Patch Note 2.1b Wild Rift

Kekuatan Targon aspect turun dari kayangan dalam patch ini, dan membawa bersama nerf kepada Aurelion Sol, rune Conqueror, dan backdooring.

Dengan mata ke arah kayangan, balance besar yang terakhir dan kandungan patch 2.1 telah tiba. Terokai keagungan dan kekuatan Targon menerusi tiga champion ikonik mereka: Leona, Diana dan Pantheon. Terokai kisah mereka dalam event Path of Ascension, dan dapatkan ganjaran sepanjang perjalanan. Akhir sekali, kami membuat beberapa perubahan kepada segelintir midlaner yang kuat, dan nerf kemenangan dengan cara backdoor. Kami lihat beberapa pasukan kompetetif suka menggunakan strategi tersebut.

Satu lagi perkara: Kami sedang memberi perhatian pada winrate awal Katarina yang rendah, tetapi juga mahu pastikan pemain mahir dengan cara permainan dan kawalanya sebelum membuat sebarang perubahan. Berseronoklah dengan patch 2.1b!


BARU

CHAMPION BARU

LEONA, THE RADIANT DAWN

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Leona_Skin01.jpg

Dikuasakan dengan tenaga matahari, Leona adalah seorang pahlawan suci Solari yang melindungi Mount Targon dengan Zenith Blade dan Shield of Daybreak. Kulitnya bersinar dengan starfire dan matanya penuh membara dengan kuasa celestial Aspect. Berperisaikan emas dan membawa bebanan pengetahuan purba yang dasyat, Leona membawa kesedaran atau maut pada lawannya.

Leona akan dikeluarkan kemudian dalam patch.

DIANA, SCORN OF THE MOON

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Diana_Skin01.jpg

Bersama cresent moonblade di tangan dan perisai berwarna putih salji di waktu malam, Diana adalah jelmaan kuasa bulan. Dikuasakan dengan essence Aspect dari puncak Targon yang mencucuk langit tinggi, Diana bukan lagi seorang manusia, dan masih lagi bergelut untuk memahami tentang kuasa dan tujuannya di dunia ini.

Diana akan dikeluarkan kemudian dalam patch.

PANTHEON, THE UNBREAKABLE SPEAR

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Pantheon_Skin01.jpg

Dulunya menjadi hos kepada Aspect of War secara tidak rela, Atreus terselamat apabila celestial power dalam tubuhnya dibunuh, enggan mengalah kepada serangan hebat yang dapat membelah bintang. Lama-kelamaan, Atreus belajar untuk menggunakan kuasanya sebagai manusia, dan juga kedegilannya yang datang bersamanya. Atreus kini memberontak tuhannya sendiri dan dipanggil sebagai Pantheon, semangat membaranya akan mengisi kuasa senjata Aspect yang sudah terkubur.

Pantheon akan dikeluarkan kemudian dalam patch.

SKIN

Semua skin akan dikeluarkan sepanjang patch.

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Diana_Skin03.jpg

  • Barbecue Leona
  • Dark Valkyrie Diana
  • Full Metal Pantheon
  • Dragonslayer Pantheon
  • Infernal Diana
  • PROJECT: Ashe
  • PROJECT: Leona
  • PROJECT: Vi
  • PROJECT: Yasuo
  • PROJECT: Zed

EVENT

PATH OF ASCENSION

Apa yang menunggu anda di puncak Targon? Cari haluan anda. Mula mendaki.

3_15_21_PatchPatch21bArticle_10.jpg

Event Path of Ascension akan bermula kemudian dalam patch.

CHAMPION

3_15_21_PatchPatch21bArticle_10_AurelionSol_slice.jpg

AURELION SOL

Aurelion Sol masih terlalu kuat walaupun Liandry telah diberikan nerf. Sementara kami nerf rune yang paling berkuasanya (Conqueror), kami rasa dia memerlukan perubahan kepada kekuatan mid-gamenya untuk lebih selari dengan champion lain.

(P) Center of the Universe

  • Damage asas Star: 18/26/34/42/50/58/66/74/82/90/98/106/114/122/130 → 15/21/27/33/40/47/54/61/70/79/88/97/108/119/130

(2) Celestial Expansion

  • Damage asas: 25/35/45/55/65/75/85/95/105/115/125/135/145/165 → 25/32/39/46/54/62/70/78/89/100/111/122/138/154/170

(Ult) Voice of Light

  • Cooldown: 65/55/45s → 80/65/50s

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Soraka_slice.jpg

SORAKA

Soraka lebih lemah berbanding dengan support yang lain. Memberi lebih star power bagi membantunya bersinar sebagai healer dan silencer.

(2) Astral Infusion

  • Pulih asas: 80/110/140/170 HP → 80/120/160/200 HP

(3) Equinox

  • Cooldown: 22/20/18/16s → 20/18/16/14s

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Tristana_slice.jpg

TRISTANA

Memberikan Tristana buff kecil pada mananya dan (2) perlahankan Rocket Jump untuk memastikan dia mendapat ganjaran dengan lebih konsisten ketika melompat masuk.

Base Stats

  • Mana asas setiap level: 33 → 41
    • Mana @ level 15: 762 → 874

(2) Rocket Jump

  • Tempoh slow: 1/1.5/2/2.5s → 1.5/2/2.5/3s

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Yasuo_slice.jpg

YASUO

Yasuo mendapat terlebih kelebihan dengan perubahan Blade of the Ruined King dalam patch lepas. Pada masa yang sama, stat pertahanannya terlalu tinggi ditambah dengan shield pasif dan mobilitinya. Kami akan membuang sebahagian besar Armor asas dan Nyawa Yasuo ntuk membantu pihak lawannya memanfaatkan jika tersilap langkah. Kami juga melaraskan kelajuan dashnya untuk lebih sepadan dengan versi League PC.

Base Stats

  • Armor asas: 40 → 35
  • Nyawa asas: 650 → 570

(3) Sweeping Blade

  • Kelajuan Dash: 1200 + Movement Speed → 900 + Movement Speed

3_15_21_PatchPatch21bArticle_Ziggs_slice.jpg

ZIGGS

Mega Inferno Bomb Ziggs agak sukar untuk dikenakan pada musuh terutamanya jika ia terbang jauh dalam satu map jadi kami memberinya sedikit buff area-of-effect. Selain itu, Ziggs terlalu cepat memusnahkan turret jadi kami mengurangkan sedikit penggunaan Satchel Chargenya.

(2) Satchel Charge

  • Threshold memusnahkan Tower: 25/30/35/40% tower HP → 20/25/30/35% tower HP

(Ult) Mega Inferno Bomb

  • Radius saiz AoE luaran: 4 → 5
  • Radius saiz AoE dalaman: 2 → 2.5

ITEM

Locket terlalu kuat sebagai item pertama dan membuang kemungkinan untuk mati dalam fasa awal team fight. Kami akan mengurangkan kuasa early game dan harga Locket untuk mengurangkannya daripada dibeli terlalu awal.

LOCKET ENCHANT

  • Harga: 500g → 800g
  • Jumlah Shield: 140 ke 420 (120 + Level × 20) → 70 ke 420 (45 + Level × 25)

RUNE

CONQUEROR

Selepas menilai data penggunaan dengan lebih banyak, kami mendapati bahawa Conqurer telah menjadi terlalu bagus pada champion AP ranged jika dibandingkan dengan pilihan lain. Conquerer juga agak kuat untuk champion ranged yang lain jadi kami akan nerf sebahagian kecil output maksimumnya pada champion ranged.

  • AP setiap stack: 4 ke 12 (berdasarkan level champion) → 3 ke 9 (berdasarkan level champion)
  • Bonus Adaptive Damage max stack: 10% pada champion ranged → 7% pada champion ranged

SISTEM

BACKDOOR BONUS

Walaupun kami merasakan backdoor boleh digunakan untuk sesetengah situasi, late game backdooring sudah menjadi terlalu mudah. Kami akan membuang sistem pengurangan pertahanan turret terhadap backdoor pada late game.

  • Pengurangan tower damage “Backdoor bonus”: 66%, kemudian 33% pada 18 minit → 66% sepanjang permainan

LANE SWAP

Kami lihat banyak yang melakukan lane swap untuk memaksa lane 2v1 dalam permainan kompetetif. Kami rasakan ini adalah satu playstyle yang tidak intuitif atau sihat jadi kami mahu menyelesaikannya dengan segera. Bagi mengekalkan fasa permainan, kami rasa laning patut bertahan sekurang-kurangnya beberapa minit dalam early game, jadi kami akan memberikan turret kuasa defensif lebih jika satu pasukan penuh ncuba untuk musnahkannya.

Sebelum patch 2.1b

  • Dalam 3 minit pertama, semua turret luaran akan mendapat 50 Armor/Magic Resist bonus
  • Dalam 3 minit pertama, turret akan mendapat bonus defensif tambahan apabila terdapat beberapa musuh berdekatan:
    • Jumlah jika 3 champion: 40 Armor/Magic Resist
    • Jumlah jika 4 champion: 80 Armor/Magic Resist
    • Jumlah jika 5 champion: 120 Armor/Magic Resist

Perubahan Patch 2.1b

  • Dalam 3 minit pertama:
    • Turret luaran solo (Baron) lane akan mendapat 90 Armor/Magic Resist bonus
    • Turret luaran mid lane akan mendapat 90 Armor/Magic Resist bonus
    • Turret luaran duo (Dragon) lane akan mendapat 40 Armor/Magic Resist bonus
  • Dalam 3 minit pertama, turret akan mendapat bonus defensif tambahan apabila terdapat beberapa musuh berdekatan:
    • Jumlah jika 2 champion: 10 Armor/Magic Resist
    • Jumlah jika 3 champion: 100 Armor/Magic Resist
    • Jumlah jika 4 champion: 200 Armor/Magic Resist
    • Jumlah jika 5 champion: 300 Armor/Magic Resist

PENGESANAN CHAT

Kami akan menjalankan penilaian chat yang diperbaharui untuk mengesan sebahagian bahasa yang disokong, maknanya anda mungkin akan dapat bermain dengan pemain yang telah menerima sekatan text atau voice. Dalam bulan yang akan datang, kami akan terus mempertingkat pengesanan kami dan bahasa yang disokong.

Untuk pemain lain: Teruskan melapor pemain yang berkelakuan negatif. Setiap laporan akan dihantar ke sistem kelakuan untuk dinilai dan bersama laporan ini dapat membantu kami untuk terus mempertingkat model machine learning kami dan mengendalikan kelakuan negatif dengan lebih baik.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIPILIH

18 Mac - 24 Mac: Corki, Darius, Graves, Katarina, Malphite, Nami, Shyvana, Soraka, Varus, Ziggs

25 Mac - 31 Mac: Akali, Draven, Jarvan IV, Jax, Rakan, Sona, Wukong, Xayah, Xin Zhao, Zed