Nota Tampal 1.0 Wild Rift

Tampalan 1.0 sudah tiba, membawa bersama Open Beta Serantau, 7 champion baharu untuk diuji dan buff untuk Tear of the Goddess.

Dalam tampalan ini, kami akan memulakan Open Beta Serantau Wild Rift dan kami juga perlukan bantuan anda untuk menguji beberapa champion baharu yang akan datang ke Rift selama beberapa hari pada putaran percuma untuk main. Bagi anda yang sebelum ini tersekat pada skrin pemuatan, kami membaiki bug berkaitan dengan peranti tertentu.

Selamat datang ke Tampalan 1.0!

BAHARU

OPEN BETA SERANTAU

Open Beta Serantau bermula 27 Oktober (PT)! Semua pemain dari Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan dan Thailand memiliki akses penuh ke Wild Rift di Android dan iOS. Kami juga mahu menjemput pemain dari Brunei, Kemboja, Loas, Myanmar dan Timor-Leste! Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

MASA HENTI SEMENTARA

Kami akan menggantungkan sementara pengujian iOS dan nyahdayakan muat turun baharu Wild Rift sebentar lagi. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

CHAMP BAHARU: LEE SIN

patchnotes10_1.jpg

Lee Sin, the Blind Monk melompat bertendang ke Wild Rift! Salah satu champion popular League of Legends untuk hampir 10 tahun, pastinya memberi perubahan baharu dan penguasaan jungle, mobility yang tidak tercabar, potensi pengalahan dan klip sorotan yang berlambak.

Lee Sin akan menjadi tersedia bersama Knockout Lee Sin dan Muay Thai Lee Sin jadi anda boleh begaya pada musuh anda.

PRATONTON CHAMPION

Kami akan melancarkan fasa percubaan bagi enam champion baharu untuk dikeluarkan sepenuhnya pada tarikh akan datang. Kami perlukan maklum balas anda dan mencuba champion baharu ini jadi mereka akan boleh dimain secara percuma antara 22 Oktober dan 27 Oktober (PT). Sila main sebanyak mana permainan yang anda boleh jadi kami boleh memperbaiki pepijat yang tertinggal:

  • Akali, the Rogue Assassin
  • Darius, the Hand of Noxus
  • Draven, the Glorious Executioner
  • Evelynn, Agony’s Embrace
  • Kai’Sa, Daughter of the Void
  • Seraphine, the Starry-Eyed Songstress

GANJARAN DALAM PERMAINAN

Di Korea Selatan dan Jepun, pemain boleh log masuk menggunakan akaun Riot Games tersedia mereka dan mendapatkan ganjaran berdasarkan masa dan perbelanjaan mereka di League of Legends pada PC (maklumat lanjut akan datang). Bagi rantau lain dalam Closed Beta yang belum mempunyai akaun Riot, anda boleh mencipta dan memaut Akaun Riot bagi mendapat ganjaran seperti champion dan skin lewat tahun ini.

ITEM

ITEM TEAR OF THE GODDESS

Item yang dibina dari Tear of the Goddess tidak banyak dimainkan, jadi kami memberi buff untuk menjadikannya opsyen yang lebih berguna. Fimbulwinter yang dibina dari tindanan penuh Winter’s Approach, digunakan pada bruiser atau tank yang tidak selalu spam spell jadi kami menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk menindan bagi musim sejuk.

ARCHANGEL’S STAFF

Mana setiap tindanan: 12 → 15

MANAMUNE

AD Bonus: 1% → 2%

Mana setiap tindanan: 8 → 10

MURAMANA

AD Bonus: 1% → 2%

TEAR OF THE GODDESS

Mana setiap tindanan: 6 → 8

WINTER’S APPROACH

Mana setiap tindanan: 8 → 15

SISTEM PERMAINAN

PENALTI AFK

Kami memandang AFK dengan sangat serius kerana kami memahami bagaimana rakan sepasukan yang keluar boleh memberi kesan negatif terhadap permainan anda. Walaubagaimanapun, kami juga tahu bahawa perkara yang tidak dijangka boleh berlaku—sama ada ISP anda mati atau anjing anda memakan router anda. Untuk mengambil kira kejadian yang tidak dijangka ini, kami telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman AFK.

Penalti AFK pertama (3-6 min): 30 min → 10 min

Penalti AFK pertama (6+ min): 60 min → 20 min

Penalti AFK selanjutnya dalam masa 7 hari: 12 jam → 6 jam

PEMBETULAN BUG BESAR

Kami tidak akan menyenaraikan setiap pembetulan bug di sini kerana terlalu banyak tetapi kami ingin menunjukkan beberapa yang penting:

  • Membetulkan eksploitasi Guardian Angel yang menjadikan champion kebal
  • Membetulkan crash pada peranti tertentu yang menyebabkan crash pada skrin pemuatan