65/50s → 90/75/60s

JARVAN IV

Jarvan ialah pilihan fleksibel yang mempunyai gangguan konsisten yang kuat di Baron Lane dan gank kuat dari jungle. Dia kurang diberi tumpuan sebagai pilihan yang kuat untuk seketika, tetapi apabila pemain mula mengambilnya dengan lebih kerap dan mengoptimumkan buildnya, dia menjadi terlalu berkuasa, jadi kami ingin mengambil sebahagian daripada kuasa poke lane itu serta sedikit kelajuan clear junglenya.

base_stats

  • AD asas: 64 → 58

Dragon Strike

  • Damage asas: 90/150/210/270 → 80/140/200/260

KAI'SA

Daughter of the Void lebih terdedah kepada bahaya di lane sejak perubahan yang kami lakukan kepada Icathian Rain dalam patch terdahulu. Kami akan memberikan sedikit buff kepada penskalaannya untuk mengimbangi kelemahan early gamenya serta membantunya mengalahkan musuh kemudian.

ICATHIAN RAIN

  • Ratio AD bonus: 35% → 40%

SUPERCHARGE

  • Attack speed bonus: 45/50/55/60% → 45/55/65/75%

KAYLE

Kayle sepatutnya carry late game, tetapi dia juga terlalu kuat dalam early game. Penskalaannya juga terlalu baik, jadi kami menarik balik betapa kuatnya dia boleh menegakkan keadilan.

base_stats

  • Attack asas: 58 → 52
  • Attack speed setiap level: 270 → 220
  • Armor setiap level: 3.9 → 3.5

DIVINE JUDGMENT

  • Damage asas: 200/350/500 → 150/275/400

LEE SIN

Lee Sin ialah champion yang popular, dan kuat dalam permainan bertahap tinggi tetapi memerlukan sedikit pertolongan dalam permainan bertahap rendah. Kami telah memberinya sedikit buff dengan berhati-hati yang sepatutnya membantunya dalam permainan bertahap rendah, tetapi tidak akan memberi kesan kepada permainan bertahap tinggi. Dia akan menerima sedikit penambahan pada health regeneration untuk membantu dalam clear jungle dan meningkatkan damage untuk ultimatenya. Kami berharap perubahan ini akan membolehkan Lee Sin dilihat di semua peringkat permainan.

base_stats

  • Health regeneration asas: 9 setiap 5s → 10.5 setiap 5s

Dragon's Rage

  • Damage asas: 150/375/600 → 175/400/625

OLAF

Prestasi berserker Freljord ini sudah lama rendah, jadi kami memberinya sedikit boost kepada damage dan kemampuan mengejarnya.

base_stats

  • AD setiap level: 3.6 → 4.55

Undertow

  • Ratio slow: 20/25/30/35% → 25/30/35/40%

Renekton

Renekton ialah kuasa yang tidak dapat dihentikan di Baron Lane, menguasai early game dan beralih kepada ancaman mid game dengan mudah. Kami mengurangkan sedikit penskalaan dan tempoh stunnya supaya dia perlu berusaha lebih untuk mencincang lawannya.

base_stats

  • Pertumbuhan attack damage: 5.5 → 4.55

RUTHLESS PREDATOR

  • Cooldown: 12/11/10/9 → 13/12/11/10

SENNA

Senna cemerlang dalam permainan ranked dan juga permainan pro melalui penggunaan attack berbanding utilitinya. Kami mengurangkan sedikit penskalaan rangenya untuk mengurangkan ability mengenakan damage tanpa memberi lawannya peluang untuk membalas, dan sebagai ganti memberinya sedikit buff untuk melindungi sekutunya.

passive

  • Jarak attack tambahan setiap 20 soul: 25 → 15

DAWNING SHADOW

  • Jumlah Shield: 3 nyawa shield setiap soul → 4 nyawa shield setiap soul

TWISTED FATE

Sebelum ini, kami nerf Twisted Fate kerana permainan merentasi peta yang hebat serta penskalaannya yang boleh diharapkan, terutamanya di tangan pemain yang berkemahiran. Namun begitu, perubahan yang kami lakukan terlalu melampau, jadi kami akan mengubah nasib cardmaster ini dengan kad yang lebih baik.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 115

Pick a Card

  • Cooldown: 8/7.5/7/6.5s → 7/6.5/6/5.5s

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

16 Dis - 22 Dis: Brand, Corki, Draven, Fiora, Jarvan IV, Kayle, Leona, Morgana, Orianna, Rammus,

23 Dis - 29 Dis: Akshan, Alistar, Amumu, Fizz, Galio, Miss Fortune, Nunu & Willump, Riven, Soraka, Tryndamere

30 Dis - 5 Jan: Akali, Caitlyn, Camille, Graves, Jhin, Lulu, Malphite, Rakan, Rengar, Twisted Fate

6 Jan - 15 Jan: Ezreal, Gragas, Kai’Sa, Katarina, Kha’Zix, Singed, Sona, Teemo, Thresh, Yasuo