Patch Note 2.6 Wild Rift
Adakah anda ingin memperjuangkan keadilan? Menyakiti musuh anda? Atau pergi ke mana-mana sahaja yang anda suka? Kayle, Morgana dan Dr. Mundo yang dikemas kini ada di sini memberikan kepada anda cara baharu dan menarik untuk mengalahkan musuh anda, dalam apa-apa jua gaya yang anda suka. Mereka juga membawakan pelbagai kemas kini menarik bersama mereka!
Ganjaran Ranked yang baharu ada di sini, menampilkan mata wang, kedai dan pas baharu untuk memberikan lebih ganjaran bagi pendakian anda! Jika anda sudah bosan bermain menentang champion paling tidak diminati anda, kami telah sediakan lima ban dalam pemilihan champion untuk anda. Anda pasti mahu melakukan beberapa senaman ibu jari memandangkan mod Ultra Rapid Fire (URF) sedang membuat penampilan sulungnya di Wild Rift!
Akhirnya, baru seminit sejak kami membuat beberapa perubahan balance, dan kini Horizon Cup telah selesai, kami bersedia membuat kacau. Kami menunjukkan rasa sayang kepada beberapa champion yang memerlukannya, dan mengekang beberapa kuasa letupan yang terdapat di seluruh peta.
Jom tengok Pratonton Patch terbaharu ini untuk mendapat sekilas pandang perkara yang akan datang dalam minggu-minggu seterusnya.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
KAYLE, THE RIGHTEOUS
Dilahirkan kepada Aspek Targonian pada kemuncak Peperangan Rune, Kayle menghormati warisan ibunya dengan memperjuangkan keadilan di sayap api ilahi. Dia dan adik kembarnya Morgana ialah pelindung Demacia selama bertahun-tahun—sehingga Kayle merasa kecewa dengan kegagalan manusia yang berulang-ulang, dan meninggalkan dunia ini sama sekali. Namun, legenda mengatakan bahawa dia menghukum mereka yang tidak adil dengan pedangnya yang berapi-api, dan ramai yang berharap bahawa dia akan kembali pada suatu hari nanti...
Kayle akan dikeluarkan pada 3 Disember pukul 08:01 GMT+8.
MORGANA, THE FALLEN
Bercanggah antara sifat cakerawala dan kemanusiaannya, Morgana mengikat sayapnya untuk menjadi manusia, dan menimbulkan rasa sakit dan kepahitannya pada orang yang tidak jujur dan yang korup. Dia menolak undang-undang dan tradisi yang dia yakini tidak adil, dan memperjuangkan kebenaran daripada bayang-bayang Demacia—bahkan ketika orang lain berusaha untuk menindasnya—dengan membuang shield dan rantai api gelap. Lebih daripada segalanya, Morgana benar-benar percaya bahawa bahkan seseorang yang dibuang dan disingkirkan akan bangkit semula pada suatu hari nanti.
Morgana akan dikeluarkan pada 3 Disember pukul 08:01 GMT+8.
DR. MUNDO, THE MADMAN OF ZAUN
Betul-betul gila, tragedi pembunuhan kejam dan ungu yang menakutkan, Dr. Mundo merupakan seseorang yang membuat ramai rakyat Zaun berkurung dalam rumah terutamanya pada malam yang gelap. Dia kini seseorang yang mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai doktor, dia pernah menjadi pesakit di hospital gila yang terkenal di Zaun. Setelah "menyembuhkan" seluruh kakitangan, Dr. Mundo meneruskan amalannya di wad kosong yang pernah merawatnya dan mula meniru prosedur yang sangat tidak beretika yang sering dia alami sendiri. Dengan rak ubat-ubatan yang lengkap dan pengetahuan perubatan yang kosong, dia sekarang menjadikan dirinya lebih mengerikan dengan setiap suntikan dan menakutkan "pesakit" malang yang berkeliaran berdekatan dengan pejabatnya.
VGU Dr. Mundo akan dikeluarkan pada 3 Disember pukul 08:01 GMT+8. Semua pemilik terdahulu akan menyimpannya dan naik taraf skinnya, secara percuma.
CIRI BAHARU
PEMILIHAN CHAMPION
Kali terakhir kami bercakap dengan anda tentang pemilihan champion, kami memperkenalkan tiga ban dan ingin meningkatkan kepada lima ban dalam masa terdekat. Kini kami rasa kami mempunyai senarai yang cukup besar dalam Wild Rift untuk menyokong dan melaksanakan lima ban champion! Kami berharap semua orang seronok apabila dapat ban champion yang paling mereka tidak gemari.
Kami juga mengemas kini visual pemilihan champion untuk menjadikan penetapan kedudukan lebih jelas kepada semua pemain.
GANJARAN RANKED
Kemas kini yang sangat menarik untuk Ganjaran Ranked telah tiba! Kami ingin menjadikan Ranked berasa lebih bermanfaat bagi anda yang komited dengan pendakian.
Baca lebih lanjut tentang Ganjaran Ranked di sini!TREK GANJARAN MUSIM
- Sama seperti Wild Pass, tetapi untuk Ranked!
- Dapatkan Mata Musim untuk permainan Ranked yang anda mainkan
- Sistem ganjaran akan menjejaki prestasi individu dalam permainan
- Dapatkan mata dan kemajuan dengan memenangi permainan, memainkan peranan yang diberikan kepada anda, menunjukkan tingkah laku seperti ahli sukan, dan dengan hanya menjadi rakan sepasukan yang baik!
GANJARAN RANKED
- Skin Glorious untuk setiap musim kini tersedia melalui Ganjaran Musim
- Pemain Gold+ akan diraikan dengan lapisan skin untuk splash skrin pemuatan skin Glorious
- Beberapa ganjaran menarik seperti emote, bingkai profil dan banyak lagi akan disediakan
- Dapatkan Syiling Ranked dan belanjakannya di Kedai Ranked!
KEDAI RANKED
- Kedai baharu yang penuh dengan barangan baharu yang menarik dan boleh dibeli dengan Syiling Ranked!
- Skin Glorious dari musim sebelumnya akan tersedia untuk Syiling Ranked
- Akan termasuk banyak barangan baharu yang kami harap anda akan suka, seperti emote baharu untuk mempamerkan rank anda, kesan recall, gaya skin untuk skin Glorious dan banyak lagi!
SIRI GANJARAN HUJUNG MINGGU
- Setiap hujung minggu dapatkan perkembangan bonus trek Ganjaran Musim—jika anda menang
- Siri ini akan tamat selepas tiga kemenangan atau selepas 48 jam, mana-mana yang terdahulu.
RANKED Musim 4
Bercakap tentang ranked... Ranked Musim 4 telah tiba, bermula pada 5 Dis pada pukul 11:00 GMT +8! Anda bersedia untuk melakukan pendakian? Jika ya, Glorious Orianna ialah ganjaran anda! Selamat berjaya kepada semua orang yang memulakan pendakian mereka musim ini
WILD PASS Musim 4
Wild Pass baharu telah tiba! Kami boleh habiskan masa selama berjam-jam bercakap tentang semua hadiah yang anda boleh peroleh, tetapi kami ingin membiarkan anda menyemak sendiri Wild Pass untuk melihat hadiah yang menanti anda. Walau bagaimanapun; kami tidak boleh merahsiakannya lebih lama lagi dan perlu berkongsi kepada anda bahawa Hexplorer Shyvana ialah ganjaran anda untuk melengkapkan Wild Pass ini!
PEMAIN BAHARU
Adakah rakan anda berasa tak sabar-sabar ingin memberitahu sesuatu sejak mereka menonton Arcane? Mereka boleh sekarang...lebih kurang begitu! Apabila salah seorang rakan anda memuat turun Wild Rift buat kali pertama mereka akan mendapat pengalaman trek misi baharu yang dipenuhi dengan ganjaran bertemakan Jinx, yang suka meletupkan barang.
MOD BAHARU
ULTRA RAPID FIRE (URF)
Sudah tiba masanya untuk anda meregangkan ibu jari anda, kerana mod permainan baharu kami, Ultra Rapid Fire (URF) sedang membuat penampilan sulungnya! Champion mempunyai mana tanpa had dan mempunyai tempoh cooldown yang sangat dikurangkan dalam mod ini, jadi naik meriam dengan champion kegemaran anda dan bersedia untuk spam beberapa spell!
Ketersediaan URF mungkin berbeza antara rantau disebabkan proses dan keputusan ujian yang berbeza.
SKIN BAHARU
Akan dikeluarkan pada 3 Disember @ pukul 08:01 GMT+8:
- Arcane Jinx *
- Arcane Vi *
- Blade Mistress Morgana
- Corporate Mundo **
- Frozen Prince Mundo
- Hexplorer Shyvana
- Rageborn Mundo
- Viridian Kayle
Akan dikeluarkan pada 4 Disember @ pukul 08:01 GMT+8:
- Glorious Orianna
Akan dikeluarkan pada 9 Disember @ pukul 08:01 GMT+8:
- Mecha Kha’Zix
- Mecha Rengar
- Warden Jax
Akan dikeluarkan pada 15 Disember @ pukul 08:01 GMT+8:
- Crystal Rose Ezreal †
- Crystal Rose Jarvan IV †
- Crystal Rose Lux †
- Crystal Rose Sona †
* Tersedia di kedai sekarang
** Kini dalam peringkat Legenda
† Kemunculan pertama Wild Rift
AKSESORI
Anda boleh mendapat atau membeli aksesori daripada pelbagai sumber yang berlainan. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori
Bauble: Dragon You Down With Me; Common Scents; Hextech Headgear; Urf Shattering; Glazed Look; Watch for the Thorns
Ikon: Cloudbringer’s Grace; Infernal Might; Oceanic Will; The One And Only Urf; Purrfection; Welcome Welcome!; Hextech Mayhem; Crystal Rose; Angel of Mercy; Angel of Judgement; Rift Newb
Emote: (Iron-Challenger), Baby!; Don’t Bother Your Betters (Iron-Challenger); Best Buddies; Inseparable Allies; Might of Family; Perfect Partner; URFtastic!; Well Hello There; Here, For You; Crystal Clear Victory; Need A Hand?; Check Yourself; Heck Yeah!; Burn, Baby, Burn!; For Real?; Beautifully Done; Dunkmaster Darius; Just Peachy; Snowdown Snowman
Bingkai Ikon: Hexplorer Horns
Recall: Tagalong Dragon; Ringing in the New Year With A Boom!; Glorious Triumph; Crystal Petals
Emblem Pemain: S3 Challenger Banner; S3 Grandmaster Banner; S3 Master Banner; S3 Diamond Banner; S3 Emerald Banner; S3 Platinum Banner; S3 Gold Banner
Emblem Rift: KO Rift Emblem; Draconic Emblem; Hear Ye Emblem
Spawn Tag: Two Faces of Justice; Righteous Fury; Merciful Forgiveness; DenewBee
Bingkai Profil: Orianna’s Glory; Shyvana’s's Collection
Homeguard Trail: Glorious
Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang patch.
EVENT
PATH OF JUSTICE
Terokai persaingan adik-beradik Kayle dan Morgana melalui misi dan dapatkan salah satu daripada mereka secara percuma!
Event Path of Justice akan bermula pada 3 Disember pada pukul 08:01 GMT+8
ULTRA RAPID BINGO
Asah spatula anda, naik meriam dan bersiap sedia untuk menyelesaikan misi mengisi kad Bingo anda untuk mendapatkan beberapa hadiah yang menyeronokkan!
Event Ultra Rapid Bingo akan bermula pada 10 Disember pada pukul 08:01 GMT+8
CRYSTAL ROSE
Letakkan senjata anda. Bolehkah saya menari tarian ini?
Event Crystal Rose akan bermula pada 15 Disember pada pukul 08:01 GMT+8
HEXTECH MAYHEM
Main misi khas dalam permainan dan dapatkan ikon Ziggs untuk meraikan pelancaran Hextech Mayhem: A League of Legends Story, dan semua rentak hextastic Ziggs!
Event Hextech Mayhem akan bermula pada 15 Disember pada pukul 08:01 GMT+8
AMUMU
base_stats
- Nyawa asas: 650 → 570
- Regeneration mana asas: 21 → 15
Bandage Toss
- [KESAN BAHARU]: Boleh cas semula sehingga dua stack, dengan masa pengecasan semula 17/16/15/14s, dipengaruhi oleh ability haste
- Kos mana: 55/60/65/70 → 35/40/45/50
- Cooldown: 14/12/10/8s → 3s (tidak lagi terjejas oleh ability haste)
- Damage asas: 80/145/210/275 → 60/95/130/165
Despair
- Damage rata asas: 10/15/20/25 → 15/20/25/30
- Damage peratus asas: 1.1/1.4/1.7/2% → 1/1.2/1.4/1.6
Tantrum
- Nisbah slow: 30% → 20%
Curse of the Sad Mummy
- Jarak Kesan: 5 → 4.75
- Tempoh Stun: 1.5/1.75/2s → 1.5s
ASHE
base_stats
- Attack damage asas: 52 → 58
CAITLYN
ACE IN THE HOLE
- Damage asas: 300/525/750 → 200/375/550
GRAGAS
Drunken Rage
- Damage monster maksimum: 300 → 400
Explosive Cask
- Damage asas: 150/275/400 → 200/300/400
GRAVES
base_stats
- Pengganda damage critical strike asas: 140% → 130%
Quickdraw
- Cooldown: 15/14/13/12 → 16/15/14/13
IRELIA
IONIAN FERVOR
- On-hit damage: 14-70 scaling bersama level (10 + 4/level) → 10-66 scaling bersama level (6 + 4/level)
VANGUARD'S EDGE
- [BAIKI BUG] Memperbaiki bug dalam tooltip tempat tempoh dinding meningkat dengan rank ability. Ia sentiasa berterusan selama 3 saat.
JAYCE
base_stats
- AD setiap level: 3.6 → 4.55
- Armor asas: 35 → 40
TO THE SKIES! / SHOCK BLAST
- Damage asas To The Skies! (tukul): 60/105/150/195/240 → 60/110/160/210/260
- Radius kesan To The Skies! (tukul): 2.25 → 2.5
- Damage asas Shock Blast (meriam): 70/135/200/265/330 → 70/140/210/280/350
LIGHTNING FIELD / HYPER CHARGE
- Mana regeneration: 6/9/12/15/18 → 8/11/14/16/20
THUNDERING BLOW / ACCELERATION GATE
- Pengubah damage Acceleration Gate + Shock Blast: 40% → 50%
KENNEN
THUNDERING SHURIKEN
- Damage Asas: 85/140/195/250 → 75/140/205/270
ELECTRICAL SURGE
- Damage Asas: 60/95/130/165 → 60/90/120/150
MISS FORTUNE
Strut
- Movement speed bonus yang diperoleh dari semasa ke semasa: 35/45/55/65 → 50/60/70/80
Bullet Time
- Ratio AD: 75% → 85%
- Ratio AP: 20% → 25%
Nunu & Willump
CONSUME
- Cooldown: 11/10/9/8s → 12/11/10/9s
SENNA
DAWNING SHADOW
- Missile speed: 100 → 170
SORAKA
Astral Infusion
- Heal: 80/120/160/200 → 90/130/170/210
TWISTED FATE
base_stats
- Nyawa setiap level: 115 → 105
- Nyawa asas pada level 15: 2180 → 2040
Pick a Card
- Cooldown: 6/6/6/6s → 8/7.5/7/6.5s
Destiny
- Jarak teleport: 5000 → 4200
VEIGAR
base_stats
- Nyawa asas: 530 → 570
- Armor asas: 30 → 35
DARK MATTER
- Damage asas: 80/145/210/275 → 100/160/220/280
PRIMORDIAL BURST
- Damage asas: 155/230/305 → 170/240/310
XAYAH
base_stats
- Attack damage asas: 64 → 58
DEADLY PLUMAGE
- Cooldown: 19/17/15/13 → 19/18/17/16
XIN ZHAO
base_stats
- HP Asal: 610 → 650
- Armor setiap Level: 3.9 → 4.3
- Armor pada Level 15: 90 → 96
ZED
base_stats
- Armor: Dikurangkan daripada 40 → 35
Razor Shuriken
- Damage Asas: 80/130/180/230 → 70/120/170/220
ZIGGS
base_stats
- Nyawa setiap level: 115 → 105
- Nyawa pada level 15: 2180 → 2040
- Mana asas: 480 → 435
Bouncing Bomb
- Kos mana: 45/50/55/60 → 55/60/65/70
Mega Inferno Bomb
- Cooldown: 80/65/50s → 95/80/65s
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM BAHARU
BANSHEE'S VEIL
Mage kekurangan alat pertahanan yang baik, jadi kami membawa Banshee's Veil daripada League PC. Item ini akan membolehkan mage melabur dalam beberapa Magic Resist dan memberikan mereka spell shield untuk melindungi diri mereka daripada kawalan orang ramai yang menjengkelkan.
- Jumlah Kos: 3000g
- Dibina daripada Needlessly Large Rod (1400g) + Negatron Cloak (900g) + 700g
- 70 Ability Power
- 40 Magic Resist
- 10 Ability Haste
- PASIF UNIK - Annul: Memberi shield spell yang menyekat ability musuh yang seterusnya.
EDGE OF NIGHT
Untuk pemain yang sedang mencari spell shield bersama-sama dengan beberapa Armor Penetration, kami juga membawa Edge of Night daripada League PC! Item ini sangat berguna kepada seorang pembunuh upahan yang telah mencari lebih sedikit masa apabila melompat masuk ke garisan belakang.
- Jumlah Kos: 3000g
- Dibina daripada Serrated Dirk (1000g) + Jaurim’s Fist (1200g) + 800g
- 250 Nyawa
- 50 Attack Damage
- PASIF UNIK - Annul: Memberi shield spell yang menyekat ability musuh yang seterusnya.
- PASIF - Gouge: 10 Armor Penetration
HEXTECH MEGADRIVE
Item ini adalah untuk penyokong yang suka menggunakan item aktif mereka! Hextech Megadrive membolehkan anda mengurangkan cooldown item aktif anda melalui penggunaan heal dan shield anda, dan apabila anda melumpuhkan lawan.
- Jumlah Kos: 2700g
- Dibina daripada Lost Chapter (1050g) + Giant’s Belt (1000g) + 650g
- 300 Nyawa
- 200 Mana
- 35 Ability Power
- 15 Ability Haste
- PASIF UNIK - Tinker: Mengurangkan cooldown item aktif anda sebanyak 10% (cooldown 5 saat) apabila anda heal dan shield sekutu anda, dan sebanyak 15% (tiada cooldown) apabila melumpuhkan musuh anda.
IXTALI SEEDJAR
Ixtali Seedjar membawakan sesuatu yang baharu ke Wild Rift, dan membolehkan penyokong memanfaatkan tukang kebun dalaman mereka. Jelajah peta dan kumpulkan benih dengan rakan sepasukan anda supaya anda boleh menanam Honeyfruit, Scryer’s Bloom dan Blast Cones anda sendiri di seluruh peta!
- Jumlah Kos: 2500g
- Dibina daripada Chain Vest (900g) + Negatron Cloak (900g) + 700g
- 45 Armor
- 45 Magic Resist
- PASIF UNIK - Propagation: Apabila anda atau sekutu menyerang tumbuhan berdekatan, ia akan menjatuhkan benih yang hanya anda boleh lihat. Anda boleh mengambil dan menanam semula benih itu di mana-mana lokasi pada peta.
- PASIF - Spring: 5% movement speed
PERUBAHAN ITEM
ROD OF AGES
Rod of Ages telah menjadi pilihan item pertama untuk hampir semua champion Ability Power berasaskan mana dalam permainan. Stack diperoleh terlalu cepat, jadi kami memperlahankan kadar penjanaan stack untuk menjadikannya item penskalaan.
- Kadar stacking: Stack setiap 30 saat → Stack setiap 45 saat
- Masa untuk stack penuh: 300 saat (5 minit) untuk stack penuh → 450 saat (7.5 minit) untuk stack penuh
PERUBAHAN RUNE
RESOLVE: FONT OF LIFE
Untuk champion dalam peranan sokongan, Font of Life ialah pilihan keystone paling kukuh dalam kebanyakan senario. Ia berprestasi tinggi dalam pertukaran singkat dan pertarungan berpasukan yang lebih lama. Kami mengurangkan betapa senangnya Font of Life untuk pertempuran yang dilanjutkan tetapi mengekalkan kuasa sokongannya dalam momen individu bagi membezakannya dengan lebih jelas daripada Aery dan Aftershock.
- Tempoh tanda: 4s → 3s
- Cooldown: 6 saat untuk champion melee, 10 saat untuk champion ranged → 8 saat untuk champion melee, 12 saat untuk champion ranged
SOSIAL
GUILDS
Beberapa kemas kini untuk Guild dan GvG sedang dalam proses:
- Menambahkan keupayaan untuk berkongsi Guild secara langsung melalui URL
- Menambahkan ikon Guild bertemakan Arcane masa terhad
- Menambahkan tajuk pada skrin dialog untuk konteks
- Menambahkan saiz teks dialog
- Pelbagai pembetulan bug dan peningkatan QoL yang lain pada Guild dan GvG
RAKAN RAPAT
Membantu Rakan Rapat berasa lebih dekat:
- Ikon Rakan Rapat kini dipaparkan untuk persahabatan Peringkat 1
- Kesan spawn dan tag kini tersedia di persahabatan Peringkat 2 (sebelum ini Peringkat 3)
- Persahabatan Peringkat 3 kini memberikan emote dalam permainan eksklusif yang mencetuskan dalam permainan:
- Apabila seorang pemain melakukan satu kill dan yang lain membantu mereka (tercetus sekali setiap perlawanan)
- Apabila seorang pemain melakukan satu ace dan yang lain membantu mereka
- Apabila seorang pemain memusnahkan satu turret dan yang lain membantu mereka
- Menambah pilihan untuk menghidupkan pemberitahuan secara berasingan untuk Rakan Rapat (di Peringkat 2 atau lebih tinggi) dan Rakan yang dilanggan
- Pelbagai pembetulan bug dan peningkatan QoL pada Rakan Rapat
KOMUNIKASI
- Emote daripada sekutu kini boleh dilihat pada HUD anda pada setiap masa
- Menambahkan pilihan untuk mute pelbagai jenis komunikasi pemain secara berasingan daripada papan skor
KONGSI SKRIN
- Membaik pulih visual yang lebih banyak skrin perkongsian, terutamanya Guild, Ranked dan Papan Pendahulu
KAWALAN
- Pemain kini boleh menyasarkan sekutu mesra dengan kebolehan tap cast. Pilihan tambahan boleh didapati dalam menu tetapan dalam permainan.
- Menambahkan tetapan untuk menurunkan ketinggian kamera.
- Mengemas kini tetapan kunci sasaran untuk mematikan kunci sasaran sepenuhnya, membenarkan hanya tap cast.
- Menambahkan pratetap lalai kawalan baharu yang akan membantu pemain baharu mengakses set kawalan yang lebih mudah untuk mempelajari permainan. Akaun baharu akan mempunyai set ini berdasarkan pengalaman League mereka.
- Asal "Beginner" dan "Advanced" kini boleh dipilih dalam halaman tetapan kawalan
PELAPORAN
- Pengesanan kekalahan yang disengajakan dan penalti yang dipertingkatkan
TAMBAHAN
- Event kini menampilkan kiraan detik untuk memberikan lebih banyak maklumat apabila yang baharu bermula
- Mengemas kini kesan visual untuk Solari Chargeblade
- Penggunaan kuasa peranti dipertingkat dalam mod 90 dan 120fps
- Mengoptimumkan beberapa bahagian algoritma matchmaking, terutamanya untuk prabuatan dan pemain baharu
- Menambah pilihan untuk mengaktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan automatik daripada menu tetapan dalam aplikasi
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
2 Dis - 8 Dis: Lee Sin, Lucian, Katarina, Kennen, Rakan, Renekton, Shyvana, Sona, Veigar, Xayah
9 Dis - 15 Dis: Aurelion Sol, Darius, Evelynn, Jax, Lulu, Senna, Varus, Vayne, Xin Zhao, Ziggs