Kemas Kini AAA ARAM dan Rift Patch 7.0

Tahun baharu, peta baharu, AAA ARAM baharu! Sudah tiba masanya untuk menukarkan peta kami, manakala mod AAA ARAM akan dijadikan kekal dengan keluaran 7.0 dan juga akan menerima beberapa naik taraf.

Tahun baharu, peta baharu, AAA ARAM baharu?! Baiklah, mungkin bukan AAA ARAM baharu, tetapi ia akan dijadiakan kekal dengan beberapa kemas kini baharu. Kami berbesar hati untuk mengongsikan berita tersebut, serta bahawa kami akan bertolak ke Ionia untuk Pratonton Patch terkini kami. Kami hanya dapat membincangkan kemas kini ini secara ringkas, jadi mari dalami dan ketahui lebih lanjut tentang Ionia Rift dan kemas kini AAA ARAM kekal ini. 

AAA ARAM 

Tahun lalu kami telah memberi AAA ARAM penjenamaan semula dan naik taraf daripada Hextech ARAM. Kami juga telah bereksperimen dengan pelbagai tema dan kemas keni. Merentasi setiap patch, kami telah mendengar banyak maklum balas daripada anda semua. Yang utamanya adalah bahawa anda mahukan lebih banyak AAA ARAM dan tidak mahu menantikan mod itu dikeluarkan pada pertengahan patch, itulah sebabnya kami menjadikan mod ini kekal bermula dari Patch 7.0!

Kini, ia bukan sahaja kembali sebagai mod kekal dalam bentuk yang anda pernah alami pada Patch 6.3. Kami juga telah mendengar banyak maklum balas daripada anda tentang pengalaman keseluruhan AAA ARAM, terutamanya tentang jumlah kandungan yang kami tambahkan kepada mod tersebut dan cara kami memaklumkan hal itu kepada anda. Seperti yang kami katakan, kami telah bereksperimen dengan pelbagai tema dan kemas kini pada tahun lalu dalam mod ini (kegemaran peribadi saya ialah menambahkan Ubahsuaian Faker... bukan salah saya kerana seronok bermain sebagai goat itu.) Namun begitu, kami telah mendengar maklum balas anda bahawa kadangkala terdapat terlalu banyak kemas kini yang menyebabkan anda kadangkala tidak tahu perkara yang menanti ada setiap kali memasuki queue. Jadi anda akan menyaksikan proses orientasi yang lebih lancar apabila anda masuk queue untuk semua kehebatan yang menanti anda.

Kami juga ingin memeriksa Rune pada kemas kini ini. Pernahkah anda menyedari apabila anda bermain sebagai Aurora, tetapi anda mendapat Rune yang mungkin lebih sesuai untuk, katakan… Caitlyn? Ya, kami bencikan detik-detik seperti itu. Jadi, kami telah mengoptimumkan Rune dalam AAA ARAM, dan anda bukan sahaja akan menerima Rune yang lebih sesuai berdasarkan champion yang anda mainkan, tetapi pilihan yang lebih baik secara keseluruhan juga.

Terdapat juga kemas kini kepada Ubahsuaian kami seperti biasa. Beberapa kegemaran ramai seperti Magic Bolts, Goliath, Reprisal Armor dan Dragon Soul akan kembali. Terdapat juga penerangan yang dikemas kini dan perubahan balance untuk beberapa Ubahsuaian lain. 

Sudah tentu, bukan musim AAA ARAM baharu tanpa kejutan seronok dan mungkin sedikit huru-hara. Kali ini, kami akan memperkenalkan mekanik serba baharu: Flying Sword. Ini sesuai dengan peta Ionia kami, tetapi juga sedikit menakutkan... jadi berhati-hatilah untuk tidak menikam diri sendiri ketika sedang takedown musuh. Semua orang akan berupaya untuk membawa pedang mereka yang unik ke dalam pertempuran, yang akan mengaktifkan kesan Rune tambahan serta kombo baharu ketika dalam permainan.

Ini hanyalah sebahagian daripada perkara yang akan berlaku untuk AAA ARAM pada tahun ini. Kami berterima kasih atas maklum balas anda tentang AAA ARAM dan tidak sabar untuk mendengar pendapat anda tentang kemas kini baharu ini. Kami akan berikan maklumat yang lebih terperinci tentang kemas kini ini dalam Patch Note kami yang akan datang.

IONIA RIFT

Sepanjang tahun ini, kami sentiasa ditanya, "Rift baharu bila?" Dan tidak pernah, "Apa khabar pasukan dev Wild Rift?" Sejujurnya, kami tidak boleh menyalahkan anda. Walaupun kami semua gemarkan Bandle Rift, tiada salahnya untuk berubah persekitaran dan pada patch ini kami akan menyampaikan Rift yang aman dan berwarna merah jambu kepada anda. Jadi bancuhlah teh, ambil nafas dan mari lihat perkara yang Ionia akan sediakan untuk kami.

Peta Ionia kami berkisarkan kejelasan, kami mahu menceriakan Rift dengan lebih banyak penglihatan dan kurang fog of war di jungle. Untuk melakukan hal ini, kami perlu memastikan anda berasa lebih selamat apabila pergi meletakkan ward untuk melindungi anda daripada gank Kha'Zix yang menjengkelkan itu atau menyediakan anda dan pasukan anda untuk menyerang hendap jungler pasukan musuh. Kemas kini ini, serta Ionia Rift secara keseluruhannya, bukan sahaja berkisarkan tema ini, tetapi juga sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan Wild Rift berasa segar, bukan sahaja melalui tema kami, tetapi juga kemas kini permainan kami.

Ciri istimewa pertama yang akan dibawa oleh Ionia Rift ialah Spirit Flower. Apabila seorang rakan sepasukan mati, Rift akan memberikan penghormatan melalui pengguguran bunga. Anda atau sekutu anda boleh mengambil bunga ini dan membawa tenaga mereka, supaya mereka yang gugur boleh membantu pasukan anda walaupun dari fountain. Kini duo anda boleh membantu anda meraih kemenangan... walaupun dari kubur. Spirit Flower bukan sahaja menunjukkan belas kasihan kepada anda, bunga itu juga sayangkan monster jungler anda, dan apabila salah satunya mati, Spirit Flower juga akan gugur. 

Yasuo, salah seorang daripada champion Ionia yang paling terkenal (tidak kira jika gemarkannya atau bencikannya), telah menginspirasikan tambahan kami yang seterusnya, Zon Angin Mid Lane baharu. Perkara ini akan memberi semua midlaner boost pergerakan khas, memudahkan mereka untuk roam dan membantu sekutu mereka di seluruh peta. Kami tidak sabar untuk melihat cara anda menggunakan boost ini sebagai kelebihan anda dan menantikan semua strategi baharu yang anda akan hasilkan! 


Seperti biasa, Patch Note kami untuk 7.0 akan dilancarkan sebelum Patch dikeluarkan dan akan mengandungi maklumat dan nilai lebih terperinci untuk semua perubahan yang akan datang pada hari pertama. Kami berharap anda berseronok dalam Patch 7.0 dan tidak sabar untuk jumpa anda di Rift!