Perubahan Harga Serantau dan Mata Wang Bonus Global

Kami sedang mengemas kini harga di beberapa rantau pada 9 September.

KEMAS KINI SEP 16: Oleh sebab kerana masalah yang tidak dijangka, kami akan menangguhkan kemas kini harga sehingga Patch 2.5 pada bulan Oktober. Anda mungkin akan melihat beberapa perbezaan harga kecil sementara di platform pembayaran kami sehingga kemas kini harga tersebut.

TL;DR: Kami sedang mengemas kini harga kami untuk beberapa rantau pada 9 September. 

  • Brazil, Amerika Latin dan Rusia akan melihat kenaikan harga disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang dan perubahan cukai. 
  • Eropah akan melihat penurunan harga disebabkan oleh perubahan pada kadar pertukaran mata wang.
  • Mulai 24 Ogos hingga 9 September, pemain akan menerima Bonus Mata Wang berganda daripada semua pembelian mata wang maya.

Helo semua,

Riot akan menilai harga global secara berkala dan membuat pelarasan untuk mempertimbangkan perubahan turun naik mata wang, percukaian dan perbezaan serantau. Perubahan ini boleh menyebabkan peningkatan atau penurunan harga.

Pada tahun ini, kami akan membuat perubahan pada harga di Eropah, Brazil, Amerika Latin dan Rusia. Di bawah ini, anda akan menemukan perubahan yang akan berkuat kuasa pada 8 September dalam League of Legends: Wild Rift.

Sebelum ini diumumkan, kami akan menggandakan Bonus Mata Wang yang anda dapat dengan setiap pembelian mulai 23 Ogos hingga 8 September tanpa mengira sama ada anda terpengaruh dengan perubahan harga ini atau tidak.

  • Contoh: Dalam Wild Rift, pakej 3325 WC akan memberikan 650 bonus WC (biasanya ini ialah 325 bonus WC)

Promosi ini akan diaktifkan pada 24 Ogos sekitar pukul 4:00 GMT+8 (perubahan mungkin mengambil masa sejam untuk dilengkapkan) dan berlangsung sehingga 9 September, 4:00 GMT+8 apabila perubahan harga berkuat kuasa.

Perubahan Harga League of Legends: Wild Rift

  • Brazil: +15% kenaikan harga purata
  • Colombia: +12% kenaikan harga purata
  • Costa Rica: +8% kenaikan harga purata
  • Uruguay: +17% kenaikan harga purata
  • Peru: +15% kenaikan harga purata
  • Rusia: +6% kenaikan harga purata
  • Eropah (untuk mata wang EUR, GBP & HUF sahaja): -5% penurunan harga purata