Temui Event Cosmic

Kami sedang mencuba beberapa gaya event baharu tahun ini. Anda telah melihat beberapa gaya setakat ini, tetapi semasa patch Time & Tide kami, pemain di China dan Asia Tenggara akan mengalami sesuatu yang baharu semasa event Cosmic.

Dalam kemas kini Time & Tide, pemain di shard China dan Asia Tenggara akan dapat memainkan event baharu berdasarkan tema skin Cosmic, serta mendapatkan skin Cosmic untuk Master Yi dan Lulu. Kami ingin memberikan sedikit lagi ketelusan di sebalik reka bentuk event ini serta beberapa penambahan baharu yang boleh anda lihat tidak lama lagi!

Sebahagian daripada strategi event kami untuk tahun 2021 adalah mencipta detik istimewa dan menumpukan pada pemberian ganjaran kepada pemain untuk masa yang mereka luangkan dalam permainan. Kami fikir strategi ini agak berjaya, dan kami akan meneruskannya pada masa hadapan! Walau bagaimanapun, kami menyedari bahawa pemain di seluruh dunia boleh menikmati aspek event yang berbeza yang belum kami sampaikan pada masa ini. Itulah sebabnya kami sedang mengusahakan pelbagai jenis mekanik baharu, daripada sistem yang lebih kompleks seperti Lunar Banquet yang sedap, hinggalah kepada event yang lebih ringkas seperti Name That Champion. Dengan Cosmic, kami ingin memberi anda lebih banyak cara untuk memperoleh dan membeli kandungan.

05-19-2022-Discover-the-Cosmic-CosmicLulu_Inline.jpg

Jadi, bagaimanakah Event Cosmic dijalankan?

Semasa event itu, anda akan memperoleh atau membeli Tiket Cosmic, yang setiap satunya memberikan anda dua perkara: satu roll rawak dan satu Token Cosmic. Selain membeli tiket, anda juga akan dapat memperoleh sehingga sepuluh tiket percuma dengan bermain permainan dan menyelesaikan misi. Dengan satu roll, anda boleh mencuba nasib untuk mendapatkan beberapa aksesori atau skin itu sendiri, tetapi kami ingin memastikan bahawa walaupun anda tidak bertuah, anda masih mempunyai cara untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Itulah tujuan Token.

Semasa anda memperoleh atau membeli Token, anda boleh mendapatkan mana-mana aksesori dan skin bertema daripada event tersebut. Kami mereka bentuknya sebegini kerana walaupun kami berfikir berbelanja untuk skin kegemaran anda sememangnya menyeronokkan, menyediakan pelbagai laluan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan juga penting!

Oleh itu, kami akan menangani perkara ini secara langsung: ya, kami akan memperkenalkan mekanik roll bertuah kepada kotak alat event kami. Kami menyedari bahawa event seperti ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, tetapi ini hanyalah satu cara baharu untuk kami menguji cara anda boleh memperoleh dan membeli kandungan. Kami juga komited bahawa kami tidak akan sesekali menawarkan kandungan yang menjejaskan permainan anda di sebalik semua sistem ini, dan apa-apa pelaburan masa atau kewangan yang anda buat dalam Wild Rift akan menerima pulangan yang baik.

Seperti biasa: Kami mahukan maklum balas anda tentang perkara yang baik dan tidak baik, dan kami akan menggunakan perkara yang kami pelajari di sini untuk mereka bentuk event akan datang!

Satu lagi perkara—kami telah menaik taraf visual kami untuk event ini, jadi kami tidak sabar untuk melihat khazanah yang akan anda temui di antara bintang-bintang apabila Event Cosmic bermulal.

Untuk semua kemungkinan roll dan butiran event, sila pergi ke halaman Sokongan Pemain kami.