Imbas Kembali Patch 6.0
Hai rakan-rakan, David di sini! Patch 6.0 iaitu YORDLE UP telah tamat dengan jayanya! Kemas kini ini kami telah mencuba banyak perkara baharu dan saya ingin mengambil masa untuk bersembang dengan anda tentang perubahan ini dan perkara yang telah diambil sebagai pedoman oleh pasukan kami sebelum mula mendalami Patch 6.1.
BANDLE RIFT
Tahun lalu merupakan kali pertama kami membuat perubahan besar kepada Rift yang anda kenali, dengan pengenalan Hex-Rift dan T-Hex. Kami menerima banyak maklum balas daripada anda semua tentang perkara yang anda suka dan tidak suka berkaitan dengan kemas kini kami kepada Rift. Menuju ke tahun 2025, penting bagi kami untuk mengambil semua itu sebagai pedoman untuk dilaksanakan dalam kemas kini Rift kedua kami, Bandle Rift.
Anda mungkin sedar yang kami telah sengaja mengurangkan banyak unsur yang mengubah permainan daripada Hex-Rift dalam Bandle Rift. Kami memang berniat berbuat sedemikian, kerana kami mendapati bahawa kekacauan tambahan itu, biarpun kadangkala mencipta lebih banyak detik highlight, telah menyukarkan lagi pasukan bukan pro untuk berkoordinasi dan terutamanya untuk pemain baharu mencari jejak yang kukuh dalam permainan ini. Ringkasnya, Summoner's Rift bertujuan untuk mewakili kemuncak persaingan dan ekspresi MOBA yang paling sejati, dan selepas ini kami akan mengekalkan matlamat tersebut. Hal ini tidak bermakna kami akan memperlahankan perkara yang Wild dan gila, cuma jangkakan itu akan dikembangkan dalam mod permainan.
Selain itu, terdapat kemas kini ketahanan pada patch ini, yang sangat memuaskan hati kami. Kami berpendapat masih ada ruang untuk diperhalusi sekitar balance peranan, itulah sebabnya kami sedang menumpukan pada Mage pada patch 6.1. Perubahan positif terbesar yang kami saksikan dengan kemas kini ketahanan ialah pengurangan besar dalam kematian satu pukulan merentas semua peranan, terutamanya bagi marksman akhir permainan. Kami percaya hal ini telah memudahkan watak meriam kaca kami untuk menavigasi pertempuran pada akhir permainan dan mencari kemungkinan untuk mengakali lawan. Bergembiralah pemain Vayne sekalian!
UNBOUND FRENZY
Unbound Frenzy ialah mod baharu pertama kami tahun itu dan kami amat seronok mencipta mod tersebut. Secara peribadi, Jarvan ialah watak kegemaran saya, trio Demacia berdiri teguh selama-lamanya! Kali pertama mod itu dilancarkan, kami menyaksikan ramai daripada anda bermain bersama dengan rakan anda, dan kami suka melihat semua klip anda.
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, unsur penting dalam mod Wild Rift selepas ini ialah “kemodularan” mod tersebut. Maksudnya, mekanik dan ciri dalam suatu mod mempunyai peluang untuk digabungkan dan ditempa dengan yang lain! Sehubungan itu, jangkakan untuk melihat beberapa ability gila daripada Unbound Frenzy muncul dalam mod lain pada masa hadapan. Cabarannya ialah cara kami mengaktifkan atau cara anda maju ke arah ability unbound ini - perkara itu kami akan bincangkan dalam artikel yang lain.
Pertimbangan penting lain bagi Mod Permainan ialah sama ada mod itu akan menjadi Mod Malar atau kekal sebagai Mod Bergilir. Mod Malar adalah sesuatu seperti ARAM, yang anda boleh jangkakan perubahan kecil berkaitan balance dan kandungan baharu yang khusus kepada mod itu. Sebaliknya Mod Bergilir seperti One-For-All ialah mod yang akan “bergilir-gilir” sepanjang musim. Menentukan sama ada sesuatu mod adalah Malar atau Bergilir selalunya berdasarkan perkara berikut:
Individu yang memainkan mod tersebut
Waktu anda memainkan mod tersebut
Bilangan permainan yang anda jangka akan dedikasikan untuk mod tersebut
Sebagai contoh, dalam kes AAAARAM… maksud saya Hextech ARAM, tetapi memandangkan kini dalam 6.1 mod ini dikenali sebagai AAARAM, jadi mari gelar mod ini begitu. Kami mendapati bahawa:
Individu: Kedua-dua pemain Ranked, pemain bukan ranked dan pemain ARAM menyukai mod ini!
Waktu: Pemain sangat seronok bermain AAAARAM sebagai permulaan atau penghujung hari mereka, sama ada untuk memanaskan badan atau untuk melepaskan tekanan. Selain itu, menjelang penghujung musim Ranked, apabila pemain telah mencapai kedudukan yang diingini, AAAARAM juga menjadi lebih menarik.
Bilangan: Memandangkan permainan AAAARAM yang pantas, pemain kerap bermain 2~4 permainan setiap sesi.
Dengan menggabungkan semua ini, AAAARAM mempunyai kes yang kukuh untuk menjadi mod malar. Melalui lensa ini, kami tidak percaya Unbound Frenzy telah memenuhi keperluan ini lagi dan kami akan terus memantau mod ini dalam Patch 6.1 dan terus membuat lelaran.
GALIO’S AGEIS
Sesuatu yang kami pantau secara keseluruhan ialah ranked dan pengalaman anda mendaki tangga ranked. Beberapa maklum balas yang kami dengar daripada anda sejak kami melancarkan Wild Rift ialah mengecewakan untuk bermain permainan yang anda berprestasi baik, tetapi anda masih kalah kerana rakan sepasukan anda tidak bermain sehebat anda. Jadi kami memperkenalkan patch Galio's Aegis. Ini merupakan event Ranked yang kami cuba yang telah melindungi anda jika berprestasi baik dan kalah, dengan mengembalikan Markah atau Tenaga Hextech.
Seperti yang kami sebut dalam Surat Tahunan, kami mahu menumpukan pada Ranked secara keseluruhan, dan kami merasakan Galio's Aegis ialah cara yang baik untuk mengembalikan lebih banyak kuasa memilih kepada anda. Namun begitu, apabila kami membuat sebarang pelarasan pada Ranked, perkara yang paling penting ialah perasaan anda semua tentang perubahan itu. Pada patch 6.0, kami telah mendengar maklum balas yang amat positif tentang Galio’s Aegis. Malah, sebahagian besar maklum balas yang kami terima adalah tentang keinginan anda untuk kami membawa event itu kembali dengan lebih kerap. Jadi, pada permulaan Patch 6.1, Galio’s Aegis akan diaktifkan selama beberapa minggu, berjalan lebih lama berbanding dengan sebelum ini. Dan seseorang dari pasukan pembangun kami akan melakukan semakan pertengahan patch selepas event ini keluar untuk memberikan kemas kini.
PERKARA AKAN DATANG
Itu sahaja daripada kami buat masa ini, tetapi nantikan komunikasi akan datang daripada kami sepanjang patch ini. Dan saya akan kembali untuk mengimbas tentang Patch 6.1, sebelum kami melancarkan 6.2. Jumpa anda di Rift!