Wild Rift Patch Note 2.3b

Berhati-hatilah dengan Black Mist! Patch 2.3b telah tiba dengan perubahan champion, balance ARAM, dan Ruination yang dahsyat. Bersedialah untuk menentang kegelapan kerana event Sentinels of Light akan bermula dalam beberapa hari!

Ruination telah tiba. Perangi kegelapan bersama Sentinels of Light dalam patch 2.3b, di mana perubahan balance untuk champion, ARAM, dan banyak lagi tersembunyi di dalam Black Mist.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

TERBARU

CHAMPION BAHARU

LUCIAN, THE PURIFIER

6_29_2021_Patch23bArticle_ClassicWildRiftSplash.jpg

Lucian, seorang Sentinel of Light, merupakan seorang pemburu roh yang menggerunkan. Dia memburu roh tanpa mengenal penat lelah dan memusnahkan roh dengan pistol kembar pusakanya. Setelah Thresh membunuh isterinya, hidup Lucian ditelan dendam kesumat—walaupun isterinya telah kembali hidup, kemarahannya tetap marak. Berfikiran sempit dan tanpa belas kasihan, Lucian tidak akan berhenti daripada melindungi mereka yang hidup daripada kengerian Black Mist yang telah lama tersebar.

Lucian akan dikeluarkan pada 9 Julai pukul 08:01 GMT+8.

SENNA, THE REDEEMER

6_29_2021_Patch23bArticle_SennaClassicWildRiftSplash.jpg

Disumpah sejak kecil supaya dihantui Black Mist yang ghaib, Senna menyertai satu kesatuan suci yang dikenali sebagai Sentinels of Light, dan melawan balik dengan penuh berani—namun, selepas dia dibunuh, jiwanya dipenjarakan di dalam tanglung si puaka Thresh yang kejam. Dengan semangat enggan berputus asa, Senna berjaya mempelajari cara menggunakan Black Mist di dalam tanglung itu, dan kembali hidup dengan kehidupannya terubah selama-lamanya. Kini menggunakan kegelapan bersama cahaya, Senna berusaha untuk memusnahkan Black Mist dengan menggunakan kuasa yang sama—dengan setiap ledakan senjata relic Senna, dia dapat menebus jiwa-jiwa yang terperangkap di dalam Mist itu.

Senna akan dikeluarkan pada 9 Julai pukul 08:01 GMT+8.

SKIN

6_29_2021_Patch23bArticle_SennaTrue_DamageWild_RiftSplash.jpg

Akan dikeluarkan pada 9 Julai @ pukul 08:01 GMT+8:

  • True Damage Senna
  • Hired Gun Lucian

AKSESORI

Anda boleh memperoleh atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berbeza. Sila semak halaman berkaitan dalam permainan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkannya!

6_29_2021_Patch23bArticle_Goodies.jpg

  • Bauble: Fighting the Good Fight, For Fetter of Worse
  • Bingkai Ikon: Sentinel Portal
  • Emote: Looking Good Feeling Good, My Hero
  • Ikon: Light in the Dark, Sentinel Master
  • Spawn Tag: Sentinel I, Sentinel II, Sentinel III

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

EVENT

6_29_2021_Patch23bArticle_RuinationEvent.jpg

SENTINELS OF LIGHT

Ketika Black Mist melanda Runeterra, kesatuan kuno ini mesti memperkukuh barisannya untuk melindungi cahaya yang semakin malap. Sertailah Sentinels dalam usaha mereka untuk menghentikan Ruination dan dengarlah kisah mereka dari barisan hadapan!

Event Sentinels of Light akan bermula 9 Julai pada pukul 08:01 GMT+8

SISTEM

DWISAMBUNGAN 4G/WI-FI

Setelah mengkaji semula ciri ini selama beberapa minggu, kami akan mengeluarkan pilihan sambungan dwijalur 4G/Wi-Fi. Aktifkan pilihan ini untuk menggunakan kedua-dua rangkaian mudah alih dan (jika ada) sambungan Wi-Fi berdekatan untuk meningkatkan sambungan anda dalam permainan. Terima kasih atas kesabaran anda semasa kami menyiapkannya!

PERUBAHAN CHAMPION

6_29_2021_Patch23bArticle_Draven.jpg

DRAVEN

Glorious Executioner telah menjadi agak lemah sejak perubahan kami yang sebelum ini. Damage Draven masih bagus, tetapi boleh lebih fleksibel dari segi posisi. Kami memperkuatkan bahagian utiliti kit Draven untuk membantunya mencapai kegemilangan sekali lagi.

(2) Blood Rush

  • Movement Speed: 40/45/50/55% → 50/55/60/65%

(3) Stand Aside

  • Cooldown: 18/16/14/12s → 15/14/13/12s

6_29_2021_Patch23bArticle_Fizz.jpg

FIZZ

Tidal Trickster ini menyebabkan terlalu banyak huru-hara dari jungle, jadi kami telah merendahkan damage dia kepada monster.

(P) Seastone Trident

  • Damage bonus kepada monster: 200% → 150%

6_29_2021_Patch23bArticle_Garen.jpg

GAREN

Build tank penuh Garen terlalu konsisten dari segi pengenaan damage. Kami membuat beberapa perubahan kecil di sini untuk mengalihkan kekuatannya lebih banyak ke dalam membangun AD untuk mengimbangkan Might of Demacia.

(3) Judgment

  • Damage asas: 15/20/25/30 → 11/14/17/20
  • Ratio AD: 0.25/0.3/0.35/0.4 → 0.3/0.35/0.4/0.45

(Ult) Demacian Justice

  • Damage asas: 150/300/450 → 150/275/400
  • Damage peratusan nyawa hilang: 20/25/30% → 15/20/25% +8% setiap 100 AD Bonus
  • Damage maksimum terhadap monster epic: 600/600/600

6_29_2021_Patch23bArticle_Irelia.jpg

IRELIA

Irelia sedang bergelut untuk menunjukkan prestasinya, lebih-lebih lagi pada tahap kemahiran yang tinggi. Wild Rift mempunyai kurang minion setiap wave berbanding dengan PC, jadi Blade Dancer menerima pemulihan yang kurang di dalam Wild Rift berbanding dengan prestasi Irelia pada PC. Untuk mengambil kira ini, kami menaikkan pemulihannya melawan minion sambil menguatkan ability yang lebih mengutamakan kemahiran. Perubahan ini sepatutnya dapat membantu dia menari keliling lorong Baron dengan lebih baik.

Statistik Asal

  • Mana Regen Asal: 15 → 18

(1) Bladesurge

  • Damage asas: 10/40/70/100 → 15/45/75/105
  • Ratio Pemulihan Attack Damage: 0.14/0.16/0.18/0.2 → 0.19/0.21/0.23/0.25

(3) Flawless Duet

  • Damage asas: 70/120/170/220 → 100/150/200/250

(Ult) Vanguard’s Edge

  • Damage asas Barrage: 125/225/325 → 125/250/375
  • Damage Bladewall: 75/125/175 → 100/150/200

6_29_2021_Patch23bArticle_Jinx.jpg

JINX

Terlalu mudah bagi Jinx untuk mencuri objektif dengan Super Mega Death Rocket! membenarkannya mencuri objektif daripada para jungler yang ingin Smite objective mereka. Kami mengehadkan damage melawan monster ultimatenya untuk mengurangkan kekerapannya mencuri dan mengurangkan kelebihannya terhadap para jungler.

(Ult) Super Mega Death Rocket!

  • Damage maksimum terhadap monster epic: 500/650/800

6_29_2021_Patch23bArticle_Kha_Zix.jpg

KHA’ZIX

Kha’Zix memburu mangsanya dengan terlalu mudah. Kami merendahkan kuasanya untuk mengawal Voidreaver ini.

(1) Taste Their Fear

  • Damage asas: 65/100/135/170 → 60/95/130/165

6_29_2021_Patch23bArticle_Rammus.jpg

RAMMUS

Rammus terlalu pantas menggelek musuhnya. Kami merendahkan Attack Speed yang dia dapat apabila taunt sasaran supaya dia tidak menjadi keterlaluan dengan gank pada awal permainan.

(3) Frenzying Taunt

  • Attack Speed: 50/60/70/80 → 35/45/55/65%

6_29_2021_Patch23bArticle_Riven.jpg

RIVEN

Riven kini kurang berprestasi, maka kami menaikkan shield yang dia dapat daripada Valor supaya dia sentiasa berprestasi baik di lorong Baron.

(3) Valor

  • Kekuatan Shield: 95/135/175/215 → 105/145/185/225

6_29_2021_Patch23bArticle_Vayne.jpg

VAYNE

Vayne kurang berprestasi, maka kami menaikkan keupayaannya melawan sasaran yang lebih lemah. Ini sepatutnya membantu Night Hunter ini bertahan secara umumnya, tetapi terutamanya ketika awal di lorong Dragon.

(2) Silver Bolts

  • Damage asas: 30/50/70/90 → 50/65/80/95

(Ult) Final Hour

  • Cooldown: 80/70/60s → 75/65/55s

LORONG MID

Selepas mengkaji meta mid lane, kami percaya mengurangkan armor beberapa champion berprestasi tinggi akan menghasilkan keadaan yang lebih seimbang antara mid AD dengan mid AP.

6_29_2021_Patch23bArticle_Katarina.jpg

KATARINA

Statistik Asal

  • Armor: 35 → 30

6_29_2021_Patch23bArticle_TwistedFate.jpg

TWISTED FATE

Statistik Asal

  • Armor: 35 → 30

6_29_2021_Patch23bArticle_Ziggs.jpg

ZIGGS

Statistik Asal

  • Armor: 35 → 30

PERUBAHAN ARAM

PERUBAHAN GAMEPLAY

RUNE

RESOLVE: SECOND WIND

Second Wind terasa seperti terlalu kuat daripada yang sepatutnya, jadi kami menurunkannya sedikit supaya selari dengan rune Resolve yang lain. Kami juga mendapati bug dalam tooltip ia yang membuatkan ia dibaca seperti ia lebih kuat untuk champion melee daripada sebenarnya. Kami akan mengemaskinikan tooltip tersebut untuk menggambarkan fungsinya dengan tepat.

  • Health regen datar pasif: 6 HP setiap 5 saat → 5 HP setiap 5 saat
  • Regeneration selepas menerima damage daripada champion: tooltip diperbaiki agar padan dengan fungsi sebenar
    • Selepas menerima damage daripada champion, regenerate 3 + 1.5% nyawa hilang sepanjang 10 saat (sekali ganda untuk champion melee).
    • Sebelum ini 6 + 3%
    • Nilai pemulihan sebenar daripada effect ini tidak berubah

TAMBAHAN

  • Tooltip Smite kini mencerminkan sifat mana regen ia dengan betul.
  • Tooltip Ult Evelynn sepatutnya mencerminkan yang ia hanya mengenakan damage bonus kepada champion

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

1 Julai - 7 Julai: Ahri, Camille, Kai'Sa, Olaf, Rakan, Renekton, Rengar, Sona, Varus, Zed

8 Julai - 14 Julai: Akali, Fizz, Gragas, Jarvan IV, Jhin, Lulu, Soraka, Teemo, Tryndamere, Vayne