Pembelajaran Utama daripada Beyond Ruination
Hai rakan-rakan, dengan pengakhiran Beyond Ruination, saya ingin meluangkan sedikit masa untuk berkongsi perkara yang telah kami pelajari. Inilah kali pertama kami merenungkan patch yang lalu, dan kami berbesar hati untuk menerima maklum balas anda tentang patch dan juga format sebegini bagi membincangkan reka bentuk Wild Rift. Cukuplah itu sebagai mukadimah, berikut ialah lima pembelajaran teratas kami daripada Beyond Ruination.
Easter egg bertema vs perubahan gameplay bermakna
Beyond Ruination merupakan percubaan pertama Wild Rift menghasilkan patch bertema. Walaupun kami menyaksikan minat yang luar biasa pada permulaan patch dan galakan daripada komuniti untuk menceritakan lebih banyak kisah Runeterra, jelas bahawa kebanyakan pemain mengharapkan perubahan yang lebih besar kepada gameplay.
Item Ruined dan Light terasa hebat di atas kertas tetapi sukar untuk diimbangi.
Ruined Fruit dan Ruined Mist adalah inovatif, tetapi kedua-duanya tidak menyaksikan interaksi yang banyak.
Pada masa hadapan, anda boleh menjangkakan kami melakukan perubahan yang lebih besar pada gameplay, yang benar-benar menggegarkan meta dalam Summoner’s Rift, ARAM atau mod permainan lain. Walaupun perlu ada keseimbangan antara isu balance berpotensi dengan anjakan meta lebih besar, kami percaya adalah lebih cekap untuk mengambil langkah yang lebih besar dan membuat lelaran sepanjang patch berbanding membuat perubahan berskala kecil yang kurang inovatif sepanjang perjalanan. Hal ini berkait rapat dengan perkara seterusnya iaitu…
Lore memperdalam pengalaman, tetapi tidak sepatutnya menjejaskan inovasi gameplay
Hakikat bahawa terdapat tiga champion Shadow Isles, iaitu Kalista, Viego dan Maokai, yang berada cukup rapat dalam saluran pembangunan kami adalah satu peluang besar untuk kami mengeluarkan mereka bersama-sama dalam satu patch Ruination. Hal ini tidak bermakna bahawa kami akan sentiasa mempunyai champion dari rantau yang sama muncul bersama-sama dalam patch bertema. Inovasi merupakan perkara yang kami utamakan, dan kami akan mencari cara inovasi ini boleh berfungsi seiring dengan lore (tanpa mengambil peranan kurang penting!) dalam patch yang akan datang.
Bertindak balas terhadap kadar kemenangan pelancaran Champion
Empat tahun yang lalu, rakan sekerja League PC kami mengeluarkan artikel tentang falsafah mereka mengenai pelancaran champion. Sebahagian besar artikel ini masih relevan untuk Wild Rift, walaupun terdapat beberapa perbezaan yang ketara.
Sebilangan besar pemain Wild Rift telah bermain League of Legends di PC. Hal ini selalunya bermakna pemain akan memecut dengan pantas melalui Keluk Penguasaan dan mencapai keadaan balance jangka panjang lebih awal.
Pemain Wild Rift mempunyai toleransi yang lebih tinggi terhadap perubahan meta lebih besar berbanding dengan yang kami saksikan dalam League PC. Wild Rift boleh memanfaatkan kebebasan ini untuk bertindak balas dengan pantas apabila isu timbul.
Misalnya, Viego dan Kalista dikeluarkan pada tahap kuasa yang lebih rendah berbanding dengan yang kami jangkakan. Kedua-duanya adalah champion dengan keluk penguasaan tinggi, yang memberikan justifikasi atas kadar kemenangan pelancaran yang lebih rendah. Namun, kami menyasarkan tahap kuasa yang agak rendah bagi mereka apabila mempertimbangkan cara mereka akan disepadukan ke dalam metagame.
Meta semasa adalah berorientasikan burst damage, dan champion berskala seperti Viego dan Kalista menghadapi cabaran yang lebih tinggi dalam persekitaran ini. Pada masa hadapan, pasukan balance kami akan lebih berhati-hati tentang cara suatu champion akan sesuai dengan meta semasa dan akan bergantung pada kelajuan lelaran kami untuk menyelesaikan apa-apa isu pelancaran. Sebagai pemain, anda harus sentiasa berasa selamat melaburkan masa untuk mempelajari champ baharu, dan kami akan menggunakan kitaran balance lebih awal untuk membantu dalam membawa mereka ke dalam keadaan balance jangka panjang yang stabil.
Mod permainan adalah peneutral rasa dan memerlukan lebih banyak penyiasatan
Final Stand merupakan usaha kami bagi PvE, dan kami menyaksikan pemain mendedikasikan sejumlah besar masa untuk mencapai had atasnya.
Perkara ini sesuai dengan falsafah menyeluruh kami tentang Mod Permainan sebagai "peneutral rasa" yang memberikan perubahan rentak yang menyenangkan daripada pengalaman teras Summoner's Rift. Apabila anda kecewa dengan kekalahan perlawanan ranked, atau anda ingin berehat daripada tekanan pendakian, mod permainan merupakan cara untuk anda dan rakan anda menjalankan eksperimen.
Kami menjangkakan ramai pemain akan mencuba setiap mod permainan baharu, tetapi mungkin memerlukan beberapa mod baharu sebelum semua orang menemukan mod yang mereka mahu dalami dan luangkan banyak masa. Itulah sebabnya kami tidak mengekalkan mod sebagai sesuatu yang kekal, dan bergantung pada event seperti Mod Bergilir untuk menawarkan kejutan baharu dan tidak dijangka.
Saya menjangkakan PvE akan kembali semula, bukan dalam bentuk pengalaman permainan teras yang lengkap, tetapi sebagai elemen yang bermanfaat dalam mod permainan yang lain. PvEvP juga adalah sesuatu yang berlegar dalam fikiran kami sebagai sesuatu yang menarik untuk diterokai!
Tema eksklusif Wild Rift adalah hebat dan diterima baik
Caligraphia ialah barisan skin eksklusif utama kami semasa Ruination. Kami menyaksikan pemain di seluruh dunia menerima kualiti dan reka bentuk skin ini dengan baik. Sesiapa yang mengenali Jay Chou juga mengalami perasaan nostalgia tambahan yang sangat menyeronokkan.
Dapat menghidupkan barisan skin eksklusif adalah kegembiraan yang luar biasa untuk pasukan ini kerana kami dapat menyumbang kepada kisah Runterra. Malah, hal ini merupakan sesuatu yang menyeronokkan untuk pemain League lama yang dapat melihat champion kegemaran mereka dalam persekitaran baharu.
Mempunyai tema eksklusif WR akan menjadi sebahagian besar daripada strategi kandungan Wild Rift pada masa hadapan. Walaupun kami masih menjangkakan untuk membawa skin besar dari League of Legends PC, jangan jangka kami akan melakukan sebegitu untuk setiap skin keluaran League PC. Sebaliknya, kami akan menumpukan perhatian kami pada tema eksklusif Wild Rift, mengembangkan dunia mereka dengan cara yang membantu kami menyediakan tema patch utama untuk menghubungkan gameplay, event dan skin.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyertai event Ruination. Kami berterima kasih atas sokongan anda dan tidak sabar bagi menyampaikan pengalaman baharu untuk anda cuba. Jumpa anda semua di Rift!