Patch Note 2.3c Wild Rift

Kita telah tiba pada balance patch terakhir kitaran 2.3, dan perasaan seram sejuk dapat dirasa... Runeterra sedang menghadapi kemusnahan, dan hanya segelintir sahaja yang mampu menghentikannya sama sekali!

Kita telah tiba pada balance patch terakhir kitaran 2.3, dan perasaan seram sejuk dapat dirasa... Runeterra sedang menghadapi kemusnahan, dan hanya segelintir sahaja yang mampu menghentikannya sama sekali! Jaga diri, dan jangan lupa untuk mengambil Sumpah Cahaya jika anda hendak membantu sebagai seorang Sentinel sejati. Sementara itu, kami perlu belajar bermati-matian di Akademi Durandal.

Patch 2.4 akan tiba di penghujung bulan ini. Selamat datang ke Patch 2.3c!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

TERBARU

SKIN

071221-WR-Patch2-03c-Splash-banner.jpg

Akan dikeluarkan pada 22 Julai @ pukul 08:01 GMT+8:

  • Battle Academia Ezreal
  • Battle Professor Graves
  • Battle Academia Katarina
  • Battle Academia Lux

AKSESORI

Anda boleh memperoleh atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkannya!

2.3c_Goodies.jpg

Emote: Victory Secured!; Snrk!; Excuse Me?; That Wasn’t The Plan!; My Bad!; Why Me?

Bauble: All Jammed Up

Recall: Study Group

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang patch.

PERUBAHAN CHAMPION

3_28_21_Patch22Article_Amumu.jpg

AMUMU

Tiada apa yang menyedihkan tentang permainan awal Amumu. Kami akan mengurangkan ketahanan hidupnya sedikit.

Statistik Asas

  • Armor: 35 → 30

5-11-2021-Patch22c_Braum.jpg

BRAUM

Ability barisan hadapan Braum yang tiada tandingan menjadikannya salah satu pilihan terbaik untuk posisi Support. Perubahan ini ditujukan untuk mengurangkan damage dan memberinya sedikit kelemahan sepanjang perlawanan.

(P) Concussive Blows

  • [BAIKI BUG] Tempoh stun pada level maksimum: 1.56s → 1.5s

(1) Winter’s Bite

  • Damage % HP: 5% → 3%

(3) Unbreakable

  • Tempoh: 5s → 4s

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Evelynn.jpg

EVELYNN

Penguasaan Evelynn terus bertahan. Pemulihan pasif dan damage segera menjadikannya ancaman berterusan untuk memberi ruang kepada musuhnya.

(P) Demon Shade

  • Heal: 10% AP sesaat → 7.5% AP sesaat

(Ult) Last Caress

  • Ratio AP damage terhadap champion nyawa rendah: 250% → 230%

PatchNotes21_0000_Ezreal_Skin01_(1).jpg

EZREAL

Ezreal terlalu licik di awal permainan, jadi kami menambahkan sedikit masa henti pada cara melarikan diri utamanya.

(3) Arcane Shift

  • Cooldown: 25/22/19/16s → 28/24/20/16s

Fiora-Champion-Banner.jpg

FIORA

Prestasi Fiora sedikit tinggi, jadi kami mengurangkan sedikit nyawa asasnya. Ini sepatutnya akan mengurangkan ruangnya untuk membuat kesilapan ketika pertarungan awal.

Statistik Asas

  • Nyawa: 610 HP → 570 HP

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Janna.jpg

JANNA

Pusingan nerf terakhir Janna berfungsi dengan baik untuk menjatuhkannya daripada takhta beranginnya, tetapi dia memerlukan satu lagi ketukan terhadap movement speednya. Dia sepatutnya masih dapat menggunakan (2) Zephyr untuk mengganggu lawannya, tetapi dia tidak akan memecut sepantas sebelumnya ketika berbuat sedemikian lagi.

(2) Zephyr

  • Movement speed bonus ketika sedang cooldown: 6/9/12/15% → 6/8/10/12%

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Leona.jpg

LEONA

Kami mengucapkan selamat pagi kepada semua Leona. Dia masih mendaki gunung buff, dan kali ini kami sedang mensasarkan ketahanan dan pasifnya.

(P) Sunlight

  • Damage asas: 33 to 145 → 34 to 160

(2) Eclipse

  • Armor: 25/35/45/55 + 20% armor bonus → 35/50/65/80 + 20% armor bonus
  • Magic Resist: 25/35/45/55 + 20% MR bonus → 35/50/65/80 + 20% MR bonus

Rakan_Classic_Wild_Rift_Splash.jpg

RAKAN

Jarak poke Rakan yang dekat bermaksud dia akan mengalami kesusahan jika dia tertinggal ketika fasa laning. Dia akan menerima buff kecil terhadap jarak poke utama serta utility pemulihannya.

(1) Gleaming Quill

  • Jarak: 6/7/8/9 → 7/8/9/10

Sona-Champion-Banner.jpg

SONA

Sona sering menduduki tangga teratas carta dengan tekanan dan utility yang konsisten. Kami tidak mahu mempengaruhi kemampuan Sona untuk mencegah dan mengenakan damage, tetapi kami ingin meringankan cara memulakan dan melarikan dirinya dari pertempuran. Jika anda dapat menekan Sona untuk menggunakan (3) Song of Celerity di dalam lane, dia sepatutnya menerima akibat yang lebih besar.

(3) Song of Celerity

  • Mana: 65 → 80
  • [BAIKI BUG] Kini menunjukkan Ratio AP 3% dengan betul dalam tooltip

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BRAMBLE VEST

Prestasi Bramble Vest (dan Thornmail) terlalu tinggi sebagai item serbu. Mereka sepatutnya memainkan peranan khusus dan sebaliknya ialah item Armor awal yang terbaik secara amnya.

  • Damage Thorns: 3 + 10% armor bonus → 3 + 8% armor bonus

THORNMAIL

Menunda pembelian Thornmail sedikit demi mengelakkan serbuan spike. Pemain VALORANT malding.

  • Kos gabung: 900G → 1000G
  • Jumlah kos: 2800G → 2900G

FROZEN HEART

Kami menjadikan Frozen Heart pembelian yang lebih menarik ketika menentang penyerang yang pantas.

  • Aura pengurangan attack speed: 15% → 20%

PERUBAHAN RUNE

INSPIRATION: PATHFINDER

Kami mahu Pathfinder menjadi sebagus Mastermind untuk jungler yang proaktif.

  • Movement speed: 8% → 9%

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

15 Julai - 21 Julai: Alistar, Aurelion Sol, Graves, Jax, Miss Fortune, Nami, Shyvana, Tristana, Twisted Fate, Wukong

22 Julai - 28 Julai: Dr. Mundo, Ezreal, Galio, Kha'Zix, Lee Sin, Leona, Lucian, Pantheon, Senna, Yasuo