Wild Rift Patch Note 2.2a

Wild Rift penuh dengan misteri. Pengikut ajaran kuno Stargazer… tenggiling yang penuh misteri, Rammus yang … dan rasa honeyfruit ni macam mana sebenarnya? Selamat datang ke Patch 2.2a.

Wild Rift penuh dengan misteri. Salah satunya ialah Tenggiling yang mengembara, Rammus yang akan menyertai Rift beberapa hari lagi. Stargazer, bersumpah untuk melindungi manusia daripada ancaman kosmik yang tidak diduga, akan membuat kewujudan mereka diketahui umum kemudian dalam patch. Akhir sekali, kami menjawab salah satu masalah terbesar yang dihadapi dalam Wild Rift hari ini: boleh tak menang permainan dengan menggunakan Diana? Selamat datang ke Patch 2.2a.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang patch berjalan. Jika anda terlepas peluang, lihat pratonton ini untuk beberapa perkara baru yang akan datang ke Wild Rift dalam bulan April dan Mei!


KEMAS KINI ARAM 20 APRIL

Berdasarkan maklum balas korang, kitorang akan melakukan beberapa perubahan pada All Random All Mid bagi ujian pusingan keduanya.

PEMILIHAN CHAMPION

Kami memendekkan waktu pemilihan champion ARAM sebanyak 15 saat supaya korang boleh masuk ke dalam permainan dengan lebih cepat.

PERUBAHAN BALANCE ARAM

Kitorang sedang menguji beberapa sistem baru yang membolehkan kitorang ubah jumlah damage bagi setiap champion dan kami akan melakukannya pada beberapa champion. Dalam beberapa contoh ini, “0%” adalah jumlah asal champion.

TERBARU

CHAMPION BARU

RAMMUS, THE ARMORDILLO

4_12_21_Patch22article_BaseRammus.jpg

Menjadi idola ramai, ditolak oleh segelintir orang, dan membingungkan semua orang, Rammus yang ingin tahu ini penuh dengan misteri. Dilindungi oleh cengkerang berduri, pelbagai teori berbeza muncul mengenai asal usulnya ke mana saja dia pergi—daripada separa dewa, pendeta suci, hinggalah kepada seekor makhluk biasa yang ditukarkan oleh magik. Apa saja kebenarannya, Rammus sentiasa menyendiri tanpa berhenti ketika merayau-rayau di padang pasir Shurima.

Rammus akan dikeluarkan pada 22 April 0:01 UTC.

SKIN BARU

4_12_21_Patch22article_StargazerCamille.jpg

  • Stargazer Camille
  • Stargazer Soraka
  • Stargazer Twisted Fate
  • Molten Rammus
  • Sweeper Rammus

Semua skin akan dikeluarkan sepanjang patch. Skin 2.2 yang akan datang akan dikeluarkan dalam patch yang seterusnya.

GOODIES BARU

Anda boleh mendapatkan atau membeli goodies dari beberapa sumber berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkannya!

4_12_21_Patch22article_Goodies.jpg

  • Ikon: Stargazer Endeavor, Stargazer Triumph
  • Emote: Stargazer Pengu
  • Recall: To The Stars, Cosmic Transcendence
  • Bauble: Stargazer

Semua goodies akan dikeluarkan sepanjang patch berjalan.

EVENT BARU

STARGAZER

Bagi meraikan pelancaran barisan skin “first-to-Wild Rift”, satu event dalam permainan akan memperkenalkan anda kepada dunia Stargazer: Camille, Twisted Fate dan Soraka. Lengkapkan misi untuk mendapatkan Blue Mote dan goodies sepanjang event yang akan berlangsung sehingga hujung April.

4_12_21_Patch22article_StargazerEvent.jpg

Event Stargazer akan bermula pada 15 April. Maklumat lanjut akan tersedia tidak lama lagi.

[DALAM UJIAN] SOKONGAN 120FPS

Kami melepaskan sokongan mod 120fps kepada beberapa peranti berkuasa tinggi. Tetapan 120fps masih lagi dalam pengujian—jika anda mengalami masalah prestasi, sila tukar kembali ke frame rate yang disokong penuh oleh peranti anda.

  • Menambah pilihan 120fps kepada peranti berkuasa tinggi berikut: OnePlus 9 & OnePlus 9 Pro; Google Pixel 5; ASUS ROG Phone 2; Razer Phone 2.

PERUBAHAN CHAMPION

4_12_21_Patch22article_Alistar.jpg

ALISTAR

Bagi champion support yang tank, Alistar mengenakan terlalu banyak damage terutamanya pada turret. Menggunakan (2) Headbutt untuk menyerang turret (korang tahu tak boleh buat macam tu?) patut menjadi pilihan yang lebih munasabah.

(2) Headbutt

  • Damage: 55/130/205/280 → 50/120/190/260
  • Ratio damage turret: 150% → 75%

4_12_21_Patch22article_Blitzcrank.jpg

BLITZCRANK

Prestasi Blitzcrank tak begitu menyerlah sejak kebelakangan ini, jadi kitorang mengembalikan beberapa nerf yang dia terima pada tahun lepas. Perubahan ini, digabungkan dengan kemas kini item tank yang terbaru patut membuatkan dia lebih bagus dalam pilihan support.

(1) Rocket Grab

  • Damage: 60/120/180/240 → 80/140/200/260

(2) Overdrive

  • Tempoh slow sendiri: 1.5s → 1s

4_12_21_Patch22article_Corki.jpg

CORKI

Laluan mel Corki berhenti di Rift terlalu kerap. Kitorang memberikan dia sedikit jarak di antara penghantaran dengan matlamat untuk memberi ruang kepada Corki dan pihak lawannya.

(P) Hextech Munition

  • Kadar ketibaan The Package: 100s → 150s

4_12_21_Patch22article_Diana.jpg

DIANA

Diana sangat lemah dari pelbagai aspek, jadi kitorang akan menukarkan tingkat kuasa dari level (3) Lunar Rush menjadi (2) Pale Cascade bersama beberapa buff lain. Perubahan ini akan membantu dia bertahan dalam fasa laning dan memberikan kelebihan apabila dia mula mendahului lawan.

Statistik Asas

  • Nyawa Asas: 570 HP → 610 HP

(P) Moonsilver Blade

  • [BARU] Selepas menggunakan spell, Diana mendapat 30% hingga 120% Attack Speed (berdasarkan level) untuk 3 serangan yang seterusnya.

(1) Crescent Strike

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 9/8/7/6s

(2) Pale Cascade

  • Cooldown: 14s → 13/11.5/10/8.5s

(3) Lunar Rush

  • [DIBUANG] Bonus Attack Speed dialihkan pada (P) Moonsilver Blade

(Ult) Moonfall

  • Damage asas minimum: 150/200/250 + 35% AP → 175/225/275 + 40% AP
  • Damage asas maksimum: 300/400/500 + 70% AP → 350/450/550 + 80% AP

4_12_21_Patch22article_DrMundo.jpg

DR. MUNDO

Mundo beli Sunfire Aegis. Mundo bakar seluruh hutan dan pasukan musuh. Mundo perlu direhatkan.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 64 → 58
  • Nyawa: 690 HP → 650 HP
  • Armor: 45 → 40

(3) Masochism

  • Tempoh: 5s pada semua tahap → 3/3.5/4/4.5s

4_12_21_Patch22article_Galio.jpg

GALIO

Sama seperti ultimate ikoniknya, Galio tiba dengan penuh gah dan menganggu meta. Kitorang melaraskan kembali damage keseluruhan ability dalam permainan dan memendekkan jarak (3) Justice Punch berdasarkan pada maklum balas yang merasakan ia terlalu jauh.

Statistik Asas

  • Nyawa: 610 HP → 570 HP

(P) Colossal Smash

  • Cooldown: 5/4/3s di level 1/5/9 → 5/4.5/4s di level 1/5/9
  • Damage asas: 15 ke 225 (berdasarkan pada level) → 15 ke 190 (berdasarkan pada level)

(1) Winds of War

  • Peratusan HP damage setiap ratio AP: 2% → 1.5%

(2) Shield of Durand

  • Cooldown: 15/14/13/12s → 18/17/16/15s
  • Ratio AP: 60% → 45%

(3) Justice Punch

  • Jarak dash: 6.5 → 5.75

4_12_21_Patch22article_Leona.jpg

LEONA

Leona tak begitu bersinar sebagai crowd control support tank, jadi kitorang merendahkan tempoh cooldown kombo lockdownnya.

(1) Shield of Daybreak

  • Cooldown: 6s → 5s pada semua rank

(3) Zenith Blade

  • Cooldown: 13/12/11/10s → 12/10/8/6s

4_12_21_Patch22article_Pantheonb.jpg

PANTHEON

Kami berpuas hati dengan pengubahan mini Pantheon dari Patch 2.2 tapi dia mungkin boleh diubah untuk menjadi lebih baiki. Pelarasan ini patut membantunya carry dari early game sampailah menang.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 58 → 64
  • Attack Damage setiap level: 2.65 setiap level → 3.6 setiap level

(1) Comet Spear

  • Damage asas tap: 55/100/145/190 → 70/110/150/190
  • Damage asas charge: 55/100/145/190 → 70/110/150/190
  • Ratio AD bonus: 100% → 110%
  • Ratio AD bonus Critical strike: 150% → 165%

4_12_21_Patch22article_Shyvana.jpg

SHYVANA

Shyvana mempunyai semuanya: tank, damage yang tinggi, dia ialah seekor naga kot. Dengan ketiadaan Davion, kitorang merendahkan semua damage dan nyawanya.

Statistik Asas

  • Nyawa: 650 HP → 610 HP

(1) Twin Bite

  • Cooldown: 8/7/6/5s → 9/8/7/6s

(3) Flame Breath

  • Ratio damage HP on-hit maksimum: 3.5% → 3%

4_12_21_Patch22article_Tristana.jpg

TRISTANA

Kitorang memberikan buff pada Tristana dengan berhati-hati kerana dia masih belum setaraf dengan pilihan marksman yang lain.

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap level: 2.65 setiap level → 3.6 setiap level

(3) Explosive Charge

  • Cooldown: 16s pada semua tahap → 16/15/14/13s

4_12_21_Patch22article_Vi.jpg

VI

Vi menjadi sangat popular dan pilihan yang boleh diharap dalam permainan bertahap tinggi tetapi juga kuat dalam permainan biasa. Perubahan ini membolehkan dia mengekalkan corak gank yang boleh diharap tetapi dengan risiko yang sedikit tinggi.

Statistik Asas

  • Armor: 35 → 30

(Ult) Assault and Battery

  • Cooldown: 85/65/45s → 95/75/55s

PERUBAHAN ITEM

INFINITY ORB

Infinity Orb memberikan terlalu banyak nilai untuk harganya sekarang. Kitorang naikkan sedikit harga untuk melengahkan pembeliannya dalam permainan yang sedang memuncak.

  • Jumlah Kos: 2850g → 3150g

SUNFIRE AEGIS

Walaupun tak terlebih berkuasa (...kecuali pada Mundo lol), Sunfire Aegis menjadi terlebih berguna. Kitorang menurunkan statistiknya sedikit bagi menambahkan beberapa pilihan item pertama untuk tank.

  • Damage Asas: 16 ke 30 → 16 ke 25
  • Ratio HP Bonus Damage: 1% → 0.8%

GLORIOUS ENCHANT

Bugfix yang hebat.

  • [BUGFIX] Membaiki satu bug di mana item dipaparkan sebagai 800g
  • Kos: 500g (tidak berubah)

PERUBAHAN SISTEM PERMAINAN

TURRET

Dalam permainan kompetitif, kitorang lihat banyak yang berkumpul awal, menjadikan fasa laning hampir tak wujud dalam perlawanan bertahap tinggi. Perkara ini merupakan sebahagian daripada usaha kitorang untuk meningkatkan pelancaran perubahan sistemik yang mengekalkan fasa laning dalam permainan kompetitif.

  • Sepanjang 4 minit (sebelumnya 3 minit) pertama, turret luaran Solo (Baron) Lane dan Mid Lane mendapat 90 bonus Armor dan Magic Resist.
  • Sepanjang 4 minit (sebelum ini 3 minit) pertama, semua turret luaran mendapat pertahanan tambahan bonus apabila terdapat beberapa musuh berdekatan:
  • Jumlah jika 2 champion: 10 Armor dan Magic Resist
  • Jumlah jika 3 champion: 100 → 250 Armor dan Magic Resist
  • Jumlah jika 4 champion: 200 → 300 Armor dan Magic Resist
  • Jumlah jika 5 champion: 300 → 350 Armor dan Magic Resist

GILIRAN CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

15 Apr - 21 Apr: Braum, Evelynn, Fizz, Galio, Graves, Jax, Kai’Sa, Lulu, Singed, Varus

22 Apr - 28 Apr: Alistar, Aurelion Sol, Corki, Dr. Mundo, Fiora, Shyvana, Soraka, Xayah, Xin Zhao, Ziggs