Keutamaan Posisi bakal tiba di PvP yang tiada kedudukan

Bermula di Patch 2.5, Keutamaan Posisi akan diaktifkan dalam permainan PvP yang tiada kedudukan.

Bermula di Patch 2.5, kami akan memperkenalkan Keutamaan Posisi dalam permainan PvP yang tiada kedudukan!

Sebagai peringatan: Sebelum anda mulakan perlawanan, susunkan posisi keutamaan anda (solo, jungle, mid, duo, support) dari paling diingini ke paling kurang diingini. Dari situ, matchmaking akan mengutamakan posisi mengikut pilihan anda sebanyak yang mungkin. Anda masih boleh mendapat mana-mana posisi tetapi sekurang-kurangnya anda boleh memilih keutamaan posisi walaupun anda tidak mendapat pilihan teratas.

Kami ingin menawarkan kepada pemain dalam permainan PvP yang tiada kedudukan ability untuk memiliki lebih banyak kawalan ke atas lane pilihan mereka, dan naik taraf matchmaking, kami berasa yakin bahawa ini tidak akan memberi kesan negatif kepada waktu queue atau keadilan matchmaking. 

Walaupun Keutamaan Posisi akan diaktifkan semasa Patch 2.5, perlawanan PvP yang tiada kedudukan akan tetap dipilih secara rawak, dan tidak akan menampilkan larangan champion. Kami membuat keputusan ini kerana kami ingin memastikan pemain dapat masuk ke permainan yang tiada kedudukan dengan cepat. Kami menantikan maklum balas anda mengenai perubahan ini!

Berbaris dengan keutamaan posisi bermula di Patch 2.5!