Semua yang anda perlu tahu tentang Soulforce Awakening
Hai semua! Kami baru mengeluarkan Pratonton Patch 6.2 kami. David, John dan Ke telah berkongsi sedikit maklumat tentang perkara yang menanti anda tidak lama lagi! Jika anda belum melihat pratonton itu, anda boleh lihat di sini. Sesuatu yang Ke sebut ialah tema patch kami bagi 6.2, iaitu, Soulforce Awakening.
APAKAH ITU SOULFORCE AWAKENING?
Seperti yang kami sebut pada patch lalu, kami mahu terus memberikan tema kepada patch kami dan menambah baik cara kami melakukan patch itu berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada anda. Tema patch lalu berkisar pada melihat pada bintang dan menyalakan buruj istimewa di langit malam, yang berfungsi sebagai panduan anda bagi patch itu. Panduan tersebut ialah Challenger Star dan Adventure Star, bahagian kami menempatkan PvP, Ranked dan Mod Pengembaraan. Pada 6.2, kami tidak mahu anda berhenti dan mendongak untuk melihat langit malam, sebaliknya kami mahu anda menutup mata, menarik nafas panjang dan bersedia untuk memulakan arka latihan anda!

Kami telah menghiasi seluruh permainan dalam tema baharu ini. Jadi sekali lagi, anda akan menyedari kaca berwarna yang akan mengalu-alukan anda apabila anda log masuk dan berfungsi sebagai panduan anda melalui patch dan membantu anda menemukan kekuatan dalaman anda. Anda akan melihat tema patch ini tersebar merentas permainan di pemilihan champion, kedai bahkan di skrin pemuatan. Seperti yang kami sebutkan tadi, pada patch 6.1, sistem Dual Nova kami menumpukan pada menonjolkan dua ciri utama, Adventurer’s Star dan Challenger’s Star. Namun pada patch ini, seperti yang telah kami katakan beberapa kali, semuanya adalah tentang menemukan kekuatan dalaman anda. Jadi Soulforce Awakening akan menampilkan semua kandungan menyeronokkan yang telah diusahakan oleh pasukan kami untuk anda! Seperti champion baharu, kemas kini peta dan item, kemas kini Mod Pengembaraan (kami tidak sabar untuk Mystical AAA ARAM), peningkatan sistem koleksi dan banyak lagi. Kami mahu Soulforce Awakening berfungsi sebagai panduan anda, untuk menggalakkan anda mendalami diri anda bagi menemukan kekuatan itu dan mencuba champion baharu serta segala-galanya yang ditawarkan oleh patch ini.
SUPER ENERGY
Bersama-sama tema ini, sepanjang Patch 6.2 anda dapat memperoleh Super Energy. Tenaga istimewa ini akan tersebar di seluruh patch ini, dan anda akan dapat mengumpul Super Energy melalui pelbagai aktiviti penglibatan. Sebagai contoh, satu cara anda dapat memperoleh friendly energy ialah melalui ganjaran misi berpasukan harian! Terdapat enam jenis Super Energy berbeza yang dapat anda peroleh:
Fun Energy
Friendly Energy
Battle Energy
Hard work Energy
Growth Energy
Collection Energy
Sama seperti buruj dalam Dual Nova, semasa anda mengumpul Super Energy, tetingkap akan muncul dan memberitahu anda bahawa anda telah memperoleh mata wang. Selain itu, anda akan dapat memperoleh tenaga ini mengikut kadar anda sendiri, dan Super Energy terikat dengan kandungan dan mekanik baharu yang kami keluarkan pada patch ini, seperti kemas kini mystical AAA ARAM kami atau Sistem Honor baharu kami. Jadi mainlah permainan, lihatlah kandungan baharu dan anda akan diberi ganjaran.
SOULFORCE BOX
Anda tidak salah dengar, Soulforce Energy anda bukan sahaja akan membantu sepanjang perjalanan anda melalui Patch 6.2, tetapi juga akan memberi anda ganjaran. Sambil anda mengumpul Soulforce Energy, anda akan menaikkan level Soulforce Box anda, yang terletak di tengah-tengah kaca berwarna anda. Anda boleh melihat jumlah Soulforce Energy yang telah anda kumpul, cara anda mengumpulkan energy itu dan jumlah yang anda perlukan untuk membuka harta karun istimewa. Apabila cukup dikumpulkan, anda akan dapat membuka harta karun anda dan memperoleh ganjaran. Terdapat sejumlah 12 ganjaran berbeza, iaitu Pek Kad Collected Legends (dari emas hingga hijau), condensed ore, kad percubaan boleh digunakan dan ganjaran istimewa skin chroma Aurora. Ya, skin! Terdapat enam chroma Aurora berbeza yang tersedia sebagai ganjaran sepanjang Soulforce Awakening. Selepas setiap 10 cabutan, anda dijamin salah satu daripada Chroma penuh magik ini. Jadi anda boleh melompat, meloncat dan merenjat lawan anda dengan bergaya apabila anda masuk queue sebagai Aurora.
TEMUKAN KEKUATAN DALAMAN ANDA
Itu sahaja daripada kami buat masa ini; kami sangat teruja untuk pelancaran Patch 6.2 dan tidak sabar untuk melihat anda naik level semasa tema Soulforce Awakening kami pada patch ini. Seperti biasa, sila hantar maklum balas dan taktik gempak anda kepada kami, dan kami akan berjumpa di Rift!