Patch Note 2.4c Wild Rift

Senyapnya... mungkin terlalu senyap. Beberapa perubahan keseimbangan untuk segelintir pembawa masalah dan juga pengenalan High Noon Lucian dan Senna ke senarai skin yang telah lama ditunggu-tunggukan.

Ayuh, rakan-rakan! Ambil pistol terbesar anda dan letakkan di pinggul masing-masing kerana High Noon sudah tiba, dan ini masa terbaik untuk memburu syaitan. Kami sedang mengumpulkan beberapa pembawa masalah kami dengan perubahan keseimbangan yang bertujuan untuk mengekang peningkatan kuasa mereka yang berlipat ganda, dan berserta pengeluaran Nunu dan penetapan ARAM, sudah cukup bola salji dalam permainan buat masa ini. YEE, dan ingin kami tambahkan: HAW. Selamat datang ke patch 2.4c!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

SEP 22 HOTFIX

BRAND

Brand telah menjadi kuasa penindas di lorong tengah sejak keluarannya, jadi kami sedang mengurangkan daya tahan hidupnya secara keseluruhan dan melaraskan kuasa damage utamanya. Kelajuan awal ultimate Brand juga dikurangkan untuk memberi pemain lawan lebih ruang untuk bermain dengan ability tersebut.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 115 → 95
  • (Nyawa pada level 15: 2220 HP → 1860 HP)
  • Armor setiap level: 4.7 → 3.9
  • (Armor pada level 15: 116 → 105)

PILLAR OF FLAME

  • Damage: 75/135/195/255 + 60% AP → 70/125/180/235 + 55% AP
  • Damage bonus Ablaze: 25% → 30%

CONFLAGRATION

  • Damage: 70/100/130/160 + 45% AP → 60/90/120/150 + 40% AP

PYROCLASM

  • Kelajuan projektil: 1600 unit setiap saat → 600 unit setiap saat
  • Pecutan projektil: 0 unit setiap saat → 500 unit setiap saat

TERBAHARU

SKIN BAHARU

9142021_LOLWR_Patch24cArticle_HighNoonLucian.jpg

Akan dikeluarkan pada 23 September @ pukul 08:01 GMT+8:

  • High Noon Lucian
  • High Noon Senna

AKSESORI

Anda boleh memperoleh atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkannya!

9142021_LOLWR_Patch24cArticle_Accessories.jpg

Bauble: Town's Not Big Enough

Emote: C’mere, You!; Thank Ya Kindly

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang patch.

PERUBAHAN CHAMPION

Lucian

Setelah Lucian dan item asasnya terkena nerf, dia kini telah menjadi terlalu lemah. Kami akan mengembalikan sedikit kuasa pada nyawa dan dashnya untuk meletakkannya dalam keadaan yang lebih stabil.

base_stats

  • Nyawa: 570 HP → 610 HP

RELENTLESS PURSUIT

  • Cooldown: 23/20/17/14s → 22/19/16/13s

RAMMUS

Prestasi Rammus terlalu tinggi selepas set perubahan terakhir kami yang bertujuan untuk meningkatkan clear jungle awalnya tanpa membuatnya terlalu berkuasa. Terus mengikut arah yang sama, kami akan mengurangkan penskalaan damage PvP Rammus (lagipun, dia tank) tetapi meningkatkan damage bonusnya pada monster untuk memastikan tahap kuasa clearnya tetap sama.

POWERBALL

  • Damage: 105/150/195/240 → 110/140/170/200

DEFENSIVE BALL CURL

  • Ratio damage Armor pasif: 10% → 8%
  • Ratio damage Armor aktif: 15% → 12%
  • Damage bonus kepada monster: 150% → 175%

RENGAR

Early game Rengar terlalu kuat pada masa ini. Kami akan melemahkan early gamenya supaya ia tidak terlalu mudah untuk melipatgandakan kuasanya seperti dahulu.

base_stats

  • Armor: 45 → 40
  • Attack Damage: 70 → 64

SONA

Sejak kebelakangan ini, Sona telah mencapai semua nota-nota tinggi, tetapi daripada mempengaruhi kemampuan supportnya, kami berpendapat bahawa mengurangkan pengenaan damagenya akan lebih sesuai dengan identiti utilitinya. Kami juga akan meningkatkan cooldown ultimatenya sedikit untuk memberi lawannya lebih ruang untuk bernafas semasa menangani ultimatenya yang mampu mengubah perlawanan.

Hymn of Valor

  • Damage aktif: 40/80/120/160 → 40/75/110/145
  • Ratio AP aktif: 50% → 40%
  • Ratio damage bonus AP aura sekutu: 30% → 20%

Crescendo

  • Cooldown: 90/75/50s → 100/80/60s

TEEMO

Prestasi Teemo terlalu tinggi secara menyeluruh. Dia akan mendapat nerf umum kepada pertahanannya untuk membuatnya lebih lembik.

base_stats

    • Regen nyawa: 7.5 → 6
    • Nyawa setiap level: 115 HP → 105 HP
    • (Nyawa pada level 15: 2180 HP → 2040 HP)
    • Armor: 35 → 30
    • Armor setiap level: 4.3 → 3.9
    • (Armor pada level 15: 96 → 85)

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

ZEKE’S CONVERGENCE

Kami sedang melihat prestasi enchanter secara keseluruhannya mengaburi prestasi kebanyakan item tank support yang lain serta Zeke's menjadi pembelian yang biasa tetapi hanya menunjukkan win rate yang rendah untuk kelas tank support. Zeke's akan menerima buff sederhana untuk melihat sekiranya kami dapat mengubah meta ke ruang yang lebih sihat untuk kelas support secara keseluruhannya.

  • Jumlah kos: 2800G → 2700G (Kos gabung: 900G → 800G)
  • Slow Frostfire Covenant: 40% → 50%
  • Magic damage setiap saat Frostfire Covenant: 40 → 60

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

16 Sep - 22 Sep: Corki, Galio, Leona, Pantheon, Rammus, Sona, Tryndamere, Vayne, Xin Zhao, Zed

23 Sep - 30 Sep: Akshan, Brand, Lulu, Malphite, Nunu & Willump, Olaf, Soraka, Twisted Fate, Varus, Wukong