Rift Report: Edisi 16 Jun

Ketahui lebih lanjut tentang ability baharu Zilean dari pasukan dev kami, dan lihatlah pencipta minggu ini kami!

Selamat datang ke satu lagi edisi Rift Report! Kali ini kami ingin bercakap dengan pasukan dev kami untuk berkongsi beberapa lagi cerapan tentang Zilean dan ability baharunya dalam Wild Rift! Selain itu, kami menyerlahkan seorang lagi pencipta kami yang hebat, mari teruskan.


REWORK ZILEAN

Tik tik, masa sudah suntuk! Zilean akan tiba di Wild Rift dengan wajah baharu dan rasa terkini! Detik apabila champion baharu tiba di Wild Rift sentiasa mengujakan. Hal itu bermaksud peluang gameplay baharu, seni baharu yang cantik dan cara yang segar untuk bermain permainan atau peranan kegemaran anda.

Apabila kami membawa champion dari League PC ke Wild Rift, hal itu bukan semudah Ctrl + C. Pasukan kami meluangkan banyak masa memastikan setiap champion dan ability mereka berasa betul-betul sesuai apabila anda menekan telefon bimbit anda. Cara Wild Rift dimainkan juga sedikit berbeza berbanding dengan League PC, jadi kadangkala terdapat ruang untuk kami membuang pelarasan supaya kit champion lebih sesuai dengan rentak gameplay dalam permainan kami. Apabila tiba masanya untuk membawa Zilean masuk, pasukan kami merasakan ada ruang untuk memberi mage lama ini beberapa helah baharu.

Ability ketiga Zilean, Temporal Mirage, membolehkan dia untuk slow musuhnya atau mempercepatkan sekutunya dalam League PC. Tetapi apabila pasukan dev berusahah untuk membawanya masuk ke Wild Rift, mereka tertanya-tanya jika ada cara untuk melaraskan ability ini agar berasa lebih sesuai dengan gameplay Wild Rift. Jadi, anda akan sedar bahawa Time Warp dalam Wild Rift kini membolehkan anda meletakkan bulatan yang akan melambatkan apa-apa ability. Cara terbaik untuk memastikan bahawa carry anda boleh mengelak anak panah Ashe itu. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat anda mencubanya, dan berasa kit baharu ini akan menjadikannya Support yang hebat untuk mana-mana pasukan. Pastikan anda menghantar klip dan maklum balas anda kepada kami supaya kami dapat kongsikan kepada pasukan!

WILD FOR WILDLINGS

PENCIPTA MINGGU INI

Minggu baharu, pencipta baharu untuk diserlahkan! Kami amat menyukai semua kandungan yang telah anda semua cipta sepanjang Patch 6.1. Kali ini kami ingin menyerlahkan emerokWR. Beliau telah menstrim dan mencipta hampir setiap hari. Kegemaran kami ialah videonya yang membincangkan jungler terbaik untuk dimainkan sepanjang 6.1. Terdapat banyak rombakan dan perubahan balance kepada jungle, jadi sangat bagus untuk mendengar pendapatnya tentang pilihan yang terbaik dan mencuba setiap satu sendiri dalam permainan. Anda boleh melihat video itu di sini.

Pastikan untuk mengikuti beliau di platform berikut dan lihatlah kandungan yang beliau keluarkan sepanjang Kitaran Patch 6.1 kami:

YouTube
X
Instagram



Itu sahaja daripada kami buat masa ini, jumpa anda di Rift! Pastikan anda berkongsi apa-apa permainan atau seni peminat Zilean yang melenturkan masa dan mengagumkan dengan kami, kami tidak sabar untuk melihat setiap satu.