Perkara Yang Baharu Dalam Patch 6.1

Patch 6.1 akan dikeluarkan, jadi kami meringkaskan detik-detik terbesar sebelum pelancaran patch!

Hei semua! Patch 6.1 semakin mendatang dan kami tidak sabar untuk anda masuk dan mencuba semuanya. Secara peribadi, kami masih terkejut bahawa FAKER membuat penampilan jemputan dalam Pratonton Patch kami. Jika anda belum melihat pratonton itu, anda boleh lihat di sini. Kami sungguh teruja untuk log masuk dan mula queue, tetapi sebelum patch dikeluarkan kami mahu mengambil sedikit masa untuk meringkaskan detik-detik terbesar! 

GAMEPLAY

Champion baharu, rework, item baharu, amboi! Kami bawakan beberapa kemas kini gameplay untuk anda pada patch ini. Ryze, Ziliean dan Nocturne akan tiba ke Rift sepanjang tempoh patch 6.1. Kami juga akan memberi tumpuan kepada Mage pada Patch ini dengan beberapa item baharu dan kemas kini kualiti kehidupan lain. Untuk maklumat lanjut tentang champion dan item baharu serta rework dan perkara lain yang akan datang, lihatlah Artikel Gameplay kami di sini

DUAL NOVA 

Kemas kini utama yang diusahakan oleh pasukan dev pada patch ini ialah Dual Nova! Inilah tema bertatahkan bintang patch ini dan anda akan disambut oleh bintang tidak kira mana-mana anda lihat! Pasukan telah mengemas kini Lobi, Skrin Pemuatan dan Kedai kepada antara muka berkilau serba baharu. Selain itu, akan ada dua bintang, Challenger’s Star dan Adventure's Star, dan buruj yang mengorbit setiap satu untuk membimbing anda sepanjang patch ini dan memberi anda ganjaran apabila dinyalakan. Pasukan kami berusaha untuk mencipta ringkasan, jadi jika anda ingin membaca lebih lanjut tentang Dual Nova dan kemas kini kepada mod Ranked dan Pengembaraan, baca artikel terbaharu kami di sini

PERKARA AKAN DATANG 

Seperti biasa, Patch Note kami untuk 6.1 akan dilancarkan pada 17 April, sebelum Patch dikeluarkan. Selain itu, nantikan artikel istimewa daripada Pengarah Permainan kami, David Xu, yang akan mengimbas kembali Patch 6.0, dan bercakap tentang beberapa perkara yang telah kami jadikan pedoman. Tambahan lagi, kami mempunyai berita terkini tentang pelancaran Antipenipuan sebelum 6.1 dikeluarkan.


Kami berharap anda berseronok dalam Patch 6.1 dan tidak sabar untuk jumpa anda di Rift!