Patch Note 2.0 Wild Rift

Dalam patch pertama tahun baru kami, kami mengucap helo kepada 5 champion Yordle dan beberapa ciri seperti Party Finder, indikasi latensi dan banyak lagi

Patch pertama pada tahun 2021 kami disertai dengan beberapa perubahan yang menarik termasuk beberapa band(le) champion baru! Kami memperkenalkan beberapa champion terbaik dari Bandle City ke Rift: Corki, Kennen, Tristana, Lulu dan juga Teemo. Anda boleh mengikuti dalam pengembaraan mereka semasa acara terbaru kami, Yordle Expedition. Kami juga telah menambahkan beberapa ciri berguna seperti Party Finder, indikasi latensi dan banyak lagi peningkatan permainan yang lain.

Akhirnya, bersiap sedia untuk memulakan musim ranked rasmi pertama Wild Rift dan naik ke Gold untuk ganjaran baru: Glorious Tryndamere.

Ucapkan helo pada tahun baru dan Patch 2.0!


BARU

CHAMPION

CORKI, THE DARING BOMBARDIER

Jangan terpedaya dengan penampilannya kerana Corki lebih dari sekadar misai yang luar biasa. Terpikat dengan semua jenis pesawat, the Daring Bombardier sering menjelajah di luar Bandle City bagi mengejar inovasi aeroangkasa yang hanya terdapat di bandar inventif Piltover. Dia mengawasi langit untuk mencari pesawat musuh sebagai ketua Screaming Yipsnakes.

KENNEN, THE HEART OF THE TEMPEST

Di ruang antara kilat dan petir, satu yordle berdiri sebagai ahli lama Kinkou Order. Berdedikasi untuk menjaga keseimbangan yang di seluruh Ionia, Kennen menggunakan pengetahuannya yang berabad untuk melindungi dunia yang dicintai. Namun sebagai Heart of the Tempest, dia juga memiliki kekuatan ribut yang dahsyat—dan dia tidak takut untuk menggunakannya.

TRISTANA, THE YORDLE GUNNER

Penduduk Bandle City mempunyai sifat ingin tahu tetapi hanya sedikit yang berminat dengan pengembaraan di Runeterra seperti Tristana. Berminat dengan kisah pertarungan epik dan pejuang yang berani, Tristana tahu dia ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang penuh aksi letupan (selalunya literal). Bersama meriamnya yang dipercayai, Boomer, Yordle Gunner berusaha untuk menjadi seorang legenda.

LULU, THE FAE SORCERESS

Realiti adalah apa yang anda mahukan—atau sekurang-kurangnya apa yang dimahukan oleh Lulu! Fae Sorceress membentuk dunia mngikuti keinginannya ketika dia mengembara Runeterra bersama rakan fairy, Pix. Melalui sihirnya, Lulu menyir segala yang berada disekelilingnya, kadang kala membawa akibat buruk.

TEEMO, THE SWIFT SCOUT

Jangan sesekali memandang rendah kekuatan Scout’s code! Sesiapa yang melakukan kesalahan itu (ramai tidak melakukannya) perlu berhadapan dengan Teemo, salah satu pelindung Bandle City terpaling hebat. Walaupun bertubuh kecil, the Swift Scout tidak pernah takut menghadapi bahaya. Sebaliknya, dia mengembara dunia dengan sikap positif dan keberanian yang tidak terbatas, berusaha untuk mendapatkan setiap lencana merit (dan melakukan kekacauan di sepanjang perjalanan).

CIRI

PARTY FINDER

Penat carry solo? Party Finder memudahkan pemain untuk memasuki permainan tersedia. Pemilik parti boleh menjadikan lobi mereka tersedia kepada senarai Rakan mereka atau orang ramai (lihat di bahagian kanan atas skrin lobi) dan pemain boleh mencari lobi terbuka untuk menyertai (lihat di bahagian kiri bawah skrin utama). Anda boleh menapis carian anda mengikut jenis lobi dan Party Finder akan mengesyorkan pasukan yang layak berdasarkan hubungan sosial dan keutamaan permainan anda. Masa untuk bergilir!

INDIKASI LATENSI

Tiada lagi indikasi latensi pada laman utama! Nampaknya, latensi tidak tepat daripada yang dialami oleh pemain dalam permainan mereka. Jadi kami telah menggantinya dengan indikasi rangkaian untuk menunjukkan jenis rangkaian yang anda gunakan (WiFi, 4G, dll.), serta indikasi baru ping anda dalam permainan.

BERKONGSI DI SOSIAL

Sekarang pemain boleh menyimpan papan skor akhir permainan, prestasi peribadi di akhir permainan, champion paling banyak dimainkan, rank musim, kemenangan berturut-turut, champion baru yang diperoleh, skin baru yang diperoleh dan skrin papan pendahulu ke kamera peranti mereka atau berkongsi terus ke Facebook. Sesuai untuk flex selepas permainan Zed kda 15/0.

PENERANGAN PETA

Jika anda mahu membiasakan diri dengan tempat ini (ketika anda tidak farm minion dan berjaga-jaga dengan jungler musuh), sekarang anda boleh menjelajahi peta Wild Rift secara terperinci. Baca tentang jungle monster, epic monster, tumbuhan dan struktur pada masa lapang anda.

PENGOPTIMUMAN TUTORIAL

Tutorial peningkatan prestasi kini dapat dimulakan berdasarkan permainan pemain. Kami juga membuat beberapa kemas kini visual pada tutorial dan skrin pengaktifkan champion pertama.

EMOTE PENGUASAAN CHAMPION

Flex terhebat: Emote Penguasaan Champion. Pemain boleh aktifkan Emote Penguasaan Champion dengan mencapai Tahap Penguasaan 5 dengan champion itu. Kemudian emote berikut boleh digunakan seperti emote dalam permainan lain untuk "berkomunikasi."

SKIN

  • Sad Robot Amumu
  • Urfrider Corki
  • Arcade Corki
  • Star Guardian Janna
  • Star Guardian Jinx
  • Arctic Ops Kennen
  • Star Guardian Lulu
  • Dragon Trainer Lulu
  • Star Guardian Lux
  • Cottontail Teemo
  • Guerilla Tristana
  • Arclight Varus
  • Little Devil Teemo
  • Little Demon Tristana
  • Wicked Lulu
  • Super Kennen
  • Star Guardian Ezreal

PUTARAN CHAMPION PERCUMA UNTUK BERMAIN

1/7 - 1/13

1/14 - 1/20

Braum

Akali

Camille

Alistar

Fizz

Dr. Mundo

Graves

Draven

Jhin

Jarvan IV

Malphite

Miss Fortune

Orianna

Soraka

Shyvana

Tryndamere

Sona

Xin Zhao

Varus

Zed

SISTEM PERMAINAN

BALAS PING

Sekarang anda boleh memberitahu rakan pasukan bahawa anda mendengar mereka dengan balas ping.

DRAGON/WAKTU BARON RESPAWN

Watku spawn untuk epic monster (Dragon dan Baron Nashor) sekarang dipaparkan di papan skor. Kami juga telah membuat peningkatan pada UI minimap.

LOGIK PAPAN SKOR

Jangan mengintip skrin! Sekarang maklumat musuh di papan skor hanya akan dikemas kini setelah pemain mendapat penglihatan pada musuh dan bukan dalam masa nyata yang berterusan.

RODA EMOTE BARU

Anda boleh membuka roda emote dengan menekan champion anda daripada mengklik panel komunikasi.

UI SISTEM MESEJ

Mesej sistem tidak lagi menyekat penglihatan champion pemain (seperti mesej gagal menyerah tidak akan menghalang penglihatan semasa bermain). Phew!

BUTIRAN STATISTIK

Di tab statistik pada papan skor, pemain kini dapat melihat perincian statistik utama yang lebih terperinci termasuk berapa banyak damage reduction (dalam peratusan) yang diberi oleh item armor dan magic resistance mereka serta penukaran dari ability haste ke cooldown reduction.

PENGUTAMAAN TOWER

Tower kini mengutamakan penyasaran super minion berbanding siege minion. Harus mengalahkan super terlebih dahulu.

MULA MUSIM 1

Musim ranked rasmi pertama Wild Rift bermula 8 Januari 2021! Juga bermakna Musim 0 akan berakhir tidak lama lagi. Pemain yang menyertai Musim 0 akan mendapat ganjaran ranked setelah musim berakhir (ikon penyertaan untuk semua dan emblem pemain bagi mereka yang mendapat Gold dan ke atas) Akan terdapat soft rank reset untuk Musim 1 dan mod Ranked tidak akan tersedia selama 3-4 jam semasa kami beralih antara musim.

Kami juga mempunyai skin Glorious pertama kami, Glorious Tryndamere yang boleh didapati bagi mereka yang berjaya sampai ke Gold. Mereka tidak pernah berpeluang!

ACARA

Kami telah menambah banyak benda ke League of Legends: Wild Rift tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang tidak cukup. Atau seseorang? Mungkin seseorang kecil ini (atau beberapa) telah 'hilang' dengan sengaja, sembunyi berdekatan di bawah glamor sendiri atau tersembunyi di satu bandar rahsia.

Tetapi seseorang ini kerana sifat ingin tahu mereka, tidak dapat menahan panggilan pengembaraan Wild Rift. Sekarang mereka sudah bertambah di seluruh Runeterra, membawa bersama tenaga berseronok (dan masalah) yang berbentuk elektrik, letupan dan juga...ungu...?

Sertai sekarang sambil kami mencari di merata-rata dalam usaha kami untuk merekrut champion terbaru Wild Rift. Kemas beg anda, gilapkan but anda dan sediakan peta anda untuk Yordle Expedition!

NOTA-NOTA LAIN

  • Kami masih terus (dan AKAN teruskan) memperhalusi sistem matchmaking untuk kualiti permainan dan pengalaman ranked yang lebih baik.
  • Papan Pendahulu sekarang dikemas kini setiap 10-15 minit dan bukan setiap 24 jam.
  • Kami telah membuat beberapa peningkatan pada chat termasuk persembahan visual yang lebih baik untuk voice chat tersedia, penapis senarai Rakan yang diperbaik dan beberapa perubahan UX bagi interaksi sosial.