Patch Note 2.4a Wild Rift

Ruination telah berjaya ditakluk dengan kekalahan Viego di tangan Sentinel. Kini tiba masanya untuk meraikan kejayaan ini bersama makhluk yang paling comel dalam Runeterra: Poro! Terbang bersama fluft sambil mereka membawa perubahan balance untuk segelintir champion dan item dalam Rift.

Sentinel telah menyelamatkan Runeterra daripada Ruination! Raikan dengan Poro dan lihat sekiranya anda mempunyai sesuatu yang diperlukan untuk terbang bersama fluft ketika mereka tiba dengan perubahan keseimbangan Patch 2.4a.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

TERBAHARU

CHAMPION BAHARU

THRESH, THE CHAIN WARDEN

081721-Unbound_Thresh-inline.jpg

Sadis dan licik, Thresh ialah roh yang tidak tenang dan bercita-cita tinggi dari Shadow Isles. Sebelum ini merupakan seorang penjaga rahsia misteri yang tidak terkira banyaknya, dia telah dibinasakan oleh suatu kuasa yang melampaui hidup dan mati, dan kini menampung dirinya dengan menyeksa dan mematahkan semangat orang lain secara perlahan-lahan dengan daya cipta yang luar biasa. Mangsanya akan menderita lebih daripada kehidupan fana mereka yang singkat ini apabila Thresh menganiaya jiwa mereka dengan memenjarakan mereka di dalam tanglung tidak sucinya untuk diseksa selama-lamanya.

Thresh telah dikeluarkan pada 13 Ogos @ pukul 08:01 GMT+8.

SKIN

081721-Dark_Star_Kha-Zix-inline.jpg

Dikeluarkan pada 13 Ogos @ pukul 08:01 GMT+8.

  • Pulsefire Thresh

Akan dikeluarkan pada 19 Ogos @ pukul 08:01 GMT+8:

  • Dark Star Kha’Zix
  • Dark Star Varus

AKSESORI

Anda boleh memperoleh atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori tersebut!

081721-Patch_2.4a-Goodies-inline.jpg

Bauble: Flying Off The Handle

Ikon: Mini-Boss

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

081721-Join-the-Fluft-inline.jpg

JOIN THE FLUFT

Ingin mencari sekumpulan kawan yang gebu? Selesaikan misi yang seronok dan menakjubkan untuk terbang bersama fluft!

Event Join the Fluft! akan bermula pada 17 Ogos pukul 08:01 GMT+8.

PERUBAHAN CHAMPION

081721-Akshan-Classic-herobanner.jpg

AKSHAN

Prestasi Rogue Sentinel kami agak kurang pada masa ini, jadi kami akan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada dia agar dia dapat mencari kedudukannya di Wild Rift.

Statistik Asas

  • Pertumbuhan Attack: 3.6 → 4.5
  • Mana asas: 345 → 390
  • Mana regen asas: 12 → 15
  • Attack speed bonus permulaan: 30% → 40%

(P) Dirty Fighting

  • Movement speed: 40-80 berdasarkan level → 40-120 berdasarkan level

(1) Avengerang

  • Kos mana: 60/70/80/90 → 50/60/70/80

(Ult) Comeuppance

  • Cooldown: 90/65/60s → 75/65/55s
  • [BAHARU] Kini boleh membunuh minion

081721-Annie-Classic-herobanner.jpg

ANNIE

Annie sedang hangat membara di mid lane, jadi kami akan mengurangkan kuasanya pada early game agar musuhnya tidak resah.

Statistik Asas

  • Nyawa asas: 570 → 530

(2) Incinerate

  • Kos mana: 60/70/80/90 → 70/80/90/100

Blitzcrank_Classic_Wild_Rift_Splash.jpg

BLITZCRANK

Grab dari Blitzcrank tidak lagi menimbulkan ketakutan yang sepatutnya, dan terlalu mudah terselamat daripadanya walaupun dilaksanakan dengan baik. Kami akan menambahkan damage (1) Rocket Grab agar ia terasa lebih memuaskan untuk menangkap musuh yang sesat.

(1) Rocket Grab

    • Damage asas: 80/140/200/260 → 100/160/220/280

    Camille_Classic_Wild_Rift_Splash.jpg

    CAMILLE

    Camille agak terlalu kuat, terutama dalam permainan peringkat tinggi, jadi kami akan menjadikannya lebih mudah diserang pada early game, dan mengurangkan kekerapannya dapat menghalang musuh daripada bertindak.

    (3) Hookshot

    • Tempoh Stun: 1s → 0.75s

    (Ult) The Hextech Ultimatum

    • Cooldown: 90/75/60s → 100/85/70s

    3_28_21_Patch22Article_Corki.jpg

    CORKI

    Prestasi Daring Bombardier terlalu tinggi di Dragon Lane, jadi kami mengurangkan daya tahannya untuk membuka kelemahan yang lebih bermakna.

    Statistik Asas

    • Armor setiap level: 4.3 → 3.9

    (2) Valkyrie

    • Cooldown: 20/18/16/14s → 22/20/18/16s

    4_12_21_Patch22article_DrMundo.jpg

    DR. MUNDO

    Prestasi doktor dalam jungle agak baik, tetapi agak bergelut di Baron Lane. Kami akan memberinya sedikit peningkatan untuk membenarkannya bergerak ke mana-mana sahaja.

    Statistik Asas

    • Nyawa asas: 650 → 690
    • Health regen asal: 9 → 12

    (1) Infected Cleaver

    • Kos nyawa: 45/60/75/90 → 30/45/60/75

    (Ult) Sadism

    • Jumlah health regen: 50/75/100% → 60/85/110%

    07272021_WRPatchNotes24_Fizz.jpg

    FIZZ

    Kami menarik balik sedikit kuasa Fizz setelah buff dan perubahan kualiti hidupnya baru-baru ini telah meningkatkan tahapnya sehingga melampaui batas, terutamanya dalam jungle.

    (P) Seastone Trident

    • Ratio damage pada monster: 150% → 120%

    (3) Playful / Trickster

    • Cooldown: 15.5/13.5/11.5/9.5s → 16/14/12/10s

    (Ult) Chum the Waters

    • Cooldown: 65/55/45s → 80/65/50s

    07272021_WRPatchNotes24_Graves.jpg

    GRAVES

    Manfaat yang Graves peroleh daripada perubahan item terbaharu terlalu tinggi dan perlu dikurangkan sedikit agar dia lebih selaras dengan kelengkapan terkininya.

    Statistik Asas

    • Attack damage asas setiap level: 4.5 → 3.6

    5-11-2021-Patch22c_Jax.jpg

    JAX

    Prestasi Jax dalam jungle agak baik, tetapi dia belum menjumpai tempatnya di Baron Lane. Kami akan menyusun semula kuasanya dan menambahkan mekanik baharu pada Counter Strike agar Grandmaster at Arms ini dapat berkuasa di Baron Lane dan bertahan dengan lebih lama dalam team fight.

    Statistik Asas

    • Attack speed bonus asas: 20% → 10%

    (P) Relentless Assault

    • Jax kini akan mendapat 2 stack Relentless Assault apabila menyerang champion atau minion musuh.
    • Stack Relentless Assault maksimum: 8 → 10
    • Attack speed bonus setiap stack Relentless Assault: 3.6/4.2/4.8/5.4/6/6.6/7.2/7.8/8.4/9/9.6/10.2/10.8/11.4/12 → 3/3.6/4.2/4.8/5.4/6/6.6/7.2/7.8/8.4/9/9.6/10.2/10.8/11.4

    (3) Counter Strike

    • [BAHARU] Jax kini menerima 25% pengurangan damage daripada champion ketika dia memasang kekuda defensif.

    07272021_WRPatchNotes24_Lucian.jpg

    LUCIAN

    Prestasi Lucian dalam pelbagai lane terlalu tinggi dan penskalaannya terlalu bagus, jadi perubahan ini akan mengurangkan penskalaannya dan menjadikannya lebih mudah ditangkap jika bermain terlalu agresif.

    Statistik Asas

    • Attack damage asas: 58 → 64
    • Attack damage asas setiap level: 4.55 → 2.65
    • Armor setiap level: 4.3 → 3.9

    (3) Relentless Pursuit

    • Cooldown: 22/19/16/13s → 23/20/17/14s

    081721-Master-Yi-Classic-herobanner.jpg

    MASTER YI

    Master Yi bergelut untuk posisi di jungle, jadi kami akan memberinya beberapa buff yang membenarkannya menyertai pertempuran dengan lebih kerap dan berskala ke late game dengan lebih cekap.

    Statistik Asas

    • Armor setiap level: 3.5 → 3.9

    (1) Alpha Strike

    • Damage bonus kepada monster: 75/110/145/180 → 90/125/160/195

    (3) Wuju Style

    • True damage bonus: 18/30/42/54 → 25/40/55/70

    (Ult) Highlander

    • Cooldown: 85/75/65s → 75/60/45s
    • Movement speed: 25%/35%/45% → 35%/45%/55%

    6_29_2021_Patch23bArticle_Rammus.jpg

    RAMMUS

    Kelajuan Armordillo mengosongkan jungle telah lama menjadi masalah yang memeningkan bagi kami. Perubahan ini bertujuan untuk membaiki masalah tersebut, membantunya menangani invade jungle dan membolehkannya gank dengan lebih awal, sambil mengurangkan beberapa damage tersembunyinya dalam team fight.

    Statistik Asas

    • Mana regen setiap level: 1.1 → 0.9
    • Mana resistance setiap level: 1.6 → 0.8

    (2) Defensive Ball Curl

    • Damage terhadap monster: 100% → 150%

    (Ult) Soaring Slam

    • Damage asas: 125/200/275 → 100/175/250
    • Damage Aftershock: 35/60/85 → 30/45/60
      • Tooltip kini menunjukkan damage Aftershock dengan tepat

    07272021_WRPatchNotes24_Rengar.jpg

    RENGAR

    Rengar sangat menguasai permainan berkemahiran tinggi, tetapi hanya sekadar kuat untuk kebanyakan pemain. Kami membuat perubahan pada kuasa Pridestalker ketika early game, memberi ruang kepada musuh untuk menghukumnya sebelum dia menjadi semakin kuat.

    (2) Battle Roar

    • Damage asas: 80/110/140/170 → 50/90/130/170

    (3) Bola Strike

    • Nilai slow: 45/60/75/90% → 30/50/70/90%

    (Ult) Thrill of the Hunt

    • Cooldown: 90/75/60s → 100/80/60s

    081721-Seraphine-Classic-herobanner.jpg

    SERAPHINE

    Seraphine telah mengalami sedikit masalah teknikal di atas pentas. Kami telah pun membaikinya, jadi pertunjukan Starry-Eyed Songstress kini boleh diteruskan.

    • [BUGFIX] Beat Drop kini mengenakan damage sebelum menyemak sekiranya sasaran terkena slow dengan tepat
      • Ini bermaksud Rylai’s Crystal Scepter kini berfungsi dengan (3) Beat Drop, dan akan mengubah slow menjadi root!

    3_15_21_PatchPatch21bArticle_Soraka_slice.jpg

    SORAKA

    Kuasa Soraka terasa sukar untuk dirasai, dan ini diburukkan lagi dengan keperluannya untuk sentiasa mengorbankan nyawa. Perubahan ini akan membantu pemain berkemahiran yang dapat mengenakan (1) Starcall untuk mengelak membayar kos nyawa dengan terlalu laju untuk memulihkan sekutunya.

    (2) Astral Infusion

    • Cooldown: 8/6/4/2s → 5/4/3/2s
    • [BAHARU] Jika digunakan ketika Rejuvenated, kos nyawa akan dikurangkan sebanyak 70/80/90/100%

    PERUBAHAN GAMEPLAY

    ITEM

    BLOODTHIRSTER

    Bloodthirster telah berasa kurang memuaskan sejak kemas kininya, jadi kami akan meningkatkan kuasanya agar ia lebih menarik kepada build yang memberatkan AD.

    • Jumlah Kos: 3200g → 3300g
      • Kos Gabung: 1000g → 1100g
    • Attack damage: 40 → 50

    ESSENCE REAVER

    Essence Reaver menawarkan terlalu banyak untuk harga yang terlalu murah, jadi kami akan mengurangkan kuasanya agar ia lebih seimbang.

    • Jumlah Kos: 3100g → 3250g
      • Kos Gabung: 900g → 1050g
    • Ability haste: 25 → 20

    NEEDLESSLY LARGE ROD

    Terlalu ramai pengguna AP bergegas mendapatkan Rabadon's Deathcap apabila kami percaya item itu lebih sesuai sebagai pembelian kemudian. Kami sedang membuat perubahan agar strategi ini lebih sukar dilakukan dan kurang berbaloi.

    • Ability power: 65 → 60
    • Kos Gabung: 800 → 900

    RABADON’S DEATHCAP

    • Kos Gabung: 900g → 700g
    • Ability power: 130 → 120

    SOLARI CHARGEBLADE

    Tahap kuasa Solari Chargeblade terlalu tinggi untuk harganya, jadi kami akan meningkatkan kosnya.

    • Jumlah Kos: 3000g → 3100g
    • Kos Gabung: 800g → 900g

    ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

    19 Ogos - 25 Ogos: Darius, Fizz, Graves, Jhin, Kai'Sa, Katarina, Leona, Olaf, Renekton, Soraka

    26 Ogos - 1 September: Ahri, Alistar, Aurelion Sol, Camille, Ezreal, Jarvan IV, Lee Sin, Riven, Thresh, Tristana