Patch Note 2.4b Wild Rift

Selamat Datang ke Patch 2.4b dan event Frost and Flame membawa dua champion baharu ke Rift dan memberi inspirasi kepada pelbagai kemas kini keseimbangan.

Event Frost and Flame kini tiba bersama dua champion baharu yang mewakili elemen saingan. Sejukkan diri bersama Nunu & Willump atau hangatkan keadaan bersama Brand! Bersedia untuk kemas kini balance yang dingin dan hangat untuk champion serta item. Selamat Datang ke Patch 2.4b – patch yang penuh wap.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

TERBAHARU

CHAMPION BAHARU

BRAND, THE BURNING VENGEANCE

083121_BrandClassicWildRift_Image.jpg

Sebelum ini merupakan seorang suku puak bernama Kegan Rodhe di Freljord yang dingin, makhluk yang dikenali sebagai Brand ialah pedoman untuk melawan godaan yang berkuasa tertinggi. Dalam pencarian salah satu World Rune legenda, Kegan telah membelot rakan-rakannya dan merampas Rune tersebut untuk dirinya sendiri-dan, dalam sekelip mata, lelaki itu hilang dari muka bumi. Jiwanya habis terbakar, manakala badannya menjadi pembawa nyalaan hidup, Brand kini merantau di Valoran untuk mencari Rune yang lain, bersumpah untuk membalas dendam atas kesalahan yang tidak mungkin dia alami selama hayatnya ketika masih hidup.

Brand akan dikeluarkan pada 9 September pukul 08:01 GMT+8.

NUNU & WILLUMP, THE BOY AND HIS YETI

083121_NunuClassicWildRift_Image.jpg

Satu masa dahulu, hidup seorang kanak-kanak lelaki yang ingin membuktikan bahawa dia seorang wira dengan membunuh raksasa yang menakutkan—sebaliknya, dia mendapat tahu bahawa binatang itu, seekor yeti yang sunyi dan ajaib, hanya memerlukan seorang kawan. Terikat bersama oleh suatu kuasa kuno dan juga rasa cinta terhadap bebola salji, Nunu dan Willump kini berkeliaran sekitar Freljord, memberikan nafas kepada pengembaraan khayalan. Mereka berharap mereka dapat menemui ibu Nunu di luar sana. Sekiranya mereka dapat menyelamatkannya, mungkin mereka akhirnya akan menjadi hero...

Nunu & Willump akan dikeluarkan pada 9 September pukul 08:01 GMT+8.

SKIN

083121_WukongJadeDragonWildRift_Image.jpg

Akan dikeluarkan pada 2 September @ pukul 08:01 GMT+8:

  • Jade Dragon Wukong
  • Gatekeeper Galio
  • Popstar Ahri

Akan dikeluarkan pada 9 September @ pukul 08:01 GMT+8:

  • Arclight Brand
  • Spirit Fire Brand
  • Grungy Nunu & Willump
  • Zombie Slayer Nunu & Willump

AKSESORI

Anda boleh memperoleh atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori tersebut!

083121_Patch24bGoodies_Image.jpg

Bauble: Dumpster Fire, I’m Just Warming Up

Ikon: Branded, Yeti of the Tales

Recall: Fire and Ice

Bingkai Ikon: Elemental Differences

Emote: Proud of Myself, Wakey Wakey

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

083121_EventFrostandFlame_Image.jpg

FROST AND FLAME

Dua orang anak watan Freljord—seorang yang berkawan dengan raksasa dan seorang lagi yang menjadi raksasa. Dua elemen berkuasa—yang pertama digunakan untuk mencipta, yang kedua untuk memusnah. Selesaikan misi harian untuk memperoleh token yang dapat digunakan dalam kedai event untuk ganjaran unik!

Event Frost and Flame akan bermula pada 9 September pukul 08:01 GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

AHRI

The Ninetailed Fox akan menerima bugfix yang kecil yang akan mempengaruhi tahap kekuatannya, tetapi jangan risau. Kami tidak menyangka dia memerlukan pampasan kerana perubahan beberapa item lain.

Fox-Fire

  • [BUGFIX] Movement speed akan merosot sepanjang tempoh dengan betul.

AKALI

Akali menunjukkan prestasi yang terlalu baik dalam Baron lane. Kami akan mengurangkan kuasa pasifnya untuk menyukarkannya mendahului dalam fasa laning, dan lebih sukar baginya untuk mengejar musuh ketika permainan sudah lanjut. Seorang ninja harus dicabar.

passive

  • Movement speed: 50% → 30%
  • Damage asas: 40-180 → 28-140

Akshan

Akshan pada masa ini hanya tampak hebat tetapi sebenarnya tidak, terutamanya dengan build crit. Kami akan menaikkan damage output asasnya dan memberinya sedikit penskalaan crit untuk membantunya dalam late game.

AVENGERANG

  • Damage asas: 5/30/55/80 → 5/35/65/95

HEROIC SWING

  • [BAHARU] Tembakan kini boleh critical strike untuk 150% damage

COMEUPPANCE

  • [BAHARU] Damage setiap detik meningkat mengikut crit chance, sehingga 50% pada 100% crit: (20/25/30 + 12.5% AD) x (1 + 50% Critical Rate) - (80/100/120 + 50% AD) x (1 + 50% Critical Rate)

GRAGAS

Gragas menimbulkan terlalu banyak keriuhan di Rift, terutama pada tahap permainan tertinggi. Kami menurunkan sedikit utiliti dan kuasa yang dimilikinya, memberi lawannya peluang untuk melawan balik.

base_stats

  • Armor setiap level: 4.7 → 4.3
    • 106 di tahap 15 → 101 di tahap 15

Barrel Roll

  • Damage asas: 80/130/180/230 → 65/120/175/230
  • Slow: 40/45/50/55% → 30/35/40/45%

Drunken Rage

  • Cooldown: 4.5s → 5s

KATARINA

Kemampuan Katarina untuk tidak mengendahkan damage bersama mobiliti dan output damage yang tinggi telah menjadi sumber kekecewaan untuk pemain midlane yang menentangnya. Kami akan mengurangkan nyawa asasnya untuk menjadikan Sinister Blade ini lebih mudah diserang pada fasa awal laning.

base_stats

  • Nyawa asas: 650 → 570

KENNEN

The Heart of the Tempest terlalu lembut dan memerlukan satu kejutan. Kami akan memberikannya beberapa bonus kecil untuk menaikkan kuasanya ketika laning. Ini sepatutnya akan menggegarkan kehadiran Kennen di Baron lane.

THUNDERING SHURIKEN

  • Damage asas: 75/130/185/240 → 85/140/195/250

ELECTRICAL SURGE

  • Damage bonus on-hit: 10/20/30/40 + 60% Bonus AD + 20% AP → 25/35/45/55 + 70/80/90/100% Bonus AD + 25%AP

LIGHTNING RUSH

  • Attack speed bonus: 40/50/60/70% → 50/60/70/80%

KHA'ZIX

Void Reaver terlalu dominan sebagai pemangsa. Selain damage yang tinggi, nyawanya terlalu tinggi apabila tiba masa untuk gank buruannya. Kami akan mengurangkan pemulihan Kha'zix dan menurunkan damage (1) Taste Their Fear. Perubahan ini akan menambahkan risiko ketika dia melakukan gank dan memberi permainan yang lebih adil untuk mangsanya.

base_stats

  • Health regen asal 9 → 7.5

TASTE THEIR FEAR

  • Damage asas: 60/95/130/165 → 50/85/120/155

VOID SPIKE

  • Pemulihan: 55/90/125/160 → 40/75/110/145

MASTER YI

Prestasi Master Yi terlalu tinggi semenjak buff terbaharunya dan sinerginya dengan item-item baharu (seperti Navori Quickblade) terlalu kuat. Kami akan mengurangkan kuasa yang diperolehnya daripada Patch 2.4a untuk memastikan Wuju Blademaster ini berlawan dengan adil.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 115 → 105

Wuju Style

  • True damage bonus: 25/40/55/70 → 22/34/46/58

Highlander

  • Cooldown: 75/60/45s → 80/70/60s

RAKAN

Rakan dan Xayah benar-benar pasangan kuasa di Dragon Lane; namun, keselamatan yang diberi pada Xayah oleh (3) Battle Dance Charmer ini terlalu tinggi. Untuk mengurangkan kekecewaan berhubung interaksi ini, kami menurunkan pengganda shield bonus pada Battle Dance ketika digunakan pada Xayah dan memberi Rakan beberapa buff agar dia seiring dengan support yang lain.

GRAND ENTRANCE

  • Damage asas: 70/140/210/280 → 80/150/220/290

BATTLE DANCE

  • Jumlah shield bonus apabila digunakan pada Xayah: 200% → 125%

THE QUICKNESS

  • Movement speed: 50% → 60%

SORAKA

Starchild mengganggu terlalu banyak urusan fana sejak buff terbaharunya tanpa mengambil risiko yang secukupnya. Kami akan melemahkannya sedikit agar dia berfikir dua kali sebelum meluru untuk menyelamatkan sekutunya.

Starcall

  • Tempoh buff Rejuvenation pada diri: 4s → 2s
  • Jumlah pemulihan Rejuvenation: 72/90/108/126 + 45%AP → 50/70/90/110 + 35%AP

Astral Infusion

  • Tempoh buff Rejuvenation pada sekutu: 4s → 2s

THRESH

Walaupun Thresh merupakan champion berkemahiran tinggi, power level selepas dia dikeluarkan agak tidak memuaskan. Kami akan meningkatkan kadar jatuhan asas soul dan mengurangkan masa cas (3) Flay untuk mengimbangi kadar permainan Wild Rift yang lebih pantas dan pendek.

base_stats

  • Nyawa asas: 570 kepada 610
  • Health regen asal: 7.5 kepada 11

passive

  • Kadar jatuhan asas soul: 33% → 40%
    • Perlindungan nasib buruk tidak berubah

DARK PASSAGE

  • Kekuatan shield: 55/110/165/220 → 65/115/165/215

FLAY

  • Waktu cas pasif: 10s → 6s

Wukong

Walaupun seorang jungler yang hebat, Wukong masih bergelut mencari tempatnya di Baron lane. Kami akan membuang pengubah pengurangan pemulihan daripada (1) Crushing Blow apabila digunakan pada minion. Dengan ini, Monkey King dapat sustain dirinya dengan lebih baik ketika fasa laning.

GOLDEN STAFF

  • [DIBUANG] 80% pengubah pengurangan pemulihan apabila menyerang minion

XIN ZHAO

Seneschal of Demacia telah mendominasi jungle dalam permainan tahap tinggi. Untuk mengurangkan kekuatannya pada awal permainan, kami akan mengubahkan statistik asas Xin Zhao.

base_stats

  • Armor asas: 45 → 40
  • Nyawa asas: 650 → 610

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

SOLARI CHARGEBLADE

Walaupun True Damage sangat menyeronokkan, ia bermaksud bahawa Chargeblade terlalu umum dalam membunuh tank, fighter dan juga squishy. Kami mempertajamkan Chargeblade agar menjadi kurang optimum dalam situasi umum dan lebih optimum apabila pasukan musuh memiliki banyak sasaran squishy untuk diledakkan.

  • Ability haste: 25 → 15
  • Damage asas: 26 - 40 True Damage → 24 - 52 Magic Damage
  • Damage max: 65 - 100 True Damage → 60 - 130 Magic Damage

WARMOG’S ARMOR

Mengikuti teladan rakan PC kami, kami menjadikan pasif unik Warmog's Armor tercetus berdasarkan nyawa bonus dan bukannya nyawa max. Dengan ini, pemain harus menggunakan item nyawa lain untuk mencapai kuasanya.

  • [BAHARU] Syarat mencetus Warmog's Heart 2500 nyawa maksimum → 950 nyawa bonus

MAGE ITEMS

Kami menjumpai beberapa peluang balance penting semasa memeriksa item mage. Pembelian Liandry’s Torment masih terlalu banyak dalam kalangan pengguna all-AP, dan prestasi pemain yang menyerbu Luden's Echo atau Awakened Soulstealer terlalu rendah berbanding menyerbu item lain. Tambahan lagi, prestasi pengguna tradisi Liandry's Torment pula terlalu tinggi. Kami berharap perubahan pada item berikut dapat mengimbangi pola ini:

AWAKENED SOULSTEALER

  • AP: 65 → 70

HAUNTING GUISE

  • Madness: amplifikasi damage max: 10% → 6%
    • Amplifikasi damage setiap saat: 2% → 1.2%

LIANDRY’S TORMENT

  • Madness: amplifikasi damage max: 10% → 6%
    • Amplifikasi damage setiap saat: 2% → 1.2%

LUDEN’S ECHO

  • Ability haste: 10 → 20
  • AP: 80 → 85

RUNE

KEYSTONE: FONT OF LIFE

Font of Life agak kuat dengan build AP tinggi, jadi kami akan mengurangkannya sedikit. Ini sepatutnya mengekalkan Font of Life sebagai pilihan terbaik untuk pemain support, sambil mengubahnya agar seiring pada late game untuk pemain yang membina AP tinggi.

  • Ratio pemulihan sekutu AP: 40% → 30%
  • Ratio pemulihan diri AP: 20% → 10%

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

2 September - 8 September: Akali, Draven, Jax, Kha'Zix, Miss Fortune, Orianna, Rakan, Senna, Shyvana, Singed

9 September - 15 September: Amumu, Braum, Dr. Mundo, Lucian, Nami, Rengar, Teemo, Xayah, Yasuo, Ziggs