Patch Note 2.4 Wild Rift
Jadi! Anda nak tahu cara Akshan selamatkan dunia...
Patch 2.4 akhirnya sampai dan ia sangat BESAR. Event Sentinels of Light sedang mencapai pengakhiran yang mendebarkan dan sebelum para wira kita berhadapan dengan bos terakhir di kemuncaknya, kita akan menerima kemas kini dalam permainan yang sangat BESAR tidak lama lagi. Patch 2.4 membawakan 19 item dalam permainan baharu atau yang mendapat rework, Ranked Musim 3 dengan peningkatan pengalaman Ranked (termasuk pembuangan siri promotion dan ban champion), Wild Pass serba baharu dengan Hexplorer Teemo yang gilakan pengembaraan, highlight automatik, penyelarasan gold dan sistem… dan tentu saja, Rogue Sentinel sendiri, Akshan. Patch ini akan tersedia selama tiga minggu sebelum patch yang berikutnya, kerana kami akan bercuti seketika untuk musim panas.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch. Jika anda terlepas peluang, lihat pratonton ini untuk beberapa perkara baharu yang akan datang ke Wild Rift untuk beberapa bulan akan datang!
TERBAHARU
CHAMPION BAHARU
AKSHAN, THE ROGUE SENTINEL
Tetap chill walaupun berhadapan dengan bahaya, Akshan menentang kejahatan dengan karisma penuh tampan, pembalasan dendam yang saksama, dan kekurangan baju yang ketara. Dia sangat mahir dalam seni pertempuran siluman, berupaya menghindari mata musuhnya dan muncul kembali ketika mereka paling tidak terduga. Dengan semangat keadilan yang berkobar-kobar dan senjata legenda yang mampu membalikkan kematian, dia memperbaiki kesalahan para penyangak Runeterra yang tak terkira sambil hidup mengikut kod moralnya yang tersendiri: “Jangan buat sial”.
Akshan akan dikeluarkan pada 28 Julai pukul 08:01 GMT+8.
CIRI BAHARU
RANKED MUSIM 3
Ranked Musim 3 kini tiba dan bersamanya datang pelbagai kemas kini baharu! Dengan mencapai Gold (dan menang 10 perlawanan) pada musim ini, Glorious Lulu akan ditambahkan pada koleksi anda! Peringatan mesra bahawa akan ada beberapa masalah paparan semasa permulaan musim. Sekiranya anda hanya mahu bermain selepas keadaan sudah reda, kami mengesyorkan menunggu satu hari selepas musim sebelum mula bermain Ranked.
Ranked Musim 3 bermula pada 27 Julai pukul 06:00 GMT+8.
BAN
Ban akan tiba ke Ranked! Tiga pemain terakhir dalam kedua-dua pasukan akan ban satu champion seorang pada masa yang sama. Kami berharap bermula dengan tiga ban akan menawarkan pengalaman draft yang lebih bermakna, kompetitif, dan sihat untuk pemain tanpa memberi kesan negatif terhadap kepelbagaian champion dalam permainan. Matlamat jangka panjang kami adalah untuk meningkatkan slot ban kepada lima setiap pasukan. Kami akan memantau prestasi tiga ban ini dengan teliti sambil kami merancang untuk lima ban pada masa depan.
Ban akan tersedia dalam Ranked pada 29 Julai pukul 14:00 GMT+8
PERLAWANAN PROMOTION DIBUANG
Seperti yang dinyatakan dalam Kemaskinian Ranked 2.4, kami akan membuang Perlawanan Promotion daripada permainan Ranked. Kami percaya gangguan terhadap pengalaman ranked Wild Rift yang disebabkan oleh Perlawanan Promotion kini melebihi kelebihan yang sepatutnya diberikan. Daripada beralih kepada Perlawanan Promotion setelah memenangi perlawanan terakhir daripada rank semasa mereka, pemain akan segera naik ke rank berikutnya. Kami akan terus memantau Ranked selepas pembuangan ini untuk membuat pengesahan.
Perlawanan Promotion akan dibuang pada 27 Julai pukul 08:01 GMT+8.
WILD PASS S2
Wild Pass kembali untuk kali kedua! Kami telah buat beberapa naik taraf daripada versi sebelumnya:
- Secara keseluruhan, kami telah naikkan jumlah Blue Motes, Poro Coins dan Poro Energy yang anda dapat daripada membeli pas. Contohnya, kali ini anda boleh dapat Blue Motes yang secukupnya untuk satu champion.
- Kami naikkan jumlah ganjaran percuma yang diperoleh semasa naik level.
- Kami membolehkan pemberian pas kepada pemain lain dalam senarai rakan.
- Dan walaupun dengan buff-buff ini, harganya masih sama.
Mulai sekarang, Wild Pass akan menjadi ciri kekal dalam permainan, tanpa masa kosong antara setiap pas baharu. Jadi keluarlah dan Hexplore Rift dengan Teemo!
Wild Pass S2 akan tersedia pada 30 Julai pukul 08:01 GMT+8.
HIGHLIGHT
Highlight akan datang dalam Patch 2.4! Jika anda mengaktifkan rakaman Highlight dalam tetapan, kami akan rakam detik-detik terhebat anda—daripada multi-kills hingga dragon steals. Ini akan merakam skrin ketika anda bermain, jadi ia akan merakam input anda dalam detik-detik tersebut juga. Anda boleh menyemak dan menyimpannya ke telefon anda pada skrin statistik di akhir permainan. Mengaktifkan Rakaman Highlight boleh menjejaskan penggunaan dan prestasi bateri peranti anda.
Highlight akan tersedia pada 27 Julai pukul 08:01 GMT+8.
PENONTON DAN TAYANG SEMULA (REPLAY)
Kami telah menambahkan beberapa cara baharu untuk menyaksikan perlawanan atau menayang semula permainan anda sendiri! Anda boleh beralih antara Fog of War untuk pihak merah dan/atau biru untuk memahami penglihatan kedua-dua pasukan dalam peta. Di samping itu, kami telah buat HUD baharu yang membolehkan anda melihat pertempuran pasukan dengan lebih baik semasa pertempuran itu berlaku. Kini ada HUD pertempuran pasukan, dan juga sudut pandang minimal "tiada HUD" yang dapat diakses dalam mod penonton.
Ciri-ciri baharu penontan dan tayang semula akan tersedia pada 27 Julai pukul 08:01 GMT+8.
SKRIN AKHIR PERMAINAN
Kami menambahkan sistem kemajuan ke skrin akhir permainan supaya pemain dapat memahami dengan lebih baik tentang kemajuan mereka setelah setiap permainan, dan mengetahui apabila mereka mempunyai ganjaran untuk dituntut! Untuk 2.4, kami akan menunjukkan kemajuan terhadap Wild Pass, serta misi harian dan cabaran. Kami merancang untuk menambahkan lebih banyak sistem ke halaman ini dari semasa ke semasa, seperti kemajuan acara.
Skrin EoG yang dikemas kini ini akan tersedia pada 27 Julai pukul 08:01 GMT+8.
KONGSI SKRIN
Kami telah menambahkan kemampuan untuk berkongsi pencapaian Wild Rift anda ke laci kongsi OS telefon anda untuk akses yang lebih mudah ke semua aplikasi dan rangkaian sosial kegemaran anda. Menekan ikon akan membuka laci kongsi OS dari tempat yang anda boleh memilih mana-mana aplikasi yang ingin anda hantar!
Kemaskinian kongsi skrin ini akan tersedia pada 27 Julai pukul 08:01 GMT+8.
PATCH NOTE DALAM APP
Kini anda boleh akses patch note Wild Rift dengan satu tekanan butang dalam app! Pergi ke bahagian kiri atas skrin utama untuk mendapatkan akses ke semua patch note terkini di laman web Wild Rift.
SOKONGAN BAHASA
Menambah sokongan penyetempatan teks dalam permainan untuk Bahasa Cina Dipermudah (Malaysia).
SKIN
Akan dikeluarkan pada 28 Julai @ pukul 08:01 GMT+8:
- Sentinel Irelia
- Sentinel Riven
- Sentinel Vayne
- Battle Academia Akshan
- Ruined Draven
- Ruined Miss Fortune
- Ruined Shyvana
Akan dikeluarkan pada 30 Julai pada pukul 08:01 GMT+8:
- Hexplorer Teemo
AKSESORI
Anda boleh memperoleh atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan aksesori tersebut!
Bauble: Condolences, Crown of Mourns, Fistbump, Heads Will Roll, Light in the Darkness, Non-Stick, Raw or Roasted, Spill That Tea, Stay Cool
Ikon: Battle of Baron, Detective Pengu, Hexcellent!, Hungry Hungry Poro, I Can Feel the Power!, Pengu Power, Poro Charmer, Redhead Redemption, The Way of the Snax
Bingkai Ikon: Autumnal Nimbus, Knight's Gallantry, Steadfast Dedication, Teamwork Dreamwork
Emote: Choncc Chortle, Hurt Feelings, I'm Not Crying, Magnifique!, NOT FAIR, Nyeah Nyeah!, Pengu Present!, Retreat!, Success!, Super Shisa, Thumb for the Memories, Welcome Welcome!
Recall: The Mist
Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang patch.
EVENT
SENTINELS OF LIGHT
Black Mist semakin mendekati, menelan Runeterra walaupun barisan para Sentinel semakin bertambah. Sewaktu mencari sekutu, Senna dan Lucian telah menemui seorang Sentinel yang telah hilang ditelan masa. Adakah cahaya si pengacau gopoh ini cukup untuk mengubah arus? Sertai para Sentinel dalam pertempuran terakhir mereka, dan berdiri bersama menentang Ruination!
Event Sentinels of Light akan bersambung pada 28 Julai pukul 08:01 GMT+8 Untuk maklumat lanjut tentang event ini, klik di sini.
PERUBAHAN CHAMPION
AMUMU
Kami tidak dapat menyembuhkan sumpahannya, tetapi kami dapat menyingkirkan satu bug yang menyakitkan hati.
(3) Tantrum
- [BAIKI BUG]: Pasif kini berfungsi dengan betul terhadap ability yang mengenakan beberapa kejadian physical damage dan bukannya sekali sahaja untuk setiap ability tersebut.
ASHE
Ashe kurang berprestasi kebelakangan ini, jadi kami ingin memberinya beberapa buff kualiti hidup yang memperkuatkan identitinya sebagai marksman utiliti.
(3) Hawkshot
- Tempoh dedah musuh: 3s → 5s
(Ult) Enchanted Crystal Arrow
- Kelajuan pusingan manual: 38 °/s → 45 °/s
FIZZ
Fizz semakin popular dengan perubahan jungle kami, tetapi masih ketinggalan ketika ingin mendapatkan keutamaan lane, terutamanya dalam permainan berkemahiran tinggi. Selain itu, (2) Rending Wave miliknya terasa kurang memuaskan, jadi kami ingin memperbaikinya. Tambahan lagi, terdapat beberapa interaksi yang dapat dimanfaatkan oleh pemain Fizz yang mahir dalam PC, tetapi ini tidak dilaksanakan dengan baik dalam Wild Rift, jadi kami juga ingin memperbetulkannya. Oleh sebab banyak perubahan yang akan datang untuk Tidal Trickster ini, kami akan lebih berwaspada dalam membuat susulan tentang cara prestasinya dipengaruhi.
(2) Rending Wave
- [BAHARU] Kini mengenakan magic damage bonus awal dengan serangan pertama di kawasan splash radius 175 di sekitar sasaran dan mengenakan Seastone Trident (P) pada sasaran yang terkena splash ini
(3) Playful / Trickster
- [BAHARU] Protobelt kini tertampan semasa Playful dan bukan terbatal
- [BAHARU] Protobelt kini tidak lagi membatalkan fall down Trickster jika Fizz tidak menggunakan semula Trickster
GRAVES
Prestasi Graves dari segi win rate adalah mencukupi, tetapi sebahagian besar kekuatannya terletak pada statistik awal yang kami percaya menjadikannya kurang memuaskan untuk dimain. Kami mengalihkan sebahagian daripada kekuatannya untuk menguatkan bahagian kitnya yang lebih meletup supaya permainan yang mengetengahkan ability Graves diberi ganjaran yang lebih baik. Kami juga berharap dapat memberinya pilihan build yang lebih baik dengan meningkatkan nilai AD dan armor pen untuk magik burstnya, (1) End of the Line.
Statistik Asas
- HP Asal: 650 → 610
- AD Asal: 70 → 64
- AD / Level: 3.6 → 4.55
(1) End of the Line
- Cooldown: 12/11/10/9s → 11/10/9/8s
- Bonus Powder Shell Ratio AD: 40% → 70%
- Damage Asal Powder Explosion: 85/125/165/205 → 80/130/180/230
- Ratio AD Bonus Powder Explosion: 100% di semua rank → 70/100/130/160% berdasarkan rank
(3) Quickdraw
- Armor setiap stack True Grit: 4/8/12/16 → 6/10/14/18
KATARINA
Kami sedang mengemas kini sistem Grievous Wounds (pengurangan pemulihan) untuk mempunyai tahap-tahap yang berbeza, jadi beberapa champion yang mengenakannya melalui ability telah diubah.
(Ult) Death Lotus
- Mengenakan 50% Grievous Wounds → Mengenakan 60% Grievous Wounds
LUCIAN
Lucian sedang pantas memporak-perandakan Rift. Perubahan-perubahan kepada statistik asasnya ini akan mengurangkan penindasan Lucian dan menjadikannya lawan yang lebih adil.
Statistik Asas
- HP Asal: 610 → 570
- Armor Asal: 40 → 35
- MR Asal: 34 → 30
- MR setiap level: 1.2 → 0.8
- Mana regen asal: 18 → 15
- Movement Speed: 340 → 335
RENGAR
Kami sedang membasmi bug yang telah membelenggu si kucing tajam ini sejak dilancarkan. Ini akan mempengaruhi kekuatannya, terutama pemain Rengar yang mahir, jadi kami akan memantau patch yang akan datang untuk melihat sekiranya kami perlu mengubahnya lagi.
(Pasif) Unseen Predator
- [BAIKI BUG] Menyerang musuh dalam jarak dekat semasa dalam brush dengan 0 Ferocity kini memberikan 1 Ferocity
(2) Battle Roar
- [BAIKI BUG] Menggunakan Battle Roar selepas Empowered Battle Roar akan memulihkan Rengar dengan betul.
VARUS
Kami sedang mengemas kini sistem Grievous Wounds (pengurangan pemulihan) untuk mempunyai tahap-tahap yang berbeza, jadi beberapa champion yang mengenakannya melalui ability telah diubah.
(3) Hail of Arrows
- Mengenakan 50% Grievous Wounds → Mengenakan 40% Grievous Wounds
ZIGGS
Ziggs masih memusnahkan tower dengan terlalu cepat. Walaupun ini sememangnya sebahagian daripada identitinya, ia telah menjadi terlalu memusnahkan pada tahap permainan yang tinggi, jadi kami akan menurunkan damagenya sedikit.
(3) Satchel Charge
- Threshold memusnahkan Tower: 20/25/30/35% → 15/20/25/30%
ARAM
All Random All Mid (ARAM) telah kembali! Kami terus melakukan iterasi dan penyeimbangan mod permainan ini, sambil menambahkan beberapa ciri kecil dan penghalusan. Kami akan membawa berita tentang masa hadapan ARAM tidak lama lagi.
- Cannon minion kini boleh mengesan perangkap.
ARAM akan kembali sebagai Mod Permainan Ditampilkan dari 11 Ogos hingga 9 September.
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
ITEM BAHARU
CRYSTALLINE REFLECTOR
Item AP/Armor yang dinanti-nantikan untuk membuat debut di Wild Rift kini tiba! Anggaplah ia Thornmail versi AP. Kami berharap Mage akan menggunakan pembalik bergaya ini ketika berlawan menentang carry physical yang telah habis dibina.
- Jumlah Kos: 2900g
- Dibina daripada Seeker’s Armguard (1200g) + Fiendish Codex (1000g) + 700g
- 60 AP
- 45 Armor
- 15 Ability Haste
- PASIF – Mirrored Force: Ability memberikan mirror shard (sehingga 3) yang menyekat 10 +5% AP physical damage daripada champion musuh dan mengenakan 20 + 10% AP magic damage kepada mereka.
ESSENCE REAVER
Essence Reaver ialah senjata asas terbaharu untuk pengguna crit yang banyak menggunakan mana dan ingin mengenakan damage bukan hanya dengan critical hit sahaja, tetapi dengan ability mereka juga.
- Jumlah Kos: 3100g
- Dibina daripada Caulfield’s Warhammer (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + 900g
- 40 AD
- 25% Critical Rate
- 25 Ability Haste
- UNIK – Essence Flare: Ability aktif yang mengenakan damage dan serangan dipertingkat mengenakan 10 physical damage bonus +70% Critical Rate. Ability yang sama hanya boleh aktifkan kesan ini sekali untuk setiap sasaran unik setiap kali digunakan.
- UNIK – Mana Siphon: Serangan memulihkan 2% mana yang kehilangan setiap kali terkena
NAVORI QUICKBLADES
Serupa dengan Essence Reaver, Navori Quickblades dicipta dengan tujuan membantu pengguna crit mengenakan lebih banyak damage dengan ability, tetapi lebih menjurus ke arah kekerapan penggunaan ability itu sendiri. Awas dengan Tryndamere dan Master Yi!
- Jumlah Kos: 3100g
- Dibina daripada Caulfield's Warhammer (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + 900g
- 45 AD
- 25% Critical Rate
- 15 Ability Haste
- PASIF – Deft Strikes: Critical strike dengan basic attack anda mengurangkan cooldown ability bukan ultimate sebanyak 15% baki cooldown.
PROPHET’S PENDANT
Memandangkan kami akan mengubah Oblivion Orb menjadi item yang bertumpukan Grievous Wounds, kami akan menambahkan item magic penetration tier 2 baharu untuk mengambil tempatnya. Lihatlah, Prophet's Pendant: ada yang mengatakan bahawa mereka yang memakainya dapat melihat pengakhiran zaman.
- Jumlah Kos: 1250g
- Amplifying Tome (500g) + 750g
- 125 Nyawa
- 25 Ability Power
- PASIF – Doomsayer: +15 Magic Penetration
SEEKER’S ARMGUARD
- Jumlah Kos: 1200g
- Dinaik taraf daripada Cloth Armor (500g) + 700g
- 30 Armor
- 25 AP
SERYLDA’S GRUDGE
Untuk pemain yang tidak kisah tentang Grevious Wounds dan lebih mengutamakan utiliti, kami membawa Serylda's Grudge daripada League PC. Item ini berguna terutamanya untuk melawan musuh bergerak pantas.
- Jumlah Kos: 3000g
- Dibina daripada + Caulfield's Warhammer (1200g) + Last Whisper (1300g) + 500g
- 40 AD
- 15 Ability Haste
- 30% Armor Penetration
- UNIK – Bitter Cold: Mengenakan ability damage akan slow unit yang terkesan sebanyak 30% selama 1 saat.
STAFF OF FLOWING WATER
Kami tidak melupakan support dalam patch ini juga! Untuk melengkapkan pilihan item enchanter, kami telah mengambil Staff of Flowing Water daripada League PC. Kini, para support dapat mengoptimumkan build mereka apabila mereka mempunyai rakan sepasukan yang menitikberatkan AP.
- Jumlah Kos: 2500g
- Dibina daripada Fiendish Codex (1000g) + Lost Chapter (1050g) + 450g
- 350 Mana
- 65 AP
- 20 Ability Haste
- PASIF – Rapids: Memulih atau shield satu rakan sekutu akan memberikan anda dan mereka kelajuan 20 Ability Haste serta 20 − 40 (berdasarkan level sasaran) ability power selama 4 saat.
STORMRAZOR
Stormrazor juga datang daripada League PC untuk melengkapkan sistem item energized kami dan menawarkan sedikit utiliti untuk pemain yang suka membeli barang energized yang lain.
- Jumlah Kos: 2900g
- Dibina daripada Cloak of Agility (1000g) + Kircheis Shard (900g) + 1000g
- 25 AD
- 25% Critical Rate
- 20% Attack Speed
- PASIF – Energized: Bergerak dan menyerang akan menjana satu Energized Attack.
- PASIF – Paralyze: Energized Attack anda mendapat 50-120 magic damage bonus. Sebagai tambahan, Energized Attack akan slow musuh sebanyak 75% selama 0.5 saat.
SOLARI CHARGEBLADE
Ini bukannya pedang Leona, tetapi ia bukan calang-calang pedang juga. Solari Chargeblade merupakan satu lagi item debut Wild Rift yang kami harap dapat membuka pelbagai build crit yang lain. Ini akan membantu pengguna memperoleh sejumlah besar Critical Rate bersyarat untuk membuka peluang sinergi dengan item lain yang mereka beli.
- Jumlah Kos: 3000g
- Dibina daripada Stinger (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + 800g
- 30% Attack Speed
- 25% Critical Rate
- 25 Ability Haste
- UNIK – Sunburst: Menggunakan ability akan mengumpul Radiance (maksimum 3 cas) yang memberi 25% Critical Rate hingga 10 saat. Serangan yang memberi critical strike akan menggunakan satu cas Radiance untuk mengenakan 26-40 True Damage bonus on-hit, meningkat hingga 150% terhadap sasaran nyawa rendah. Setiap ability unik hanya dapat mengumpulkan cas sekali setiap 2s.
- True Damage Maksimum: 65-100 apabila Nyawa sasaran <= 35%
WIT’S END
Kami juga akan membawa Wit's End untuk membantu melengkapkan set item anti-magic untuk pengena physical damage.
- Jumlah Kos: 2700g
- Recurve Bow (900g) + Negatron Cloak (900g) + 900g
- 50 Magic Resist
- 45% Attack Speed
- PASIF – At Wit's End: Basic attack mengenakan 15 − 80 (berdasarkan level) magic damage bonus on-hit. Apabila di bawah 50% nyawa, mengenakan damage kepada champion musuh akan memulihkan anda sebanyak (Melee: 100% / Ranged: 33%) daripada damage selepas pengurangan kesan ini.
PERUBAHAN ITEM
Kami sedang mengubahkan kesemua kesan Grievous Wounds pada item untuk serupa dengan League PC dan menambahkan gameplay sekeliling mereka.
BLOODTHIRSTER
Mengikut perkembangan penambahan kepelbagaian build item crit, kami juga mengubah Bloodthirster menjadi item crit agar serupa dengan versi League PC.
- Jumlah Kos: 3400g → 3200g
- Dibina daripada Cloak of Agility (1000g) + Vampiric Scepter (1200g) + 1000g
- 65 AD → 40 AD
- [BAHARU] 25% Critical Rate
BRAMBLE VEST
- Pasif berubah
- Thorns: Selepas diserang oleh basic attack, membalikkan 3 (+ +8% Armor bonus) magic damage, dan juga mengenakan 50% Grievous Wounds pada penyerang selama 3 saat. → Thorns: Selepas diserang oleh basic attack, membalikkan 3 (+ +8% Armor bonus) magic damage, dan juga mengenakan 40% Grievous Wounds pada penyerang selama 3 saat.
EXECUTIONER’S CALLING
- Pasif berubah
- Executioner’s Calling: Physical damage mengenakan Grievous Wounds pada champion musuh selama 3 saat. → Sepsis: Mengenakan physical damage dan mengenakan 40% Grievous Wounds pada champion musuh selama 3 saat.
INFINITY ORB
- Laluan build dikemas kini: Oblivion Orb digantikan dengan Prophet’s Pendant
- Jumlah kos gold tidak berubah
MORELLONOMICON
- Jumlah Kos: 3000g
- Dibina daripada Oblivion Orb (1000g) + Prophet’s Pendant (1250g) + 750g
- Pasif berubah
- Cursed: Mengenakan magic damage pada champion musuh dan mengenakan 50% Grievous Wounds selama 3 saat. → Cursed: Mengenakan magic damage dan mengenakan 40% Grievous Wounds pada champion musuh selama 3 saat. Jika sasaran di bawah 50% Nyawa, kesan ini ditingkatkan ke 60% Grievous Wounds.
MORTAL REMINDER
- Pasif berubah
- Executioner’s Calling: Physical damage mengenakan Grievous Wounds pada champion musuh selama 3 saat. → Sepsis: Mengenakan physical damage dan mengenakan 40% Grievous Wounds pada champion musuh selama 3 saat. Mengenakan 3 Attack berturut-turut pada champion musuh meningkatkan kesan ini kepada 60% Grievous Wounds terhadap mereka sehingga kesan ini melepasi tempohnya.
OBLIVION ORB
- Jumlah Kos: 1000g
- Dibina daripada Amplifying Tome (500g) + 500g
- 40 AP
- Cursed: Mengenakan magic damage dan mengenakan 40% Grievous Wounds pada champion selama 3 saat.
- [DIBUANG] Death Touch
THORNMAIL
- Pasif berubah
- Thorns: Selepas terkena on-hit basic attack, balikkan 25 (+ 10% bonus Armor) magic damage, sementara mengenakan Grievous Wounds juga kepada penyerang selama 3 saat. Melumpuhkan champion musuh dan akan mengenakan 50% Grievous Wounds pada mereka selama 3 saat. → Thorns: Selepas terkena on-hit basic attack, balikkan 25 (+ +10% bonus Armor) magic damage, sementara mengenakan Grievous Wounds juga kepada penyerang selama 3 saat. Melumpuhkan champion musuh dan akan mengenakan 60% Grievous Wounds pada mereka selama 3 saat.
ITEM DIBUANG
FROZEN MALLET
Penggunaan Frozen Mallet banyak bertindih dengan Iceborn Gauntlet, tanpa menawarkan gameplay yang baharu. Kami akan membuang item ini untuk melancarkan identiti barisan item sedia ada kami.
RUNES
RESOLVE: GRASP OF THE UNDYING
Lorong atas dikuasai Grasp of the Undying, jadi kami akan mengurangkan damage ia sedikit.
- Magic Damage: 4% → 3% Nyawa maksimum
SISTEMATIK
- Tempoh penyerahan awal pada 5 minit yang memerlukan kelima-lima pemain memilih “ya” telah ditambahkan
- Cooldown untuk ultimate, summoner spell, dan item kini boleh di ping daripada papan skor.
- Imbas Semula Kematian kini akan menunjukkan sumber damage yang membunuh anda.
- Jarak masa antara quadra dengan pentakill telah ditambahkan
- Kami telah mengemas kini paparan penalti gold minion ketika Smite dilengkapi
- Bar nyawa kini mempunyai kesan yang mengisyaratkan dengan lebih baik apabila sesuatu ability menghilang atau memulihkan nyawa anda.
RIFT HERALD
Meta awal permainan kini amat bertumpukan dragon, dan kami mendapati bahawa Rift Herald lebih kerap de-spawn daripada dibunuh. Kami sedang membuat perubahan pada masa spawn untuk menambahkan pengaruhnya terhadap pilihan strategik awal permainan.
- Waktu spawn pertama: 360s → 240s
IGNITE
Kami mengemas kini Ignite supaya serupa dengan perubahan kepada Grievous Wounds.
- [BAHARU] Kini mengenakan 60% Grievous Wounds
GOLD PASIF
Setelah menilai perubahan kami sebelum ini kepada gold pasif, kami akan menyesuaikannya sekali lagi agar ia lebih tetap sepanjang permainan, tetapi masih mencapai matlamat asal kami untuk mengurangkan kekerapan pemain mencapai build penuh sebelum permainan berakhir. Tambahan lagi, kami menambahkan mekanik baharu kepada sistem gold pasif yang akan membantu rakan sepasukan dengan gold terendah mendapatkan gold tambahan. Kami jangka ini akan mengurangkan tindak balas berantai, tetapi masih membantu pemain merealisasikan fantasi item mereka dengan lebih kerap!
- Gold yang diperoleh setiap saat: 4g ke 3g selepas 8 minit → 3.5g untuk sepanjang perlawanan
- [BAHARU] Graceful Charity: Bermula dari minit 5, rakan sepasukan dengan jumlah gold terendah akan menerima tambahan 1g setiap saat
GOLD KILL, ASSIST DAN BOUNTY
Kami sedang melaraskan cara gold bounty diagihkan. Kami juga mengubah jumlahnya untuk meningkatkan peluang kemunculan semula, tetapi menumpukan lebih banyak gold daripada takedown kepada tangan seorang pemain dan bukannya pemain yang assist. Kami berharap perubahan ini meningkatkan kemampuan peribadi pemain untuk mempengaruhi keputusan permainan daripada terlalu bergantung pada pasukan mereka untuk menggunakan gold bersama dengan bijak.
CIRI TETAPAN
KAWALAN
- [BAHARU] Keutamaan Penyasaran - Terhampir
- Kami menambah semula tetapan ini dengan beberapa perubahan supaya ia hanya digunakan untuk champion. Mengaktifkan tetapan ini akan menyebabkan penekanan sesuatu ability menyasarkan champion terhampir dalam jarak.
- [BAHARU] Penapisan Penguncian Sasaran
- Tetapan baharu ini menyebabkan pemilihan penguncian sasaran mengabaikan minion dan tower. Pemain tidak perlu risau lagi tentang penukaran sasaran daripada champion kepada minion atau tower dengan tidak sengaja ketika berlawan.
- Tekan sistem Sasaran untuk Naik Taraf
- Apabila menekan sesuatu ability semasa dash, ability itu akan cuba mencari sasaran berpusat dari titik destinasi dash dan bukannya di pertengahan dash.
- Perubahan Penyelarasan
- Kami telah mengurangkan kemungkinan melepaskan daripada skrin akan menyebabkan bacaan input tambahan dan mengubah tujuan asal pemain.
- Ultimate kini hanya akan menyasarkan champion apabila digunakan dengan menekan. Ini bertujuan untuk mengurangkan salah tembak, iaitu pemain salah menilai jarak dan magik itu dilepaskan kepada minion rawak.
- Pengecualian: Corki dan Xayah. Oleh sebab ultimate Corki ialah magik dengan cooldown rendah yang biasanya digunakan untuk farming, dan Xayah kerana kekurangan kemampuan penyasaran reaktif merupakan sebahagian besar magiknya.
KELAKUAN PEMAIN
PERUBAHAN AFK
- Hukuman AFK pertama untuk mod tertentu seperti Co-Op vs AI telah dibuat menjadi lebih ringan, kerana tingkah laku AFK dalam mod ini kurang memberi kesan kepada rakan sepasukan. Hukuman AFK berulang atau kerap akan tetap dilayan seperti biasa.
- Apabila pemain AFK, mata Ranked Fortitude mereka yang hilang akan diagihkan kepada sekutu mereka yang tidak berada dalam parti tersedia. Jumlah ini ditambahkan daripada 10 kepada 20.
TANDA PERMABAN
- Akaun yang telah diberikan permaban akan mempamerkan tanda permaban pada profil dan kad nama senarai rakan mereka.
PELAPORAN
- Skrin Laporan kini mempunyai had aksara yang lebih tinggi, membolehkan pemain membuat laporan dengan lebih teliti.
TAMBAHAN
- Bingkai ranked tidak akan dipamerkan dalam queue bukan ranked.
- Maklum balas sentuhan visual telah ditambahkan untuk telefon Android.
- Meningkatkan pengalaman untuk pemain dengan keadaan rangkaian yang lemah.
- Prestasi model 3D champion dan skin ditambah baik dan dioptimumkan serta membolehkan lebih banyak tetapan grafik
- Suara pengumuman kini boleh ditutup melalui menu Tetapan dalam permainan
- Sehari sekali, anda boleh roll semula tawaran dalam Kedai Poro. Anda juga boleh Pin apa-apa item untuk mengelakkan item daripada mendapat roll semula.
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
29 Julai - 4 Ogos: Amumu, Braum, Draven, Kennen, Orianna, Rakan, Singed, Xayah, Xin Zhao, Ziggs
5 Ogos - 11 Ogos: Corki, Diana, Irelia, Lulu, Rakan, Rammus, Rengar, Teemo, Varus, Zed