Patch Note 2.5 Wild Rift

NYEHEHEHE! Satu sarang penuh dengan kemas kini dengan Veigar, yordle paling kecil dan paling jahat sebagai tajuk utama. Juga dalam 2.5: Guild, peningkatan matchmaking, rework untuk jungle dan banyak lagi perubahan balance dalam persiapan untuk Horizon Cup bulan depan.

NYEHEHEHE! Apa yang hitam dan biru dan akan tunjukkan anda maksud kesakitan? Veigar, Yordle paling kecil dan paling jahat, sedang menuju ke mid lane untuk menjalankan beberapa eksperimen letupan magik, dan dia membawa bersamanya satu sarang penuh ciri-ciri yang baru ke Wild Rift juga!

Dengan Guild, anda dan komuniti anda dapat mengeratkan hubungan dengan chat, ruangan dikongsi di dalam permainan, dan cara untuk menaikkan level bersama-sama. Kemudian, manfaatkan ikatan tersebut dalam persaingan Guild lawan Guild. Jom tengok peningkatan matchmaking untuk memastikan keadaan adalah adil dalam Rift!

Akhir sekali, sejumlah perubahan balance sudah pasti akan menggegarkan meta sebelum Horizon Cup bulan depan, dan kami harap satu pandangan baru pada jungle akan memastikan gank masih berlaku.

Jom tengok diari /dev-- uhh, Pratonton Patch terbaru ini untuk mendapat sekilas pandang perkara yang akan datang dalam minggu-minggu seterusnya.



Ambil perhatian: Patch 2.5 akan dikeluarkan sedikit lewat berbanding dengan kitaran biasa. Patch balance 2.5a dijangka tiba pada 26 atau 27 Oktober (bergantung pada zon waktu).

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BARU

CHAMPION BARU

VEIGAR, THE TINY MASTER OF EVIL

LOLWR_Patch25_VeigarSplash.jpg

Seorang ahli sihir yordle yang bersemangat, Veigar telah menerima kuasa yang tidak ramai berani dekati. Sebagai penghuni Kota Bandle yang bersemangat bebas, dia pernah berhasrat untuk mempelajari lebih banyak magik cakerawala yang diamalkan oleh manusia, tetapi rasa ingin tahu semula jadinya telah terpesong apabila dia dipenjarakan di Immortal Bastion. Kini, seorang makhluk keras kepala yang boleh mengawal kemarahan bintang-bintang gelap, Veigar sering diremehkan oleh orang lain—dan walaupun dia percaya dirinya benar-benar jahat, ada yang masih mempersoalkan motivasinya yang mendalam...

Veigar akan dikeluarkan pada 15 Oktober pukul 08:01 GMT+8.

CIRI BARU

GUILD

Ciri sosial yang ditunggu-tunggu, Guild, kini tiba! Guild ialah komuniti dalam permainan untuk anda berhubung dengan pemain yang sehaluan, berkongsi berita, chat dan banyak lagi.

Baca lebih lanjut tentang Guild di sini!

LOLWR_Patch25_Guilds.jpg

MENCIPTA GUILD

  • Guild tersedia daripada akaun level 9 ke atas
  • Mencipta Guild memerlukan 200 Wild Cores atau 400 Poro Coins. Kami tambahkan kos yang kecil di sini kerana kami hendak galakkan pemain mencipta dan menyertai Guild untuk jangka masa panjang
  • Gunakan Pencari Guild untuk mencari Guild berdasarkan minat, tahap kemahiran, atau bahasa yang dikongsi bersama

MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA GUILD

  • Dalam Guild Chat... chat dengan seluruh Guild anda!
  • Dalam Suapan Guild, berikan respons kepada siaran dengan emote
  • Siarkan jemputan kepada Guild anda untuk memenuhi lobi pracipta
  • Perlahankan Guild dan calonkan Pegawai untuk bantu kekalkan keamanan

PEMERIBADIAN

  • Sebagai Ketua Guild, pilih nama, ikon, tag, label, dan penerangan untuk menunjukkan tujuan sebenar Guild anda
  • Setelah menjadi sebahagian daripada Guild, anda akan mendapat Plate Guild: nama dan ikon Guild anda muncul di beberapa tempat di Wild Rift, termasuk sepanduk profil, lobi, papan pendahulu dan banyak lagi

NAIK LEVEL DAN GANJARAN

  • Bermain dengan Guild anda memberikan Guild Point, menaikkan level Guild dengan lebih banyak pilihan penyesuaian, had keahlian yang ditingkat, dan lebih banyak faedah
  • Bermain dengan rakan Guild memberikan Poro Blessing: satu bonus kecil kepada Blue Motes dan XP akaun (lebih ramai rakan Guild yang anda bermain bersama, lebih tinggi bonus)

GUILD LAWAN GUILD

Keseronokan tidak berhenti di situ sahaja! Manfaatkan ikatan tersebut dalam satu siri persaingan bermusim terbaru, Guild lawan Guild (GvG)!

LOLWR_Patch25_GvG1.jpg

ASAS GVG

  • Satu pertandingan mingguan apabila dua Guild dipilih untuk berhadapan sesama sendiri
  • Dapatkan Bekalan untuk Guild anda dengan menyelesaikan misi komuniti—beberapa misi boleh diselesaikan secara solo, kebanyakan misi memerlukan anda berpasukan dengan rakan Guild.
  • Jumlah Bekalan terbanyak di penghujungnya akan menang GvG minggu itu!

PERTARUNGAN MINGGUAN

  • Setiap minggu, semua Guild akan dipasangkan dengan salah satu daripada dua champion dalam pertarungan minggu itu
  • Guild akan memihak kepada salah satu champion Runeterra untuk memperjuangkan perjuangan mereka, dengan dialog unik dalam permainan
  • Musim pertama GvG ini berlatarkan Piltover dan Zaun!
  • Pertarungan pertama setiap Guild ialah Latihan Pertempuran menentang Guild bot sebagai satu latihan

MISI

  • Misi diselesaikan secara terkumpul sepanjang minggu oleh keseluruhan Guild
  • Setiap misi mempunyai beberapa milestone; lebih banyak milestone diselesaikan, lebih banyak Bekalan diperolehi Guild
  • Menyelesaikan misi juga memberikan Guild Point untuk menaikkan level Guild

LOLWR_Patch25_GvG2.jpg

DILENGKAPI SENJATA DAN TIDAK BERSENJATA

  • Pada permulaan setiap minggu, semua ahli Guild akan diberi salah satu daripada dua keadaan: Dilengkapi Senjata atau Tidak Bersenjata
  • Semakin ramai pemain Dilengkapi Senjata dalam Guild pada penghujung minggu, semakin tinggi Champion Favor anda, yang akan menggandakan jumlah Bekalan anda
  • Hanya Guild dengan Champion Favor yang lebih tinggi akan mendapat boost tersebut
  • Untuk memaksimumkan markah terakhir anda, dapatkan seramai boleh ahli Guild Dilengkapi Senjata
  • Pemain Tidak Bersenjata tidak menerima Mata Trofi daripada misi, tetapi "menyimpan" Mata Trofi mereka untuk apabila mereka Dilengkapi Senjata
  • Pemain Tidak Bersenjata boleh menjadi Dilengkapi Senjata dengan bermain dengan ahli Guild Dilengkapi Senjata yang lain
  • Pemain Dilengkapi Senjata menerima ganjaran bonus apabila bermain dengan pemain Tidak Bersenjata

MENSABOTA

  • Hampir dengan penghujung minggu GvG, pasukan yang sedang kalah akan diberikan peluang untuk Mensabotaj lawan mereka
  • Sabotaj ialah jalan terakhir untuk mengurangkan jumlah Bekalan akhir lawan anda
  • Hanya pasukan pracipta dengan lima ahli Guild boleh menyumbang pada Sabotaj, yang memerlukan memenangi permainan sebagai pasukan lima orang dalam tempoh masa 24 jam
  • Pasukan yang sedang menang pula diberi peluang untuk melindungi diri daripada Sabotaj dengan kemenangan pracipta lima orang dalam tempoh 24 jam mereka sendiri

LOLWR_Patch25_GvG3.jpg

MEMENANGI GVG

  • Jumlah Bekalan terakhir akan mengambil kira misi diselesaikan Guild (termasuk sumbangan individu), Champion Favor (Guild dengan kadar Dilengkapi Senjata yang lebih tinggi), dan jumlah Sabotaj (mengurangkan Bekalan lawan)
  • Guild dengan jumlah Bekalan tertinggi akan menang GvG minggu itu!

GANJARAN

  • Dengan menyertai, memenangi, dan menyelesaikan objektif, dapatkan ganjaran unik yang eksklusif kepada Guild
  • Mata Trofi diberikan untuk menaikkan level kemajuan semusim GvG
  • Mendapat Bekalan dan/atau menang dalam Guild lawan Guild meningkatkan kedudukan Guild dalam papan pendahulu, dan menaikkan taraf Plate Guild

MATCHMAKING

Untuk mengatasi beberapa masalah matchmaking penting, beberapa peningkatan akan dilancarkan pada minggu-minggu akan datang Patch 2.5:

  • Satu algoritma matchmaking baru yang mengakibatkan sistem memberikan tumpuan lebih pada MMR (matchmaking rating: satu nombor di sebalik tabir yang menentukan seberapa baik kami fikir anda akan main dalam permainan seterusnya) daripada kedudukan. Perubahan ini akan menjadikan perlawanan lebih adil secara keseluruhan, tetapi anda akan lihat percanggahan kedudukan lebih besar dalam permainan. Ini akan dilancarkan secara beransur-ansur sepanjang Patch 2.5.
  • Untuk mengatasi percanggahan kedudukan di atas, kami menambahkan Tag Kelayakan Kedudukan di skrin pemuatan—apabila MMR seseorang pemain lebih tinggi daripada kedudukan mereka secara ketara, anda akan nampak ini di skrin pemuatan untuk lebih yakin anda dimasukkan ke dalam permainan yang sama dengan pemain yang berkemahiran serupa.
  • Kami memperkenalkan sistem latar belakang yang mengubah cara kami mencipta perlawanan dalam masa sebenar. Ia sedikit rumit, jadi sila bersabar:
    • Dalam patch 2.4 dan sebelumnya, matchmaker akan memadankan pemain hanya jika MMR dan kedudukan mereka dalam sesuatu jarak antara satu sama lain. Pada mulanya, jarak ini kecil, dan kemudiannya akan membesar sebanyak satu jumlah setiap saat, yang akan berlaku sepanjang tempoh 2 minit. Selepas itu, perbezaan Kedudukan dan MMR yang dibenarkan telah diluaskan sepenuhnya, dan sistem akan tetap dalam keadaan "diperluas" ini untuk 18 minit seterusnya untuk jumlah 20 minit kemungkinan masa pencarian. Pada masa, itu pencarian akan tamat masa dan perlu dimulakan semula. Ambil perhatian: ini bermaksud ia sentiasa lebih cepat untuk terus menunggu daripada memulakan semua pencarian dalam 20 minit itu, kerana setiap kali anda mulakan semula pencarian, anda perlu meluas semula sepanjang 2 minit.
    • Dalam patch 2.5, matchmaker bermula dengan peluasan yang ditetapkan agar sebesar atau sekecil yang diperlukan menggunakan data masa sebenar tentang pemain dalam senarai matchmaking. Sistem baru ini bertujuan memastikan setiap pemain menjumpai padanan dalam jangka masa yang munasabah, dan sebelum melebihi tempoh 20 minit. Kami berharap ia lebih menghampiri 3-5 minit pada maksimumnya. Keseluruhannya, ini bermaksud anda akan jumpa permainan yang lebih adil pada kadar yang lebih cepat.
  • Kenaikan ranked, terutamanya dalam permainan rank tinggi, sepatutnya semakin konsisten. Perubahan ini juga membaiki isu apabila pemain boleh "catapult" daripada Master kepada Challenger dengan memanipulasi kenaikan VP.

WILD PASS

Wild Pass ditingkatkan dengan ciri dan kandungan baru!

Baca lebih lanjut tentang Wild Pass yang dikemas kini di sini.

LOLWR_Patch25_WildPass.jpg

  • UI Wild Pass ditingkatkan supaya lebih mudah untuk anda melihat ganjaran yang akan anda peroleh seterusnya.
  • Dengan versi Wild Pass percuma, pemain akan mendapat ganjaran pada setiap level hingga level 50.
  • Membeli Basic atau Elite Pass akan memberi anda akses kepada misi bermusim untuk membantu meningkatkan kemajuan anda, dan lebih banyak kandungan selepas level 50. Misi bermusim ini hanya dapat diakses oleh pemain Elite Pass sebelum ini, jadi pemain Elite Pass sekarang akan memperoleh Wild Pass Boost, yang memberikan lebih banyak XP untuk setiap misi dan mempercepatkan dalam memaksimumkan ganjaran anda.
  • Menambahkan bingkai profil sebagai jenis ganjaran yang baharu!
  • Dapatkan Hexplorer Tristana apabila mencapai Level 50 pada Pass Premium atau Elite.

PENSTRIMAN TWITCH

Menambahkan ciri yang lebih memudahkan penstriman secara langsung ke Twitch. Guna butang di menu “Setting > Lain-lain” untuk pergi ke aplikasi Twitch secara langsung dan mula menyiar dengan lapisan dalam permainan!

KEUTAMAAN POSISI

Keutamaan Posisi telah ditambahkan pada permainan PvP yang tiada kedudukan! Sebelum anda mulakan perlawanan, susunkan posisi keutamaan anda (solo, jungle, mid, duo, support) daripada paling diingini kepada paling kurang diingini. Dari situ, matchmaking akan mengutamakan posisi mengikut pilihan anda sebanyak yang mungkin. Anda masih boleh mendapat mana-mana posisi tetapi sekurang-kurangnya anda boleh memilih keutamaan posisi walaupun anda tidak mendapat pilihan teratas.

Perlawanan PvP yang tiada kedudukan akan tetap dipilih secara rawak pada masa sama, dan tidak akan menampilkan ban champion.

LOLWR_Patch25_PositionPref.jpg

DRAF PERTANDINGAN

Dalam Permainan Custom, anda kini boleh memilih mod Draf Pertandingan. Draf Pertandingan menampilkan draf gaya e-sukan dengan pemilihan champion berfasa, yang mempunyai 5 ban bagi setiap pasukan dan pilihan champion bersilih ganti. Pengelola komuniti, tiba masa untuk anda menunjukkan kemahiran anda!

SET PERLENGKAPAN PAPAN PENDAHULU

Menambah ability untuk menetapkan set perlengkapan anda berdasarkan binaan oleh pemain terbaik di rantau anda. 3 pemain teratas pada setiap papan pendahulu champion akan mendapat binaan mereka ditampilkan ke dalam skrin set perlengkapan dalam pemilihan champion.

PENAMBAHBAIKAN AKHIR PERMAINAN

Aliran akhir permainan ditingkatkan:

  • Visual ditambah baik dan menyelaraskan anugerah dalam skrin EOG untuk memberikan lebih banyak fokus kepada anugerah bukan MVP/SVP
  • Menambah sihir penyeru kepada skrin EOG
  • Plat MVP kini menunjukkan skrin lobi EOG dan bukannya skrin statistik EOG
  • Visual ditambah baik dan maklumat tentang orang yang “menyukai” anda sebagai ahli pasukan dalam lobi EOG

PERINGATAN EVENT

Dalam skrin event, gunakan ikon loceng untuk memilih event yang ingin anda terima peringatannya.

SKIN

LOLWR_Patch25_LagoonDragonKaisaSplash.jpg

Akan dikeluarkan pada 15 Oktober @ pukul 08:01 GMT+8:

  • Superb Villain Veigar
  • Hexplorer Tristana

Akan dikeluarkan pada 20 Oktober @ pukul 08:01 GMT+8:

  • Eternal Dragon Brand
  • Fae Dragon Ashe
  • Lagoon Dragon Kai’Sa
  • Storm Dragon Aurelion Sol
  • Zephyr Dragon Master Yi*

* [Kemunculan pertama Wild Rift]

AKSESORI

Anda boleh memperoleh atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori!

LOLWR_Patch25_Goodies1.jpg

LOLWR_Patch25_Goodies2.jpg

LOLWR_Patch25_Goodies3.jpg

Bauble: Third Place; Not Your Best Work; Drink’s On You; Goodbye My Sweet (Strawberry); Goodbye My Sweet (Vanilla); Goodbye My Sweet (Fudge); Goodbye My Sweet (Mint); Shiny Scaled Egg, Remnant of the Dragon

Ikon: Protection of the Fae; Courage of the Lagoon; Will of the Eternal; Poise of the Zephyr; Tenacity of the Storm; Troves of the Dragon's Treasure; Malicious but Mini; Drawn to Greatness; Poro-splosion!; Lazy Times and Good Vibes; Jumping For Joy; Target Locked

Emote: O Hai!; Evil Genius, Unmatched; Heads Up!; No Monkey Business; World Championship Poro; Poro, Comin’ On Up!; I’m Watching You; Flamin’ Taunts; Yes to Success; Focused and Prepared; Away, Worm!; Think, Fam… Think!; Behold, My Grand Finale; Another Day, Another Explosion

Bingkai Ikon: The Dragon’s Eye; Right On Target

Recall: Path Upon the Clouds; BOOM

Emblem Pemain: Valor In Arms (Cobalt); Valor In Arms (Plum); Valor In Arms (Malachite); Valor In Arms (Viridian)

Emblem Rift: Rooted Victory; Smouldering Ashes; We Got This (Navy); We Got This (Indigo); We Got This (Bold); We Got This (Scarlet)

Spawn Tag: The Fae; The Eternal; The Storm; The Zephyr; The Lagoon

Bingkai Profil: Tristana Display Case

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang patch.

EVENT

VEIGAR’S ARRIVAL

LOLWR_Patch25_VeigarEvent.jpg

Gementar dalam ketakutan, kerana Tiny Master of Evil telah tiba! Selesaikan misi untuk mengaktifkannya secara percuma. *Kiu ketawa jahat*

Event Veigar’s Arrival akan bermula pada 15 Okt pada 08:01 GMT+8.

WAY OF THE DRAGONMANCERS

LOLWR_Patch25_DragonmancerEvent.jpg

Naga-naga sedang mencari champion baru. Rahmat apa yang akan anda perolehi?

Event Way of the Dragonmancers akan bermula pada 20 Okt pada 08:01 GMT+8.


PERUBAHAN CHAMPION

AHRI

Prestasi Ahri terlalu tinggi di semua tahap kemahiran, jadi kami menurunkan kuasanya secara menyeluruh.

base_stats

  • Nyawa Asas: 570 HP → 530 HP
  • Mana setiap Level: 57 → 49

Orb of Deception

  • Damage Asas (Kedua-dua Magic dan True) 40/75/110/145 → 35/70/105/140

Akshan

Kami kini mempunyai teknologi untuk menjadikan Heroic Swing Akshan terasa lebih baik apabila digunakan pada sudut mencakah (lebih dari 90°). Tambahan pula, ini perubahan kualiti hidup untuk membantu pemain Akshan membuat keputusan yang lebih baik berhubung ultimatenya.

HEROIC SWING

  • Akshan kini akan meluncur sepanjang dinding jika dia melanggarnya pada sudut mencakah (<90°) di tengah ayunan

COMEUPPANCE

  • Kini ada penunjuk yang menunjukkan musuh dalam threshold kill
  • [BUGFIX] Tooltip kini menyatakan dengan tepat bahawa tembakan akan execute minion

ANNIE

Ultimate Annie terlalu senang membenarkannya stun sasaran dari jarak jauh, dan ia terlalu mudah baginya mengenakan beberapa musuh serentak dengan satu cast. Kami mengurangkan radius dan damage cast awal Tibbers, tetapi untuk mengimbanginya, kami menarik kuasa dari (3) Molten Shield untuk buff beruang itu sendiri, dan membuatnya menjadi ancaman yang lebih besar.

Molten Shield

  • Cooldown: 12/12/12/12s → 14/13/12/11s
  • Jumlah Shield: 60/110/160/210 + 60% AP → 50/110/170/230 + 40% AP

Summon: Tibbers

  • Radius kesan: 275 → 225
  • Damage asas: Dikurangkan daripada 150/275/400 → 140/250/360
  • Radius kesan aura api Tibbers: 200 → 300
  • Damage aura api Tibbers: 20/30/40 + 10% AP setiap 1 saat → 24/40/56 + 12% AP setiap 1 saat
    • Kekerapan: Dinaikkan daripada 1 tick setiap saat → 4 tick setiap saat
  • Attack Speed Enrage Tibbers: Merosot selama 3 saat → Tidak lagi merosot

ASHE

Utiliti Ashe tidak mengenai sasaran secara umumnya, jadi kami menguatkan slow pasif Frost Archer ini untuk memberinya lebih ruang untuk kite lawannya dan menyediakan sekutunya.

passive

  • Jumlah Slow: 15 ke 25% mengikut level → 20 ke 30% mengikut level
  • Jumlah Slow Kritikal: 30 ke 50% mengikut level → 40 ke 60% mengikut level

AURELION SOL

Aurelion Sol sudah cukup lama menjadi pilihan mid lane yang selamat dan berkuasa. Kami mengurangkan Armor asasnya serta mobiliti yang dia dapat dari Celestial Expansion untuk memberi ruang kepada permainan balas yang sihat.

base_stats

  • Armor asas: 35 → 30

ASTRAL FLIGHT

  • Movement speed bonus: 40% → 30%

CAMILLE

Camille dominan di beberapa posisi untuk pemain yang berkemahiran tinggi, dan kami percaya bahawa dia mempunyai terlalu banyak fleksibiliti dalam pemilihan posisinya. Kami membuang ability untuk clear jungle dengan pantas kerana kini cast kedua Hookshot tidak lagi mengenai monster jungle. Ini juga akan melumpuhkan ability Camille mencetuskan buff attack speed Hookshot untuk membuatkan permainan junglenya lebih berisiko yang lebih mengharapkan gank untuk berjaya.

Hookshot

  • Memberikan Attack Speed dan berhenti apabila terkena champion musuh atau monster besar → Memberikan Attack Speed dan berhenti apabila terkena champion musuh

DIANA

Diana sangat hampir untuk menjadi jungler yang layak digunakan jadi kami memberinya sedikit pertolongan agar dia lebih senang berjaya.

passive

  • [BAHARU] Kini mengenakan 110% damage pada monster

FIZZ

Pemain telah memberikan maklum balas mengenai ikan ultimate Fizz yang tidak sepadan dengan hitboxnya—kami setuju! Kami membaikinya agar ia lebih sepadan dengan visual supaya kedudukannya lebih senang dilakukan.

Chum the Waters

  • Hitbox diubah agar lebih sepadan dengan visual

GALIO

Prestasi build support tank Galio sedikit tinggi di semua tahap kemahiran yang membuatkannya pilihan yang terlalu fleksibel. Kami mengurangkan sedikit kuasa (2) Shield of Durand untuk mengurangkan keberkesanan gaya permainan yang awal melabur mata ke dalamnya.

SHIELD OF DURAND

  • Damage Asas: 40/80/120/160 → 40/70/100/130

GRAGAS

Gragas ialah pilihan dominan dalam permainan profesional dan juga flex pelbagai posisi. Walaupun ia bagus apabila pemain Gragas berkemahiran menyediakan pasukan mereka dengan hentaman ke belakang yang kuat, damage (Ult) Explosive Cask terlalu tinggi dan tersedia terlalu kerap dalam permainan awal.

Explosive Cask

  • Cooldown: 80/70/60s → 90/75/60s
  • Damage asas: 200/300/400 → 150/275/400

JARVAN IV

Kombo bendera dan seret Jarvan terasa sedikit kekok jadi ia dilicinkan sedikit.

Demacian Standard

  • [BAHARU] Masa mula dash apabila menggunakan (1) Dragon Strike untuk dash ke (3) Demacian Standard dilajukan

JHIN

Jhin kini berada di tahap kuasa yang boleh diterima secara umumnya, tetapi kekuatan utilitinya sedikir kurang dari tempat kami berharap ia berada.

Deadly Flourish

  • Tempoh root: 1/1.25/1.5/1.75s → 1.25/1.5/1.75/2s

KENNEN

Kami percaya Kennen sangat hampir mempunyai kehadiran yang sihat dalam meta, tetapi dia masih belum memberikan kesan dalam permainan peringkat tinggi. Kami menguatkan fasa laning Kennen dengan meningkatkan AD asasnya serta movement speed bonus yang diperoleh dari Lightning Rush.

base_stats

  • Attack Damage asas: 52 → 58

LIGHTNING RUSH

  • Movement speed bonus: 100% → 110%

LEE SIN

Lee Sin adalah seorang jungler yang popular dan berkuasa yang agak dominan dalam permainan peringkat tinggi. Untuk mengurangkan kelajuannya menerpa sasaran, kami rework Iron Will dengan lembut agar ia bertahan untuk dua attack tetapi damage yang dikenakan setiap attack dikurangkan.

Safeguard

  • Iron Will: Empower attack seterusnya untuk mengenakan 50/75/100/125 + 80% AP magic damage dan mendapat 35/50/65/80% physical dan magic vamp → Memperkuatkan dua attack seterusnya untuk mengenakan 26/39/52/65 + 40% AP magic damage dan mendapat 16/24/32/40% physical dan magic vamp

LUX

Lux sangat hampir mencapai kedudukan yang sihat di mid. Kami menguatkan penskalaan ultimatenya untuk memberikan ganjaran kepada build AP tinggi.

Final Spark

  • Ratio AP: 0.75 → 0.85

Nunu & Willump

Tahap kuasa Nunu & Willump telah menjadi di luar kawalan selepas mereka dikeluarkan. Semakin pemain memahami the Boy and His Yeti, mereka telah menjadi ancaman bagi pemain dari semua peringkat kemahiran, jadi kami menurunkan kemandirian dan clear speednya.

base_stats

  • Armor setiap level: 3.9 → 3.5

CONSUME

  • True damage pada monster dan minion: 350/560/770/980 → 350/500/650/800
  • Pemulihan asas: 60/100/140/180 → 60/95/130/165
  • Ratio Heal HP Bonus: 9% → 8%

PANTHEON

Pantheon bergelut mencari tempat antara Baron laner yang lain dalam permainan peringkat tinggi, jadi kami mengurangkan cooldown (Ult) Grand Starfall untuk memberi pemain berkemahiran tinggi lebih banyak peluang untuk membuat permainan yang memberi kesan.

GRAND STARFALL

  • Cooldown: 120/105/90s → 110/95/80s

RIVEN

Prestasi Riven terlalu tinggi untuk beberapa peranan, jadi kami mengambil peluang ini untuk mengurangkan dua kekecewaan besar apabila bermain menentang Riven: output damage permainan awalnya dan tempoh ability defensifnya bertahan.

BROKEN WINGS

  • Damage asas: 20/45/70/95 → 15/40/65/90

VALOR

  • Cooldown: 9/8/7/6s → 10/9/8/7s

SERAPHINE

Seraphine menerima ciri kualiti hidup yang sama dengan versi PC-nya. Bermula dengan stack maksimum Echo, bermakna dia mempunyai beberapa pilihan tambahan pada level 1.

passive

  • [BAHARU] Seraphine memulakan permainan dengan stack maksimum Echo

SHYVANA

Shyvana sedikit bergelut dalam pertandingan dan ranked berkemahiran tinggi, jadi kami meningkatkan kuasa strategiknya sebagai seorang farmer kuat dan pembunuh dragon.

passive

  • Damage bonus terhadap Elemental Drake dan Elder Dragon: 20% → 25%

Burnout

  • Magic Damage asas: 25/40/55/70 setiap saat → 30/45/60/75 setiap saat

SORAKA

Soraka semakin ketinggalan di permainan perigkat tinggi selepas pusingan terakhir perubahan kami. Kami mahu dia mendapat ganjaran yang besar apabila berjaya mengenakan crowd control kerasnya.

Equinox

  • Tempoh root: 1/1.25/1.5/1.75s → 1.25/1.5/1.75/2s

TRISTANA

Prestasi Tristana terlalu rendah di semua rank menentang komposisi yang sepatutnya dia kuat terhadapnya, jadi kami mengurangkan waktu rehat serangannya agar dia kurang dihukum sepanjang permainan.

RAPID FIRE

  • Cooldown: 19/18/17/16s → 18/17/16/15s

EXPLOSIVE CHARGE

  • Cooldown: 16/15/14/13s → 15/14/13/12s

TRYNDAMERE

Konsisten merentas semua tahap kemahiran, tetapi terutamanya dalam permainan peringkat tinggi, Tryndamere bergelut sebagai laner tetapi berprestasi tinggi sebagai jungler. Patch ini, kami membuat perubahan besar dalam menyeimbangi posisinya dengan memberi Tryndamere mekanik baharu yang lebih menguntungkannya di lane berbanding dengan di dalam jungle. Akibatnya, kami juga menyeimbangi beberapa statistik dan ability untuk memastikan Trynd tidak terlalu mendapat buff di jungle. Ini perubahan besar, jadi kami akan memantau prestasinya. RAAAARGH!

base_stats

  • Attack Damage asas: 64 → 52
  • AD setiap level: 4.55 → 5.5
  • Attack speed bonus permulaan: 20% → 10%

passive

  • Crit Rate diperoleh daripada Fury: 1.6% ke 3% (berdasarkan level) dan berganda pada 100 Fury → 3.2% ke 5% untuk setiap mata Fury (berdasarkan level—dihadkan kepada Level 10)
  • Fury diperoleh daripada kill unit dengan attack: 10 → 15
  • [BAHARU] Menyerang champion memberikan 50/55/65/75% (berskala dengan rank ultimate) attack speed selama 5 saat (cooldown 6 saat selepas attack speed hilang)

Bloodlust

  • Jumlah heal setiap mata Fury: Ditingkatkan daripada 0.5/1.1/1.7/2.3 HP → 0.7/1.3/1.9/2.5 HP

Mocking Shout

  • Jumlah Slow: 30/40/50/60% → 20/30/40/50%

Undying Rage

  • [BAHARU] Pasif: Meningkatkan Attack Speed bonus Battle Fury kepada 55/65/75% berdasarkan Rank Ability

Wukong

Clear speed jungle Wukong terlalu laju, jadi kami membuang ability menggandakan damage terhadap monster besar untuk clearnya. Ambil perhatian: Tooltip telah menyatakan dengan salah bahawa pasif ini boleh stack pada apa-apa unit, sedangkan ia hanya stack pada champion dan monster besar.

passive

  • Stack pada champion musuh atau monster besar → Stack pada champion musuh atau monster epik

ZIGGS

Ziggs terlalu kuat pada pertengahan permainan apabila dia boleh mengacau lawan dan berpusing keliling peta untuk memusnahkan turret dengan bebas. Kami mengembalikan lengkung damage asas pasifnya agar ia lebih lemah di pertengahan permainan, tetapi bermula dengan nilai yang sama dan berskala ke nilai yang sama pada level 15.

passive

  • Damage asas: 20/30/40/50/60/70/80/90/100/110/120/130/140/150/160 → 20/25/30/35/43/51/59/67/79/91/103/115/130/145/160

PERUBAHAN ARAM

LOLWR_Patch25_ARAM.jpg

SCRYER’S BLOOMS

Scryer's Bloom kini muncul dia Howling Abyss untuk meninjau musuh dan unit dalam bush lane!

CANNON MINIONS

Disebabkan perubahan di atas, cannon minion kini tidak memberikan penglihatan sebenar terhadap unit invisible dan perangkap. Untuk Wild Rift, kami berasa bahawa penglihatan cannon minion secara keseluruhannya tidak optimum, jadi sistem penglihatan baru ini bermakna anda boleh menggunakan Scryer's Bloom untuk meninjau perangkap, dan bukannya terpaksa mengiring cannon minion sepanjang lane.


PERUBAHAN GAMEPLAY

SISTEM

BUFF SEKUTU

Untuk mengelakkan salah cast, ability yang buff sekutu kini tidak boleh menyasarkan klon. Ini termasuk:

  • Annie: (3) Molten Shield
  • Soraka: (2) Astral Infusion
  • Janna: (3) Eye Of The Storm
  • Lulu: (3) Help, Pix!

GRACEFUL CHARITY

Setelah mengkaji kesan perubahan kami terhadap pemerolehan emas sejak tahun lalu, kami merasakan bahawa kami telah mengurangkan terlalu banyak gold daripada peranan support. Kami akan buff mekanik gold pasif Graceful Charity dari Patch 2.4 yang sepatutnya membolehkan kami mengasingkan buff kepada posisi support sahaja.

  • Masa permulaan gold pasif bonus: 5:00 → 4:00
  • Gold bonus setiap saat: 1G → 2G

SUMMONER SPELL: FLASH

Kami membuatkan Flash berinteraksi secara lebih konsisten dengan ability dash ‘skillshot’ bukan ultimate (dash yang tidak menuju sesuatu sasaran). Dalam patch 2.5, Flash akan membatalkan kebanyakan ability dash tetapi masih mengaktifkan atau membawa kesan mereka ke kawasan flash tersebut (cth. Flash semasa cast ketiga Broken Wings Riven akan mengenakan knockup di kawasan baru itu).

Beberapa ability dash tidak membenarkan Flash digunakan semasa animasinya dan itu tetap tidak akan berubah. Perubahan ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pemain berkemahiran tinggi menggunakan champion seperti Riven, Renekton, Fiora, dll.

  • Menggunakan Flash semasa ability dash ‘skillshot’ membatalkan ability tersebut dan kesannya → Menggunakan Flash semasa ability dash ‘skillshot’ mengenakan damage dash itu atau kesannya di kawasan flash tersebut

ITEM

ITEM TAHAP 3

Kami membuang ability pemain untuk membeli beberapa salinan item Tahap 3 yang sama. Untuk penjelasan, ini bukan cara biasa kebanyakan pemain bermain, tetapi ia boleh menjadi perangkap untuk pemain baru kerana pasif item dengan nama yang sama tidak akan stack. Selain itu, jika build yang optimum melibatkan pembelian beberapa salinan satu item, ia mungkin tidak terlalu sihat secara keseluruhannya—jadi kami menambahkan sekatan ini supaya setiap item perlu unik untuk setiap build.

  • Pemain mampu membeli beberapa salinan item Tahap 3 yang sama → Mereka tidak boleh berbuat sedemikian

ITEM ENERGIZED

Kami mengemas kini item Energized untuk memberikan ganjaran kepada pemain yang melabur pada mereka dengan membenarkan damage Energized stack.

  • Kircheis Shard, Rapid Firecannon, Stormrazor
    • Magic damage bonus Energized Attack kini stack dengan pasif item Energized yang lain
  • Statikk Shiv
    • Magic damage bonus Energized Attack kini stack dengan pasif item Energized yang lain
    • Menjelaskan bahawa bahagian individu magic damage bonus Energized attack Statikk Shiv boleh critical strike

PROTOBELT ENCHANT

Umumnya apabila pemain menggunakan kesan aktif Protobelt semasa ability dash, tujuannya adalah untuk memanjangkan jarak serangan atau melarikan diri mereka. Dalam patch sebelum ini, aktif Protobelt membatalkan dash semasa, jadi kami mengubahn dash untuk menunggu sehingga akhir animasi dash itu. Perubahan ini akan membuatkannya lebih senang menggabungkan aktif Protobelt dengan ability yang lain untuk kombo yang tidak memerlukan kejituan masa menekan butang.

  • Menggunakan Protobelt Enchant semasa dash akan mengaturkan kesannya supaya berlaku selepas dash selesai

JUNGLE

Selepas memerhatikan posisi jungle sepanjang tahun lepas, kami membuat sejumlah perubahan bertujuan untuk membuatkan jungle kurang sibuk untuk dimainkan dan mengurangkan kemungkinan strategi tidak sihat seperti mencorong gold. Secara keseluruhan, kami menjangkakan perubahan akan menjadi nerf kecil untuk jungle, kerana pada masa ini ia merupakan posisi dengan kesan tertinggi di Wild Rift.

LOLWR_Patch25_Jungle.jpg

SMITE

Kami melihat mencorong gold meningkat dari segi kelaziman, dan ini bukan strategi yang sangat sihat secara keseluruhannya. Kami membuat Smite lebih kuat di dalam jungle dan lebih lemah di lane.

  • [BAHARU] Melengkapkan Smite memberikan 20% gold tambahan daripada monster
  • Gold minion/Penalti XP: -20% → -25%

MONSTER JUNGLE

Bersama perubahan Smite ini, kami menyesuaikan gold monster jungle untuk memastikan jungler tetap sama kekuatannya dengan posisi lain. Kadar respawn juga disesuaikan kerana kami terasa bahawa camp itu sendiri respawn terlalu laju, menyebabkan terlalu banyak situasi konflik apabila seorang jungler harus memilih antara farming bersungguh-sungguh atau ganking.

WAKTU SPAWN

  • Masa respawn monster kecil/besar: 90s → 105s

BOUNTY

  • Bounty Greater Murk Wolf: 100G → 90G
  • Bounty Ancient Krug: 80G → 60G
  • Bounty Large Raptor: 70G → 60G
  • Bounty Small Raptor: 30G → 25G
  • Bounty Gromp: 140G → 130G
  • Bounty Rift Herald: 300G → 250G
  • Bounty Rift Scuttler: 120G → 100G
  • Bounty Red Brambleback: 140G → 130G
  • Bounty Evolved Red Brambleback: 220G → 180G
  • Bounty Blue Sentinel: 140G → 130G
  • Bounty Evolved Blue Sentinel: 220G → 180G

BARON NASHOR

Buff Baron terasa kuat dalam ability mencekik sesuatu permainan. Pada masa yang sama, ia juga spawn agak awal dalam permainan dan selalu dielakkan kerana pasukan tidak mahu mengambil risiko itu. Kami nampak peluang untuk memadankan masa spawnnya lebih hampir dengan aliran permainan purata dengan menolak masa spawn dan mengurangkan kekuatannya untuk meningkatkan kemungkinan kebangkitan kembali.

  • Waktu spawn pertama: 10 minit → 13 minit
  • Damage bonus minion diperkuatkan Baron: 40% → 20%

RIFT HERALD

Dengan penambahan masa spawn pertama Baron, kami juga nampak peluang memperkenalkan kepentingan strategik Rift Herald dengan membenarkannya respawn jika dia diambil awal dalam permainan—mengambil semua cadangan daripada nama rakan Shelly.

  • [BAHARU] Rift Herald kini boleh respawn selepas 4 minit
  • Masa lalai despawn Rift Herald: 9:00 → 12:00
  • Damage charge Rift Herald pada struktur: 200% AD + 20% HP → 1500 + level champion yang menyerunya × 50
  • Damage sendiri Rift Herald ketika charge: 100% AD + 10% HP → 70% HP semasa

KOMUNIKASI DAN SOSIAL

  • Ping, chat, dan emote kini berkongsi cooldown spam yang sama
  • Membesarkan kawasan pengaktifan roda emote
  • Kesan hidup semula dan Zonya's Enchant kini mempunyai bar cooldown yang hanya boleh dilihat oleh sekutu
  • Chat teks dalam permainan kini dilebarkan sedikit
  • Menambah ability pemain berkongsi URL unik untuk mengajak rakan mereka bermain Wild Rift dan menambah mereka sebagai rakan dalam permainan
  • Menambah ping cooldown ability kepada panel ping/komunikasi dalam permainan utama

KAWALAN

  • Untuk champion melee, kepekaan menekan butang attack untuk memilih champion musuh diluar jarak attack melee anda dipertingkatkan. Perubahan ini bermaksud champion melee akan perlu bergantung pada butang minion dengan lebih kerap untuk farm dalam lane. Kami akan mengawasi maklum balas anda mengenai perubahan ini dan akan menawarkan tetapan baru sekiranya cukup banyak pemain terasa sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi kami mengharapkan penyesuaian ini dapat menyelesaikan lebih banyak masalah daripada yang dihasilkan kerana ia akan mengurangkan kemungkinan champion melee menyerang minion yang lalu secara rawak ketika mengejar musuh.
  • Apabila tetapan ‘Dash ke Arah Pergerakan’ dihidupkan, tap cast ability dash tanpa input move stick kini dash ke arah sasaran dan bukan ke arah champion pemain itu sedang menghala.
  • Kami telah membuat penyesuaian umum untuk membuatkan seretan tidak sengaja ketika menekan dengan pantas semakin kurang kemungkinannya untuk berlaku.
  • Kami meningkatkan saiz maksimum butang ability untuk membantu pemain drag-aim pada ability dengan jarak yang lebih jauh dan mempunyai penalaan yang lebih luas untuk kepekaan seret.
  • Menambah maklum balas sentuhan untuk kedai dan kawasan lain untuk Android dan iOS.

KEDAI

  • Menambah titik kuning untuk Kedai, yang akan muncul apabila ada kandungan baru tersedia.
  • Pemain kini diberi satu kali peluang untuk memilih 1 dari 5 skin selepas mereka membeli Wild Cores (seberapa banyak jumlah pun) untuk pertama kali selepas Patch 2.5

TAMBAHAN

  • Visual skrin kongsi sosial ditingkatkan
  • Model dan splash Thresh dikemas kini agar lebih sepadan dengan visualnya dalam Thresh Unbound: Satu Malam di Inn
  • Mengoptimumkan patch pada Android untuk mengurangkan saiz muat turun setelah mengemas kini ke versi baru
  • Aliran yang dikemas kini untuk pemain baru, dengan misi yang berkaitan dengan pemain baru
  • Membuat penyesuaian pada tutorial kedua, menambahkan Target Lock dan maklumat mengenai jungle agar pemain baru mengetahui lebih banyak mengenai Wild Rift lebih awal dalam beberapa permainan pertama mereka

    ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

    14 - 20 Okt: Ahri, Draven, Jarvan IV, Renekton, Rengar, Riven, Senna, Sona, Xayah, Yasuo

    21 - 27 Okt: Camille, Kha’Zix, Lee Sin, Lucian, Nami, Orianna, Singed, Thresh, Vayne, Ziggs