Kemas Kini Ganjaran Ranked

Pemain yang terjejas oleh isu paparan Ganjaran Ranked baru-baru ini akan menerima Syiling Ranked dan banyak lagi sebagai pampasan. Kami sedang berikhtiar untuk memulihkan tab Ranked untuk akhir musim ini secepat mungkin.

Pada pagi 15 Mac, ramai daripada anda melaporkan bahawa skrin Ganjaran Ranked telah hilang daripada halaman pendaratan dan tab Ranked. Kami mendapati bahawa disebabkan kesilapan konfigurasi, trek Ganjaran Musim telah ditetapkan untuk tamat lebih awal daripada sepatutnya. Malangnya, selepas kami menyiasat dengan lebih lanjut punca isu ini, kami tidak dapat memulihkan kemajuan Ganjaran Ranked yang hilang untuk pemain terlibat.

Mana-mana pemain yang log masuk dan melihat trek Ganjaran Ranked hilang (kira-kira di antara 15 Mac pukul 11 malam GMT+8 hingga 16 Mac pukul 12 tengah hari GMT+8) telah terjejas. Pemain yang tidak log masuk pada waktu ini dapat meneruskan kemajuan mereka seperti biasa.

Semua kenaikan dan penurunan ranked, serta segala Syiling Ranked yang dimiliki, tidak terjejas, tetapi kemajuan Ganjaran Ranked mungkin telah terganggu.

Oleh itu, inilah langkah yang akan kami lakukan untuk membetulkan keadaan buat semua orang:

  • Semua kemajuan Ganjaran Ranked untuk pemain terjejas (lihat di atas) akan direset.
  • Pemain yang terjejas kemudiannya boleh mula memperoleh ganjaran di trek semula. Syiling Ranked boleh diperoleh seperti biasa. Apa-apa salinan kandungan yang diaktifkan sebelum reset akan ditukar kepada Poro Coins, jika berkenaan.
  • Pada akhir musim, pemain yang terjejas juga akan menerima ganjaran daripada tiga milestone seterusnya yang dicapai sebelum reset—contohnya, jika anda naik ke level 8 pada trek Ganjaran Ranked awal minggu ini, kami juga akan memberikan ganjaran daripada level 9, 10 dan 11. Jika anda MELEPASI milestone anda sebelum ini, kami masih akan mengkreditkan Syiling Ranked bernilai sebanyak 3 level tersebut dan menukar kandungan kepada Poro Coins, jika berkenaan.
  • Kami juga akan memberikan Syiling Ranked sekali beri yang bersamaan dengan had harian.

Ini adalah situasi yang luar biasa dan kami memohon maaf atas apa-apa kesulitan atau kekecewaan yang timbul semasa pendakian akhir musim anda. Kami berharap pampasan ini dapat menebus kemajuan yang hilang, dan anda bersedia untuk musim Ranked seterusnya, bersama-sama dengan Glorious Crimson Evelynn, yang akan tiba hujung bulan ini!