Kemas Kini Gameplay Patch 6.3
Hai lagi semua! Pratonton Patch kami baru sahaja dikeluarkan, yang menyaksikan kami membincangkan butiran tentang party terhangat tahun ini... Ulang Tahun ke-5 kami! Walaupun kami teruja dengan semua barangan, AAA ARAM bertemakan Worlds dan sudah tentunya SMASH, kami juga tidak sabar untuk berbincang secara mendalam dengan anda tentang kemas kini gameplay yang juga akan datang semasa kitaran kemas kini ini.
ROMBAKAN RUNE
Salah satu kemas kini gameplay utama yang akan kami laksanakan pada patch ini ialah terhadap Rune. Dari segi pembinaan champion, kewujudan lebih daripada satu pilihan untuk anda adalah penting bagi kami. Tambahan lagi, kami tahu bahawa terdapat beberapa champion yang mempunyai rune yang suboptimum berbanding dengan yang lain, jadi kami ingin membuat beberapa perubahan dan penambahan yang akan memastikan anda mempunyai lebih daripada satu persediaan ideal.
RUNE BAHARU
Dengan kemas kini ini kami akan menambah pelbagai rune ke dalam permainan. Yang pertama merupakan Keystone serba baharu, Dark Harvest. Jika anda pernah bermain League PC sebelum ini, anda mungkin kenal rune ini dan kami teruja untuk menambahkan rune ini kepada loadout anda. Cara rune ini berfungsi ialah, setiap kali anda mengenakan damage pada champion dengan nyawa lebih rendah daripada 50%, anda akan menuai soul champion tersebut dan meningkatkan damage keseluruhan Dark Harvest secara kekal. Ini amat sesuai untuk para pemain Katarina dan Kha’Zix utama yang mahu memasuki dan meninggalkan pertempuran dengan pantas, membunuh musuh sebelum mereka sempat mengelipkan mata.
Kami juga akan menambah rune kecil berikut:
-
Celerity, merupakan rune baharu yang akan menggantikan Pathfinder. Rune ini akan meningkatkan semua bonus movement speed yang anda peroleh sebanyak 7% dan memberi anda 2% movement speed tambahan juga. Pasukan kami berpendapat bahawa rune ini sangat bagus untuk Jhin dan mungkin juga Akshan!
-
Axiom Arcanist ialah rune baharu, ia tidak akan menggantikan mana-mana rune semasa kami. Rune ini akan meningkatkan damage, pemulihan dan shield Ultimate anda sebanyak 10% dan setiap kali anda mengambil bahagian dalam kill champion musuh, rune ini mengurangkan baki cooldown Ultmate anda sebanyak 5%. Kami gemar membina item ini untuk champion seperti Sivir atau Miss Fortune, tetapi tidak sabar untuk melihat champion manakah anda akan binakan item ini kerana terdapat banyak binaan berpotensi yang menyeronokkan.
-
Unshakeable juga ialah rune baharu yang tidak akan menggantikan mana-mana rune semasa kami. Rune ini khas untuk pemain Ornn dan Poppy utama di luar sana, kami tidak mengabaikan anda. Unshakeable akan memberi anda 5% amor dan magic resist. Setiap champion musuh dalam jarak tertentu dari anda (dihadkan kepada tiga) juga akan meningkatkan armor dan magic resist anda sebanyak 4% tambahan.
-
Chain Assault, akan menggantikan Mark of the Weak dan merupakan satu lagi pilihan yang bagus bagi penggemar assassin kami. Selepas satu skill aktif terkena champion musuh, sasaran itu akan ditandakan. Dua attack normal atau skill aktif yang seterusnya akan mempunyai 20~35 +5% AD bonus+2.5% AP adaptive damage bonus (cooldown 20 saat).
-
Akhir sekali, Tyrant ialah rune baharu yang tidak akan menggantikan mana-mana rune kami yang lain. Apabila anda mengenakan damage pada champion musuh dengan nyawa lebih rendah daripada 50%, anda mengenakan 30~50+7.5% AD bonus+3.5% AP adaptive damage bonus (cooldown 20 saat). Kami telah menguji rune ini dengan Dark Harvest Katarina dan kami berjaya mengenakan banyak damage dalam ujian tersebut.
Selain Mark of the Weak dan Pathfinder, kami juga akan membuang Onslaught. Sila nantikan Patch Note kami untuk nilai tepat setiap rune baharu ini.
KEMAS KINI SUPPORT
Pada patch ini kami juga memberi kasih sayang kepada pemain Support kami, yang berhak mereka dapat. Bilangan masa Lulu atau Nami telah menyelamatkan saya, atau Leona telah memberi saya peluang untuk carry permainan... terlalu banyak kali untuk dikira. Bercakap tentang Leona, perubahan kami kepada Support pada patch ini disasarkan ke arah rakan tanky kami di Dragon lane.
Kami akan memperkenalkan item baharu, Radiant Virtue:
-
Laluan Binaan: Kindlegem + Chain Vest (Jumlah kos: 2850)
-
Statistik:
- 300 Nyawa
- 45 Armor
- 15 Ability Haste
-
Statistik:
-
Guiding Light: Apabila menggunakan ultimate anda, anda akan transcend, meningkatkan Nyawa maksimum anda sebanyak 12.5% selama 6 saat. Ketika Transcendent, anda dan champion sekutu dalam jarak 1200 memulih sebanyak 3% daripada Nyawa maksimum anda setiap saat sepanjang tempoh itu. Jika anda champion ranged, pemulihan yang diberikan dikurangkan sebanyak 50%. (Cooldown 60 saat)
Kami tidak sabar untuk melihat anda yang bermain support tanky itu untuk mencuba item ini dalam binaan anda dan menggandingkan item ini dengan rune-rune baharu itu! Selain item baharu ini, kami juga akan membuat beberapa pelarasan kepada Dawnshroud dan Protector’s Vow. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang pelarasan kepada kedua-dua item ini dalam patch note kami yang akan datang.
ENCHANT BOOT
Pada patch 6.2 kami telah membuat kemas kini kepada Enchantment Boot dan telah memantau perubahan ini dengan teliti sejak kemas kini itu. Sesuatu yang kami sedari ialah sejak kemas kini tersebut terdapat beberapa Enchantment Boot yang bertindih atau melakukan perkara yang serupa, jadi pada patch ini kami akan memudahkan sistem dengan memangkas senarai pilihan dan kemudian mengimbangi semula pilihan yang masih ada. Hal ini akan memberikan setiap Enchantment peluang untuk menyerlah pada detik yang dimaksudkan dan menjadikan pembinaan boot tersebut berasa lebih memberikan impak. Kami akan membuang empat enchant dan kemudian kami juga akan rework Veil Enchantment. Butiran penuh mengenai pembuangan ini serta kemas kini Veil akan terkandung dalam patch note kami yang akan datang.
BERHIASKAN KEGEMILANGAN
Itu sahaja daripada kami buat masa ini, tetapi nantikan Patch Note untuk senarai penuh perubahan dan nilai! Seperti biasa, setelah Patch 6.3 dilancarkan, sila hantar maklum balas dan klip gempak anda kepada kami, jumpa anda di Rift!