Semua yang perlu diketahui tentang Supervillain Jinx
TLDR: Kami akan memperkenalkan peringkat skin baharu dan mahu kongsikan sedikit tentang perkara yang boleh anda jangkakan.
MENGAPA?
Kami akan memperkenalkan peringkat skin serba baharu. Setakat ini, kami telah menerima banyak maklum balas positif daripada anda semua tentang skin kami. Anda sukakan tema yang kami terokai dan kesan visual yang kami lakukan. Melalui penghasilan skin ini, kami mendapat banyak idea untuk kesan atau aspek berpotensi lain yang boleh dicuba atau ditambah kepada skin. Namun, kami ingin konsisten dengan skin dan peringkat setiap satu. Jadi, untuk skin baharu dengan lebih banyak ciri-ciri menarik, kami perlu menambah satu lagi peringkat baharu iaitu Awakened.
Skin ini akan padat dengan ciri baharu yang tidak pernah disediakan dalam Wild Rift. Perkara seperti emote khas yang dilakukan oleh champion hingga kill counter khas yang dinamakan Unbound Ambition, dan banyak lagi. Selain itu, kami bukan sahaja fokus dengan satu kostum champion seperti yang kami lakukan sekarang. Konsep Awakened akan menggabungkan berbilang kostum menjadi satu, untuk memaparkan kisah yang lebih menyeluruh. Contohnya, dengan skin Awakened pertama, kami menciptakan tiga kostum berbeza yang akan dipakai oleh Jinx untuk mewakilinya sepanjang tiga tahap berbeza dalam dunia yang sama. Walaupun setiap kostum berbeza dan unik, kesemuanya mempunyai ciri-ciri persamaan yang menyatukan setiap satu. Selain itu, dengan peringkat baharu ini, anda boleh memilih bentuk yang anda mahu gunakan dalam permainan semasa fasa pemilihan champion. Namun begitu, hanya bentuk yang telah anda aktifkan boleh digunakan. Selain kesan baharu, setiap bentuk mempunyai reka bentuk champion, poster dan animasi ability yang unik.
APA?
Skin Awakened pertama kami ialah Supervillain Jinx. Dia akan memaparkan tiga kostum unik, sistem baharu untuk mendapatkan skin tersebut, dan ciri-ciri khas yang tidak pernah disediakan dalam permainan sebelum ini.
SUPERVILLAIN JINX FANTASY

Fantasy ialah kostum pertama bagi Supervillain Jinx. Kostum ini akan tersedia di Kedai hingga 3 Mac 2026 dan boleh dibeli dengan 1100 Wild Core. Setelah membuat pembelian, anda akan menerima skin bonus, item penyesuaian seperti bingkai, avatar dan dua gaya. Dengan pembelian ini juga, anda akan mengaktifkan dua event, yang pertama ialah ganjaran log masuk khas dan yang kedua ialah Path of Awakening.
PATH OF AWAKENING
Apakah itu Path of Awakening? Inilah event utama yang membolehkan anda mengaktifkan semua kostum Awakened, kesan khas dalam permainan dan item eksklusif Supervillain Jinx. Selepas anda membeli skin pertama, Path of Awakening akan tersedia hingga 31 Disember 2026. Namun, jangan lupa menyemak tarikh jualan dalam permainan bagi Supervillain Jinx Fantasy. Setelah event ini tamat, anda tidak akan dapat membeli skin asas dan mengaktifkan Path of Awakening.
Untuk menyertai Path of Awakening, anda cuma perlu menggunakan Awakening Coin untuk mendapatkan Mata Awakening. Anda boleh membeli Awakening Coin setiap hari dan 10 Awakening Coin akan memberi anda Mata Awakening. Milestone utama adalah antara 600 hingga 10,000 Mata Awakening dan setiap milestone akan ada ganjarannya.
Kami akan menyediakan maklumat terperinci berkenaan huraian milestone dalam permainan dan dalam artikel yang akan datang daripada pasukan Sokongan Pemain, tetapi buat masa sekarang, mari kita lihat kostum Supervillain Jinx yang lain!
SUPERVILLAIN JINX FRACTURE

Inilah skin Chroma yang anda akan dapat daripada event pertama: Ganjaran Log Masuk Eksklusif Supervillain Jinx. Selepas anda membeli skin asas, anda akan mendapat Mythic Chroma ini secara percuma!
SUPERVILLAIN JINX DEFIANCE

Defiance ialah kostum kedua bagi Supervillain Jinx, dan dalam bentuk ini anda akan melihat Supervillain kami bersedia untuk mengamuk dan menyerang musuhnya. Anda boleh mengaktifkan skin ini selepas anda mencapai 600 Mata Awakening. Jika anda menggunakan Mata Awakening dalam permainan, anda juga boleh mengaktifkan naik taraf bingkai skin, kill counter, skin butang, emote mengejek dan kesan khas apabila anda kill Baron atau Dragon yang sepadan dengan kostum penuh keingkaran ini!
SUPERVILLAIN JINX DOOMBRINGER

Doombringer ialah kostum ketiga dan terakhir bagi Supervillain Jinx, dia sudah mencapai kegilaan maksimum, jadi jangan halang dia. Anda boleh mendapatkan skin ini dengan mencapai milestone terakhir dalam Path of Awakening, 6,500 Mata Awakening.
Ada banyak lagi ciri untuk skin ini yang boleh anda aktifkan dengan Mata Awakening, seperti kesan Crystal Breaking, easter egg Multi-kill, kesan khas kill, super poster, Patung Summoner’s Rift dan banyak lagi!
SOALAN LAZIM LAIN
Siapakah yang akan mendapat skin Awakened?
Fokus kami dengan skin Awakened bukanlah untuk mereka bentuk banyak skin bagi setiap champion. Sebaliknya, kami akan mempertimbangkan perkara yang sama seperti apabila menentukan champion yang akan mendapat skin dalam barisan skin baharu. Kami akan mempertimbangkan populariti champion, skin yang mereka sudah ada serta ciri-ciri dan kisah menarik yang boleh ditonjolkan.
Adakah terdapat skin Awakened bagi setiap patch?
Tidak. Skin Awakened merupakan sesuatu yang istimewa daripada kami, dan kami mahu memberikan usaha terbaik dan membawakan anda ciri-ciri VFX, reka bentuk, serta penceritaan terbaik dalam barisan skin ini. Untuk memastikan kami dapat menghasilkan skin ini pada kualiti tertinggi yang ditetapkan, kami tidak akan kerap melancarkan skin jenis ini.
Adakah skin Awakened boleh didapati pada bila-bila masa?
Buat masa sekarang, skin Awakened hanya boleh didapati semasa event masa terhad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lebih panjang berbanding event sekarang yang mempunyai tempoh dua minggu untuk skin. Secara idealnya, anda akan ada sekurang-kurangnya setengah tahun untuk mendapatkan setiap skin Awakened.
Itu sahaja daripada kami buat masa ini. Kami teruja untuk membawakan anda bukan sahaja ciri-ciri baharu, tetapi juga kisah baharu untuk anda alami semasa bermain. Teruskan menghantar maklum balas kepada kami dan jumpa anda di Rift.