Rift Report: Edisi 9 Jun

Kami menyemak Antipenipuan kami dan mengongsikan sedikit statistik sejak kemas kini kami pada permulaan Patch 6.1 dan menyerlahkan komuniti kami!

Hai semua! Selamat kembali ke edisi kedua Rift Report kami! Minggu ini kami menyemak Kemas Kini Antipenipuan yang kami keluarkan pada permulaan patch dan menyerlahkan seorang lagi pencipta daripada komuniti kami! Mari teruskan. 


KEMAS KINI ANTIPENIPUAN 

Pada permulaan Patch 6.1, kami telah mengeluarkan beberapa kemas kini kepada mVG, yakni Embedded Vanguard. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini tersebut di sini. Memandangkan sudah kira-kira dua bulan sejak kemas kini itu dikeluarkan, kami ingin memberi anda maklumat tentang keadaan yang terkini. 

Pertama sekali, Vanguard telah meningkatkan keterlihatan penipu dalam permainan (menggunakan hack peta, hack FOV dan/atau skrip) sehingga sepuluh kali ganda, dengan beribu-ribu larangan yang telah dilakukan menyamai peningkatan tersebut sejak dilancarkan.  Secara purata, terdapat kira-kira .13% permainan ranked yang mengandungi penipu (dan lebih ramai lagi dalam Mod PvP dan Mod Pengembaraan, tetapi kami tidak memasukkan nilai itu atas sebab yang jelas, biarpun kami masih tidak faham sebab seseorang akan menipu dalam ARAM). Kami menyaksikan penurunan sejak permulaan pelancaran dengan nilai yang lebih hampir kepada .8%, hingga kini yang nilai itu lebih hampir kepada .02%. Jangan lupa bahawa cheat dan penipu merupakan pertempuran abadi jadi kami tidak akan mencapai 0, tetapi kami akan mengekalkan nilai tersebut sedekat itu yang mungkin.  Kami sentiasa mengemas kini sistem kami supaya kami boleh kekal selangkah di hadapan penipu, tetapi jika anda merasakan terdapat permainan yang anda mainkan yang seseorang dalam pasukan anda atau pasukan musuh menggunakan hack atau skrip, pastikan anda melaporkannya atau menghubungi pasukan sokongan pemain kami dan kami akan menyiasat.
Kami berpuas hati dengan keadaan sejak kemas kini ini dan gembira kerana kami dapat berjuang untuk memastikan permainan adil buat anda sepanjang masa anda berada di Rift. Kami akan terus melakukan kemas kini berkala dengan anda semua, tetapi sementara itu pasukan akan terus bekerja di belakang tabir untuk mencipta sistem antipenipuan terbaik yang mereka mampu bagi memastikan semua permainan anda di Rift kekal menyeronokkan dan adil. 

WILD FOR WILDLINGS 

PENCIPTA MINGGU INI 

Minggu ini kami ingin menyerlahkan Aspiralol. Beliau telah mencipta kandungan yang hebat dalam kitaran Patch 6.1 kami, dengan kegemaran kami ialah videonya yang menyerlahkan champion terbaik untuk dimainkan sepanjang 6.1. Anda boleh menonton video itu di sini, kandungannya benar-benar membantu kami mengetahui champion yang patut kami pilih apabila kami masuk queue sebagai Support pada patch ini!
Pastikan untuk mengikuti beliau di platform berikut dan lihatlah kandungan yang beliau keluarkan sepanjang Kitaran Patch 6.1 kami:
YouTube 

X
Instagram


Itu sahaja daripada kami buat masa ini tetapi kami akan kembali pada minggu hadapan untuk membincangkan kemas kini baharu Zilean bagi Wild Rift! Jumpa anda di Rift.