Lebih banyak kemas kini akan datang ke matchmaking

Kami telah mendengar maklum balas anda mengenai jurang ranked yang besar dalam matchmaking, jadi kami membalikkan kebanyakan perubahan terbaharu kami kepada Ranked.

Tl;dr - Kami membalikkan kebanyakan perubahan matchmaking dari 27 Oktober, ini bermakna pemain akan kembali melihat pasukan dengan rank lebih serupa di lobi mereka

Seperti yang telah kami umumkan dalam Pratonton Patch 2.5, kami telah melancarkan beberapa perubahan pada sistem matchmaking Wild Rift yang bertujuan menangani beberapa isu utama dalam Ranked, iaitu memastikan pemain dengan kemahiran lebih rendah dan lebih tinggi boleh mencari perlawanan dalam tempoh masa yang munasabah tanpa kesan yang ketara terhadap kualiti dan keadilan perlawanan tersebut.

APA YANG BERUBAH?

Kami telah bertukar daripada menggunakan gabungan rank dan MMR (Matchmaking Rating) kapada MMR sahaja sebagai panduan kami kepada cara kami mengatur padanan. Sebagai peringatan, kami menganggap MMR sebagai jangkaan kami terhadap prestasi anda, berpandukan kemenangan dan kekalahan anda, dan Rank ialah ganjaran atas prestasi sebenar anda. Walaupun berkaitan, sistem ini tidak berskala secara langsung antara satu sama lain. Sebagai contoh, pemain berkemahiran tinggi yang baru keluar dari perlawanan peletakan boleh berada di Silver II, tetapi begitu juga pemain berkemahiran sederhana dengan pengalaman 1000 perlawanan. Kedua-dua pemain ini akan mempunyai rank yang sama, tetapi bukan MMR yang sama.

APA TERJADI?

Secara keseluruhannya, kami telah melihat perubahan ini memberi kesan yang diharapkan, tanpa kesan yang besar terhadap keadilan perlawanan dan memastikan lebih ramai pemain menemui perlawanan pada awal pendakian, serta pada rank yang tinggi—tetapi dengan kejayaan ini telah timbul akibat yang cukup bermakna.

Seperti yang ramai telah sedari, terdapat jurang rank yang ketara dalam sesuatu perlawanan, di dalam dan juga di antara pasukan, menyebabkan ramai pemain tertanya-tanya: mengapa pasukan saya terlalu… tersebar?

Kami dengar rungutan anda: hanya menggunakan MMR telah mengurangkan keyakinan anda bahawa kami memadankan anda dengan dan menentang pemain dengan kemahiran yang serupa, jadi kami bercadang untuk membalikkan kebanyakan perubahan matchmaking ini dalam hotfix akan datang. Kami masih berfikir kesan perubahan ini kepada permainan ranked lebih rendah adalah positif, dan untuk memastikan bahawa pemain baru kami boleh mencari permainan dalam masa yang munasabah, kami akan terus membenarkan mereka dipadankan ke permainan tahap Gold.

APA KESAN INI KEPADA MATCHMAKING?

  • Kami akan mengetatkan kembali kebanyakan sekatan mengenai jurang rank yang dibenarkan di dalam dan di antara pasukan. Bagi kebanyakan pemain, ini akan terasa sama seperti sebelum perubahan di atas.
  • Untuk pemain yang baru memulakan Ranked, kami mengekalkan tingkap yang "diperluaskan" untuk pemain Iron dan Bronze, yang mungkin masih perlu ditempatkan dengan pemain Gold untuk mencari permainan.
  • Untuk pemain dalam padanan kemahiran lebih tinggi (Master dan ke atas), anda mungkin melihat penambahan kecil pada masa queue, tetapi anda akan kembali melihat pemain rank tinggi dalam permainan anda.

Ada kalanya, anda mungkin melihat seorang dua pemain di luar kelompok rank ini, tetapi kami merasakan bahawa mengelakkan tidak pernah mendapat padanan, terutamanya pada awal pendakian Ranked, berbaloi sekali-sekala mendapati diri anda di lobi yang penuh dengan rank berbeza-beza. Kami mengekalkan Lencana rama-rama(?) "bermain di atas rank mereka" untuk kes ini.

Walaupun kami tidak menganggap percubaan ini gagal sepenuhnya, kami menyedari bahawa kami terlepas peluang meyakinkan anda tentang keadilan padanan di Wild Rift. Kami berharap perubahan ini terasa lebih baik, dan GLHF dalam permainan anda!