Kami juga telah menambah pelbagai item baharu supaya anda mempunyai lebih banyak laluan binaan untuk diterokai dan diinovasi!
Pelancaran AAA ARAM & Kemas Kini Mod Pengembaraan
Hai semua! Kami harap anda seronok bermain patch bertatahkan bintang ini, serta masa yang luangkan untuk menyalakan buruj dan menerokai galaksi dalam Challenger’s Star. Kami tidak sabar-sabar menunggu Adventure's Star mengumpul tenaga kosmik yang mencukupi supaya kami dapat melihat perkara yang terkandung, dan masanya sudah hampir tiba! Pada 16 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8, Adventure’s Star akan dikeluarkan! Seperti yang kami nyatakan dalam artikel Dual Nova kami sebelum ini, apabila Adventure’s Star dilancarkan, terdapat ganjaran baharu untuk anda peroleh sambil anda bermain semua Mod Pengembaraan kami. Seperti gelaran baharu dan istimewa buat setiap mod, pencapaian bahkan companion istimewa baharu yang boleh menyertai anda dalam pengembaraan baharu anda yang menyeronokkan!
AAA ARAM
Selain ganjaran baharu untuk anda peroleh sambil anda membuat kemajuan melalui semua mod itu, terdapat juga beberapa kemas kini. Yang paling besar ialah Hextech ARAM telah kembali, tetapi dengan nama baharu! Kini mod itu telah dinamakan semula kepada AAA ARAM. AAA ialah singkatan untuk Ubahsuaian, Kehebatan dan Pengembaraan (Augments, Awesomeness and Adventures). Perubahan nama ini hanyalah permulaan kepada kemas kini besar yang telah kami lakukan pada mod ini. Kami telah menambah Ubahsuaian baharu, mekanik baharu yang menarik dan memperkenalkan alat seperti Arkib Ubahsuaian dan pengesyoran rantaian Ubahsuaian untuk membantu anda bermula dengan pantas. Mari dalami setiap satu dan ketahui lebih lanjut tentang perkara yang boleh anda jangkakan apabila AAA ARAM baharu dan ternaik taraf dikeluarkan!
KETERSEDIAAN AAA ARAM
Kami telah mendapat banyak maklum balas tentang hakikat bahawa AAA ARAM merupakan mod kegemaran peminat dan bahawa anda semua mahukan mod ini untuk lebih lama. Selepas meluangkan masa beberapa patch yang lalu untuk mengembangkan mod ini, kami berpendapat bahawa terdapat kandungan yang mencukupi untuk melanjutkan ketersediaan mod ini! Jadi, AAA ARAM akan dikeluarkan dari 16 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8 sehingga penghujung musim pada patch ini! Kami juga akan menambah kandungan baharu pada pertengahan musim, jadi nantikan kemas kini tersebut dalam minggu-minggu akan datang!
KESAN VISUAL DINAIK TARAF
Mulakan pengembaraan ke tempat yang tidak diketahui bersama-sama kami! Agar sepadan dengan permainan kami yang bertatahkan bintang, kami menambah sejumlah besar kesan visual baharu kepada AAA ARAM. Termasuklah animasi galaksi di kawasan bukan pertempuran pada peta, animasi baharu untuk Relic Nyawa dan banyak lagi! Anda juga boleh mencetuskan kesan visual istimewa apabila syarat tertentu dipenuhi dalam permainan. Masuk queue dengan rakan anda untuk cuba menemukan kesan ini bersama-sama! Kami juga menaik taraf skrin pemilihan Ubahsuaian, dan kini Ubahsuaian kelihatan lebih menakjubkan berbanding sebelum ini.
ARKIB UBAHSUAIAN
Arkib Ubahsuaian akan kembali, tetapi dengan penampilan yang serba baharu! Hanya tekan butang di sudut kanan atas portal masuk AAA ARAM untuk membuka Arkib Ubahsuaian, yang membolehkan anda melihat penerangan ringkas dan terperinci setiap Ubahsuaian serta kesan empower setiap satu selepas dinaik taraf.
EMPOWER UBAHSUAIAN
Sambil anda bermain dengan rakan, Ubahsuaian anda akan mempunyai peluang untuk menjadi terempower dan mendapat kesan tambahan. Setiap Ubahsuaian yang diempower menawarkan kesan bonus unik, yang boleh berfungsi sebagai asas barisan Ubahsuaian anda atau sebagai ability berdiri sendiri yang berkuasa. Ubahsuaian diempower akan mempertingkatkan lagi champion anda dalam aspek tertentu malah boleh mengubah hala tuju permainan. Berikut merupakan beberapa contoh menampilkan Ubahsuaian kegemaran pasukan kami yang seronok kami mainkan semasa ujian dalaman kami:
- Hi-Precision Sharpshooter
- Kesan asas: Menyerang musuh dengan ability pada jarak jauh akan mengurangkan cooldown ability itu.
- Bonus diempower: Menyerang musuh dengan ability pada jarak jauh akan mengurangkan cooldown ability ultimate anda.
- Blade Waltz
- Kesan asas: Mendapat spell Blade Waltz.
- Bonus diempower: Mendedahkan Vital pada suatu musuh. Menyerang Vital mengenakan true damage dan memulihkan Nyawa.
Jika anda ingin mengetahui butiran lanjut tentang kesan Ubahsuaian diempower, anda boleh mengetahui perkara itu dalam Arkib Ubahsuaian.
UBAHSUAIAN BAHARU
Apabila pasukan kami mula mengusahakan naik taraf kepada mod kegemaran peminat ini, adalah penting bagi kami untuk menambah beberapa Ubahsuaian baharu untuk mempelbagaikan lagi permainan anda! Kami telah menambah atau rework lebih 60 Ubahsuaian, yang akan tersedia apabila patch dikeluarkan. Namun begitu, pasukan kami masih bekerja keras, jadi kami akan menambah atau rework lebih banyak Ubahsuaian pada kemas kini pertengahan musim kelak.
Inilah sekilas pandang beberapa Ubahsuaian baharu dan kesan diempower setiap satu:
- Dashing
- Kesan asas: Semua ability asas mendapat pengurangan cooldown dan dianggap sebagai ability pergerakan.
- Bonus diempower: Mengurangkan cooldown ability pergerakan dengan banyak.
- Wind Beneath Blade
- Kesan asas: Semakin tinggi Armor Pen dan Magic Pen anda, semakin cepat pergerakan anda.
- Bonus diempower: Meningkatkan Armor Pen dan Magic Pen dengan banyak apabila anda attack musuh terpisah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Ubahsuaian lain dan kesan setiap satu, pastikan anda mengunjungi Arkib Ubahsuaian setelah kemas kini ini dikeluarkan!
PEMBUANGAN UBAHSUAIAN
Walaupun kami telah rework dan menambah sejumlah Ubahsuaian, kami juga telah membuang lebih 30 Ubahsuaian. Ubahsuaian seperti siri Dragon Soul dan siri Teknik Tumbukan adalah sebahagian daripada yang dibuang. Namun jangan risau, kerana seperti kami mengembalikan Black Hole pada patch ini, Ubahsuaian yang dibuang ini akan kembali pada masa hadapan, lebih baik berbanding dengan sebelum ini.
RANTAIAN UBAHSUAIAN
Dua Rantaian Ubahsuaian baharu juga telah ditambah. Apabila takdir dan misteri alam sejajar, kedua-duanya menjadi lebih kuat daripada jiwa dragon tertua.
Ubahsuaian Fate:
Kumpul tiga Ubahsuaian Fate (Wealth, Wisdom, Adventure, Supremacy) untuk meningkatkan had level anda kepada 18. Kumpul empat Ubahsuaian Fate untuk menaik taraf Ubahsuaian tambahan kepada Ubahsuaian Starlight.
Ubahsuaian Unknown:
Kumpul tiga Ubahsuaian Unknown (Unknown Damage, Unknown Defense, Unknown Reset, Stroke of Luck) untuk mencabut satu Ubahsuaian tambahan. Kumpul empat Ubahsuaian Unknown untuk menaik taraf Ubahsuaian tambahan kepada Ubahsuaian Starlight.
PENGOPTIMUMAN PERAWAKAN UBAHSUAIAN
Kami juga telah mengoptimumkan peraturan perawakan Ubahsuaian supaya Ubahsuaian tidak lagi akan muncul sekali lagi dalam skrin pemilihan akan datang selepas dilangkau.
UNBOUND FRENZY
Pada Patch 6.0, kami telah mengeluarkan Unbound Frenzy buat pertama kali, dan seperti yang dikongsikan oleh David Xu dalam blog dev terbaharu, kami ingin mengembalikan mod ini semula dengan beberapa pelarasan. Kami bersedia untuk membawa mod ini kembali pada patch ini dengan empat champion serba baharu! Kami tidak sabar untuk anda melihat transformasi magik dalam kit mereka, ihsan Chili Immortal! Lihatlah champion baharu ini dan kit mereka yang aneh:
Fiora:
Duelist's Dance mendedahkan lebih banyak Vital dan menyerang berbilang Vital dengan Lunge akan menukarkan ability ini kepada Blade Waltz. Riposte menikam pada berbilang sudut, dan Grand Challenge mendedahkan semua Vital pada champion musuh.
Heimerdinger:
Heimerdinger boleh meletakkan turret pada champion sekutu dan menyambungkan turret untuk menembak pancaran laser dengan H-28 G Evolution Turret. UPGRADE!!! memberikan buff yang lebih kuat kepada ability asas.
Lillia:
Blooming Blows akan digunakan secara automatik tanpa sebarang kos; Watch Out! Eep! mempunyai jarak lompatan yang lebih besar dan boleh melepasi terrain; Swirlseed mengenakan damage percikan dalam kawasan yang lebih besar; dan Lilting Lullaby membuatkan musuh tidur dengan lebih lama.
Rumble:
Apabila Rumble Overheated, Junkyard Titan memberikan Attack Speed dan Movement Speed serta membakar musuh berdekatan, mengenakan damage secara berkala. Ketika Overheated, jarak penyembur api Flamespitter juga meningkat. Apabila Rumble berada dalam keadaan Danger Zone, Electro Harpoon melancarkan tiga tempuling. The Equalizer melancarkan roket tambahan pada champion musuh dalam jarak.
Selain itu, kami telah membuat beberapa pelarasan statistik. Bonus damage untuk gaya permainan berasaskan ability telah diberikan kepada Master Yi, Yasuo dan Renekton.
ARENA
Kami harap anda sudah bersedia untuk berjuang dan bertarung hingga mati! Membuktikan anda yang terbaik daripada yang terbaik di Arena. Sebab mod ini juga akan dikeluarkan pada 16 Mei dengan beberapa kemas kini yang mengujakan!
UBAHSUAIAN BAHARU
Kami menambah 31 Ubahsuaian baharu pada patch ini. Mekanik Ubahsuaian baharu ini adalah serupa dengan Ubahsuaian di AAA ARAM. Namun begitu, statistik Ubahsuaian tertentu akan berbeza sedikit supaya lebih sejajar dengan Arena. Synergy yang sepadan juga akan ditambahkan pada Ubahsuaian ini. Lihatlah arkib Ubahsuaian Arena untuk butiran lanjut!
PEMBUANGAN UBAHSUAIAN
Untuk memberi ruang kepada Ubahsuaian baharu ini, kami akan membuang 19 Ubahsuaian semasa, seperti Fortune Coin dan siri Dragon Soul. Namun jangan risau! Sama seperti cara kami mengembalikan Chauffeur, Ubahsuaian ini akan kembali lebih besar dan lebih baik dalam patch akan datang.
PERUBAHAN PETA
Kami meningkatkan had Ubahsuaian daripada enam kepada lapan. Jadi anda akan dapat memilih satu Ubahsuaian setiap pusingan bagi lapan pusingan pertama. Dengan penambahan lebih banyak Ubahsuaian, kami juga melaraskan masa setiap pusingan, supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk memilih Ubahsuaian. Kami juga telah membuat pelarasan kualiti kehidupan berikut:
Kini refresh tidak digunakan boleh disimpan untuk pemilihan Ubahsuaian akan datang.
Kini item boleh dibeli dan dijual pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Boneka latihan pada pusingan bai telah ditambah.
Synergy baharu telah ditambah.
MAKMAL HEXTECH
Makmal Hextech telah ditutup, dan Unit Kawalan Hextech serta Pass Faedah Arena telah dibuang. Ensign Kemenangan yang dibeli telah dinaik taraf kepada Sorotan Bintang. Sorotan Bintang dan kesan kill boleh dilihat dalam Koleksi setelah mod tersedia.
KEMBARA GALAKSI MENANTI
Itu sahaja kemas kini kami untuk mod ini, tetapi jangan lupa bahawa kami akan kembali untuk kemas kini pertengahan musim dengan lebih banyak perkara menyeronokkan bagi pengembaraan anda bersama-sama rakan anda. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pengembaraan kosmik anda dan berharap anda menikmati AAA ARAM yang baharu dan dipertingkatkan, serta beberapa kemas kini yang kami buat pada Unbound Frenzy dan Arena. Sila teruskan menghantar maklum balas anda kepada kami supaya kami boleh terus menambah baik dan membuat lelaran bagi mod ini patch demi patch. Jumpa anda di Rift!