Kemas Kini Gameplay Patch 6.2

Masa untuk serius! Patch 6.2 semakin mendatang dan terdapat banyak kemas kini yang menanti anda. Ketahui lebih lanjut tentang beberapa champion, item, kemas kini Rift dan banyak lagi yang baharu sebelum patch baharu ini dilancarkan.

Hai semua! Pratonton Patch 6.2 baru sahaja keluar dan terdapat banyak kandungan baharu kian mendatang. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang tema baharu, Sistem Honor atau ingin melihat Pratonton Patch tersebut, anda boleh menyemak pautan yang baru kami kongsikan. Terdapat juga sebilangan kemas kini gameplay yang ingin kami bincangkan dengan anda, jadi mari teruskan!

CHAMPION BAHARU

David telah memutarkan tongkat saktinya dan dihantar ke dunia mistik dan ajaib. Pada patch ini Aurora akan menyertai Rift, bersedia untuk membantu anda melompat-lompat antara alam dan takedown musuh anda. Bard dan Vel’Koz juga akan menyertai Rift, jadi kami harap anda bersedia untuk mengumpul meep dan telah mengulang kaji ilmu geometri anda.

BANDLE RIFT 

Sudah setengah tahun sejak kami melepaskan puak Bandle dan membiarkan mereka mengambil alih Rift kami. Kami gembira dengan perkembangan Rift baharu ini, tetapi memandangkan sudah setengah tahun berlalu, kami ingin membuat beberapa kemas kini. Kami juga telah memerhatikan cara permainan dimainkan dan ingin membuat beberapa penambahan dan pelarasan pada Bandle Rift untuk menambah baik beberapa kawasan yang kami rasa kekurangan.

Oink oink! Apakah itu? Itulah Enchanted Piggy baharu kami! Anda boleh menemui piggy kecil ini kerap roam di sekitar lubuk Dragon dan Baron dalam perlawanan Legendary Queue anda. Kami tahu ia sukar dibunuh kerana terlalu comel, tetapi anda akan mahu takedownnya supaya anda boleh mendapat ganjaran gold, XP dan tentu sekali Enchanted Piglet comel yang akan charge pada turret musuh anda. Kami tidak sabar untuk melihat cara rakan baharu ini membantu dalam mengubah permainan anda dan menyediakan serangan baharu.

Perubahan seterusnya pada Bandle Rift ialah beberapa susun atur semak dalam PvP dan Ranked (bukan Mod Pengembaraan), terutamanya di sekitar lubuk dragon. Kami tahu betapa sukarnya sebagai Support setiap kali anda ingin mendapatkan penglihatan untuk pasukan anda di sekitar Dragon, jadi perubahan semak ini seharusnya menjadikannya lebih jelas tentang laluan terbaik untuk diambil supaya anda boleh mendapatkan penglihatan yang lebih baik dan selamat bagi pasukan anda. 


Dengan ketibaan Aurora, kami juga berasa bahawa terdapat ruang untuk kami menambahkan sedikit perasaan mistik, magik dan riuh-rendah kepada Bandle Rift, jadi beberapa easter egg akan muncul sepanjang permainan. Ini bukan sekadar easter egg biasa, bukan. Ini akan memberi anda ganjaran buat permainan anda, jadi anda akan mendapat gold bonus kerana peletakan ward yang cerdik, membuat ikan berkilau-kilau yang menjatuhkan syiling muncul atau mengadakan pertunjukan bunga api jika anda meletuskan Blast Cone.

Dalam tema Soulforce Awakening, anda akan digalakkan untuk mencuba peranan baharu dan mengembangkan kumpulan champion anda, jadi matlamat kami dengan kemas kini Rift ini adalah untuk menjadikannya pengalaman yang lebih baik untuk dimainkan secara keseluruhan tetapi juga untuk menggalakkan anda berasa seperti anda boleh berkembang sambil mencuba peranan dan champion baharu.

KEMAS KINI GAMEPLAY

Terdapat pelbagai kemas kini gameplay pada patch ini yang kami tidak sabar melihat anda masuk queue dan bermain! Kemas kini yang pertama adalah berasaskan maklum balas yang kami terima daripada anda tentang permulaan permainan. Ramai daripada anda telah berkongsi dengan kami bahawa peringkat awal itu boleh berlarutan terlalu lama, dan kami faham. Kami mahu anda kembali beraksi dan terlibat dalam teamfight dengan lebih cepat. Untuk membantu hal itu, kami telah melaraskan plate turret, yang kini akan runtuh apabila elemental drake spawn. Kami juga akan membuat Baron spawn dengan lebih awal supaya dia tidak mempunyai kesan yang besar semasa akhir permainan seperti masa ini. Akhir sekali, kami akan melaraskan resistance dan wave minion dipertingkat outer turret, yang akan mempercepatkan fasa laning secara keseluruhan. Kami teruja untuk melancarkan kemas kini ini dan percaya setiap satu akan membantu anda keluar dari lane dan menyertai pertempuran dengan lebih cepat. Seperti biasa, perubahan nilai penuh akan dimasukkan dalam Patch Note pelancaran kami untuk 6.2 dan kami akan memantau prestasi perubahan ini sebaik sahaja dikeluarkan.

Patch ini, kami juga meluangkan masa untuk memeriksa enchantment. Kami tahu sebilangan besar pemain melangkau enchantment atau hanya membeli Zhonya's tanpa berfikir, dan tidak mengapa, kami tidak menyalahkan anda. Bahkan, kami faham, Zhonya's bukan sahaja membuatkan anda berkilauan (siapa yang tidak sukakan itu?), tetapi ia juga enchantment yang meninggalkan kesan yang besar, sedangkan yang lain tidak sebegitu hebat. Jadi, kami akan merombak keseluruhan sistem ini. Kini setiap peranan mempunyai pilihan yang khusus buat peranan tersebut yang akan menentukan gaya permainan anda. Goredrinker akan membantu fighter yang mahu cuba memulakan pertempuran 1v3 yang berisiko (itulah anda, pemain utama Irelia) atau Galeforce memberi semua pemain utama marksman cara untuk keluar dari pertempuran dengan pantas sambil menyelitkan sedikit damage tambahan. Tidak kira gaya permainan anda, kini anda mahu memilih enchantment anda, dan bukannya dilangkau dalam binaan anda.

Selain enchantment, kami mahu memberi marksman dorongan tambahan pada patch ini. Salah satu dorongan ini ialah item baharu, Soul Transfer. Item serba baharu ini direka untuk membantu anda melawan balik terhadap barisan hadapan yang tanky dan mengubah arus pertempuran untuk memihak kepada anda. Setiap kali anda crit, anda akan summon satu klon phantom yang mencerminkan gaya attack anda. Musuh anda akan bergetar ketakutan akibat semua damage yang anda kenakan. Kami juga melaraskan sebilangan besar item AD dan crit. Anda akan melihat kami menggabungkan beberapa kesan yang bertindih dan memberi setiap item identiti yang lebih jelas. Kini Bloodthirster akan meliputi kemampanan dan kemandirian, Infinity Edge akan menyerang dengan lebih kuat apabila anda komited kepada binaan crit penuh dan Essence Reaver akan memberikan burst dan movement selepas setiap serangan berasaskan ability.

Akhir sekali, dan pasti tidak kurang pentingnya, ketika Patch 6.0, kami telah memperkenalkan Galio’s Aegis. Cara baharu untuk memberi ganjaran kepada anda apabila anda bermain dengan baik dalam permainan yang kalah. Hal ini hanya dijalankan sebagai event terhad, supaya kami dapat mengumpulkan maklum balas anda. Ciri ini terbukti popular, yang kami putuskan untuk dibawa kembali pada Patch 6.2 secara kekal. Nantikan Patch Note mendatang kami untuk maklumat lanjut.

REWORK CHAMPION

Patch ini kami akan melancarkan dua rework, kali ini untuk sepasang klasik Mid Lane. Galio dan Swain akan mendapat perubahan kecil kepada kit mereka. Galio merupakan burst mage pada masa ini, dan bukannya tanky mage yang diperlukan oleh pasukan anda. Kami mahu dia menjadi perisai magik buat sekutu anda, jadi penskalaan Shield of Durandnya akan dikemas kini untuk memberikan ganjaran kerana membina Galio dengan lebih tanky.

Swain, sebaliknya, mendapat peningkatan kepada kuasanya. Kami mahu dia mengenakan lebih banyak damage secara keseluruhan apabila mengaktifkan Demonic Ascension, jadi kami meningkatkan kejelasan dan kuasa ultnya. Ult itu akan menyerang dengan lebih kuat dan lebih tajam, kini musuh akan benar-benar merasakan kemarahan anda.

Sebagai pelengkap kepada berbilang item baharu untuk marksman pada patch ini, kami juga telah memperhalusi beberapa marksman paling ikonik kami: Varus, Ashe, Zeri, Vayne dan Miss Fortune. Setiap champion akan menerima kemas kini disasarkan yang akan menyerlahkan keunikan masing-masing. Kami akan meningkatkan kemandirian binaan berasaskan crit, membuka lebih banyak ruang untuk ekspresi mekanikal dan memastikan kekuatan unik masing-masing lebih meninggalkan kesan. Sama ada anda menembak Icy Arrow merentas peta atau berguling dalam pertempuran 1v5, gerakan ikonik ini akan berasa lebih baik pada patch ini.

TALAKAN DIRI DAN TEMUKAN KEKUATAN DALAMAN ANDA

Itu sahaja daripada kami buat masa ini, tetapi nantikan Patch Note untuk senarai penuh perubahan dan nilai! Setelah Patch 6.2 dilancarkan, sila hantar maklum balas dan klip gempak anda kepada kami, jumpa anda di Rift!