Wild Rift Patch Note 2.4d

Baki patch terakhir untuk kitaran 2.4 menangani dominasi Zed dan terdapat perubahan yang akan datang untuk beberapa sokongan kami yang menyimpang: Blitzcrank, Thresh, dan Senna. Kami tidak akan membuat perubahan besar untuk balance patch terakhir ini sebelum pengeluaran 2.5 pada bulan Oktober!

Baki patch terakhir untuk kitaran 2.4 menangani dominasi Zed dan terdapat perubahan yang akan datang untuk beberapa sokongan kami yang menyimpang: Blitzcrank, Thresh, dan Senna. Kami tidak akan membuat perubahan besar untuk balance patch terakhir ini sebelum pengeluaran 2.5 pada bulan Oktober! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

PERUBAHAN CHAMPION

BLITZCRANK

Walaupun tank support lain telah melihat kemenangan dari buff 2.4c ke Zeke's Convergence, prestasi Blitzcrank masih di bawah jangkaan, terutamanya untuk pemain yang mahir. Kami akan mengurangkan kos dan menguatkan kuasa alat pergerakan Blitzcrank untuk memberi pemandu robot yang mahir lebih banyak ruang untuk menguasai.

Overdrive

  • Mana: 75 → 50
  • Bonus movement speed: 70/75/80/85% → 75/80/85/90%

DR. MUNDO

Mundo sangat dominan di jungle, jadi kami memperlambat kelajuan clearnya serta health regen yang dia terima dari (Ult) Sadism. Kami juga meningkatkan health regen setiap levelnya untuk memastikan dia pilihan yang baik untuk Baron Lane.

base_stats

  • Health regen setiap level: 0.81 → 1.07
    • Health regen pada level 15: 21 → 24

INFECTED BONESAW

  • Damage maksimum vs monster: 270/330/390/450 → 125/200/275/350

MAXIMUM DOSAGE

  • Jumlah health regen: 60/85/110% → 50/75/100%

SENNA

Champion marksman lain tidak dapat menandingi Senna di tahap permainan Elite pada masa ini kerana penskalaannya yang kuat dengan stack Mist. Untuk menjadikannya sejajar dengan marksmen yang lain, kami mengurangkan kadar Mist Wraith spawn ketika Senna membunuh minion.

passive

  • Kadar spawn Mist Wraith dengan pembunuhan minion: 7% → 3%

THRESH

Kami telah buff Thresh dengan berhati-hati dari semasa ke semasa kerana takat kemahiran permainannya yang tinggi, tetapi prestasinya masih di bawah jangkaan kami. Kami memberinya sebab yang lebih besar untuk mengumpul soul dengan basic attack damage tambahan.

FLAY

  • (Pasif) Bonus basic attack damage diberikan kepada setiap soul: 1 → 2

XAYAH

Keadaan agak sukar untuk Xayah sejak beberapa patch ini, terutamanya dengan perubahan pada metagame Dragon Lane dan nerf kepada sinerginya dengan Rakan. Kami memberinya sedikit AD setiap level untuk memperkuat damage sepanjang permainan, terutamanya dalam permainan selanjutnya yang dia sepatutnya mendapat lebih banyak kejayaan.

base_stats

  • Attack Damage setiap level: 2.65 → 3.6
    • Attack Damage pada level 15: 102 → 115

ZED

Prestasi Zed terlalu tinggi, walaupun ketika shurikennya tidak mengenai sasaran. Kami mengurangkan damagenya yang konsisten untuk membuatkan kejayaan Zed lebih kepada mengenakan spell yang tepat pada masa yang tepat.

Shadow Slash

  • Damage asas: 70/105/140/175 → 70/100/130/160
  • Ratio AD bonus: 80% → 70%

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

30 Sep - 6 Okt: Diana, Evelynn, Gragas, Irelia, Kai’Sa, Katarina, Kennen, Rakan, Thresh, Tristana

7 - 13 Okt: Alistar, Aurelion Sol, Braum, Darius, Ezreal, Fiora, Graves, Jhin, Seraphine, Shyvana