TL;DW: Kemas Kini Dev: Perubahan Jadual Patch, Champion dan Gameplay

David “PapaSmoothie” Xu memberikan TL;DW ringkas tentang Kemas Kini Devnya baru-baru ini yang dia memberikan beberapa kemas kini tentang jadual patch dan melihat perkara yang akan datang pada tahun 2023!

Hai semua, David “PapaSmoothie” Xu di sini. Kami melihat rakan-rakan kami di League PC melakukan TL;DW baru-baru ini untuk salah satu kemas kini dev mereka, dan kami ingin mencuba sesuatu yang serupa! Hal ini akan menjadi sesuatu yang ringkas dan mesra serta memberikan ikhtisar semua topik yang saya bincangkan, sekiranya anda tidak dapat menonton.

  • Kami akan mengurangkan jumlah patch dalam setahun daripada enam kepada lima.
  • Tiada kandungan akan hilang, patch akan berterusan lebih lama dengan lebih banyak kandungan di dalamnya.
  • Kami melangsungkan satu kursus kilat dev permainan Wild Rift, menerangkan cara patch yang lebih lama akan membantu kami menyampaikan kepada anda kandungan yang serba besar dan serba baik.
  • Pada tahun 2023, anda masih boleh menjangkakan satu detik champion setiap bulan.
  • Kami ingin mengemas kini lebih ramai champion, seperti yang kami lakukan dengan rework Karma!
  • Kami tetap akan memantau peranan secara keseluruhannya pada tahun 2023, dengan tumpuan pada marksman dan assassin.
  • Kami masih dalam proses pengilhaman untuk kemas kini gameplay besar bagi tahun 2023, tetapi kami ingin membawakan lebih banyak kepelbagaian dari permainan ke permainan. Sementara kami masih mencari ilham, kami boleh berkongsi bahawa keadaan akan menjadi lebih dingin tidak lama lagi...
  • Kami ingin membawakan faktor huru-hara kepada semua mod permainan semasa dan akan datang kami. Anda akan merasai aspek ini dalam Ultimate Spellbook, beritahulah kami pendapat anda!

SkinTease.jpg

  • Akhir sekali, kami ingin memberitahu anda satu permainan yang kami mainkan dalam pasukan dev, dan melihat cuitan kecil tentang skin yang akan datang. Siapakah champion ini? Saya masih bertaruh itu ialah Caitlyn!

Itu sahaja daripada kami buat masa ini! Sila beritahu kami pendapat anda tentang format video ini serta lampiran TL;DW ini bersama dengannya. Jumpa anda dalam Rift!