Wild Rift Patch Note 7.0b
Selamat datang ke Patch 7.0b! Patch ini sangat istimewa kerana kami akan melancarkan champion pertama ke Rift, Norra! Jadi, ambil secawan teh panas, berselimut, baca Patch Note dan masuklah queue untuk bermain Yordle terbaharu ini di Rift.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
CHAMPION BAHARU
NORRA, THE PORTAL MISTRESS
Norra, the Portal Mistress, ialah ahli sihir yordle yang penuh keanehan dari Bandle City. Pada masa dahulu seorang penjaga Book of Thresholds yang tersayang, rasa ingin tahu Norra telah membawa mudarat apabila dia meneroka bab terakhir buku itu yang penuh misteri, membawanya ke tempat-tempat yang tidak diketahui. Hilang arah—dan tanpa bukunya sebagai panduan—Norra bereksperimen dengan sihir portal ciptaannya sendiri, mencari jalan pulang. Dia merindukan ketenangan dalam rimbunan Bandle City, dan secawan teh yang dikongsi bersama-sama peneman kucing setianya, Yuumi.
Norra akan dikeluarkan pada 4 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8.
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
Arena
Inilah detik yang anda semua nantikan… Goldie bakal turun ke Arena! Ia membawakan pengalaman permainan dan suasana serba baharu ke Arena. Kami tidak sabar untuk anda mengalami mod ini!
Easter Egg: Here Comes the Fortune Beast
Pada Pusingan 2, anda boleh mengumpul Ingot dengan memilih laluan tertentu. Apabila jumlah Ingot yang disimpan dalam Prosperity Pot meningkat, kualiti Prosperity Pot juga akan bertambah baik. Anda boleh melihat Prosperity Pot anda semasa pusingan rehat dan boleh dibuka pada bila-bila masa. Setelah dibuka, anda akan menerima satu set ganjaran rawak yang sepadan dengan peringkat semasa. Setiap permainan, Prosperity Pot boleh dibuka sekali sahaja.
Pada Pusingan 2, anda boleh memilih salah satu daripada empat laluan utama berikut, setiap satu menawarkan cara berbeza untuk memperoleh Ingot:
Steady Wins the Race
- Mendapat Ingot setiap pusingan.
Lucky Guess
- Ramalkan pemenang pertempuran seterusnya untuk memperoleh Ingot. Jika tekaan anda salah, anda masih akan menerima sebahagian daripada ganjaran itu. Ganjaran meningkat setiap pusingan.
Stoneborn
- Pada akhir pertempuran, mendapat Ingot bagi setiap stack anvil yang anda miliki.
Domination
- Mendapat Ingot apabila takedown.
Goldie's Mischief
- Goldie membantu anda dalam pertempuran, memakan musuh dengan Nyawa lebih rendah daripada 10% serta memberi anda 100 Ingot. Tercetus 1 kali setiap pusingan.
Touch of Gold
- Apabila anda berjaya meramal pemenang dengan tepat, peroleh dan cabut satu Ubahsuaian rawak daripada pasukan itu, yang akan berkuat kuasa pada pusingan seterusnya.
- Hanya dalam laluan Lucky Guess.
Rain of Fortune
- Awan tuah berkumpul, memberikan sejumlah besar gold setiap saat dan mengenakan damage pada musuh berdekatan.
- Hanya dalam ganjaran Prosperity Pot pada 1600 stack atau lebih.
Pelarasan Item
Manamune/Winter's Approach/Archangel's Staff
- Mana diperoleh bagi setiap stack Tear of the Goddess: 30/36/45 → 100
Lightning Rod
- Pengurangan tetap kepada cooldown kesan Automatik: 1s → 0.8s