Patch Note 2.2 Wild Rift

Patch besar-besaran yang menampilkan pelbagai champion, perubahan dan lebih banyak pilihan ke Wild Rift! Mahu melakukan gank pada mana-mana lane? Galio ada je kat sini. Mahu memilih lane anda? Queue dengan Keutamaan Posisi. Hanya… mahu satu lane? All Random All Mid sedang di uji. Selamat datang ke Patch 2.2!

Patch besar-besaran yang menampilkan pelbagai champion, perubahan dan lebih banyak pilihan ke Wild Rift! Mahu melakukan gank pada mana-mana lane? Galio ada je kat sini. Mahu memilih lane anda? Berbaris dengan Pilihan Posisi. Hanya… mahu satu lane? All Random All Mid sedang dalam pengujian. Bersedia, jangan lupa minum air. Selamat datang ke Patch 2.2!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang patch berjalan. Jika anda terlepas peluang, lihat pratonton ini untuk beberapa kandungan baru yang akan datang ke Wild Rift untuk beberapa bulan akan datang!


TERBARU

LOKASI BARU

Mengalu-alukan semua pemain di server Amerika ke Open Beta!

Juga, selamat datang kepada pemain di Hong Kong dan Macau!

CHAMPION BARU

GALIO, THE COLOSSUS

Di luar Kota Besar Demacia, patung gergasi Galio terus memerhati dengan tekun. Dibina sebagai benteng terhadap mage musuh, dia terus berdiri berabad lamanya sehingga kehadiran satu kuasa magik kuat membangunkannya kembali. Sebaik saja diaktifkan, Galio menggunakan masanya untuk menikmati keterujaan pertarungan dan tugasnya untuk mempertahankan rakyatnya. Tetapi kemenangannya tidak bertahan lama kerana magik yang dimusnahkan itu juga merupakan sumber nyawanya dan setiap kejayaan menjadikan dia dorman sekali lagi.

Galio akan dikeluarkan pada 1 April 0:01 UTC.

CIRI BARU

[DALAM UJIAN] KEUTAMAAN POSISI

Memanggil semua duo yang berani, solo laner yang berkemahiran, dan mid yang biasa saja!

Patch 2.2 memulakan pengujian kami ke atas ciri baru yang dipanggil Keutamaan Posisi. Hampir serupa dengan pemilihan posisi pada League PC, kami telah mmengerjakan satu cara untuk anda mempunyai pilihan ke atas posisi yang anda mainkan dalam permainan.

Ambil perhatian: Pengujian ini tidak akan dilancarkan di server Amerika.

Sebelum anda mulakan perlawanan, susunkan posisi keutamaan anda (solo lane, jungle, mid lane, duo lane, support) dari paling diingini ke paling kurang diingini dan sistem matchmaking akan mengutamakan posisi utama mengikut pilihan anda kebanyakan masa. Masih terdapat kemungkinan anda diberikan mana-mana posisi tetapi anda patut mempunyai pilihan ke atas role yang anda ingin bermain. Jika anda tidak mahu memilih posisi, tiada masalah: kami akan melihat balik sejarah terkini anda dan menggunakan posisi tersebut. Pilihan anda akan disimpan di antara sesi permainan!

Selepas pemilihan champion bermula, semua pemain akan diberikan posisi—anda akan melihatnya dalam pemilihan champion—dan champion mana yang selalu digunakan dalam posisi anda akan ditunjukkan. Anda juga boleh menapis mengikut posisi untuk mencari champion bersesuaian untuk lane yang anda mainkan. Akhir sekali, apabila permainan bermula, anda akan melihat indikator baru untuk membantu anda ke lane pilihan anda.

Kami akan mulakan dengan queuen Keutamaan Posisi sementara, diakitfkan selama 2 minggu. Anda boleh mendapatinya di tab ranked tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui:

  • Queue tidak akan memberi impak ke atas kemajuan ranked atau menyumbang kepada kemajuan event.
  • Kami akan menjalankan satu event yang berlangsung dipanggil Position Lab yang akan memberikan anda sedikit Blue Mote tambahan untuk setiap hari anda bermain dan membantu kami menguji!
  • Smabil menunggu prestasi queue dan maklum balas anda, kami akan menilai semula sama ada mod ini sedia untuk dilancarkan ke queue ranked di penghujung pengujian. Jika tidak, kami akan kembalikannya untuk pembangunan bagi membuat perubahan lagi.

[DALAM UJIAN] ALL RANDOM ALL MID (ARAM)

Mod kegemaran pemain daripada League PC sudah mula pusingan pertama pengujian dalam Wild Rift patch ini: All Random All Mid telah tiba! ARAM akan tersedia untuk percubaan bagi tempoh terhad. Queues dan masuk ke perlawanan sengit dengan segera bersama leveling lebih laju dalam pertempuran habis-habisan 12 minit.

Dalam ARAM, anda akan bermain di Howling Abyss, satu jambatan di atas jurang tak berpenghujung di mana pahlawan pernah bertarung untuk mempertahankan Freljord dari musuh kunonya. Dalam ARAM, hanya terdapat satu lane dan anda diberikan satu champion rawak daripada champ pool anda. Jika anda tidak puas hati dengan Lady Luck, gunakan reroll terhad untuk mencuba lagi. Champion yang telah reroll akan pergi ke “bench” di mana ahli pasukan anda boleh mengambilnya jika mereka ingini.

ARAM juga memaparkan dua spell eksklusif untuk mod ini:

  • Mark/Dash: Spell dua bahagian. Mark melontarkan bola salji dalam satu baris, mengenakan damage dan menandakan musuh pertama yang terkena serangan. Aktifkan semula untuk Dash pada musuh dengan segera untuk memulakan perlawanan. Skill yang sama seperti Lee Sin (1) tetapi lebih sejuk dan tajam.
  • Clarity: Clarity akan menyertai lineup League PC. Menggunakan Clarity akan memberikan sejumlah mana kepada anda dan sekutu berdekatan.

Bermula 5 April, kami akan menjalankan pengujian mod permainan selama tiga hari bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Jika semuanya berjalan dengan baik, ARAM akan boleh dimainkan selama sebulan, bermula 15 April sehingga 19 Mei.

Mod ini masih awal dalam peringkat pembangunan, jadi beberapa ciri masih belum disokong sepenuhnya. Rune, item, loadout dan beberapa perkara lain masih belum dimuktamadkan untuk Wild Rift.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendekatan kami pada mod dan lebih banyak mengenai ARAM, lihat intro kami di sini.

RANKED MUSIM 2

Musim ranked pertama Wild Rift kian menghampiri tetapi jangan risau—pertandingan sengit akan membara sekali lagi! Musim 2 akan bermula 2 April pada 18:00 UTC!

Mencapai Emas dengan 10 kemenangan atau lebih dengan pimpinan anda akan mendapat skin Glorious Jinx berserta champion Jinx jika anda belum memilikinya.

Glorious Jinx diberikan kepada pemain yang mencapai Gold atau lebih tinggi dalam Musim 2. Muncul tanpa cela daripada ribuan letupan memusnahkan, dia hanya tertumpu pada letupan besar untuk menghapuskan mereka semua.

WILD PASS

Patch 2.2 memperkenalkan Wild Pass, cara baru untuk mendapatkan lebih banyak kandungan kerana bermain. Anda boleh memilih untuk menaik taraf Wild Pass bagi mendapatkan beberapa ganjaran baru dan mencapai penghujung pas (Level 50) yang akan memberikan anda skin eksklusif: Hexplorer Jax! Selepas Tahap 50, anda boleh terus mendapat ganjaran bonus juga.

Seorang pakar Hexploration, Jax mengembara dengan ringan supaya dapat mengumpul “artifak” dari “bandar purba.” Namun tiada siapa yang pernah dengar tentang tamadun ini dan beberapa teknologi yang diperolehinya nampak agak maju...

Wild Pass akan dilancarkan bersama permulaan ranked Musim 2 dan berharga 590 Wild Core. Wild Pass Elite menawarkan banyak kemajuan dan misi untuk mempercepat kemajuan anda dan tambahan harga 400 Wild Core. Anda boleh membeli level untuk 150 Wild Core setiap satu.

Lebih banyak info tentang Wild Pass akan tiba dalam beberapa hari akan datang.

[DALAM UJIAN] SOKONGAN 120HZ

Kami sedang menguji sokongan 120Hz untuk beberapa peranti berkuasa tinggi. Peranti anda mungkin akan mengalami isu overheat atau isu prestasi, jadi sila gunakan dengan berhati-hati.

Lebih banyak maklumat dalam bahagian Kawalan dan Tetapan di bawah.

BAHASA BARU

Menambah sokongan rasmi untuk bahasa Portugis Brazil, Sepanyol Amerika Latin dan bahasa Arab.

Terdapat isu dengan beberapa teks yang tidak dipaparkan dengan betul dalam bahasa Arab—kami akan membaikinya dalam patch akan datang.

ITEM

Beberapa item dalam permainan baru akan datang, termasuk Winged Moonplate, Force of Nature dan Frozen Heart. Baca lebih lanjut dalam seksyen Item di bawah dan lihat butiran lanjut tentang mengapa dan cara dalam kemas kini terkini /dev kami.

SKIN

  • Corgi Corki
  • Debonair Galio
  • Draven Draven
  • Fuzz Fizz
  • Infernal Galio
  • Surprise Party Amumu
  • Glorious Jinx
  • Hexplorer Jax
  • Academy Ahri
  • iBlitzcrank
  • Marauder Olaf

Semua skin akan dikeluarkan sepanjang patch berjalan. Skin 2.2 akan dikeluarkan dalam patch yang seterusnya.

GOODIES

Anda boleh mendapatkan atau membeli goodies daripada beberapa sumber berbeza. Sila semak halaman dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

Ikon: Charming Poro; Rebel Poro; Trickster Poro; Hextech Jaximus; Jax Unleashed

Emote: The Slow Clap; Much Rage; Just Peachy; OHMAIGOSH; Forgotten Birthday; Super Shisa; Choncc Chortle; Retreat!

Bingkai Ikon: Hexplorer Passage

Recall: Recall Port

Bauble: Whoopsie; Trusty Shovel; Bright Idea

Emblem Rift: Hexplorer History; High Tech Hexplorer; The Great Demacia; Noxian Power

Semua goodies akan dikeluarkan sepanjang patch berjalan.

EVENT

WILD RIFT JOURNEY

Wild Rift Journey bermula setelah anda menyelesaikan event bagi pemain baru, Wild Rift Academy. Selesaikan Pengembaraan untuk mendapatkan kandungan yang akan menyediakan anda untuk permainan akan datang!

POSITION LAB

Setiap hari, dapatkan sedikit Blue Mote bonus kerana membantu kami menguji queue Keutamaan Posisi.

PERUBAHAN CHAMPION

ALISTAR

Lembu ini terlalu liat pulak.

Statistik Asas

  • Nyawa: 650 → 610

(1) Pulverize

  • Radius hentam ke atas: 300 → 275
  • Damage: 60/120/180/240 → 60/110/160/210

AMUMU

Amumu melangkau di luar jangkaan win rate kami, jadi kami akan membuang sedikit stat utamanya.

Statistik Asas

  • Armor: 40 → 35
  • Nyawa setiap level: 105/level → 95/level

(2) Despair

  • Damage AP Ratio: 1% setiap 100 AP → 0.75% setiap 100 AP

(Ult) Curse of the Sad Mummy

  • Cooldown: 100/85/70s → 110/95/80s

CORKI

Menggilap kit Corki dengan mengeluarkan sistem yang tidak intuitif di mana Corki menukarkan physical vamp ke magic vamp secara automatik ketika serangan auto.

(Pasif) Hextech Munition

  • Serangan Corki tidak lagi menukarkan physical vamp menjadi magic vamp dan akan bertindak seperti biasa.

DARIUS

“Kadang kala, ia memerlukan seorang genius taktikalbagi memecahkan sebuah kubu. Kadang-kala, kamu hanya perlu menyerang dengan lebih kuat.”

(Ult) Noxian Guillotine

  • Darius kini tidak dapat dihentikan sepanjang masa penggunaan.

3_28_21_Patch22Article_DrMundo.jpg

DR. MUNDO

Kehadiran Mundo dalam jungle kini menjadi lebih menakutkan.

(1) Infected Cleaver

  • Max damage vs monster: 320/380/440/500 → 290/360/430/500

(3) Masochism

  • Cooldown: 6/5/4/3s → 6/5.5/5/4.5s

    JHIN

    Melemahkan sedikit kuasa PvE Jhin bagi mengelakkan dia daripada membuli lane dengan tempo dan bukannya bertukar serangan dengan champion lawannya.

    (3) Captive Audience

    • Kini mengenakan 65% damage pada bukan champion

    ORIANNA

    Walaupun baru saja dinerf, kami akan mengurangkan lane bully Orianna untuk mengelakkan robot bermaharajalela di midlane.

    Statistik Asas

    • Nyawa: 570 → 530

    (1) Command: Serang

    • Cooldown: 6/5/4/3s → 7.5/6/4.5/3s
    • Ratio AP: 0.5 → 0.4
    • Damage asas: 60/100/140/180 → 50/90/130/170

    (3) Command: Protect

    • Damage asas: 60/100/140/180 → 50/90/130/170

    PANTHEON

    Membawakan Aspect of War kembali sama seperti di League PC.

    (1) Comet Spear

    • Mortal Will (dipertingkatkan) (1) tidak lagi akan slow

    (2) Shield Vault

    • [BUGFIX] Kini reset attack dengan betul dan empowered attack tidak boleh diganggu

    (3) Aegis Assault

    • Tidak lagi menyekat damage turret
    • Mortal Will (dipertingkatkan) (3) tidak lagi mempunyai tempoh lanjutan
    • Mortal Will (dipertingkatkan) (3) kini mendapat 60% movement speed selama 1.5s apabila menghentam shield

    (Ult) Grand Starfall

    • Tombak yang mendarat sebelumPantheon kini mengenakan slow sebanyak 50% selama 2s dan mengenakan damage Comet Spear dalam satu kawasan kecil

    TEEMO

    Teemo bagu dalam permainan level tinggi tetapi OP di rank yang lebih rendah. Mengurangkan peluang melarikan dirinya yang kami rasa lebih diperlukan oleh permain yang menggunakannya untuk elak daripada terkeluar posisi.

    (3) Guerrilla Warfare

    • Tempoh channel Camouflage: 0.8s → 1s

    PERUBAHAN GAMEPLAY

    ITEM BARU

    Kami melancarkan kemas kini item besar-besaran, ditujukan pada tank untuk bantu mengembangkan roster item dan memadankan ikon sehampir mungkin dengan League PC. Untuk maklumat lanjut, semak Pratonton Item Patch 2.2.

    [BARU] FORCE OF NATURE

    Force of Nature akan menggantikan Adaptive Helm sebagai item Magic Resist yang kerap digunakan apabila mage tidak berhenti mengganggu anda.

    • Nyawa: 350 HP
    • Magic Resist: 45
    • Jumlah Kos: 2850g
    • Spectre’s Cowl (1100g) + Winged Moonplate (900g) + 950g
    • Pasif - Storm: +5% movement speed
    • Pasif - Absorb: Menerima ability damage akan memberikan anda 6 movement speed bonus dan 6 Magic Resist bonus selama 5 saat, stack 5 kali sehingga 30 movement speed bonus maksimum dan 30 Magic Resist bonus. Setiap ability unik memberikan 1 stack.

    [BARU] FROZEN HEART

    Guna aura Frozen Heart untuk mengurangkan Attack Speed musuh berdekatan dan mempertahankan pasukan anda.

    • Armor: 70
    • Mana: 300
    • Ability Haste: 20
    • Jumlah Kos: 2850g
      • Warden’s Mail (1050g) + Glacial Shroud (1000g) + 800g
    • Pasif - Winter’s Caress: Mengurangkan Attack Speed musuh berdekatan sebanyak 15%.

    [BARU] WINGED MOONPLATE

    Winged Moonplate ialah item komponen baru untuk Dead Man’s Plate. Pemain tank, tiba masanya untuk bertindak.

    • Nyawa: 150 HP
    • Pasif - Flight: +5% movement speed
    • Jumlah Kos: 900g
      • Kristal Delima (500g) + 400g

    PERUBAHAN ITEM

    SAPPHIRE CRYSTAL

    Sapphire Crystal kini menjadi item penting buat pengguna mana; ia mewarisi pasif Mana Charge jadi anda boleh mula stack Tear of the Goddess anda dengan lebih awal.

    • Mana: 300 → 100
    • [NEW] Ability Haste: 5
    • [BARU] Pasif - Mana Charge: Memberikan 5 Mana maksimum setiap penggunaan ability, sehingga 250. Tercetus sehingga 3 kali setiap 12 saat.
    • Kos: 500g (tidak berubah)

    TEAR OF THE GODDESS

    • [BARU] Ability Haste: 10
    • Pasif - Mana Charge: Mana setiap charge: 8 → 7
    • [BARU] Pasif - Mana Charge: Mana diperoleh daripada Mana Charge Sapphire Crystal dibawa ke dalam Tear of the Goddess, jadi Tear boleh bermula dengan 250 Mana yang sudah stack.

    WINTER’S APPROACH

    Winter’s Approach dan Fimbulwinter sedang diubah untuk menjadi item Nyawa/Mana/Ability Haste. Penggemar CC, masa untuk bermula!

    • [BARU] Nyawa: 350
    • [DIBUANG] Armor: 40
    • Mana: 450 → 500 (oleh kerana max Sapphire Crystal adalah 350)
    • Ability Haste: 10
    • Jumlah Kos: 2600g
      • Tear of the Goddess (900g) + Giant’s Belt (1000g) + 700g
    • [BARU] Pasif - Awe: Memberikan Ability Haste sama dengan 1% mana maksimum. Memulangkan 15% daripada mana yang digunakan.
    • [BARU] Pasif - Mana Charge: Meningkatkan max Mana sehingga 8 setiap serangan apabila Mana digunakan atau menerima damage daripada champion, epic monster atau tower. Dihadkan pada 700 Mana bonus, mengubahkan Winter’s Approach menjadi Fimbulwinter. Tercetus sehingga 3 kali setiap 12 saat. Anda hanya boleh membawa satu item Tear of the Goddess pada satu masa.

    FIMBULWINTER

    • [BARU] Nyawa: 350
    • [DIBUANG] Armor: 40
    • Mana: 1150 → 1200 (oleh kerana max Sapphire Crystal adalah 350)
    • Ability Haste: 10
    • Jumlah Kos: 2600g
      • Tear of the Goddess (900g) + Giant’s Belt (1000g) + 700g
    • [BARU] Pasif - Awe: Memberikan Ability Haste sama dengan 1% mana maksimum. Memulangkan 15% daripada mana yang digunakan.
    • [BARU] Pasif - Frozen Colossus: Melumpuhkan champion musuh akan menggunakan Mana dan memberikan shield selama 3 saat, menyerap 150 (+ 5% max mana semasa) untuk setiap champion musuh berdekatan. Kesan ini hanya diaktifkan apabila anda mempunyai lebih daripada 20% mana maksimum. (15 saat cooldown)

    MANAMUNE DAN MURAMANA

    • Ability Haste: 10 → 20 (disebabkan oleh Tear mendapat 10)

    SHEEN

    Kami mahu menjadikan Sheen pembelian yang bernilai buat pengguna bukan mana. Perubahan ini juga memberi kesan pada laluan binaan untuk Lich Bane, Trinity Force dan Iceborn Gauntlet.

    • [DIBUANG] Mana: 300
    • Kos: 1100g → 900g
      • Tidak lagi dibina daripada Sapphire Crystal

    LICH BANE

    • [DIBUANG] Mana: 300
    • Jumlah Kos: 3050g → 2950g
      • Kini dibina daripada Sheen (900g) + Aether Wisp (950g) + 1100g

    TRINITY FORCE

    • [DIBUANG] Mana: 300
    • Jumlah Kos: 3733g → 3533g
      • Kini dibina daripada Sheen (900g) + Stinger (1200g) + Phage (1100g) + 333g

    ICEBORN GAUNTLET

    • [DIBUANG] Mana: 300
    • Jumlah Kos: 2700g (tidak berubah)
      • Kos Gabung: 600g → 800g (disebabkan oleh perubahan Sheen)
      • Dibina daripada Sheen (900g) + Glacial Shroud (1000g) + 800g

    DEAD MAN’S PLATE

    Seperti di atas, dengan laluan binaan baru, Dead Man’s Plate adalah item yang diperlukan oleh tank untuk perlawanan cepat.

    • [BARU] Pasif - Relentless: +5% movement speed
    • Jumlah Kos: 2900g (tidak berubah)
      • Kini dibina darpada Winged Moonplate (900g) + Chain Vest (1000g) + 1000g

    THORNMAIL

    Kami rasa menggunakan Grievous Wound menjadi di luar kawalan pemain tank selepas membeli Thornmail, jadi perubahan ini patut memberikan mereka lebih banyak cara untuk menggunakan debuff apabila diperlukan.

    • [DIUBAH] Pasif - Thorns: Selepas diserang on-hit serangan asas, reflect 25 (+ 10% bonus Armor) magic damage ketika mengenakan Grievous Wounds pada penyerang selama 3 saat. Melumpuhkan champion musuh juga akan memberi kesan Grievous Wounds selama 3 saat.

    SUNFIRE AEGIS

    Seperti seekor rama-rama, Sunfire Cape berkembang menjadi Sunfire Aegis. Terdapat beberapa perubahan jelas yang boleh dilihat di antara versi PC dan Wild Rift. Versi Wild Rift bukanlah item mythic dan oleh itu, ia tidak memiliki pasif mythic. Item ini juga kehilangan banyak statistik tank di mana versi mobilehanya memiliki Nyawa dan Ability Haste. Sunfire Aegis adalah item wajib digunakan untuk tank jika anda mahukan damage tambahan.

    • Nyawa: 400 HP → 500 HP
    • [DIBUANG] Armor: 40
    • [BARU] Ability Haste: 15
    • Jumlah Kos: 3000g
    • Bami’s Cinder (1100g) + Kindlegem (1000g) + 900g
    • [DIUBAH] Pasif - Immolate: Mengenakan 16-30 magic damage +1% bonus HP sesaat pada musuh berdekatan. Mengenakan damage pada champion atau epic monster dengan Immolate meningkatkan damage sebanyak 8% selama 5s, stack sehingga 6 kali. Immolate mengenakan 50% damage bonus pada minion dan monster.
    • Pasif - Flame Touch: Pada max stack Immolate, serangan membakar musuh di sekeliling anda untuk damage Immolate selama lebih 3 saat. Immolate mengenakan 150% damage pada minion dan monster.

    MORTAL REMINDER

    • Kos Gabung: 350g → 650g
    • Jumlah Kos: 2650g → 2950g

    RANDUIN’S OMEN

    • Armor: 50 → 55

    WARMOG’S ARMOR

    • Nyawa: 650 HP → 700 HP

    [REMOVED] ADAPTIVE HELM

    Adaptive Helm tidak begitu membantu dan penggunaan tidak begitu jelas, jadi kami menggantikannya dengan Force of Nature.

    SISTEM

    ATTACK SPEED

    Kami akan mengubah cara champion dimainkan dengan attack speed lebih tinggi. Sebelum ini, champion yang stack attack speed mengalami pengurangan attack frame, membuatkan kiting dan chasing agak terlalu boleh diharapkan. Kami menjangkakan marksmen untuk merasakan impak yang terbesar di sini, jadi kami akan memantau pelarasan ini dengan teliti.

    • Kesan ratio Attack Speed pada masa windup serangan: 100% → 50%
      • Masa windup = masa windup asas / (1 + attack speed) → masa windup asas / (1 + attack speed × 50%)

    SUMMONER SPELLS

    GHOST

    Ghost jarang digunakan, jadi kami melarasnya untuk menyerupai versi League PC. Mendapat takedown (kill atau assist) akan refresh kesannya, sama seperti Get Excited Jinx!

    • Tempoh: 6s → 8s
    • Burst top speed dikurangkan
    • Tempoh Burst: 2s → 3s
    • Selepas takedown, tempoh buff meningkat sebanyak 6 saat dan speed burst digunakan semula.

    IGNITE

    Mengurangkan jarak serangan Ignite supaya apabila mahu membunuh musuh, ia perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati dan musuh boleh melakukan sesuatu sebelum mereka disambar api.

    • Jarak gunaan: 7 → 5.5

    KOMUNIKASI DAN SOSIAL

    KOMUNIKASI

    • Menambahkan 3 ping baru untuk koordinasi pasukan yang lebih mudah. Ping “Musuh mempunyai vision di sini” untuk memberi amaran tentang ward; ping “Berkumpul” untuk menghimpunkan pasukan; atau ping “Musuh hilang” apabila pihak lawan lane anda mungkin akan melakukan gank (dan itulah dia—kami mengubah ikonnya. RIP tanda soal. Panjang umur Helmet Bro.)
    • Anda juga akan menerima e-mel jika ada pemain yang anda lapor dikenakan penalti atas kelakuan dalam permainan mereka. Kami sedang melihat untuk mencipta penyelesaian dalam permainan untuk patch yang akan datang.
    • Anda kini boleh menggunakan emote yang sama dalam beberapa slot autofire kerana tiada masa yang tidak baik untuk spam galaxy brain poro.

    SOSIAL

    • Jemputan permainan
      • Notifikasi jemputan tidak lagi dalam bentuk skrin penuh; ia kini lebih kecil, notifikasi lebih mesra pemain yang tidak akan menyekat interaksi anda dengan client. Anda boleh menerima, menolak atau hanya swipe ke kanan untuk menyembunyikan jemputan permainan ini.
      • Meningkatkan visual ketika anda menjemput rakan yang sudah berada dalam permainan.
    • Perkongsian sosial
      • Anda kini boleh berkongsikan pencapaian anda dan ganjaran Wild Pass ke Facebook atau dengan memuat turun imej secara langsung.
    • Skrin akhir permainan
      • Jika anda menunggu sehingga skrin akhir permainan dan rakan anda sedia untuk bermain sekali lagi, permainan akan memberi satu prompt kepada anda untuk teruskan.
      • Menambah satu indikator di skrin akhir permainan untuk menandakan pemain mana yang ditandai sebagai AFK (atau AF… Phone?)

    KAWALAN DAN TETAPAN

    GRAFIK

    • Menambah preset grafik baru: Prestasi, Grafik dan Tersuai.
      • Prestasi: Mengoptimumkan prestasi dalam permainan, mengimbangi FPS dan kestabilan untuk kelancaran dalam permainan dengan mengurangkan grafik. Mod ini tidak menjamin FPS maksimum kerana bergantung pada jenis telefon yang digunakan, anda mungkin mengalami lonjakan FPS yang terasa seperti latensi dalam permainan.
      • Grafik: Dioptimumkan untuk kualiti grafik, menyeimbangkan kualiti grafik dan kestabilan untuk visual berkualiti lebih tinggi dengan mengurangkan FPS. Bagus untuk penciptaan kandungan!
    • Menambah opsyen FPS baru: 40, 90 dan 120:
      • 40fps: Ramai pemain telah meminta untuk mendapatkan lebih banyak FPS pada peranti mereka tetapi mendapati 60fps terlalu tidak stabil, jadi kami menambahkan titik pertengahan bagi mereka yang mempunyai perkakasan untuk menyokongnya.
      • 90fps: Bagi pemain yang memiliki peranti berkuasa tinggi dengan refresh rate lebih tinggi yang mahukan pengalaman dalam permainan yang lebih lancar.
      • 120fps (beta): Hanya tersedia pada model peranti tertentu buat masa ini. Mempunyai risiko overheat atau pengurangan prestasi, jadi sila gunakan dengan berhati-hati!
      • Mod 120Hz hanya tersedia untuk Samsung Galaxy S21 Range; Samsung Galaxy S20 Range; Samsung Galaxy Note 20; Samsung Tab S7 Range; OPPO Find X2; OnePlus 9 & OnePlus 9 Pro; OnePlus 8 & OnePlus 8 Pro; iPad Pro Range; Google Pixel 5; ASUS ROG Phone 2; Razer Phone 2.

    MENGUBAH DEADZONE

    • Anda kini boleh mengubah dead zone pada butang ability anda. Cara mudahnya, anda perlu menyeret keluar dari deadzone bagi mengaktifkan ability ini. Lebih besar dead zone, lebih sukar untuk menyeret butang ability ketika membidik.

    MOVE STICK

    Oleh kerana kami menyekat pusat move stick, anda boleh memasukkan pergerakan arah berlawanan berbanding arah seretan yang diingini apabila pertama kali anda menyentuh skrin. Kami rasa ia amat mengecewakan buat pemain kurang berpengalaman jadi kami mengurangkan kemungkinan ia berlaku dengan membenarkan pusat move stick untuk berada lebih hampir di hujung skrin.

    • Kini boleh digerakkan lebih dekat dengan hujung skrin pada sentuhan pertama sama seperti “Move Stick Type - Follow”

    TUTORIAL DAN PEMAIN BARU

    • Kami mengubah aliran log masuk kali pertama untuk mengarahkan pemain ke dalam aksi Wild Rift dengan lebih cepat, memuat turun sebahagian kecil permainan sambil memuat turun patch yang selebihnya di latar belakang. Pemain akan dimasukkan terus ke tutorial pertama sebelum log masuk dan selepas menyelesaikan tutorial, akan terdapat sedikit pengalaman interaktif untuk mempelajari mengenai beberapa champion yang dipaparkan.
    • Tutorial ini akan dipaparkan kepada semua pemain selepas Patch 2.2, jadi anda boleh melangkau tutorial jika sudah memahami.
    • Pemain baru tidak lagi boleh memasuki giliran champion percuma untuk digunakan selepas mereka selesai tutorial. Sebaliknya, mereka akan ada mempunyai champ pool yang khusus, bertujuan untuk memberi peluang merasai peranan, gaya main dan fantasi champion yang berbeza.
      • Championnya adalah: Braum, Ezreal, Fiora, Graves, Lux, Malphite, Miss Fortune, Sona, Xin Zhao dan Zed
      • Pada hari selepas pemain mencapai level 7, mereka akan menyertai semula champ pool F2P standard. Kami mahu memastikan yang kami “graduate” pemain ke levelini bagi mengurangkan risiko memasuki permainan berterusan dengan champion yang berbeza.
    • Kami menambahkan lebih banyak info pada tutorial untuk mengajar cara turret berfungsi dengan lebih baik.

    LAIN-LAIN

    • Menaikkan ketinggian kamera dalam permainan pada beberapa peranti tablet.
    • Menambah visual peta untuk menandakan dengan lebih baik apabila Blue Sentinel, Red Brambleback atau Rift Scuttler akan muncul: ikon peta kelabu bertukar menjadi kuning apabila ia akan muncul.
    • Menambahkan visual untuk bantu menandakan pemberian lane dengan lebih jelas dalam permainan.
    • Meningkatkan visual untuk tower aggro: zon bahaya kini mempunyai warna yang lebih terang jadi pemain baru akan mengetahuinya apabila mereka terkena tower aggro.
    • Menambah pilihan untuk menyembunyikan nama dalam permainan secara seluruh atau mengubahnya menjadi nama champion.
    • Latar belakang model 3D Malphite di halaman koleksi kini terletak di Ixtal.
    • (Eropah & Asia sahaja) Misi event kini akan maju walaupun anda bermain di server yang berbeza.
    • Event dengan kandungan yang boleh diperibadikan sementara (seperti kesan spawn dan Homeguard trail) kini akan dipaparkan dalam panel Event di bawah menu Equip.
    • Terusk membaiki isu prestasi dan latensi.
    • Penapisan pemilihanchampion kini membolehkan anda memilih mengikut posisi (solo lane, jungle, dsb.)
    • Jika mengembalikan kandungan menerusi App Store/Google Play Store akan menjadikan baki dalam akaun Wild Rift ke negatif, anda akan digantung buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga. Hubungi Sokongan Pemain untuk mendapatkan semula akses.

    GILIRAN CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

    1 Apr - 7 Apr: Diana, Ezreal, Gragas, Leona, Lulu, Miss Fortune, Olaf, Orianna, Pantheon, Tryndamere

    8 Apr - 14 Apr: Ahri, Amumu, Darius, Kennen, Lee Sin, Nami, Sona, Tristana, Vayne, Yasuo