Wild Rift Patch Notes 2.3a

Bersedialah! Patch 2.3a sudah tiba, memaparkan beberapa perubahan dalam balance bagi champion, item, summoner spell dan banyak lagi. Selami pesta ria ini dan sertai event Pool Party!

Jom sertai penduduk Runeterra bersuka ria di Pool Party! Event ini termasuk dalam perubahan balance bagi champion, item dan banyak lagi. Selami Patch 2.3a!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang patch.

TERBARU

SKINS

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_PoolPartyFiora.jpg

Akan dikeluarkan pada 17 Jun @ 08:01 GMT+8:

  • Pool Party Fiora
  • Pool Party Lee Sin
  • Pool Party Leona
  • Pool Party Lulu
  • Pool Party Orianna
  • Pool Party Renekton

Akan dikeluarkan pada 24 Jun @ 08:01 GMT+8:

  • Galaxy Slayer Zed

PERHIASAN

Anda boleh dapatkan atau beli aksesori dari beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman yang berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkannya!

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_GoodiesAssets.jpg

Emote: I’m On Duty, Mullet Over, Too Cool For Pool

Ikon: Sun’s Out Guns Out

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang patch.

EVENT

POOL PARTY

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_EMBARGO_6_16_21_1300_PDT_LeonaPoolParty_WRSplash.jpg

Pergi dapatkan gogel: Dah sampai masanya untuk terjun ke dalam kolam!

Event Pool Party akan bermula pada 17 Jun, 08:01 GMT+8.

PERUBAHAN CHAMPION

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Ahri.jpg

AHRI

Ahri terlalu mudah untuk charm musuhnya sehingga menjadi punca kematian mereka. Kami akan pastikan yang dia perlu berusaha lebih keras sebelum dapat membunuh musuhnya dengan menjadikan Ahri lebih lemah.

Statistik Asal

  • Armor asal: 35 → 30

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Evelynn.jpg

EVELYNN

Evelynn dieksploit dalam permainanan di tahap yang tinggi apabila ultimatenya digunnakan untuk mencuri objektif. Dia sepatutnya lebih fokus pada memburu champion, bukan monster jadi kami akan mengubah damage yang dikenakan.

(Ult) Last Caress

  • [BARU] 250% execute damage kini hanya berkesan pada champion

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Janna.jpg

JANNA

Janna sangat berprestasi apabila dia terus max skill Zephyrnya dahulu. Kami akan mengurangkan kuasanya supaya dia tidak mengabaikan abilitynya yang lain.

(2) Zephyr

  • Damage Asal: 65/125/185/245 → 55/105/155/205

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Katarina.jpg

KATARINA

Win rate Katarina naik dengan mendadak dengan reset dan play style yang membolehkannya multi-kill sehingga tahap yang tidak sihat bagi kamil. Kami akan mengurangkan kuasanya dan juga mengubah bagaimana interaksi diantara Phase Rush dan ultimatenya kerana sebelum ini agak mustahil untuk counternya.

(P) Voracity

  • Ratio AP: 0.58 - 1.0 berdasarkan pada level → 0.48 - 0.9 berdasarkan pada level

(Ult) Death Lotus

  • [BARU] Mengubah movement speed asal Katarina kepada 125 apabila berpusing daripada sebelum ini dimana ia merupakan slow yang boleh dikurangkan durasinya dengan slow resistance

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Leona.jpg

LEONA

Leona masih terasa kurang memuaskan, jadi kami memberikannya sedikit buff untuk mencerahkan harinya dalam lane. Perkara ini dapat membantu Radiant Dawn mencapai potensi penuhnya.

(3) Zenith Blade

  • Jarak: 7.5 → 8

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_Wukong.jpg

WUKONG

Wukong masih bergelut untuk berprestasi di luar jungle. Kami akan menambahkan ability dia untuk kekal berprestasi dan berharap Monkey King dapat kekal dalam lane.

(1) Crushing Blow

  • Pemulihan apabila menyerang minion: 50% → 80%

6_15_2021_PatchNotes23aArticle_XinZhao.jpg

XIN ZHAO

Xin Zhao telah kurang berprestasi selepas reworknya untuk samakan dengan PC. Kami akan buff Seneschal of Demacia untuk membantunya dapatkan semula kegemilangan lepasnya dan akan terus perhatikan kemajuan Xin Zhao.

Statistik Asal

  • Magic Resist: 30 → 38
  • Nyawa Ditambah setiap Level-Up: 105 → 115
  • Nyawa pada Level 15: 2120 → 2260

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BAMI’S CINDER

Kuasa berapi Bami’s Cinder dan Sunfire Aegis menjadikan tank jungler dan binaan tanky lane terlalu kuat, jadi kami mengurangkan damage item terhadap bukan champion.

  • Minion dan monster damage modification: 50% → 25%

SUNFIRE AEGIS

  • Perubahan damage pada Minion dan monster: 50% → 25%

WINTER’S APPROACH

Winter’s Approach terasa agak kurang berprestasi, jadi kami akan menambahkan kadar stack mana untuk menguasakan item tersebut dengan lebih cepat.

Mana Charge

  • Mana diberikan: 8 → 12

SUMMONER SPELL

IGNITE

Ignite mempunyai jarak gunaan yang agak janggal dan menjadikannya kurang bagus bagi champion jarak jauh. Kami menambahkan jarak gunaannya sedikit supaya menjadi pilihan yang lebih sesuai.

  • Jarak Gunaan: 5.5 → 6

SMITE

Kami akan menambahkan mana regen untuk membantu menyeimbangkan jungler yang tidak menggunakan mana dan yang memerlukan mana. Perubahan ini agak besar jadi kami akan pastikan untuk memantaunya.

  • [BARU] Pasif: Memulihkan semula 4 mana setiap saat apabila berada dalam jungle atau river.

SISTEM

GOLD TOWER LUARAN

Kami mengimbangkan semula pengagihan gold tower luaran untuk memfokuskan pada pengagihan gold kepada mereka yang berdekatan berbanding global. Pemain patut diberi ganjaran dengan lebih untuk menewaskan pihak lawan dalam lane, bukannya kerana prestasi rakan sepasukan di lane yang lain.

  • Gold setiap plate: 100g → 150g
  • Global gold apabila musnah: 150g → 100g

JUNGLE

Sesetengah camp dibiarkan oleh pemain kerana ia mengambil masa untuk dibunuh dan lebih efisien untuk roaming. Kami akan mengubahkan camp-camp tersebut bagi memastikan ia lebih cepat untuk dibunuh.

GROMP

  • Nyawa: 2500 → 2200

KRUGS

  • Nyawa Ancient Krug: 1600 → 1200
  • Nyawa Krug: 600 → 500

BUG FIX

  • Perbaiki satu bug pada champion point. Sekarang, apabila pemain mencapai had champion point bagi rank mereka, pemain tersebut tidak akan mendapat atau hilang point selepas memenangi permainan.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

17 Jun - 23 Jun: Alistar, Diana, Draven, Ezreal, Irelia, Orianna, Rammus, Riven, Soraka, Xin Zhao

24 Jun - 30 Jun: Braum, Corki, Darius, Evelynn, Katarina, Kha'Zix, Leona, Malphite, Seraphine, Xayah