Perubahan yang akan datang ke permainan Ranked berkemahiran tinggi

Kami akan mengeluarkan beberapa pembetulan jangka pendek untuk menangani isu tentang permainan ranked berkemahiran tinggi.

Tp;tb: Kami sedang melaraskan beberapa aspek ranked berkemahiran tinggi dan matchmaking untuk menangani isu keadilan yang telah anda kongsikan dengan kami—dan yang telah dilihat dalam data kami—sejak beberapa minggu lalu. Ini hanya bertujuan sebagai pembetulan sementara sehingga kami dapat menangani isu tersebut dengan lebih meluas dalam patch akan datang (berkemungkinan Patch 3.2). Sebahagian daripada pembetulan ini akan dikeluarkan hari ini, sebahagian lagi minggu hadapan.

KENAPA DENGAN RANKED?

Baru-baru ini ramai daripada anda, terutamanya pemain berkemahiran tinggi, telah memberitahu kami bahawa Ranked tidak memenuhi jangkaan anda. Daripada maklum balas anda, kami mendapati bahawa beberapa masalah utama adalah: dimasukkan ke dalam permainan berat sebelah; menerima VP yang rendah dan kehilangan VP yang besar apabila anda sedang streak dalam Diamond rendah; dan berasa tertekan untuk bermain dalam satu pasukan tersedia untuk naik rank. Kami tahu bahawa queue kompetitif kami tidak berfungsi dengan baik akhir-akhir ini, dan kami sedang mengeluarkan beberapa pembetulan jangka pendek untuk menangani beberapa kekecewaan ini.

Kami berpendapat bahawa kami perlu menyentuh tentang satu perkara terlebih dahulu agar lebih jelas: Apabila bermain dalam pasukan 5 orang, dalam 100% kes anda akan menghadapi pasukan 5 orang lain. Perkara ini disengajakan, kerana terdapat beberapa aspek bermain League dalam pasukan yang menjadikannya sangat berbeza daripada pengalaman bermain solo!

Beberapa bulan yang lalu, kami telah mengeluarkan beberapa perubahan pada matchmaking untuk membolehkan pasukan tersedia penuh mencari permainan dengan lebih mudah. Kami menyaksikan situasi apabila masa queue melarat sehingga 10 minit (dan kadangkala lebih lama), dan pada pendapat kami situasi ini tidak boleh diterima untuk Wild Rift, memandangkan tempoh permainannya yang pendek. Secara keseluruhan, kami berpendapat bahawa bermain dengan pasukan penuh secara kompetitif adalah salah satu cara terbaik untuk bermain League, dan kami mahu membolehkan semua pasukan melakukannya. Tetapi lama-kelamaan, masalah yang timbul ialah pemain mula berasa terpaksa bermain bersama untuk naik rank, dan ada yang menemui cara untuk "memanipulasi" matchmaker untuk memberikan lebih VP dalam setiap permainan. Kedua-dua perkara ini tidak sihat untuk Wild Rift mahupun para pemain.

JADI APA YANG BERUBAH?

Kami akan melakukan sedikit perubahan untuk membantu meningkatkan pengalaman solo pada peringkat tinggi permainan Ranked. Sebahagian daripadanya adalah ketara, manakala perubahan yang lain lebih halus. Beberapa perubahan berikut akan berkuat kuasa serta-merta, dan kebanyakan yang lain akan ditambah minggu depan.

(24 Feb) Mengembangkan peringkat Diamond dan Master

Mengapa? Untuk melancarkan pengalaman pendakian, dan menyediakan lebih ramai rakan sepasukan dan lawan untuk permainan anda, kami akan meningkatkan populasi peringkat Diamond dan peringkat Master. Pada mulanya ini akan menyebabkan kenaikan VP yang besar jika anda berada pada atau hampir dengan rank ini, tetapi VP mungkin kembali stabil apabila anda mencapai peringkat yang lebih tinggi.

(1 Mac) Mengehadkan kehilangan VP di Diamond

Mengapa? Untuk menghapuskan isu "+10/-15 VP" di Diamond IV, kami akan mengurangkan jumlah VP yang hilang apabila kalah. Jika anda mendapat +10 VP apabila menang, kini anda sepatutnya hanya hilang -10 VP apabila kalah.

(1 Mac) Menggandakan had mingguan Fortitude Ranked

Mengapa? Kami ingin memberikan pemain yang sedang menuju ke Diamond lebih banyak cara untuk maju, serta meningkatkan keberkesanan perubahan di atas.

(1 Mac) Pelbagai perubahan algoritma pasukan tersedia

Mengapa? Untuk menjadikan permainan lebih adil, kami akan mengecilkan jurang kemahiran purata maksimum yang dibenarkan antara kedua-dua pasukan serta mengurangkan jurang rank yang dibenarkan untuk membentuk party tersedia di peringkat yang lebih tinggi. Sebagai kesan sampingan, ini akan meningkatkan masa queue dengan ketara untuk pemain tersedia di rank tinggi, tetapi pada pendapat kami perubahan ini wajar dilakukan untuk jangka masa pendek supaya pemain solo tidak berasa tertekan untuk berpasukan.

02232022_ChangescomingtohighskillRankedplayarticle_WRMM_Ashe.jpg

MENJAGA KESEIMBANGAN

Penting untuk diingat bahawa "pembetulan" tidak wujud untuk matchmaking. Algoritma kami perlu sentiasa mencapai keseimbangan antara memastikan masa queue yang pendek, mengekalkan permainan yang adil dan memberi anda kebebasan untuk memilih posisi pilihan anda. Setiap perubahan yang kami lakukan akan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya satu daripada aspek tersebut, dan mencari keseimbangan yang tepat perlu memenuhi kehendak kesemua pemain, bukannya kumpulan kemahiran yang khusus sahaja.

Satu ciri yang diminta ramai adalah untuk menghalang pasukan tersedia daripada bermain di rank tertentu. Sebenarnya ini pilihan pertama kami untuk menyelesaikan isu ini, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Malangnya, untuk melakukan perubahan ini pada rank tertentu (dan bukan untuk semua orang), kami perlu mengeluarkan patch penuh dengan muat turun baharu dari kedai aplikasi, jadi kami memilih untuk melakukan perubahan di atas sehingga kami dapat menangani isu ini dengan lebih meluas.

Sehubungan itu, sangat penting untuk anda mengambil maklum bahawa pembetulan ini hanyalah sementara; dan kami berharap dapat melaksanakan penyelesaian yang lebih kekal dalam Patch 3.2. Untuk memastikan pasukan yang ingin bermain bersama secara kompetitif masih boleh berbuat demikian, kami mungkin tidak akan menghalang pasukan tersedia secara langsung, tetapi sebaliknya mengubah kenaikan VP mereka. Untuk jangka masa panjang, kami sedang menumpukan pada pengalaman kompetitif yang ditawarkan oleh queue Ranked kami dan kami masih menilai sama ada sistem queue berpecah boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada jenis pemain yang berbeza.

Kami benar-benar menghargai kesabaran dan maklum balas anda semasa kami menangani perubahan ini, dan jika anda kecewa dengan Ranked baru-baru ini, kami berharap perubahan yang kami lakukan dapat meningkatkan pengalaman keseluruhan anda.