Kaedah Pembayaran dalam Wild Rift
KAEDAH PEMBAYARAN
Kami ingin memastikan para pemain(andalah!) dapat memiliki semua skin dan item Wild Rift yang diinginkan. Ini bermakna anda boleh membeli Wild Core menggunakan pelbagai cara.
Kesemua kaedah pembayaran di bawah adalah berdasarkan pada Wilayah Kediaman yang tersenarai di Riot Account anda. Wilayah Bermastautin adalah kawasan yang terletak di tempat tinggal anda dan ia menentukan pelayan mana yang anda sedang bermain juga pilihan pembayaran apa yang tersedia untuk anda. Jika pilihan pembayaran tersenarai di bawah tidak tersedia untuk anda, mungkin anda mempunyai wilayah yang salah tersenarai pada akaun anda. Log masuk di sini
untuk melihat jika anda layak untuk menukar wilayah!
Anda akan boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit, bil telefon, sesetengah bank, beberapa kedai runcit (cth. 7-Eleven) dan sebahagian besar e-wallet (cth. GOPAY, Grab Pay, GCASH) sepanjang Asia Tenggara. Tambahan lagi, anda boleh membeli Wild Core dengan lebih banyak kaedah pembayaran apabila membeli daripada rakan kongsi web store kami: Codashop.
Senarai penuh pilihan pembayaran yang tersedia di seluruh Asia Tenggara adalah seperti di bawah:
(Dikemas kini akhir pada 9/11/20):
Malaysia
Platform |
Jenis Pembayaran |
Kaedah Pembayaran |
Google Play |
Kad Kredit |
Visa, Mastercard, American Express, Visa Electron |
Google Play |
Bil Pembawa Telefon |
Celcom, Digi, Maxis, webe, Yes |
Google Play |
Kedai Runcit |
Kad Hadiah Google Play |
Apple |
Kad Kredit |
Visa, Mastercard, American Express |
Apple |
Bil Pembawa Telefon |
Celcom, Digi, Maxis, U Mobile |
Apple |
E-wallet |
Touch 'n Go eWallet |
Codashop |
E-Wallet |
Grab Pay, Boost, Touch N Go |
Codashop |
Pindahan Bank |
Maybank2U, CIMB Clicks, RHB Now, Hong Leong Connect |
Codashop |
Bil Pembawa Telefon |
Celcom, Maxis, U Mobile, Digi |
Republic.gg |
Bil Pembawa Telefon |
Celcom, Maxis, U Mobile, Digi |
KAEDAH PEMBAYARAN YANG TDAK TERSEDIA
Kami masih ingin menaik taraf pilihan pembayaran dan walaupun kami tidak boleh menjamin untuk mempunyai semua jenis pembayaran tersedia untuk anda, kami masih akan cuba untuk melakukannya. Buat masa ini kami tidak mempunyai tawaran PIN jenama Riot atau kad hadiah tetapi mungkin akan tersedia di masa hadapan.
Jika anda mempunyai maklum balas tentang pilihan pembayaran atau mahu memberi cadangan pilihan pembayaran kepada kami, sila beritahu dengan segera!
POLISI BAYARAN BALIK
Walaupun kandungan dalam permainan (seperti Skin dan kosmetik lain) boleh dikembalikan dalam permainan, bayaran balik Wild Cores perlu dilakukan melalui menghantar satu tiket sokongan pemain seperti contoh jika terdapat pembelian tidak disahkan.