Wild Rift Patch Note 2.2b

Rengar dan Kha'Zix akan menyertai Wild Rift dalam patch ini nanti dan teruskan persaingan dengan God-King Darius dan Garen. Akhir sekali, semak perubahan balance yang ditujukan pada carry Duo Lane yang kurang berprestasi. Selamat datang ke Patch 2.2b!

Kuatkan semangat , buat pelan , jejak mangsa korang... Pemburuan Bermula Rengar dan Kha'Zix akan menyertai Wild Rift dalam patch ini nanti bersama event Masters of the Hunt. Teruskan persaingan dengan God-King Darius dan Garen. Akhir sekali, semak perubahan balance yang ditujukan pada carry Duo Lane yang kurang berprestasi, enchanter dan elemental drake. Selamat datang ke Patch 2.2b!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang patch. Jika korang terlepas peluang, lihat pratonton ini untuk beberapa perkara baru yang akan datang ke Wild Rift dalam bulan April dan Mei!


TERBARU

CHAMPION BARU

RENGAR, THE PRIDESTALKER

4_26_21_Patch22b_RengarSplash.jpg

Rengar adalah pemburu trofi Vastayan ganas yang hidup untuk keseronokan menjejak dan membunuh makhluk berbahaya. Dia menjelajahi dunia untuk mencari makhluk paling menggerunkan, terutama sekali Kha'Zix, makhluk void yang mencakar keluar matanya. Rengar menghendap mangsanya bukan untuk memakannya atau kegemilangan tetapi sebagai keindahan memburu.

Rengar akan dikeluarkan pada 6 Mei 0:01 UTC.

KHA’ZIX, THE VOIDREAVER

4_26_21_Patch22b_KhazixSplash.jpg

The Void membesar dan the Void menyesuaikan diri—tiada satu pun makhluk kelahiran the void yang menepati makna tersebut kalau bukan Kha’Zix. Evolusi mendorong makhluk yang bermutasi ini, dilahirkan untuk terus hidup dan membunuh makhluk yang kuat. Bila menghadapi kesukaran untuk melakukannya, ia berevolusi dan menggunakan cara baru yang lebih efektif untuk menyerang balas dan membunuh mangsanya. Pada mulanya seekor mahluk tidak berakal, kebijaksanaan Kha'Zix telah berkembang sama seperti dirinya. Sekarang, makhluk tersebut merancang pemburuannya dan telah mempelajari cara untuk menakutkan setiap mangsanya

Kha’Zix akan dikeluarkan pada 6 Mei 0:01 UTC.

SKIN BARU

4_26_21_Patch22b_GodKingGarenSplash.jpg

  • Forecast Janna
  • Program Nami
  • God-King Darius
  • God-King Garen
  • Death Blossom Kha’Zix
  • Night Hunter Rengar

Semua skin akan dikeluarkan sepanjang patch. Skin 2.2 yang akan datang akan dikeluarkan dalam patch yang seterusnya.

PERHIASAN BARU

Korang boleh mendapatkan atau membeli perhiasan dari beberapa sumber berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkannya!

4_12_21_Patch22article_Goodies.jpg

  • Ikon: The Voidreaver, The Pridestalker, Apex Predator*, King of the Rift**
  • Emote: Heh!, GameTime, Adorable Assailant
  • Spawn Tag: The Voidreaver, The Pridestalker
  • Bingkai Ikon: The Hunt Begins
  • Bauble: The Wolf Knight, The Celestial Lion, Void Wing, Trophy Collection

* Dikeluarkan jika pasukan Kha'Zix menang semasa event berlangsung

** Dikeluarkan jika pasukan Rengar menang semasa event berlangsung

Semua perhiasan akan dikeluarkan sepanjang patch.

EVENT BARU

MASTERS OF THE HUNT

Sering diselubungi oleh kabus peperangan, jungle di Wild Rift terbukti merbahaya walaupun bagi champion yang paling berani. Namun begitu dua pemburu berbakat semula jadi telah menjadikan medan tempur yang ganas ini sebagai kawasan diorang sendiri, masing-masing mahu menjadikan pihak satu lagi sebagai trofi.

Event Masters of the Hunt akan bermula pada 6 Mei. Maklumat lanjut akan tersedia tidak lama lagi.

SISTEM BARU

NEMESIS DUEL

Dua champion yang ganas ini membawakan dendam diorang ke Wild Rift dengan mekanik bertaruhan tinggi: Nemesis Duel! Ciri ini adalah kekal dalam permainan yang akan berterusan sampailah event tamat. Event Nemesis Duel boleh mencetus apabila champion masing-masing memenuhi semua syarat berikut:

  • Kedua-duanya berada di Level 13 atau lebih
  • Kedua-duanya tidak mengenakan atau menerima damage champion dalam 5 saat
  • Kedua-duanya masih hidup
  • Kedua-duanya berjauhan sekurang-kurangnya 16 unit

Nemesis Duel tidak akan berlaku setiap permainan walaupun syarat ini dipenuhi tetapi apabila berlaku, semua orang dalam permainan akan mengetahui melalui pengumuman dalam permainan. Champion memenangi event Nemesis Duel apabila champion lawan mati dalam masa 3 saat setelah menerima damage dari champion yang menang.

Nemesis Duel pertama di Wild Rift adalah The Hunt is On!

  • Jika Rengar menang, secara automatik akan mendapat Ferocity sewaktu (Ult) Thrill of the Hunt.
  • Jika Kha’Zix menang, akan mendapat mata evolusi tambahan.

Maklumat lanjut mengenai Nemesis Duel akan tersedia tidak lama lagi.

PERUBAHAN CHAMPION

PatchNotes21_0008_Darius_Skin01.jpg

DARIUS

Darius dapat mengalahkan lawannya hanya dengan statistik asasnya. Kitorang mengurangkan nyawanya untuk bermain di lane.

Statistik Asas

  • Nyawa asas: 650 HP → 610 HP
  • Health regen asal: 9 → 7

4_26_21_Patch22b_Draven.jpg

DRAVEN

Nampak gayanya sekarang korangdah lebih bagus dalam menguasai aksi menangkap kapak Draven, sampai dia dah berjalan angkuh ke kawasan yang tak beberapa sihat. Kitorang mengurangkan damagenya supaya masih dapat mendorong gaya permainan berfokuskan AD tetapi pihak lawan sepatutnya mempunyai lebih banyak ruang untuk berlawan denganya sebelum dia menjadi kuat dan tidak terkawal.

(1) Spinning Axe

  • Damage: 55/60/65/70 → 45/50/55/60

2_0a-Evelynn.jpg

EVELYNN

Ultimate Evelynn boleh digunakan terlalu kerap, membenarkannya melepaskan diri dari situasi yang susah dan membunuh orang dengan masa yang singkat. Nerf cooldown akan meningkatkan peluang untuk pihak lawan melakukan play terhadapnya, terutama sekali pada early-mid game.

(Ult) Last Caress

  • Cooldown: 100/80/60s → 120/95/70s

4_12_21_Patch22article_Galio.jpg

GALIO

Kitorang rasa, terlebih nerf Galio sebelum ni dan kitorang juga menemui bug yang mungkin telah menyebabkan kesilapan dalam menilai kekuatannya. Kitorang akan buff beberapa perkara yang dapat menyokong tank Galio tetapi juga mengembalikan beberapa perubahan yang kitorang rasa mempunyai nilai yang lebih tinggi dalam membuatnya lebih seronok.

Statistik Asas

  • Nyawa setiap level: 115 → 125

(P) Colossal Smash

  • Cooldown: 5/4.5/4s → 5/4/3s

(1) Winds of War

  • [BUGFIX] Membaiki isu di mana (1) Galio mengenakan damage awalnya dua kali
  • % Damage Nyawa setiap ratio AP: 1.5% → 2%

4_26_21_Patch22b_Katarina.jpg

KATARINA

Katarina terlalu kuat, terutama sekali pada level permainan yang lebih tinggi. Kitorang menggunakan sebahagian daripada kitnya yang boleh dimanfaatkan oleh pemain berkemahiran dengan lebih konsisten.

(P) Voracity

  • Damage: 72 hingga 240 (berdasarkan pada level) → 62 hingga 230 (berdasarkan pada level)

(3) Shunpo

  • Jarak: 6.5 → 6

4_12_21_Patch22article_Leona.jpg

LEONA

Leona harus bersinar di lane berlawan support ranged di Duo Lane, tetapi dia sudah semakin kurang berprestasi. Perubahan ini bertujuan untuk membuatnya lebih baik dalam mencari pertarungan dan menang melawan squishies.

Statistik Asas

  • Health regen asal: 7.5 → 9

(P) Sunlight

  • Damage: 25 ke 137 → 33 ke 145

(3) Zenith Blade

  • Jarak: 7 → 7.5

3_28_21_Patch22Article_Teemo.jpg

TEEMO

Korang tak nampak apa-apa...

(3) Guerrilla Warfare

  • [BUGFIX] Tempoh Camouflage setiap rank kini diaparkan sebagai 3/3.5/4/4.5s berbanding 3/4/5/6s (tempoh tidak berubah, hanya tooltip fix)

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Ziggs_slice.jpg

ZIGGS

Early game Ziggs terlalu meletup.

(1) Bouncing Bomb

  • Cooldown: 6/5.5/5/4.5s → 7.5/6.5/5.5/4.5s

PERUBAHAN DUO CARRY

Duo Lane meta hampir menjadi sihat. Kitorang mengambil kesempatan ini untuk buff champion duo carry yang kurang berprestasi untuk membantu diorang bersaing kembali.

PatchNotes21_0007_Ashe_Skin01.jpg

ASHE

Berbanding dengan champion Ashe di PC, Ashe Wild Rift memiliki kurang anak panah yang BRRRR, jadi kitorang memberinya cara untuk memperbanyak lagi Volley.

(2) Volley

  • Cooldown: 14/11/8/5s → 13/10/7/4s

4_12_21_Patch22article_Tristana.jpg

TRISTANA

Kitorang meningkatkan burst damage Tristana supaya dia dapat mencari peluang yang lebih baik untuk membuat big play.

(3) Explosive Charge

  • Damage asas aktif: 65/80/95/110 → 70/90/110/130

(Ult) Buster Shot

  • Damage asas: 300/400/500 → 350/450/550

PatchNotes21_0004_Varus_Skin01.jpg

VARUS

Varus masih lagi boleh diberikan dorongan untuk membuatnya lebih kuat dalam skill level yang lebih tinggi. Kitorang meningkatkan execute supaya pemain dapat memanfaatkan kombo Blighted Quiver/Arrow dengan lebih baik.

Statistik Asas

  • Mana asas: 345 → 390

(2) Blighted Quiver

  • Damage nyawa hilang:
    • Level 1: 6.5% to 9.75% → 6.5% hingga 13%
    • Level 15: 13.5% to 20.25% → 13.5% hingga 27%

PatchNotes21_0005_Vayne_Skin01.jpg

VAYNE

Ultimate Vayne, walaupun kuat secara keseluruhan, agak lemah pada early game. Kitorang membuat Final Hour sebagai pilihan yang munasabah untuk membantunya dalam lane duel.

(Ult) Final Hour

  • AD Bonus: 20/30/40 → 30/40/50
  • Cooldown: 90/75/60s → 80/70/60s

PatchNotes21_0006_Xayah_Skin01.jpg

XAYAH

Cooldown Xayah terasa agak lama di Wild Rift kerana kekurangan pilihan AD + Ability Haste. Tambahan lagi, Bladecaller mempunyai ruang untuk memuaskan pemain yang dapat memerangkap lawannya.

(2) Deadly Plumage

  • Mana: 60 → 50
  • Cooldown: 20/18/16/14s → 19/17/15/13s

(3) Bladecaller

  • Root duration: 1s → 1.25s

PERUBAHAN ITEM

ARDENT CENSER

Support enchanter terlalu berprestasi, jadi kitorang ingin membiasakan kos item diorang berada di kawasan yang sama dengan rakan tank diorang.

  • Jumlah Kos: 2600g → 2800g
  • Kos Gabung: 650g → 850g

HARMONIC ECHO

  • Damage asas: 16 ke 30 → 16 ke 25
  • Ratio HP Bonus Damage: 1% → 0.8%

PERUBAHAN RUNE

CONQUEROR

Banyak kali kitorang melihat champion poke dapat stack Conqueror sebelum memasuki perlawanan. Perkara ini terlalu senang dan kitorang mahu Conqueror menjadi lebih kepada komitmen jangka panjang, bukan sekadar suka-suka saja.

  • Tempoh stack: 8s → 6s

PERUBAHAN SPELL

BARRIER

Uptime Barrier yang singkat bermaksud spell ini adalah pilihan yang tepat tidak kira pihak lawan. Kitorang mahu Barrier menjadi counter strategik berbanding pilihan terjamin.

  • Cooldown: 90s → 120s

PERUBAHAN SISTEM PERMAINAN

DRAGON

Infernal dan Cloud Dragon terlebih panas (dan… berangin) berbanding Mountain dan Ocean. Kitorang nerf diorang untuk menutupkan jurang kuasa. Penyesuaian ini semestinya masih membuat diorang layak diambil tetapi kurangkan elemen game-deciding.

INFERNAL DRAGON

  • Damage bonus: 8% → 6%

ELDER INFERNAL DRAGON

  • Damage bonus: 12% → 9%
  • Damage bonus setiap stack: 4% → 3%

CLOUD DRAGON

  • Movement speed bonus: 7.5% → 6%

ELDER CLOUD DRAGON

  • Movement speed bonus: 11.25% → 9%
  • Movement speed bonus setiap stack: 3.75% → 3%

GILIRAN CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

29 April - 5 Mei : Ezreal, Jarvan IV, Jhin, Leona, Lee Sin, Malphite, Orianna, Seraphine, Rakan, Teemo

6 May - 12 Mei: Amumu, Camille, Draven, Katarina, Kennen, Lulu, Nami, Rammus, Vayne, Zed