Wild Rift Patch Note 2.2c

Balance patch terakhir kitaran 2.2 telah tiba! Renekton, skin Blood Moon, nerf pada Evelynn dan event terbaru, Nemesis Duel. Selamat datang ke Patch 2.2c!

Dengan Rengar dan Kha'Zix yang masih bertarung, persaingan yang baru muncul dari pasir Shurima yang dicurahi matahari. Renekton akan tersedia kemudian dalam patch untuk bertempur dengan abangnya, Nasus dan ritual Blood Moon akan tiba di Wild Rift kemudian. Kitorang juga mempunyai beberapa nerf yang disasarkan pada beberapa superstar solo queue yang terkuat: #evelynnisoverparty bermula sekarang.

Ini adalah balance patch terakhir kitaran ini, jadi kitorang akan menjalankan perubahan ini dalam lebih kurang satu minggu atau lebih. Nantikan satu lagi diari /dev pada hujung bulan ini untuk ketahui apa yang akan berlaku pada bulan Jun dan Julai. Selamat datang ke Patch 2.2c!

HOTFIX 19 MEI

RENGAR

Knifekitty terlalu boleh diharapkan untuk menghapus musuh dari peta. Secara khusus, kitorang mahu merapatkan jurang antara bruiser build dan assassin build.

Statistik Asas

  • AD asal setiap level: 5.5 → 3.6
    • AD pada Level 15: 147 → 121

TERBARU

CHAMPION BARU

RENEKTON, THE BUTCHER OF THE SANDS

5-11-2021-Patch22c_Renekton_Skin01.jpg

Renekton adalah pahlawan Ascended yang berasal dari padang pasir Shurima. Dahulu, dia merupakan champion empayarnya yang paling dihormati, memimpin askarnya yang hebat ke arah kemenangan yang tidak terkira. Namun, setelah kejatuhan Sun Disc, Renekton dipenjara di bawah pasir—dan perlahan-lahan, dengan dunia di atas berubah, dia menjadi gila. Bebas sekali lagi, dia ingin membalas dendam kepada abangnya, Nasus yang dikatakan sebab dia terperangkap di bawah pasir.

SKIN BARU

5-11-2021-Patch22c_Diana_Skin04.jpg

  • Scorched Earth Renekton
  • Blood Moon Diana
  • Blood Moon Jhin
  • Blood Moon Kennen
  • Blood Moon Twisted Fate
  • Blood Moon Yasuo
  • Infernal Nasus
  • Mecha Malphite

Semua skin akan dikeluarkan sepanjang patch.

AKSESORI BARU

Korang boleh dapat atau beli aksesori dari beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkannya!

5-11-2021-Patch22c_Accessories.jpg

  • Ikon: Chroma Poro; Tanzanite Poro; Catseye Poro; Citrine Poro; Obsidian Poro; Rose Quartz Poro; Sapphire Poro
  • Emote: Chroma 2021
  • Homeguard Trail: Chroma Untuk Semua
  • Bauble: Ritual Mask
  • Recall: Blood Moon Return

EVENT BARU

CHROMA

Semua orang dijemput dalam Rift!

Event Chroma akan bermula pada 24 Mei. Maklumat lanjut akan tersedia tidak lama lagi.

NEMESIS DUEL

Kemudian dalam patch ini, Nasus dan Renekton akan memasuki Nemesis Duel kedua Wild Rift. Sebagai peringatan, event ini boleh tercetus apabila:

  • Kedua-dua champion berada pada Level 13 atau lebih
  • Kedua-dua champion tidak mengenakan atau menerima damage champion dalam 5 saat
  • Kedua-dua champion masih hidup
  • Kedua-dua champion berjauhan sekurang-kurangnya 16 unit

Nemesis Duel tidak akan berlaku setiap permainan walaupun syarat ini dipenuhi tetapi apabila berlaku, semua pemain dalam permainan akan mengetahui melalui pengumuman dalam permainan. Champion akan memenangi event dalam permainan apabila champion lawan mati dalam masa 3 saat setelah menerima damage dari champion yang menang.

Nemesis Duel Nasus dan Renekton dinamakan sebagai Bad Blood:

  • Jika Nasus menang, (1) Siphoning Strike akan menyerang semua musuh di suatu kawasan
  • Jika Renekton menang, dia akan kekal pada Fury maksimum semasa (Ult) Dominus

PERUBAHAN CHAMPION

5-11-2021-Patch22c_Braum.jpg

BRAUM

Braum terlalu bagus dalam menghalang champion lawan walaupun tujuannya adalah sebagai champion yang menghalang projektil yang kuat.

(P) Concussive Blows

  • Tempoh Stun: 1.25/1.5/1.75s → 1/1.25/1.5s

5-11-2021-Patch22c_Diana.jpg

DIANA

Attack Speed Diana untuk (P) Moonsilver Blade berskala secara berlebihan ketika dia mula snowball.

(P) Moonsilver Blade

  • Attack Speed: 30 ke 120% → 30 ke 100%

5-11-2021-Patch22c_Evelynn.jpg

EVELYNN

Jangan benci pemain, benci Hate Spike. Evelynn masih terlalu kuat secara keseluruhan, jadi kami mengurangkan damage utamanya.

(1) Hate Spike

  • Damage: 45/50/55/60 → 40/45/50/55

5-11-2021-Patch22c_Fizz.jpg

FIZZ

Fizz tenggelam melawan poke mage early game di mid. Kitorang memberinya pelampung untuk membantunya dengan isu mana di peringkat awal permainan.

Statistik Asas

  • Mana Regen Asal: 15 → 18

5-11-2021-Patch22c_Jax.jpg

JAX

Late game Jax terasa macam terlebih nerf, lagi-lagi apabila dia tidak mempunyai akses ke blue buff. Memberinya sedikit mana dengan setiap level akan membantunya menjadi ancaman berterusan dalam perlawanan yang lebih panjang.

Statistik Asas

  • Mana setiap Level: 33 → 57
    • Mana pada Level 15: 852 → 1188

5-11-2021-Patch22c_Kai_Sa.jpg

KAI’SA

Kai'Sa menunjukkan prestasi yang terlalu baik dalam permainan berkemahiran tinggi. Kitorang juga nerf ability waveclearing dan mengurangkan potensi playmaking pada early game untuk memastikan dia lebih terkawal.

(1) Icathian Rain

  • Bonus Damage pada minion di bawah 35% HP: 200% → 150%

(Ult) Killer Instinct

  • Cooldown: 80/70/60s → 100/80/60s

5-11-2021-Patch22c_Lee_Sin.jpg

LEE SIN

Lee Sin berprestasi lebih dari sepatutnya pada skill level yang lebih tinggi, jadi kitorang melaraskan kekuatan yang korang dapat dari mengoptimumkan pasifnya.

(P) Flurry

  • Attack Speed: 50% → 40%

5-11-2021-Patch22c_Lulu.jpg

LULU

Sementara enchanter support yang lain menunjukkan prestasi yang baik, Lulu telah ketinggalan di belakang. Kitorang mengembalikan beberapa nerf baru-baru ini ke statistik asas untuk membantunya (dan Pix).

Statistik Asas

  • Mana: 435 → 480
  • Movement Speed: 325 → 330

5-11-2021-Patch22c_Lux.jpg

LUX

Kitorang mahu mengalakkan champion di beberapa lane tetapi support Lux terlalu kuat. Oleh itu, kitorang akan melaraskan kekuatan shield.

(2) Prismatic Barrier

  • Jumlah shield apabila kembali: 100/140/180/220 → 75/105/135/165
  • Ratio AP shield apabila kembali: 0.4 → 0.3

5-11-2021-Patch22c_Pantheon.jpg

PANTHEON

Walaupun baru saja mendapat buff, Pantheon masih lagi menghadapi bergelut untuk memberi impak. Kitorang memberinya sedikit dorongan untuk membantunya menjadi lebih bagus.

Statistik Asas

  • Armor setiap level: 4.3 → 4.7
    • Armor pada Level 15: 101 → 106

(2) Shield Vault

  • Damage Asas: 65/90/115/140 → 70/120/170/220

5-11-2021-Patch22c_Twisted_Fate.jpg

TWISTED FATE

Twisted Fate sedang bergelut; Red Card secara khusus tidak sepadan dengan dek lainnya.

(2) Pick a Card

  • Radius kawasan yang terkena Red Card: 2 → 2.75
  • Slow Red Card: 30/35/40/45% → 35/40/45/50%

PERUBAHAN ARAM

Kitorang akan membuat beberapa perubahan kecil pada minggu akhir ARAM sebelum mod ini berakhir.

PERUBAHAN SISTEM PERMAINAN

GOLD PASIF

Kitorang lihat pemain dapat menyiapkan build mereka terlalu cepat dan menjadikan late game dalam permainan yang panjang agak bosan. Sebagai tambahan, rasakan roaming berpasukan ketika berada di hadapan memberi risiko kecil yang menjadikan split pushing agak lemah. Kitorang mengambil langkah kecil untuk menyelesaikan masalah ini dengan menurunkan penerimaan gold pasif pada mid hingga late game. Kitorang akan memantau dengan teliti kesan dari perubahan ini kerana ia adalah satu eksperimen.

Penerimaan Pasif Gold

  • Sebelum 8 minit: 4G setiap saat (tidak berubah)
  • Selepas 8 minit: 4 → 3G setiap saat

GILIRAN CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

13 Mei - 19 Mei: Akali, Braum, Darius, Diana, Evelynn, Jax, Miss Fortune, Olaf, Sona, Tristana

20 Mei - 26 Mei: Ahri, Corki, Kai’Sa, Kha’Zix, Leona, Renekton, Rengar, Soraka, Tryndamere, Twisted Fate