Wild Rift Patch Note 7.0

Tahun baharu, Rift baharu, champion baharu, matlamat baharu, diri baharu… selamat datang ke Patch 7.0!

Ini merupakan patch pertama kami untuk tahun ini dan kami mengucapkan selamat tinggal kepada Bandle City sambil menuju ke dunia baharu, atau lebih tepat lagi, peta baharu... Ionia Rift! Kami juga telah mendengar semua maklum balas anda dan akan menjadikan mod AAA ARAM sebagai mod kekal mulai patch ini. Dengan ketibaan kekal mod ini, kami juga membawa banyak kemas kini dan satu mekanik baharu istimewa yang sepadan dengan Ionia Rift kami. Terdapat juga champion serba baharu yang berapi-api, Smolder, pelbagai kemas kini balance dan banyak lagi! Selamat datang ke Patch 7.0! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

CHAMPION BAHARU

SMOLDER, THE FIERY FLEDGLING

Tersembunyi di celah-celah tebing curam di sempadan Noxus, di bawah pengawasan ibunya, seekor dragon muda sedang mempelajari erti sebenar menjadi pewaris kepada keturunan dragon diraja Camavor. Ceria dan tak sabar untuk membesar, Smolder sentiasa mencari alasan untuk mengasah kebolehannya yang sedang berkembang. Walaupun dia kecil, kemahirannya bukan calang-calang, dengan mudah menghanguskan apa-apa sahaja yang boleh terbakar.

Smolder akan dikeluarkan pada 22 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8.

RANKED MUSIM 20

Tahun baharu, azam baharu, musim baharu untuk didaki. Musim Ranked 20 akan bermula pada 23 Januari 2026 pukul 11:00 pagi (GMT+8) dan akan berakhir pada April 2026. Seperti biasa, pastikan anda sentiasa memerhati antara muka kemasukan queue Ranked untuk mengetahui masa musim akan tamat. Dengan ketibaan musim baharu, sudah tentu kami akan menyediakan ganjaran baharu untuk anda rebut, iaitu Glorious Eminence Teemo!

Musim Ranked dan Legendary Ranked baharu akan dibuka dengan event Divine Blessing. Dengan mengambil bahagian secara aktif dalam perlawanan, anda berpeluang untuk memperoleh ganjaran bonus yang lumayan. Sudah tiba masanya untuk masuk queue dan rebut ganjaran, kerana pemenang bertuah seterusnya mungkin merupakan anda! Selain itu, pada patch ini kami telah menaik taraf antara muka Ganjaran Musim dengan ganjaran yang dipertingkatkan. Jika anda bermain 45 permainan Ranked, anda akan dapat menuntut pilihan skin untuk skin musim lalu. Kami juga telah menambah gelaran eksklusif baharu untuk mereka yang berada dalam kedudukan Challenger atau Sovereign. Akhir sekali, paparan ganjaran Legendary Ranked telah dioptimumkan dan ganjaran aktiviti baharu telah ditambah.

WILD PASS

Wild Pass terbaru kami akan menjadi lebih menarik, kerana Food Spirits Ziggs, bersama-sama naik taraf istimewanya akan membuat debut diiringi dengan pelbagai ganjaran menarik. Ketahui lebih lanjut tentang barangan dan beberapa kandungan lain yang menanti anda dalam musim Wild Pass kali ini:

  • Barangan baharu ditambah: Ensign pertempuran, Food Spirits Ziggs dan emote eksklusif bertemakan set Food Spirits.
  • Skin yang kembali baharu ditambah: Hexplorer Tristana, Stargazer Karma, Ascended Stargazer Karma, Psychic Detective Ekko,, Ascended Psychic Detective Ekko,, Food Spirit Fizz, Ascended Food Spirits Fizz, Infernal Shen.
  • Trek Skin yang Kembali Mini Pass Baharu ditambah: Infernal Shen. Trek yang kembali ini berkongsi kemajuan level dengan trek utama Wild Pass semasa. Dengan meningkatkan level Pass, anda boleh mengaktifkan ganjaran dari trek utama dan ganjaran sepadan dari trek yang kembali secara serentak.
  • Pelarasan XP Pass: Memandangkan tempoh ketersediaan Wild Pass telah dipendekkan, bagi mengoptimumkan pengalaman naik level, kami telah membuat penambahbaikan berikut terhadap kecekapan pemerolehan XP:

    • XP misi mingguan ditingkatkan: jumlah XP yang diberikan oleh setiap misi mingguan telah ditingkatkan, membolehkan anda memperoleh lebih banyak XP dengan menyelesaikan misi mingguan.
    • Had XP untuk misi harian ditingkatkan: had XP mingguan untuk misi harian juga telah ditingkatkan sewajarnya, membolehkan anda mengagihkan masa bermain dengan lebih fleksibel dan mempercepatkan pengaktifan ganjaran Pass.
  • Selepas Wild Pass Food Spirits tamat, Mini Pass baharu akan tersedia pada 8 Mac 2026 pukul 08:00 pagi (GMT+8), menampilkan skin baharu Janitor Thresh dan skin chroma Janitor Thresh (Red).
  • Sepanjang tempoh Mini Pass, sistem kemajuan level, ganjaran eksklusif dan misi akan direka serta dilaraskan secara berasingan berdasarkan ciri-ciri Mini Pass.
  • Nota Wild Star: Sepanjang tempoh ketersediaan Wild Pass dan Mini Pass, Wild Star boleh digunakan secara saling tukar antara kedua-dua pass tersebut. Sila ambil perhatian: selepas Mini Pass tamat, sebarang Wild Star yang tidak digunakan akan diambil semula secara automatik oleh sistem.

COLLECTED LEGENDS 

Dengan patch baharu ini, Collected Legends Musim 5 akan bermula dan akan membawakan beberapa ganjaran terhad yang baharu dan menarik: 

  • Dengan menyertai versi baharu Collected Legends, anda boleh mendapatkan 7 skin chroma Officer Vi secara keseluruhan, termasuk satu varian tersembunyi. Diskaun terhad kepada patch juga akan tersedia, sebarang pembelian yang dibuat sepanjang patch semasa akan menerima diskaun 40%. Selain itu, hadiah utama skin eksklusif serba baharu akan dilancarkan pada patch seterusnya, jadi nantikanlah! 
  • Sepanjang tempoh Tahun Baru, event manfaat istimewa masa terhad akan dilancarkan. Jika anda mengambil bahagian, anda boleh memperoleh ganjaran bernilai tinggi, jadi jangan lepaskan peluang ini.

WILD CORE MASA TERHAD

Patch ini kami akan melancarkan ciri baharu dalam Collected Legends yang dipanggil, Wild Core Masa Terhad. Bersama-sama ciri ini, akan ada juga Kedai Pertukaran baharu. Anda akan dapat memperoleh Wild Core Masa Terhad sepanjang patch, tetapi item ini akan dibuang secara automatik daripada akaun anda pada penghujung patch. Wild Core Masa Terhad ini membolehkan anda menebus skin bernilai tinggi istimewa seperti skin Lunar Empress Morgana Edisi Exquisite dan Petals of Springs Hecarim di Kedai Pertukaran secara percuma! 

Selain boleh ditebus sepanjang patch, akan ada juga event istimewa semasa patch ini yang membolehkan anda memperoleh sejumlah besar Wild Core Masa Terhad. Perhatikanlah saluran media sosial kami dan halaman Sokongan Pemain untuk maklumat lanjut.

SYSTEM 

Ciri Pengoptimuman Log Masuk dan Muat Turun Sumber Baharu 

  • Jika anda baru sahaja memasang Wild Rift, kami telah menambah tiga mod muat turun sumber yang boleh dipilih mengikut keperluan, membolehkan anda masuk ke perlawanan serta-merta dan menjimatkan lebih banyak masa. 

Ciri “Main Semula Arena” Baharu 

  • Membolehkan anda menyemak dan menganalisis maklumat perlawanan Arena anda dengan lebih baik.

Kemas Kini Keperluan Spesifikasi Peranti Minimum Wild Rift

Seperti yang dinyatakan dalam artikel kali tahun lalu, kami akan mengemas kini Keperluan Spesifikasi Peranti Minimum kami apabila patch ini dilancarkan kepada yang berikut:

Spesifikasi Minimum Android Bermula Pada Patch 7.0

Spesifikasi Minimum Apple Bermula Pada Patch 7.0

OS: Android 8 dan ke atas
Memori: 3 GB Ram
CPU: Cortex-A53 2.0GHz Exynos 850 kuadteras, Helio A22
GPU: Mali-G52 MP1, PowerVR GE8320, Adreno 610 

Model: iPhone 6s dan ke atas 

OS: iOS 15 dan ke atas

Memori: 2 GB RAM

CPU: Apple A9 pemproses 1.84GHz dwiteras

GPU:PowerVR GT7600 GPU


Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pemain kami di sini.

PAKATAN KOMUNITI RIOT GAMES

Semasa minggu kedua patch pertama tahun 2026, apabila anda melancarkan Wild Rift, anda akan melihat Pakatan Komuniti baharu kami yang telah diterapkan merentasi semua permainan kami. Rakan kami di League of Legends dan VALORANT telah pun melancarkan pakatan ini, yang agak mudah dan ringkas serta meminta empat perkara mudah daripada setiap pemain merentasi semua permainan kami: 

Main untuk Menang. Main dengan Adil. Main dengan Hormat. Atau main sesuatu yang lain.

EVENT 

SMOLDER LANDS IN THE RIFT!

RAWR! Smolder bakal membuat kemunculannya! Raikan dengan event ketibaan istimewa ini. 


Smolder Lands In The Rift! akan bermula pada 22 Januari pukul 08:01 GMT+8


PERUBAHAN RIFT

IONIA RIFT 

Alam roh purba berbisik, dan First Lands berseru. Tirai patch baharu akan perlahan-lahan terangkat di seluruh kepulauan Runeterra, Ionia. Adakah anda bersedia untuk mencoret legenda baharu di tanah yang menghargai kekuatan dalaman dan keharmonian bersama? Mari terjun masuk dan lihat perkara yang menanti anda di Rift baharu ini.

PELARASAN MEDAN PERTEMPURAN

PERUBAHAN TERRAIN

  • Untuk meningkatkan keadilan kompetitif dan mengoptimumkan rentak permainan secara keseluruhan, kami telah membuat pelarasan pengoptimuman yang ketara pada terrain Rift: 

    • Jungle dibentuk semula untuk pertarungan yang lebih adil: Kami telah melaraskan bentuk kem Blue Sentinel secara khusus. Perubahan ini bertujuan untuk mengimbangkan akses kepada monster epik dan sumber neutral bagi kedua-dua pasukan merah dan biru, memastikan persaingan sumber yang lebih adil.
    • Tembok dinipiskan, beban kawalan dikurangkan: Kami telah melaraskan ketebalan dan panjang tembok berbilang kem jungle monster dan kawasan jungle, meningkatkan ruang sebenar yang boleh dilalui. Ini bukan sahaja menjadikan pergerakan champion lebih lancar, malah mengelakkan tindakan anda daripada menjadi terhad semasa bertarung di terrain yang sempit.
    • Pengoptimuman laluan, roam dengan lebih lancar: Dengan “menipiskan” dan melaraskan susun atur tembok, laluan support dan roam antara lane akan menjadi lebih lancar. Ini secara efektif meningkatkan kecekapan koordinasi antara lorong, menjadikan taktik rotasi dan support lebih strategik.
    • Mekanisme penglihatan yang lebih jelas, titik buta dibuang: Peta yang dioptimumkan ini memberikan penglihatan yang lebih jelas. Kedudukan ward yang disyorkan telah diperjelaskan, bertujuan untuk menjadikan interaksi permainan lebih telus dan kawalan lebih lancar.

PELARASAN TURRET 

Mekanik:

  • Apabila bilangan champion dalam jarak attack turret ialah 4 atau lebih, satu mekanik perlindungan dive turet baharu daripada berbilang champion akan diaktifkan.
  • Meningkatkan Armor dan Magic Resist turret.
  • Bagi setiap champion musuh tambahan, damage turret meningkat sebanyak 25%. 
  • Apabila plating turret hilang, mekanik perlindungan dive turret daripada berbilang champion akan dibuang.

Mekanik: 

  • Attack Damage Inner Turret: 240 → 200
  • Attack Damage Inhibitor turret: 260 → 200
  • Apabila sasaran turret ialah champion, kecekapan stack damage akan meningkat.
  • Apabila sasaran ialah champion, setiap attack secara berasingan menambah damage bonus.
  • Attack pertama: 100%; attack kedua: 150% (tidak berubah daripada patch sebelum ini)
  • Attack ketiga: 215%; attack keempat: 300% (bilangan stack maksimum dihadkan kepada 300%)
  • Apabila sasaran turret ialah champion, attack speed dilaraskan kepada 1 saat setiap attack (sebelum ini 1.2 saat), dan kecekapan stack damage ditingkatkan.
  • Apabila turret diempower, visual projektil dioptimumkan.
  • Apabila turret mencapai damage maksimum, kesan visual tambahan akan ditambah.
  • Gold yang diperoleh apabila memusnahkan inner turret: 450 → 350
  • Gold yang diperoleh setiap pemain dalam pasukan apabila memusnahkan inner turret: 100 → 75

BARON NASHOR

Baron Nashor telah menerima visual dan ability yang dikemas kini, dan Hand of Baron (buff minion yang diberikan selepas menewaskan Baron Nashor) telah kembali kepada kelakuan permainan klasik buff tersebut.

Mekanik: 

  • Apabila hanya satu champion berada berdekatan dengan Baron Nashor, damage Baron akan memberikan Baron’s Gaze kepada champion tersebut, mengurangkan movement speed serta jumlah damage yang dikenakan oleh champion itu pada Baron. Pengurangan damage akan berskala dengan peratusan nyawa Baron Nashor yang tinggal.
  • Pelarasan pada mekanik Baron’s Gaze akan memendekkan dengan ketara masa yang diperlukan oleh berbilang champion untuk menewaskan Baron. Untuk memastikan tempoh ini kekal dalam julat yang munasabah, nyawa Baron Nashor telah dinaikkan dengan sewajarnya:

    • Nyawa asas: 9500 → 12500
    • Nyawa setiap level: 500 → 650
  • Selepas mengalahkan Baron Nashor, semua pemain dalam pasukan yang menang akan menerima buff Hand of Baron:

    • Empower minion sekutu berdekatan
    • Memberikan recall yang dipercepat
    • Memberikan Attack Damage, Ability Power, Armor dan Magic Resistance bonus.

Mekanik:

  • Attack asas Baron Nashor tidak lagi memberikan Baron’s Gaze kepada sasaran.
  • Selepas mengalahkan Baron Nashor, wave minion sekutu yang baru spawn tidak lagi diempower secara automatik.

RIFT HERALD 

Enchanted Ensemble telah dibuang dan Rift Herald akan kembali!

Mekanik:

  • Pada minit ke-6 perlawanan, satu monster epik neutral, Rift Herald, akan spawn di lubuk Baron.
  • Titik lemah akan muncul secara berkala di belakang Rift Herald, menyerang titik lemah ini akan mengenakan true damage tambahan pada Rift Herald.

Ganjaran:

  • Sesiapa yang mengenakan pukulan terakhir pada Rift Herald boleh summon ia untuk membantu dalam menyerang turret musuh.
  • Selepas berjaya charge turret sekali, Herald akan memasuki keadaan lemah. Ketika lemah, Herald tidak lagi boleh charge turret dan hanya boleh melakukan attack asas.

ICE DRAGON 

Mempertimbangkan pengalaman permainan secara keseluruhan dan keserasian dengan Rift baharu, kami telah membuang Ice Dragon daripada Ionia Rift.

Mekanik: 

  • Ice Dragon tidak akan spawn di Ionia Rift.

PELARASAN MEKANIK PENGAMBILAN CREST OF INSIGHT/CREST OF CINDERS

Agar lebih sesuai dengan terrain baharu dan untuk mengelakkan pengambilan tidak sengaja, kami telah memendekkan masa pengambilan Crown of Insight / Crown of Cinders serta melaraskan jarak pengambilan buff ini.

Mekanik:

  • Masa pengambilan Crown of Insight / Crown of Cinders: 1.6s → 0.8s
  • Jarak pengambilan bulatan perkongsian telah dilaraskan sewajarnya.

SPIRIT FLOWER

Mekanik: 

  • Apabila champion sekutu mati, atau apabila monster jungle besar di jungle anda dibunuh oleh champion musuh, satu Spirit Flower akan spawn berhampiran lokasi kematian tersebut. Bunga itu boleh dikutip selepas 5 saat.
  • Mendekati Spirit Flower sekutu akan mengutip bunga itu secara automatik, memberikan sejumlah kecil gold dan pemulihan mana.
  • Spirit Blossom Flower boleh wujud sehingga 90 saat, selepas itu ia akan hilang secara automatik.

ZON ANGIN

Semasa fasa laning, kami telah memperkenalkan mekanik Wind Field untuk pemain mid lane bagi membantu mereka roam dan memberikan sokongan dengan lebih cekap.

Mekanik:

  • Dari minit ke-2 hingga ke-6 selepas perlawanan dimulakan, zon angin pecut sehala akan muncul pada laluan di kedua-dua belah turret mid lane.
  • Memasuki zon angin pasukan anda dan bergerak mengikut arah yang ditetapkan akan memberikan bonus movement speed.
  • Bergerak melawan arah zon angin, atau terlibat dalam pertempuran dengan champion musuh, akan serta-merta membatalkan bonus movement speed tersebut.

GATE (Sebelum ini dikenali sebagai Enchanted Gates)

Kami telah menambahkan sistem cas kepada Gate pertengahan permainan, membolehkan sehingga dua rakan sepasukan menggunakan portal pada masa yang sama. Pada akhir permainan, portal yang merentasi jungle akan terus menggunakan sistem berdasarkan cooldown dan hanya boleh digunakan oleh seorang pemain sahaja, sekali gus mengehadkan impak maksimum struktur ini.

  • Dari 7:30 - 10:30, Gate yang menghubungkan base ke jungle akan mendapat sistem cas baharu. Portal ini menjana 1 cas setiap 10 saat, dengan simpanan maksimum 2 cas.
  • Apabila Gate itu mempunyai cas yang tersedia, ia boleh digunakan, dengan setiap teleport menggunakan 1 cas. Apabila 2 cas tersedia, dua rakan sepasukan boleh menggunakan Gate secara serentak.

SOULFLOWER (Dahulu dikenali sebagai Enchanted Mushroom)

Kini Enchanted Mushroom mempunyai visual yang dikemas kini di Ionia Rift, berubah kepada Soulflower di bawah turret. Pada masa yang sama, kami telah mengurangkan sedikit jumlah gold yang diberikan oleh tumbuhan ini. 

Statistik: 

  • Gold bagi setiap Soulflower di bawah outer turret: 2 gold (tidak berubah)
  • Gold bagi setiap Soulflower di bawah inner turret: 3 gold → 2 gold
  • Gold bagi setiap Soulflower di bawah inhibitor turret: 5 gold → 3 gold

JUNGLE SPIRIT

Kami telah mengurangkan nyawa Jungle Spirit untuk memudahkan anda menewaskannya, dan juga menurunkan ganjaran gold apabila ia ditewaskan.

Mekanik:

  • Attack asas yang diperlukan untuk mengalahkan Spirit Vision jungle: 3 → 2
  • Gold yang diperoleh apabila mengalahkan Spirit Vision jungle: 30 → 20

PERUBAHAN CHAMPION

Renekton

Ability diempower Renekton memang menggigit ke tulang, tetapi mengumpul Rage terasa terlalu sukar. Jadi kami memudahkan Butcher of the Sands untuk naik berang dan menambah pemulangan Rage on-hit dengan Slice and Dice yang diempower supaya pemain boleh membuat pilihan ability yang lebih bijak. Kami juga melaraskan pemulihan Cull the Meek, memberi Renekton kemampanan yang lebih tinggi di lane dan ketahanan yang lebih hebat dalam teamfight.

Reign of Anger

  • [New] Kini pemain boleh menyemak Fury Renekton di bar status.

Cull the Meek

  • Mendapat 5 Fury bagi setiap musuh yang terkena. → Mendapat 5 Fury bagi setiap musuh yang terkena, sebaliknya mendapat 10 Fury jika musuh yang terkena ialah champion.

  • Pulihkan (10/14/18/22 + 20% Attack Damage Bonus) Nyawa bagi setiap musuh yang terkena. → Pulihkan (5/7/9/11 + 5% Attack Damage Bonus) Nyawa bagi setiap musuh yang terkena, jika musuh yang terkena ialah champion, pulihkan (20/28/36/44 + 20% Attack Damage Bonus) Nyawa.

  • [New] Satu gunaan ability boleh memberikan sehingga 30 Fury.

  • [New] Satu gunaan ability boleh memulihkan sehingga (75/100/125/150 + 25% Attack Damage Bonus) Nyawa.

  • [New] Reign of Anger: Satu gunaan ability boleh memulihkan sehingga (300/400/500/600 + 100% Attack Damage Bonus) Nyawa.

Ruthless Predator

  • Cooldown: 13/12/11/10s → 12.5/11/9.5/8s

  • [New] Mendapat 10 Fury tambahan apabila champion musuh terkena.

Slice and Dice

  • Cooldown: 15/14/13/12s → 14.5/13/11.5/10s

  • Mendapat 5 Fury bagi setiap musuh yang terkena. → Mendapat 5 Fury bagi setiap musuh yang terkena, sebaliknya mendapat 10 Fury jika musuh yang terkena ialah champion.

  • [New]Reign of Anger: apabila champion musuh yang terkena, memulihkan 20 Fury dalam masa 2s. 

  • [New] Satu gunaan ability boleh memberikan sehingga 30 Fury.

EZREAL

Arcane Shift

  • Cooldown: 24/21/18/15s → 24/20.5/17/13.5s

  • Kos Mana: 90 → 70

VAYNE

Final Hour

  • Cooldown: 65/60/55s → 70/65/60s

MASTER YI

Wuju Style

  • Attack mengenakan true damage bonus: 40/45/50/55 + 25% Attack Damage Bonus → 30/35/40/45 + 25% Attack Damage Bonus

KAYLE

Starfire Spellblade

  • Damage Asas Pasif: 10/13/16/19 → 8/11/14/17

  • Damage Bonus apabila Aktif: (8/9/10/11% + 0.02% Ability Power) Nyawa sasaran yang hilang→ (7/8/9/10% + 0.02% Ability Power) Nyawa sasaran yang hilang

ZED

Statistik Asas

  • Energy Regen: 10 setiap saat → 12 setiap saat

AKALI

Statistik Asas

  • Energy Regen: 10 setiap saat → 12 setiap saat

KENNEN

Statistik Asas

  • Energy Regen: 10 setiap saat → 12 setiap saat

LEE SIN

Statistik Asas

  • Energy Regen: 10 setiap saat → 12 setiap saat

SHEN

Statistik Asas

  • Energy Regen: 10 setiap saat → 12 setiap saat

MORGANA

Soul Shackles

  • Damage segera yang dikenakan: Nyawa Maksimum Sasaran (14% + 0.015% Ability Power) sebagai Magic Damage → 150/225/300 + 70% Ability Power sebagai Magic Damage

  • Damage selepas 3 saat: Nyawa Maksimum sasaran (14% + 0.015% Ability Power) sebagai Magic Damage → 150/225/300 + 70% Ability Power sebagai Magic Damage.

  • Ketika Rantai bertahan, Morgana mendapat 15% → 10%/25%/40% Movement Speed Bonus


PERUBAHAN ITEM

ITEM BAHARU

Guinsoo’s Rageblade 

Statistik Asas

  • Harga: 3100 Gold
  • Laluan binaan: Recurve Bow (1400 Gold) + Nashor's Talon (800 Gold) + 900 Gold
  • Attack Speed: +30%

Surge

  • +5% Movement Speed

Chaos

  • Mendapat 25 Attack Damage atau 50 Ability Power (Adaptive).

Wrath

  • Attack mengenakan 30% Magic Damage Bonus tetapi tidak lagi boleh Critical Strike. Bagi setiap 1% Critical Rate yang diperoleh daripada item, magic damage anda meningkat sebanyak 1.5, sehingga maksimum 75 (dicapai pada 50% Critical Rate item)

Seething Strike

  • Attack memberikan 8% Attack Speed, yang boleh stack hingga 4 kali dengan maksimum 32% Attack Speed. Ketika stack penuh, setiap 3 attack memberikan satu kali tambahan kesan on-hit.

Abyssal Mask 

Statistik Asas

  • Harga: 3000 Gold
  • Laluan Binaan: Kindlegem (1000 Gold) + Negatron Cloak (900 Gold) + Ruby Crystal (500 Gold) + 600 Gold
  • Nyawa Maksimum: +400
  • Magic Resistance: +55
  • Ability Haste: +10

Unmake

  • Curse champion musuh dalam jarak 600 unit, mengurangkan magic resist mereka sebanyak 5 + 1.2% Nyawa Bonus, sehingga 25. Bagi setiap champion musuh yang disumpah, mendapat 9 Magic Resist bonus.

Hollow Radiance  

Statistik Asas

  • Harga: 2800 Gold
  • Laluan Binaan: Bami's Cinder (1300 Gold) + Negatron Cloak (900 Gold) +700 Gold
  • Nyawa Maksimum: +400
  • Magic Resist: +40
  • Ability Haste: +15

Immolate

  • Ketika dalam pertempuran, mengenakan Magic Damage bersamaan dengan (20 ~ 30 + 1% Nyawa Bonus) setiap saat selama 5 saat. Mengenakan 125% Damage terhadap monster dan 200% Damage terhadap minion.

Desolate

  • Membunuh monster neutral atau musuh mengenakan Magic Damage bersamaan dengan (30 + 2% Nyawa Bonus) dalam satu kawasan di sekeliling musuh itu.

Pelarasan Item

Runaan’s Hurricane 

Statistik Asas

  • Harga: 3000 Gold (tidak berubah)
  • Laluan Binaan: Recurve Bow (1400 Gold) + Cloak of Agility (1000 Gold) + 600 Gold
  • Attack Speed: +35% (tidak berubah)
  • Critical Rate: 0 → 25%

[Removed] Wind’s Favor

  • Mendapat Attack Damage atau Ability Power (Adaptive).

[Removed] Razorwind

  • Setiap 2 attack, attack anda yang seterusnya menembak bolt tambahan.

Phantom Dancer 

Statistik Asas

  • Harga: 2800 Gold → 2900 Gold

Spectral Waltz

  • Mendapat 25% Attack Speed dan 7% Movement Speed Bonus selama 6 saat apabila attack anda mengenai champion, tidak boleh stack, Attack yang Critical Strike ketika bonus itu masih aktif akan melanjutkan tempoh sebanyak 1 saat. (Cooldown 10 saat) Apabila attack anda mengenai champion, cooldown ini dikurangkan sebanyak 1 saat. → Mendapat 25% Attack Speed dan 7% Movement Speed Bonus selama 6 saat apabila attack anda mengenai champion, tidak boleh stack. (Cooldown 10 saat) Apabila attack anda mengenai champion, cooldown ini dikurangkan sebanyak 1 saat.

Blade of the Ruined King 

Thirst

  • 11% Physical Vamp → 11% Omni Vamp

Spear of Shojin 

Statistik Asas

  • Harga: 3200 Gold → 3100 Gold
  • Laluan Binaan: Jaurim's Fist (1200 Gold) + Jaurim’s Fist (1200 Gold) + 700 Gold
  • Nyawa Maksimum: 300 → 450
  • Attack Damage: 50 → 45
  • Ability Haste: 25 → 0

[Removed] Rising Dragon

  • +5% Movement Speed.

[Removed] Dragon Awakening

  • Meningkatkan Ability Haste ability asas selepas menggunakan Ultimate.

[New] Dragonforce

  • Mendapat 25 Ability Haste Asas.

[New] Focused Will

  • Mengenakan damage pada monster atau musuh dengan ability akan meningkatkan damage ability dan pasif champion anda sebanyak 3% selama 6 saat. (Boleh stack 4 kali)

Maw of Malmortius 

[Removed] Demonbane

  • Physical Damage daripada Attack atau ability akan ditukar menjadi magic shield.

[New] Lifeline

  • Apabila menerima Magic Damage yang akan mengurangkan nyawa anda ke bawah 35%, mendapat 10% Omnivamp sehingga tamat pertempuran dan magic shield yang menyerap (220 -530 Magic Damage) selama 3 saat.

Thornmail

Thorns 

  • Apabila Terkena attack champion musuh, mengenakan 20 + 6% Armor Bonus + 2% Nyawa Bonus sebagai Magic Damage pada penyerang, memberikan Grievous Wounds selama 3 saat. → Apabila Terkena attack, mengenakan 20 + 6% Armor Bonus + 2% Nyawa Bonus sebagai Magic Damage pada penyerang.

[New] Entwine

  • Memberikan Grievous Wounds pada champion musuh selama 3 saat apabila diserang oleh attack mereka atau mengenakan damage pada mereka.

Warmog’s Armor 

Statistik Asas 

  • Health Regen asas: 200% → 100%
  • Ability Haste: 10 → 20

Warmog’s Heart

  • Memulihkan 4.5% Nyawa Maksimum setiap saat → 3.5% Nyawa Maksimum setiap saat

[New] Blessed

  • Meningkatkan semua kesan pemulihan dan shield pada diri anda sebanyak 30%.

Psychic Projector 

  • Mendapat Ability Power bersamaan dengan 3% daripada Nyawa Bonus → Mendapat Ability Power bersamaan dengan 5% daripada Nyawa Bonus.

Projection

  • Apabila menerima damage champion, mendapat Shield yang tidak boleh stack. → Apabila anda mempunyai sekurang-kurangnya 950 Nyawa Bonus, mendapat 20% Ability Power sebagai Armor dan 10% Ability Power sebagai Magic Resist. (bonus maksimum dicapai pada 400 Ability Power)

Riftmaker 

Assimilation

  • 11% Omnivamp → 11% Magic Vamp

Void Corruption

  • Setiap stack Corruption meningkatkan damage dikenakan anda sebanyak 2.5%. → Setiap Stack Corruption meningkatkan Magic Damage Dikenakan anda sebanyak 2.5%.

Spectral Sickle 

Tribute

  • Mendapat 1 bebola tenaga yang mengelilingi anda setiap 30 saat. Ketika berdekatan dengan sekutu, ability dan attack mengenakan damage pada champion musuh atau struktur menggunakan ability atau attack akan menggunakan satu bebola tenaga untuk memberi anda 65 gold dan memulihkan Nyawa anda sebanyak 20 - 80. → Mendapat 1 bebola tenaga yang mengelilingi anda setiap 30 saat (maksimum 3 bebola). Ketika berdekatan dengan sekutu, tindakan di bawah akan mencetuskan Tribute, menggunakan 1 bebola tenaga untuk memberi anda 65 gold dan memulihkan Nyawa anda sebanyak 20 - 80:

    • Menggunakan ability atau attack untuk mengenakan damage pada champion atau struktur musuh.
    • Attack minion dengan Nyawa lebih rendah daripada 65%. Tindakan ini juga akan membunuh minion itu, dan gold yang dijana daripada kill minion akan diberikan kepada sekutu yang paling dekat dengan anda.
    • Jika sesuatu minion berdekatan dibunuh ketika anda mempunyai 3 bebola. Apabila mencetuskan Tribute, sekutu yang paling dekat dengan anda juga mendapat stack Tribute.

Relic Shield 

[Removed] Spoils of War

  • Mendapat 1 bebola tenaga yang mengelilingi anda setiap 30 saat (maksimum 3 bebola). Ketika berdekatan dengan sekutu, ability dan attack mengenakan damage pada champion atau struktur musuh menggunakan ability atau attack akan menggunakan satu bebola tenaga untuk memberi anda 65 gold dan memulihkan Nyawa anda sebanyak 20 - 80.

Tribute

  • Mendapat 1 bebola tenaga yang mengelilingi anda setiap 30 saat. Ketika berdekatan dengan sekutu, ability dan attack mengenakan damage pada champion musuh atau struktur menggunakan ability atau attack akan menggunakan satu bebola tenaga untuk memberi anda 65 gold dan memulihkan Nyawa anda sebanyak 20 - 80. → Mendapat 1 bebola tenaga yang mengelilingi anda setiap 30 saat (maksimum 3 bebola). Ketika berdekatan dengan sekutu, tindakan di bawah akan mencetuskan Tribute, menggunakan 1 bebola tenaga untuk memberi anda 65 gold dan memulihkan Nyawa anda sebanyak 20 - 80:

    • Menggunakan ability atau attack untuk mengenakan damage pada champion atau struktur musuh.
    • Attack minion dengan Nyawa lebih rendah daripada 65%. Tindakan ini juga akan membunuh minion itu, dan gold yang dijana daripada kill minion akan diberikan kepada sekutu yang paling dekat dengan anda.
    • Jika sesuatu minion berdekatan dibunuh ketika anda mempunyai 3 bebola. Apabila mencetuskan Tribute, sekutu yang paling dekat dengan anda juga mendapat stack Tribute.

ITEM DIBUANG

Ancient Coin [Removed]

Talisman of Ascension [Removed]

Crystalline Reflector [Removed]

Spirit Visage [Removed]

Pelarasan Item Patch Bertemakan Yordle

Kini setelah meninggalkan Bandle City, item tidak lagi akan disuntik dengan intipati magik kawasan itu yang penuh keanehan.

  • Item yang dibuang: Yordle Runaan's Hurricane, Yordle Duskblade of Draktharr, Yordle Serylda's Grudge, Yordle Death's Dance, Yordle Liandry's Torment, Yordle Infinity Orb, Yordle Sunfire Aegis, Yordle Redemption, Yordle Harmonic Echo
  • Item yang kembali: Runaan's Hurricane, Duskblade of Draktharr, Serylda's Grudge, Death's Dance, Liandry's Torment, Infinity Orb, Sunfire Aegis, Redemption, Harmonic Echo

Redemption

Statistik Asas

  • Ability Haste: 15 → 20

Salvation

  • Setiap 8 saat, memulihkan (40 + 7% Nyawa Bonus) nyawa kepada semua champion sekutu dalam jarak 350 unit. → Setiap 8 saat, memulihkan (40 + 7% Nyawa Bonus) nyawa kepada semua champion sekutu dalam jarak 350 unit. Jika tiada champion sekutu dalam jarak kesan ini tidak akan tercetus.

Duskblade of Draktharr 

Statistik Asas

  • Attack Damage: 50 → 55

[Removed] Nightfall

  • Menjadi invisible selama 1 saat apabila mendapat kill.

Sunfire Aegis 

[Removed] Firepath

  • Pada stack Immolate maksimum, meninggalkan jejak berapi.

Harmonic Echo 

Statistik Asas 

  • Ability Power: 45 → 50

Harmonic Echo

  • Ability pemulihan atau shield anda yang seterusnya pada sekutu memulihkan 100 + 10% Ability Power Nyawa. → Memulihkan 120 - 180 + 15% Ability Power Nyawa

[Removed] Dancing Notes

  • Selepas Harmonic Echo diberikan kepada sasaran utama, ia melantun ke arah champion sekutu berdekatan, memulihkan sekutu itu.

Liandry’s Torment 

Torment

  • Damage setiap saat: 0.6% ~ 2% Nyawa Maksimum Musuh → 0.6% ~ 3% Nyawa Maksimum Musuh

[Removed] Infernal Agony

  • Setiap 4 saat, Torment meletus, mengenakan true damage pada sasaran.

Infinity Orb 

  • Kesan ability item Infinity Orb kekal konsisten dengan Yordle – Infinity Orb.

Serylda’s Grudge 

  • Kesan ability item Serylda’s Grudge kekal konsisten dengan Yordle – Serylda’s Grudge.

EQUIPMENT MUTUAL EXCLUSIVITY CHANGES 

Untuk meningkatkan kejelasan dan kebolehgunaan item, item yang mempunyai pasif bernama sama dan beberapa kombinasi yang tidak serasi kini saling eksklusif. Ini mengelakkan pembelian yang tidak berkesan dan tidak boleh stack, mengurangkan beban pembelajaran untuk pemain baharu serta menyeragamkan penamaan pasif item untuk peraturan yang lebih jelas.

Siri Item Stack Mana [Previously Mutually Exclusive]

  • Sapphire Crystal, Tear of the Goddess, Manamune/Muramana, Archangel's Staff/Seraph's Embrace, Winter's Approach/ Fimbulwinter

Item Siri Spellblade [New]

  • Sheen, Trinity Force, Lich Bane, Divine Sunderer, Essence Reaver, Iceborn Gauntlet

Item Siri Lifeline [New]

  • Sterak’s Gage, Mantle of the Twelfth Hour, Maw of Malmortius 

Item Siri Immolate [New]

  • Sunfire Aegis, Hollow Radiance

Item Siri Eternity [New]

  • Catalyst of Aeons, Rod of Ages, Redemption

Item Siri Momentum [New]

  • Youmuu's Ghostblade, Dead Man's Plate

Item Siri Thorns [New]

  • Bramble Vest, Thornmail

Item Armor Penetration Peratusan dan pengurangan Armor [New]

  • Last Whisper, Mortal Reminder, Serylda's Grudge, Black Cleaver, Terminus

Shimmering Spark

  • Immolate → Burn

Bami's Cinder

  • Immolate → Cinders

Phantom Dancer

  • Fervor → Swift-footed

Death's Dance

  • Dance → Defy

Oblivion Orb

  • Affliction → Grievous Wounds

Black Cleaver

  • Rage → Chase

Magnetic Blaster

  • Electric → Overdrive
  • Energized, Power Blitz → Digabungkan menjadi Power Blitz

Kircheis Shard

  • Energized, Jolt → Digabungkan menjadi Jolt

BATTLEFEST MUSIM 4

Sudah tentu dengan patch baharu, akan ada juga musim Battlefest yang serba baharu! Musim 4 akan bermula secara rasmi pada 23 Januari 2026 pukul 11:00 pagi (GMT+8). Bersama-sama musim ini kami bawakan pengalaman permainan Pengembaraan yang baharu dan ganjaran serba baharu!

Gameplay Baharu

Naik Taraf Serba Baharu Pingat Battlefest

  • Visual naik taraf mastery mod tunggal baharu dan kesan visual Multimode Challenger baharu telah ditambah.
  • Penyampaian Pingat Battlefest telah dinaik taraf, dengan visual latar belakang baharu ditambah pada paparan zahir seperti Kad Profil Mini dan senarai rakan, menjadikan penghormatan anda lebih menyerlah!

Skin Eksklusif Pertama Dilancarkan

  • Skin eksklusif Battlefest pertama, Garden Party Tryndamere, kini tersedia. Sertai mana-mana mod pengembaraan untuk menuntut skin ini secara percuma! Satu set penuh emote dan chroma juga tersedia untuk diaktifkan!

Rework AAA ARAM Serba Baharu

  • Mekanik Penemuan Ubahsuaian baharu ditambah, dengan banyak Ubahsuaian klasik kembali semula. Semua Ubahsuaian rawak, kombinasi dipermudah, suasana sekitar permainan baharu dan Tema Flying Sword Ionia dalam permainan telah ditambah. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perubahan kepada AAA ARAM di sini.

Kemas Kini Arena Serba Baharu

  • Dinaik taraf kepada 8 pertempuran pasukan
  • Peta serba baharu diperkenalkan
  • Mekanik hidup semula pusingan tunggal baharu ditambah
  • Item Prismatic dan Ubahsuaian baharu telah dikeluarkan

Pelarasan Gameplay

AAA ARAM

Selamat datang ke musim baharu AAA ARAM! Kami sangat gembira untuk menjadikan AAA ARAM sebagai mod kekal dan berkongsi semua kemas kini yang menanti anda, jadi mari terokai bersama-sama. 

Pengesyoran dan pengeditan Ubahsuaian AG baharu

  • Anda boleh mengedit Ubahsuaian yang anda ingin pilih di luar perlawanan. Jika kad Ubahsuaian itu ditawarkan secara rawak semasa permainan, satu peringatan akan muncul. Anda juga boleh merujuk Arkib Ubahsuaian pemain lain untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam permainan.

Mekanik Penemuan Baharu

  • Satu mekanik penemuan Ubahsuaian baharu telah ditambah. Semasa memilih, ada kemungkinan Providence akan muncul. Memilih ubahsuaian Providence membolehkan anda untuk memilih Ubahsuaian tambahan daripada kumpulan kad yang berkait dengan gaya permainan tertentu, seperti binaan movement speed atau binaan yang memfokuskan pada shield. Selepas memilih Ubahsuaian Providence, beberapa Ubahsuaian daripada arketip yang sepadan akan disegar semula secara terpilih, membolehkan penciptaan binaan Ubahsuaian yang lebih mendalam.
Contoh: Ubahsuaian Providence
  • Memberikan sehingga tiga Ubahsuaian berkaitan saiz untuk dipilih sekali lagi
  • Selepas memilih ubahsuaian Providence ini, tiga Ubahsuaian akan dipilih secara rawak daripada pilihan seperti Bigger and Bigger, Leviathan, Smaller and Smaller, Giant's Adversary dan lain-lain untuk anda pilih.

Ubahsuaian Baharu

Terdapat banyak Ubahsuaian baharu dalam patch ini:

  • Siri Flying Sword unik yang mengaktifkan ability pedang terbang ([the Blade Seeker] [Blademanship] [Sword Arts])
  • [Anvil Specialist], yang memberikan statistik hebat melalui Anvil

Selain itu, setiap gaya permainan telah menerima Ubahsuaian kendiri yang kuat. Cuba dapatkan dan aktifkan pengalaman baharu yang unik ini. Butiran dan kesan Ubahsuaian boleh dilihat dalam Arkib Ubahsuaian dalam permainan.

Kembali dan Rotasi

  • Kami telah membawa kembali beberapa Ubahsuaian popular daripada patch sebelum ini, seperti Reprisal Armor, Trueshot Prodigy, Goliath dan siri Roll.
  • Beberapa Ubahsuaian juga telah dikenakan rotasi, seperti “Ubahsuaian Glory” eksklusif Bintang.

Item Baharu

Runecarver

Statistik Asas

  • Harga: 3300 Gold
  • Laluan Binaan: Nashor's Talon + Ring of Revelation
  • Adaptive Force: 40
  • Movement Speed: 8%
  • Ability Haste: 20

Helix

  • Mengenakan damage dengan ability memberikan 30 stack Energized, dihadkan kepada 100 stack.
Spiral Out
  • Pada stack Energized maksimum, mendapat satu stack Rune sehingga pusingan berakhir. Setiap stack Rune mengenakan 5-10 (berdasarkan level) Magic Damage.
  • Perhatian: 1 Adaptive Force memberikan 1 Attack Damage atau 2 Ability Power (adaptif). Stack Energized dikongsi antara semua item dan Ubahsuaian, seperti Magnetic Blaster dan Energized Shot.
Eleisa's Miracle

Statistik Asas

  • Harga: 3000 Gold
  • Laluan Binaan: Recurve Bow + Dagger + Ruby Crystal
  • Attack Speed: 60%
  • Nyawa: 200
  • Kuasa Pemulihan & Shield: 15%

Rejuvenate

  • Pemulihan dan shield meningkatkan Attack Speed anda sebanyak 6% selama 5 saat. Attack anda mengenakan 2 - 6 + Kuasa Pemulihan dan Shield × 50 magic damage apabila terkena, stack sehingga 5 kali.

Endure

  • Mendapat 25% daripada Kuasa Pemulihan dan Shield keseluruhan.
Atma's Reckoning

Statistik Asas

  • Harga: 2600 Gold
  • Laluan Binaan: Giant's Belt + Cloak of Agility
  • Nyawa: 500
  • Critical Rate: 25%

Big Hands

  • Mendapat 1% Critical Rate bagi setiap 100 Nyawa Bonus, sehingga 30%.
Protector's Oath

Item ini kembali ke kedai 

  • Nilai shield: 100 + 35% Nyawa bonus → 100 + 5% Nyawa bonus

Pelarasan Item

Hellfire Hatchet

Char

  • Ability anda yang seterusnya akan burn musuh, mengenakan 25% (5% + 0.1% Armor Penetration) sehingga 50% (10% + 0.4% Armor Penetration) daripada Nyawa semasa sebagai physical damage dalam masa 4 saat. Damage meningkat berdasarkan Nyawa bonus sasaran, dihadkan kepada 2000 Nyawa bonus. (Cooldown 20 saat)
Experimental Hexplate

Overdrive

  • Selepas menggunakan ability ultimate anda, mendapat 30% Attack Speed dan 15% Movement Speed selama 8 saat. → Overdrive: Selepas menggunakan ability ultimate anda, mendapat 50% Attack Speed dan 20% Movement Speed selama 8 saat.
Unending Despair

Anguish

  • Setiap 4 saat ketika dalam pertempuran, mengenakan 3% daripada Nyawa maksimum bonus anda sebagai magic damage pada champion musuh berdekatan, memulihkan sebanyak 300% daripada damage yang dikenakan. Anguish tidak terjejas dengan Item Ability Haste. → Anguish: Setiap 4 saat ketika dalam pertempuran, mengenakan 3% daripada Nyawa maksimum bonus anda sebagai magic damage pada champion musuh berdekatan, memulihkan sebanyak 250% daripada damage yang dikenakan. Anguish tidak terjejas dengan Item Ability Haste.
Abyssal Mask
  • Kesan, Atribut dan harga telah diselaraskan agar sepadan dengan butiran dalam permainan Ranked.
Guinsoo's Rageblade
  • Kesan, Atribut dan harga telah diselaraskan agar sepadan dengan butiran dalam permainan Ranked.

ARENA 

Selamat datang ke Arena! Ini merupakan kemas kini mega untuk kami, dan kami sedang memperluaskan Arena dari dalam dan luar. Kami juga akan menambah banyak kandungan yang dinanti-nantikan seperti: Item prismatic, peta baharu, Ubahsuaian baharu, mekanik hidup semula, mekanik portal Hextech, kemunculan Tetamu Kehormat dan perlawanan 16 pemain yang telah lama dinantikan, serta Easter egg Tahun Baru Cina tambahan yang menanti penemuan anda! Di samping semua itu, kami juga telah menambah sistem main semula untuk Arena, dan kami harap ciri ini membolehkan anda berkongsi detik terbaik anda dengan rakan.

Naik taraf pasukan dan Pelarasan Rentak Permainan

Pertarungan 8 pemain asal telah dinaik taraf kepada 16 pemain, membawa lebih banyak lawan dan lebih banyak kemungkinan pertempuran. Memandangkan bilangan peserta meningkat, kadar kehilangan nyawa setiap pusingan telah direka semula, memanjangkan tempoh purata perlawanan daripada 9 pusingan kepada 14 pusingan.

Item Prismatic dan Item Legendary Baru Ditambah

Dalam kemas kini ini, lebih 40 item Prismatic baharu telah ditambah, yang dapat diperoleh dalam pusingan Item Prismatic dengan format pilih 1 daripada 3. Selain itu, anda juga boleh membeli Prismatic Egg di kedai untuk membuka peluang pilih 1 daripada 3. Tambahan lagi, item Legendary seperti Sword of Blossoming Dawn dan Overlord's Bloodmail boleh dibeli terus daripada kedai. Soul Weep dan Dawncore telah dinaik taraf kepada item Prismatic, memberikan kesan yang lebih hebat. Berikut ialah beberapa item Prismatic dan Legendary:

Reaper's Toll

Atribut Asas

  • Attack Damage: 10
  • Attack Speed: 40%
  • Movement Speed: 8%
Sow
  • Meningkatkan Attack Speed anda daripada semua sumber sebanyak 20%.
Reap
Kesan on-hit, apabila attack asas mengenai sasaran, memberikan satu stack Reap kepada sasaran, yang boleh stack tanpa had dan kekal sehingga tamat fasa pertempuran, dan mengenakan true damage tambahan bersamaan dengan 0.3% daripada Nyawa maksimum sasaran (+0.1% bagi setiap stack pada sasaran). Selain itu, mengurangkan Nyawa maksimum sasaran sebanyak jumlah damage yang dikenakan, sehingga maksimum 50% daripada Nyawa maksimum sasaran itu, bertahan sehingga akhir pusingan.
Puppeteer

Statistik Asas

  • Kuasa Pemulihan dan Shield: 15%
  • Attack Speed: 25%
  • Ability Haste: 20
Pull Their Strings
  • Attack pada champion akan menambah satu stack selama 15 saat. Pada 4 stack, berserk mereka selama 2 saat. Anda memberi musuh yang berserk Attack Speed bersamaan dengan 30% tambah 150% daripada Kuasa Pemulihan dan Shield anda serta 30% Movement Speed. (Cooldown 25 saat)
  • Memberikan pemulihan, shield atau buff kepada diri sendiri atau sekutu dengan ability akan mengurangkan cooldown item ini sebanyak 5 saat.
  • Jika hanya satu musuh yang masih hidup, fear musuh itu selama tempoh yang sama.
  • Perhatian: Musuh yang terjejas dengan Berserk akan menyerang sekutu mereka tanpa kawalan, dan bonus takedown akan diberikan kepada champion yang memberikan kesan Berserk.

Rombakan Sistem Item

  • Item dalam mod ini memberikan statistik yang lebih rendah berbanding mod lain.
  • Dalam mod ini, anda boleh membeli 6 item. Item Legendary boleh dijual pada harga penuh, manakala item Prismatic dijual pada harga 2000 gold.
  • Kami telah membuang sistem enchantment boot dalam mod ini. Champion akan diberikan sepasang boot khas pada permulaan perlawanan.
  • Enchantment popular seperti Quicksilver, Zhonya’s Hourglass dan Gargoyle Stoneplate kini boleh dibeli sebagai item Legendary. Selepas pembelian, ia akan mengisi slot item biasa. Setelah anda memiliki item aktif, anda tidak boleh membeli item aktif yang lain.
Black Hole Gauntlet 

Statistik Asas

  • Nyawa: 600
  • Ability Haste: 25

Kenaan attack asas pada champion musuh dan kesan immobilize masing-masing memberikan 1 stack dan 5 stack attraction, sehingga 50 stack. Setiap stack attraction meningkatkan Health regeneration asas sebanyak 25%, sehingga maksimum 1250% Health regeneration asas. Selain itu, setiap 10 stack attraction meningkatkan saiz sebanyak 20%, sehingga 100%. Stack attraction akan reset setiap pusingan dan antara setiap fasa dalam satu pusingan.

Dark Star (Aktif)
  • Summon satu lohong hitam di lokasi sasaran selama 2 saat (tempoh meningkat mengikut Nyawa, dan saiz lohong hitam meningkat mengikut saiz). Musuh di dalam lohong hitam menerima 30–100 (berdasarkan level) (+6.5% Nyawa maksimum) magic damage setiap saat, akan slow sebanyak 35% dan ditarik ke dalam sehingga mereka sampai ke tengah. Selain itu, setiap champion musuh di dalam lohong hitam akan menjana 1 stack Attraction setiap saat (cooldown 15 saat).

Pemilihan Champion

Fasa pemilihan telah diubah kepada pemilihan bebas semua champion, dengan pemain kedua dalam setiap pasukan akan ban satu champion. Pilihan Kegemaran Ramai: Mengesyorkan champion secara rawak, selepas memilih, anda turut memperoleh satu Forge tambahan. (Sedang Dibangunkan) Sudah tentu, anda juga boleh membuat Daredevil’s Gambit: Mendapat satu anvil tambahan, dan harga anvil dalam perlawanan juga akan dikurangkan.

Peta Baharu

Peta skrin utama telah dirombak menjadi peta bertemakan Noxus untuk 16 pemain.

Peta baharu ditambah:

Koi Pound (Sedang Dibangunkan):
  • Daun teratai akan muncul di tengah peta. Selepas dilalui oleh seorang champion, selepas satu tempoh tertentu, daun teratai itu akan mengecut dan menyekat laluan.
Gladiator Arena
  • Pada permulaan, tiang-tiang akan jatuh secara rawak, mencipta halangan dinamik.

Hidup Semula dan Hexgate

Mekanisme Hidup Semula 
  • Selepas rakan sepasukan ditewaskan dalam masa 5 saat, berdiri dalam bulatan selama 2 saat tanpa henti boleh menghidupkan semula rakan itu. Selepas dihidupkan semula, rakan itu mengekalkan sebahagian daripada Nyawa mereka serta mendapat kesan invulnerability dan Unstoppable, yang akan hilang selepas mengenakan damage atau selepas satu tempoh masa.
  • Apabila rakan sepasukan yang dihidupkan semula ditewaskan sekali lagi, musuh tidak lagi akan menerima kredit takedown atau pendapatan gold.
Hexgate
  • Setiap pinggir peta mempunyai dua portal yang membolehkan teleportasi antara satu sama lain, memberikan lebih banyak ruang untuk champion melakukan kiting.
Mekanisme Tetamu 
  • Semasa pusingan tetamu, seorang tetamu akan dipilih secara rawak daripada 10 tetamu, memberikan buff kepada seluruh perlawanan (contohnya, Vladimir memberi semua champion satu ubahsuaian rawak). Mekanik medan pertempuran termasuk Nothing Happens, Resolute, League of Draven dan lain-lain, yang akan mempengaruhi rentak perlawanan berikutnya serta pembuatan keputusan strategik.

Easter Egg “Haiwan Tuah Sudah Tiba!”

  • Companion comel akan bertarung di samping anda dan rakan-rakan anda. Sepanjang tempoh event, gameplay Easter egg masa terhad akan tersedia, memberikan lebih banyak gold, kad ubahsuaian dan item, untuk pengalaman perlawanan yang lebih mendebarkan. Sila nantikan pengumuman kemas kini susulan untuk masa ketersediaan dan butiran tertentu.

PELARASAN LAIN

Pelarasan Pengalaman dan Gold

  • Kami telah melaraskan kecekapan pemerolehan pengalaman di pelbagai lane untuk membantu pemain solo lane membina kelebihan level, membolehkan mereka memberi impak yang lebih besar dalam teamfight selepas fasa laning.

Mekanik Pengalaman

  • Dari detik wave minion kedua bertemu hingga minit ke-7 perlawanan, solo lane menerima pengalaman minion yang dipertingkat.
  • Pengalaman yang diperoleh daripada menewaskan champion musuh dengan level lebih rendah telah dikurangkan.
  • Pemain level lebih rendah hanya akan menerima pampasan ketinggalan pengalaman jika mereka ketinggalan lebih banyak level.
  • Apabila berbilang pemain bekerjasama untuk menewaskan champion musuh, pengalaman yang diperoleh secara keseluruhan akan dikurangkan.

Mekanik Ganjaran Takedown Champion

  • Gold ganjaran yang diberikan apabila menewaskan champion berturut-turut sebanyak 1/2/3/4 kali dikurangkan: 250/200/150/125 Gold → 225/150/100/100 Gold

Pengoptimuman Pemasa Respawn Monster Jungle Peta Mini

  • Kami telah melaraskan peraturan paparan untuk kira detik respawn monster jungle pada peta mini bagi memberikan panduan yang lebih jelas dan membantu pemain merancang laluan pergerakan mereka dengan lebih baik.

Mekanik:

  • Monster epik: 90 saat sebelum respawn, kira detik angka akan dipaparkan; 45 saat sebelum respawn, ikon monster berwarna kelabu tambahan akan muncul.
  • Blue Sentinel dan Red Brambleback: 30 saat sebelum respawn, kira detik angka akan dipaparkan pada peta mini.
  • Rift Scuttler: 30 saat sebelum respawn, lingkaran kira detik akan dipaparkan pada peta mini.
  • Monster jungle besar lain: 15 saat sebelum respawn, ikon jam pasir kuning akan dipaparkan pada peta mini.

SKIN


Lunar Empress Syndra 

Akan dikeluarkan pada 22 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8


Lunar Guardian Sett 

Akan dikeluarkan pada 22 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8


Lunar Guardian Warwick 

Akan dikeluarkan pada 22 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8


Lunar Empress Morgana Exquisite Edition 

Akan dikeluarkan pada 22 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8


Arctic Ops Gragas 

Akan dikeluarkan pada 22 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8